Nasib Reformis @ Si KP ?- Adi Muhammad

2008 Mei 3
by aminiskandar

1 Mei 2008

Menariknya hidup ini bila dapat masa yang begitu lumayan untuk membaca. Tidak kira apa bentuk saluran atau jaringan komunikasinya, yang pasti intipatinya menarik dan ada unsur unsur nasihat, peringatan, aspek kitaran sejarah atau sesuatu yang geli. Lantas ingin aku lanjutkan di sini untuk bacaan umum sekelian bahawa petikan di bawah ini perlu diselidiki dan ditelanjangi.

[ “…Wah.....selama hampir 10 tahun kita berjuang dengan pelbagai tekanan dan kesempitan hidup tiba-tiba ada orang yang tidak pernah kami tahu datang mahu mengumpul golongan reformis, mahu bertindak sebagai jurucakap dan pengerusi untuk membela reformis dan menentukan arah. Pelik bukan, mana orang ini sebelum ini.!”] – petikan dari laman blog http://nnora75reform.blogspot.com/

Rasa tertarik dengan pernyataan saudari Nora di dalam blognya tempohari membuatkan aku meninggalkan “khalwat” aku sebentar dan terus mengetuk papan kekunci ini untuk menulis tentang juak juak yang ingin, suka dan hobinya menangguk di air keruh.

Mari kita meneruskan risik selidik keseronokan dan kelekaan rakyat di dalam mengharungi dua jarak tempoh masa yang berlainan.

Waktu Reformasi

Menerowong masa silam kembali bila mana bermulanya era Reformasi pada hari pemecatan Saudara Anwar Ibrahim pada tanggal 02 September 1998 telah membuka ruang ekonomi kepada berbagai bagai lapisan masyarakat. Dari sememangnya mereka itu peniaga batu tulin dari India hinggalah kepada jaga letak kereta di sekitar bandaraya Kuala dan Lumpur.

Berbagai bentuk perniagaan yang ada kaitan secara lansung maupun tidak dengan lahiriah semangat Reformasi, laris macam cendawan goreng tepung seperti senario pasar malam di Pantai Dalam. Pendek kata jual apa pun laku, asalkan ada gambar Anwar Ibrahim sudah mencukupi syarat sah. Maklumlah ketika itu rakyat umum masih lagi jahil dengan jalan idelogi politik dan juga di sebalik tabir pentas politik Malaysia.

Haji Hadi di dalam kalimahnya yang di VCD kan telah menyebut di permulaan VCD bahawa gelombang reformasi itu adalah seperti “kocokkan batu besar yang dihempaskan ke dalam lubuk, lalu bertaburan segala macam sampah sarap dan berbagai bagai khazanah lain yang terhambur keluar”, lebih kurang begitulah antara petikan beliau di dalam permulaan VCD tersebut.

Pasca Pemilu 2008

Pemerhati dan Penganalisis politik tanahair membuat kesimpulan bahawa keputusan pilihanraya 2008 adalah umpama gelombang besar banjir. Maka dengan itu keputusan luar jangkaan ini di panggil tsunami politik 08 Mac. Sebenarnya keputusan tsunami politik ini telah dirawikan lebih awal lagi oleh Daim Zainuddin seawal Disember 2007 bila ditanya ajukan soaln oleh China Press.

Hasil dari keputusan yang di luar jangkaan ini memihak buat Kerajaan Pakatan Rakyat maka macam macam rakyat manusia telah berkunjung hormat untuk memberikan ucapan salam tahniah disamping mengesan mencium peluang peluang ekonomi. Bukan sahaja urusan berbentuk bab projek projek mega & lega seta peluang lain, tidak ketinggalan juga ide ide berbentuk mendirikan rumahtangga NGO dalam lafaz menjaga kebajikan ahli ahli.

Cikgu Tan Sri Khalid Ibrahim

Tidak mahu tidak, kerajaan baru Negeri Selangor di bawah kepimpinan Cikgu Tan Sri harus bersyukur dan merestui kemengan majoriti DUN Selangor pada pemilu 2008 ini adalah hasil benih semaian reformis generasi1998 yang tercetus dan bermula di Lembah Kelang. Reformis-reformis pada ketika itu telah berjuang dan turun ke jalanraya memberi tekanan yang cukup kuat kepada kerajaan pada hari itu untuk tidak sewenang wenangnya membuat keputusan politik yang jijik dan meloyakan.

Akhirnya selepas hampir sedekad reformis berjuang faktor tersebut telah membantu kejatuhan empayar Khir Toyo dan yang seBarisan dengannya baru baru ini. Ingin aku notiskan, selain dari itu faktor PAS di bawah Projek BA Tawan Selangor harus diambilkira juga kerana prasarana asas ini telah dilaksanakan seawalnya untuk membangkitkan daya semangat mahukan perubahan dan ingin lari dari kezaliman pemerintah.

Maka gambarannya jelas bahawa tidak kira siapa yang menanam dan siapa yang merasa buahnya, yang penting kerjasama dan pengagihan ghadimah perlu diagihkan sama rata seperti cerita lembu pawah (baca: kuasa politik), ada tukang bagi makan, ada tukang perah susu dan ada tukang cuci tahi lembu.

Penghargaan buat Reformis

Aku bukan Abdullah Badawi yang berselindung di sebalik puisi Damai Abadi. Aku meminta tidak lebih dan hanya sekadar ilmu yang cukup untuk meneruskan hidup ini khusus buat reformis reformis tulin yang aku hormati.

Mencari Damai Abadi

aku cari bukan harta bertimbun-timbun untuk hidup kaya aku cari bukan wang berjuta-juta untuk hidup bergaya aku cari bukan kawan-kawan untuk hidup sekadar berfoya-foya aku cari mana dia al-ghazali aku cari mana dia al-shafie kita bongkar rahsia kitab suci cari pedoman kita bongkar rahsia sunnah nabi cari panduan aku hidup kerana dia rabbi dialah teman dialah wali dia mencukupi aku hidup bererti menikmati damai abadi – Abdullah Badawi

Aku leka dan lalai membiarkan pegawaiku berurusan dengan babi…

Aku telah melihat buat kali keduanya sedekad ini. Juak juak yang menangguk di air keruh dan memukat di gentingan maka tidak sepatutnya aku membiarkan rakyat musta’dhafin terus dicandukan dengan perkataan kebajikan yang dulunya dijaja dengan perkataaan perjuangan.

Lantas yang pastinya aku syorkan kepada Cikgu Tan Sri agar menjadi pelopor kepada permasalahan ini. Wujudkanlah sebuah Yayasan di bawah dana dan kawal selia kerajaan negeri sebagai penghargaan kepada perjuangan ini dan pengagihan ilmu kekayaan untuk seluruh rakyat adil dan sama rata.

Yayasan sedemikian wujud bersepah seperti Dag Hammarskjöld Foundation di Sweden, People in Need (PIN) di Republik Czech dan The May 18 Memorial Foundation di Korea Selatan. Kerajaan Negeri Selangor boleh memulakan dengan nama Yayasan Reformis 902 atau Yayasan 902 sempena memperingati hari pemecatan saudara Anwar Ibrahim dari kerajaan dan bermulanya era rakyat ingin tahu apa ada di bawah permaidani.

Agenda-agenda pengenalan dan penekanan terhadap ilmu pengdemokrasian boleh disusun dan dijadikan sebahagian dari modul modul khas di yayasan ini kelak. Untuk ilmu pengetahuan yang perlu ditimba dan dihadam dari luar negeri, peluang peluang biasiswa yayasan harus diwujudkan untuk reformis. Justeru itu penghargaan berbentuk peningkatan tahap ilmu reformis harus ditekankan dengan meningkatkan ilmu pengetahuan reformis reformis mengikut ilmu dan jurusan yang mereka minati.

Kebajikan berbentuk ilmu inilah yang akan menjamin keutuhan prinsip terus berada di landasan perjuangan tulin dan memerangi kerakusan ketamakan merebut harta milik rakyat. Dengan ilmu yang tebal di minda akan melesu lumpuhkan nafsu yang mendidih mencari jalan pintas ke arah perebutan kuasa dan kekayaan diri. Lazimnya ilmu yang tinggi akan mampu mengawal selia kek harta, tetapi sesuatu yang amat luar biasa bilamana kek harta cuba tidak dipedulikan oleh orang yang tidak berilmu tamadun yang tinggi.

Lupakah kita semua bahawa “ jenayah Umno yang paling utama adalah memperbodohkan masyarakat Melayu. Rasuah saya rasa [jenayah] biasa.” Hishamuddin Rais

Dari Koporat ke Menteri Godang KEPARAT

Akhirnya seruan ikhlas aku ialah tidak merugikan kepada KErajaan PAkatan RakyaT khususnya di Negeri Selangor ini melalui berniaga bermodalkan Yayasan Rakyat. Tidak seperti zaman KEMAS atau JKKK dulu yang menjadi liabiliti, kerana harta-harta ini yang berilmu bernyawa berprinsip inilah yang bakal dan akan terus memacu untuk memasti tentukan KEPARAT terus berkuasa di bumi Malaysia ini.

Nota: KP ialah Kepala Agong

Adi Muhammad adalah rakyat yang bersendiri dan terlibat seawal tercetusnya gelombang 902 Reformasi di Bukit Damansara. Berpeluang menulis di ruangan sukan majalah Siasah. Pernah berkhidmat sebagai Pemerhati Pilihanraya Dunia di Kem Pelarian Afghanee di Utara Tehran dan Singapura. Lewat ini “berkhalwat” di Bukit Gondol D dalam usaha mencari jawapan teman-teman yang telah hilang prinsip dan pedoman hasil terbogelnya keputusan PRU 12.

6 Respons leave one →
  1. 2008 Mei 3

    http://gerakan-anti-pas.blogspot.com

    blog khas hantam anwar !

  2. 2008 Mei 4
    arawa permalink

    Buat apa lah sertakan url yg sebegeni..adakah anda bersama….

  3. 2008 Mei 4
    dinty's permalink

    Adi.. dah lama tak baca tulisan mu.. tulis lagi krn hidup ini juga lumayan dpt membaca tulisan2 sbegini.. :)

  4. 2008 Mei 5
    isham shah alam permalink

    saya menyokong apa yang berlaku skarang di harap pertemuan para reformis tulin perlu di adakan segara.. di selangor tempat saya pun terjadinya pekara sedemikian. kami tahu berapa kerat sahaja reformis di sini tetapi ada pihak mengaku mereka anggaran 200 reformis .. nak tegelak gak kami… suruh nyanyi lagu parti tak tau.. kena buat sesuatu laaa.. Nora.cekgu bard, jonah fikirkanlah.

  5. 2009 Jun 7

    Привет!!! Не хочешь поучаствовать в уклад города что довольно ПОВСЮДУ, разумеется согласен повсеместно )) как желание он будет уникален несказанно, если что вот Устройство Городов

  6. 2009 Jun 10

    знакомства, знакомства, хочу познакомтся с автором сайта, ровно с вами связаться?

Tinggalkan jawapan

Note: You can use basic XHTML in your comments. Your email address will never be published.

Subscribe to this comment feed via RSS