Baru sahaja bercakap dengan saudara Ahirudin Attan. Esok, Raja Petra Kamarudin (RPK) telah dimaklumkan oleh polis untuk ke Mahkamah Jalan Duta pada pukul 9.30 pagi untuk didakwa dibawah Akta Hasutan.
Raja Petra akan didakwa berikutan dengan artikel yang ditulisnya sebelum ini di laman web Malaysia Today, “Lets send the Altantuya murderers to hell”. Sila klik disini untuk maklumat berkaitan.
Jelaslah “modus operandi” yang sama digunakan oleh BN. Selepas pilihanraya umum 1999, BN telah menutup akhbar Eksklusif dan menghadkan pengeluaran Harakah.
Sekarang selepas pilihanraya umum 2008, BN kini menyerang laman web dan blog. Raja Petra telah menjadi mangsa pertama.
Selepas ini pasti ramai lagi yang akan menjadi mangsa. Tetapi anda semua jangan takut, teruskan berjuang. Rakyat pasti bersama!!!















ALLAH MAHA KAYA…… JIKA ADA KEBENARAN.. ADA HIKMAH DISEBLIKNYA
Maka berkhidmatlah PDRM demi negara Umno ! Cepat dan pantas menghalang kebenaran tapi menutup kemungkaran sekejap-kejapnya sampai water dan airtight ! Kerajaan umno poyo !
Inilah risikonya menjadi pejuang siber …. kita menulis atas kebenaran … maka Allah akan lindungi selalu ……. semoga Raja Petra akan dilindungi selalu …. saya yakin Raja Petra akan dapat mengatasinya kerana pengalaman beliau dalam situasi begini ……. kelantangan beliau dalam penulisan amatlah terpuji begitu juga dalam hujan beliau dalam rancangan TV yang dah PENCEN iaitu RTM …….
Blog kegemaran aku aminiskandar ……
Rakan2
Jangan Lupa layari blog saya di http://khairilazuar.wordpress.com
bagi komen setiap artikel yang saya tulis. …
Nampaknya RPK merupakan jantan yang sebenar jika berbanding dengan pemimpin-pemimpin negara yang lebih gemar membaling batu dan kemudiannya menyorok di belakang kain isteri , girl friend dan sebagainya . Sikap RPK yang menolak membayar wang jaminan walaupun beliau lebih daripada mampu untuk membayar nya adalah bersandarkan sikapnya selama ini i.e BERANI KERANA BENAR , TAKUT KERANA SALAH !
Hanya doa dan harapan agar RPK dan keluarga di lindungi oleh ALLAH SWT yang merupakan sebaik-baik Pemberi Pertolongan dan bukannya manusia yang sering mengkhianati sahabat-sahabat sendiri bila diri tersepit .
tunggu tentera Allah yang dalam rahsia Allah membantu setiap muslim yang di zalimi oleh pemerintah kejam.
dan sesungguhnya tidak dapat dihalang walau dikumpulkan seluruh manusia kat Malaysia ini.
ALLAHUAKHBAR…ALLAHUAKHBAR…ALLAHUAKHBAR