Sekitar Laporan BPR terhadap Isteri Khir Toyo

2 05 2008

Hari ini, Parti Keadilan Rakyat (KeAdilan) negeri Selangor membuat laporan kepada Badan Pencegah Rasuah (BPR) terhadap isteri kepada bekas MB Selangor (Khir Toyo), Zaharah Kechik.

Laporan dibuat kepada BPR berikutan dengan dakwaan pemindahan dana sebanyak RM 9.9 juta oleh Badan Kebajikan Isteri-isteri Wakil Rakyat Selangor (Balkis) ke akaun Badan Amal dan Kebajikan Isteri-Isteri Menteri (Bakti) Kerajaan Pusat.

Laporan BPR ini diketuai oleh Ketua Penerangan KeAdilan Negeri Selangor, Mohd. Nasharudin Abdul Aziz dan pimpinan negeri Selangor bersama-sama dengan Badrul Hisham Shaharin, Ahli MPT KeAdilan.

Laporan setebal 15 muka surat itu diserahkan oleh Mohd. Nasharudin kepada Pegawai BPR Selangor, Mohd Anuar.

Ketika Nasharudin, Badrul dan dua orang lagi pimpinan KeAdilan membuat laporan rasmi dipejabat Mohd Anuar, Timbalan Ketua Bahagian KeAdilan Bahagian Petaling Jaya Selatan (PJS), Sarifuddin Budin mengetuai beberapa orang lagi untuk merentangkan “banner” yang berbunyi, “Bapa borek, anak rintik, Suami sebat isteri rembat, Zaharah… Pulangkan dana Balkis”.

Selepas selesai membuat laporan, Mohd Nasharudin yang ditemui wartawan mengatakan bahawa pegawai BPR menasihatinya dan rakan-rakan agar tidak mendedahkan laporan setebal 15 muka surat tersebut.

Selain daripada itu, pegawai BPR menyatakan kepada beliau siasatan terhadap Zaharah Kechik dan Balkis akan dimulakan oleh kerana laporan yang dibuat oleh KeAdilan Selngor tersebut memberikan alasan kepada BPR untuk memulakan tindakan.

Berkaitan:

1) Malaysiakini.

2) Harakahdaily.

3) Utusan Malaysia.

4) The Star.

Updates: Laman Malaysia Hari Ini menyelar tindakan KeAdilan Selangor buat laporan BPR dalam isu Balkis.


Tindakan

Informasi

6 gerakbalas-gerakbalas kepada “Sekitar Laporan BPR terhadap Isteri Khir Toyo”

2 05 2008
Muda (15:25:34) :

Apakah BPR akan bertindak profesional didalam isu ini ? Bagaimana dengan peranan Datuk Helilah , bekas Peguamcara Negara yang sekarang merupakan Hakim Mahkamah Rayuan ? Jika Tun Salleh Abas dibuang kerana menulis surat kepada YDP Agung berkaitan sikap Dr.M yang memperlekehkan Badan Kehakiman dalam tahun 1988 , apakah peranan Datuk Helilah tersebut yang menyebabkan hampir RM10 juta dipindahkan ke akaun BAKTI oleh bekas-bekas ahli BALKIS boleh dianggap sebagai satu peranan yang kecil yang dipandang sepi sahaja .

Ketua Hakim Negara sepatutnya mengambil tindakan segera kerana nampaknya ia berlawanan dengan Kod Etika Hakim yang terpakai keatas semua Hakim-hakim Mahkamah Tinggi , Mahkamah Rayuan dan Persekutuan . Kalau tidak beliau yang akan pencen didalam bulan OKtober 2008 nanti akan memasukki kelab Usop Chin , Dzaiddin dan Ahmad Fairus yang diketahui mengikut telunjuk UMNO / BN !

2 05 2008
hashim (15:56:16) :

Moga moga Allah S.W.T menunjukkan kebenaran Amin..

3 05 2008
chuanwei (02:47:08) :


++++++++++++++++++++++++++++++++++++++
++++++++++++++++++++++++++++++++++++++

KALAU NAK BUAT BLOG, JANGAN LUPA MASUK SINI: Leoxa.com
(Themenya Terlampau Cantik & Boleh Pula Letak Adsense)

++++++++++++++++++++++++++++++++++++++
++++++++++++++++++++++++++++++++++++++

ramai yang telah berpindah daripada blog-blog lain ke blog Leoxa.com kerana theme yang sangat cantik

3 05 2008
dogol (08:43:29) :

ckasih nie apo kono ke samdol ke apo? ko pegi sondol kek sanun lah sorang-sorang! tak payah cite bondo tak guno tu kek sini dah! bile plak Nabi Isa A.S. tu cakap arab dah! Nabi Isa tu keturunan Yahudi dah!

bile laih mau siasat itu malaun toyo ngan bini dia! LAh PaK ko pi siasat lah! nanti dah aku mau tido laih!

hahahah! BPR pun sama aje..ko tengoklah nanti tak kan jalan punya siasatan! pasai telah disia-siakan oleh malaun babi meno!

3 05 2008
khairulnizambakeri (09:51:00) :

Suami kebas isteri libas…
Takkan terlepas neraka panas!

5 05 2008
dasuki_tmc (15:30:09) :

kita orang disini kritik ke, tegur ke, nasihat ke ambil buat pengajaran. tapi kalau dah tak mahu, buang ket tong sampah, menyampah.
haprak sungguh melaun bila teguran untuk kebaikan diri tak dipeduli. jadi lain kali kita orang memang tak peduli lagi, buang masa, tapi kot dapat sedikit pahala walau tahap 3, tegur dalam hati.
tapi diakhirat nanti masing-masing punya hal, aku dah buat teguran dan nasihat.

wasallam…..

Tinggalkan komen

Anda boleh menggunakan tag ini : <a href="" title=""> <abbr title=""> <acronym title=""> <b> <blockquote cite=""> <cite> <code> <del datetime=""> <em> <i> <q cite=""> <strike> <strong>