Siapa lagi selepas Raja Petra?

5 05 2008

Minggu lalu kita dikejutkan dengan berita Raja Petra Kamarudin (RPK) penggendali laman web terkemuka Malaysia Today. RPK di”ganggu” polis oleh kerana tulisannya yang bertajuk “Let’s send the Altantuya murderers to hell”. Sila baca terjemahan artikel tersebut yang diusahakan oleh Laman Marhaen disini.

Polis Malaysia yang sentiasa terlibat dalam membantu pemimpin-pemimpin BN merampas komputer riba RPK kerana dalam tulisan tersebut, terdapat perkaitan diantara Najib Tun Razak dan Rosmah Mansor dengan pembunuhan kejam warga Mongolia, Altantuya Shaariibuu.

Tidak berapa lama selepas Setiausaha Media Najib Tun Razak mengeluarkan kenyataan menafikan keterlibatan Najib dan Rosmah dalam kes pembunuhan Altantuya, RPK didatangi polis.

Sebelum didatangi polis pada 2 Mei, RPK telah membalas surat yang dihantar oleh Setiausaha Media Najib Tun Razak. Sila klik disini.

Siapa lagi yang akan disoal polis selepas ini?

Pada 2 Mei, Anwar Ibrahim telah menulis diblognya berkaitan dengan pertemuan beliau dengan Dr. Shaariibuu Setev, ayah kepada Altantuya. Sila klik disini.

Dalam tulisan tersebut, Anwar turut mempersoalkan mengapa Najib Tun Razak tidak disoalsiasat oleh polis berkenaan dengan kes pembunuhan Altantuya. Ini adalah kerana Razak Baginda adalah kenalan rapat beliau sementara dua orang UTK yang didakwa membunuh Altantuya adalah pegawai pengiring beliau.

Anwar turut menyatakan sokongan beliau kepada RPK apabila disoalsiasat oleh polis dalam tulisannya disini.

Persoalannya sekarang, siapa lagi yang akan dipanggil oleh polis selepas RPK? Apakah akan tiba giliran Anwar Ibrahim?

Di Malaysia semuanya tidak mustahil.


Tindakan

Informasi

9 gerakbalas-gerakbalas

5 05 2008
khairulnizambakeri

Siapa serang, kita sumbat.
Malang di Malaysia masih guna sifir politik rimba.

5 05 2008
Muda

Ini kah sikap keterbukaan yang dijanjikan oleh Kerajaan BN selepas dua bulan memegang tampuk kerajaan . Terbuka untuk terus menekan suara-suara yang menyatakan kebenaran dan keadilan !

Nampaknya Tsunami Kedua akan melanda suasana politik negara lebih cepat daripada yang di sangkakan .

6 05 2008
Jay

Siapa? KITA Malay, India , Chinese, Kadazan, Bajau, Iban, Melanau, orang Asli, orang Siam, yes. Kita rakyat Malaysia yang membenci kezaliman BN! Time will come, my eyes will see the glories day bila BN dihapuskan dari bumi Malaysia. Then peace n freedom will come.

6 05 2008
Mamak Penang

Kes RPK adalah kes berkenaan menghina/mencela peribadi orang lain,orang Islam ditegah mencemari peribadi orang lain tanpa alasan.Sejauh manapun kita membenci seseorang kita janganlah sampai memburukan peribadinya dikhalayak ramai.Dalam Islam senang saja kalau kita memburukan orang lain walaupun perkara yang benar dikatakan mengumpat kalau yang tak benar dipanggil Fitnah.Dalam hal ini kita ingin kepastian Adakah RPK Mengumpat atau pun Fitnah.Orang yang kena di umpat ataupun di Fitnah mempunyai hak untuk mempertahankan harga diri.Kita harus sedar kadangkala kita melampui batas kesusilaan menghentam orang . blog yang suka menghentam orang jadi popular dan ada juga jadi wakil rakyat.Apabila orang yang kena hentam itu seret anda ke mahkamah dikatakan tidak adil ,tidak demokratik dan lain-lain.Manakah duduknya perkara adil…adakah kita adil pada orang yang kita hentam!.Kebanyakan “hear say” (khabar Angin)adalah tak tepat dan menjurumus pada dosa.Jadi awaslah blog saudara jangan sampai ketahap itu.Jadikan blog ini sebagai pentas membicara keadilan ia akan mekar lebih hebat dari blog-blog yang suka hentam peribadi orang!Insyallah!.Biar RPK sendiri yang menghadapinya kerana dia selalu berkata “Berani Buat Berani Tanggung”.Kalau beliau dapat buktikan yang beliau tulis itu betul dia akan keluar sebagai Hero dikalangan blogers kalau tidak ia kemungkinan ada kaitan dengan ajenda politiknya.Udang disebalik udang (Mee udang Sg.Dua).Lagi pun RPK ada 7 orang Peguam-peguamnya yang handal-handal belaka.Orang politik masuk penjara keluar penjara perkara biasa sprt Nelson Mandela,Ghandi dan Lain-lain.
Allah taalaBerfirman:
“Dan berlaku-adillah engkau semua,sesungguhnya Allah itu mencintai orang-orang yang berlaku adil”.
(Surah:al-Hujurat:9)

Nabi bersabda:Maksudnya

“seseorang muslimin yang menutupi kecelaan saudaranya,Allah akan menutupi kecelaannya di hari kiamat nanti”.

(Riwatat Muslim)

6 05 2008
non

(Mamak Penang Berkata:)
Mamak Penang..lu memang teruk merangkap mangkuk. Sekarang pula keluar hukum dan hadis….peeeeiiii dahhh.
Menghina dan mencela peribadi konon..poraaahhh.
Waktu Anwar Ibrahim ditelanjang, dipukul, dihina, dan dipenjarakan tanpa keadilan sejagat, anda dimana bodoh?Janganlah nak jadi baik pula………..
Kalau TPM sekarang tak salah tak perlu takut, berterus terang ajalah..
Ketika pilihan raya kecil DI Ijok, Najib dengan angkuh menafikan kenal Altantuyah.Tetapi ketika perbicaraan nama Najib di sebut saksi sepupu Altantuyah.Katanya dia pernah lihat gambar Altantuyah makan dengan Najib….lu pikir sendirilah……….

7 05 2008
dogol

itu mamak penang sedang fikir bile mau balik india tengok dia punya bini tua dah! sebab itu dia ala lalok sikit! hahahaha! najib bakal piem mesia! Nauzibillah minzalik!

7 05 2008
Mamak Penang

Assalamualaikum Untuk non dan dogoi,
saya ucapkan terima kasih atas bidasan-bidasan emosi dan pedas dari saudara dogoi dan non….sakit juga hati tapi tak apalah adat dunia saya terima komen anda secara hati terbuka bukan setiap pendapat kita betui kadang kala salah juga tapi itu cuma lumrah manusia yang tak jauh dari kesilapan dan dosa.Andainya pendapat saya menyakiti hati saudara – berdua saya mohon maaf.Mamu saja seronok je bloging ini.Pasai saja campur campur pi budak-budak pintar.Tak serius bloging,blog ini pun mamak dok pinjam je.Tak cerdik macam hampa!.Memang betui kata hang lalok sikit..dah tua!.

Isunya yang sebenar dalam hal pendakwaan terhadap RPK adalah ,walaupun dia telah mengaibkan peribadi TPM kenapa TPM menggunakan pendekatan sengaja salah guna kuasa kerajaan (polis) dan akta hasutan ini terhadap RPK ?.Saya akui RPK memang dizalimi. Bukankah TPM boleh gunakan undang-undang sivil dan litigasi yang sedia ada untuk menyaman malu terhadap RPK.Kebanyakan ahli politik yang pada masa ini dan lalu (termasuk KT isu Balkis) hanya suka guna salah guna kuasa termasuk yang terdahulu seperti gunakan SB dan lain-lain Termasuk —- juga!.Inilah citra politik malaysia.Payah nak perbetui..Untuk pengetahuan saudara non kita di tanjung memang tak lupa budi DSAI pasai itulah kami sampai lah ini diPermatang pauh masih Datin jadi YB.Kami pileh T/MB pun dari PKR.Kerana cina memang ramai dari mamak dan melayu.Mamak Pinang tak serupa mcm mamak yang hang pikiak..hang mai pinang baru hang tau pukulan anak mami ,hang gila nanti!.Hang tau tak tok DSAI sapa?.Hang Tak tau Tok TDM?Hang tak tau Tok Paklah sebelah ibu.Hang tau tok TAR sapa?Bendahara melaka pun mamak juga pasai itu depa panggil perdana menteri mamak-anda(memanda)semua tak sama mcm tok non!.Cuma kita orang Islam.kita bersandarkan pada ukhwah. Tentang mamak penang ini dimana tanah dipijak situlah langit dijunjung.Mamak harap kalau non dan dogoi sampai tanjung boleh mamu belanja nasi kandar line clear untuk hampa..ok untuk pengetahuan dogoi mami masih sampoi dan bergetah lagi…Mamu tak perlu balek dah.wasalam.

11 05 2008
dolah pendek

mamak penang… kala mamak memamg mamak jugak lah takkan jadi melayu.. mamak cam mana pun tetap mamak juga lah segala-galanya…

19 08 2008
zulkarnaen

CUBA FIKIR. KALAU ANWAR MENANG DALAM PILIHANRAYA KUBANG PASU, ANWAR DAN PENGIKUTNYA AKAN TERIMA DGN HATI TERBUKA DAN TIADA BANTAHAN ATAU DAKWAAN SPR TAK BETUL. TAPI KALAU KALAH MACAM2 TUDUHAN MEREKA TERHADAP KERAJAAN DAN SPR. CAKAP MACAM AYAM DAN ITIK KATA ORANG KAMPUNG SAYA. CUBA FIKIR KENAPA MACAM TU. KALAH MENANG KENAA TERIMA. 16 TAHUN ANWAR DALAM UMNO APA DIA BOLEH BUAT. RAJA MUNAFIK ANWAR NI.

Tinggalkan komen