PADAN MUKA KAMU RAJA PETRA!!- Hishamuddin Rais

7 05 2008

Kah kah kah kah!  Padan muka kamu Raja Petra. Kamu ingat kamu anak raja. Kah kah kah. Kamu anak Rajakapoorlaaaa. Kah kah kah kah.

Padan muka kamu Raja Petra. Kamu ingat kamu old boy budak kolek ? Kamu ingat budak kolek  terer! Kah kah kah kah. Padan muka kamu. Kamu ingat siapa lagi terer? Budak  St. John ke atau budak kolek?  Kamu sudah silap. Padan muka. Kah kah kah kah.

Berapa kali telah saya ingatkan si  Raja Petra ini tetapi si Bedul ini begal, degil dan liat. Bila saya cakap dengan dia apa jawapannya  – please address me as  Pak Engku. Kah kah kah. Dia ingat dia anak raja. Woit Petra kamu anak  Rajakapoorlaaaalah.

Lagi-lagi si Petra ini hendak buka cerita Altantuya. Siapa Altantuya ini?  Berapa kali orang sudah cakap  Altantuya ini tidak wujud. Nama dia pun tidak ada dalam senarai imigresen. Bila tarikhnya dia masuk ke Malaysia? Bila? Dari lapangan terbang mana dia masuk.  Apa, kamu ingat Si Altantuya ini  naik kuda dari Mongolia? Mana buktinya kalau dia datang berkuda. Tunjukkan kepada Mahkamah.  Cakap memang senang tetapi bukti mesti ada. Berak kuda pun tidak ada. Kak kah kah kah.

Kalau nama Altantuya   tidak ada dalam senarai imigresen maka ertinya Altantuya tidak wujud.  Ertinya Altantuya tidak pernah masuk Malaysia. Yang kena bom C4 itu bukan Altantuya. Itu Cik Mek Molek dari negara Daging Seketul.  Altantuya tidak pernah sampai ke Malaysia. Khalas. Khatam. Finito. Period. Tidak faham-faham. Woit Petra, mata kamu pekak ke? Telinga kamu botak ke?

Kenapa degil sangat Raja Petra ini. Kalau tidak percaya tentang fakta imigresen ini  sila  tanya dengan bakal PM saya Haji Muhamad Najib. Mustahil bakal PM saya ini  akan berbohong. Najib telah menerangkan sejelas mungkin seperti terang lagi bersuluh bahawa si Altantuya ini tidak pernah wujud. Bakal PM saya ini  tidak pernah berbohong. Saya tidak pernah nampak bakal PM saya ini berbohong.  Saya tidak pernah dengar  bakal PM saya ini berbohong. Saya cukup yakin kepada  bakal PM saya ini. Yakin saya lebih besar dari Wisma Yakin.  Kah kah kah kah.

Tentang gambar Altantuya ‘berdiner di Paris’ telah berapa kali bakal PM saya ini menerangkan bahawa gambar ini TIDAK wujud. Bakal PM saya ini dengan jujur lagi ikhlas telah menerangkan bahawa gambar yang keluar dalam laman web itu adalah kerja tangan Si Mamat yang bernama  Abdul Photoshop. Petra, tidak  mungkin kamu tidak tahu, kerana kamu ada menggunakan komputer. Woit Petra kenapa kamu degil sangat. Sekarang padan muka. Kah kah kah kah.

Bakal PM saya ini tidak pernah kenal dengan si Altantuya ini. Kalau bakal PM saya tidak kenal pastilah si Rosmah Mansor juga  tidak kenal dengan si Altantuya ini. Dari mana Raja Petra dapat cerita tentang Najib dan Rosmah ada hubungan dengan si  Altantuya ini saya pun tidak faham. Dari mana dia korek cerita ini saya pun tidak jelas. Yang selalu korek korek cerita ini si Lingam bukan si Rosmah. Kah kah kah kah.

Sekarang ini saya cukup yakin  telah wujud satu konspirasi untuk memburuk-burukkan bakal PM saya ini.  Saya yakin lagi percaya lagi taksub bahawa telah wujud  konspirator seorang Benggali murtad yang bernama Karpal Singh. Si Benggali ini sedang bersubahat dengan seorang Cina yang bernama Lim Kit Siang.

Mamat dua ekor ini sudah mula buat sibuk di parlimen apabila anak Rajakapoor ini disumbatkan ke penjara Sungai Buluh. Mamat dua ekor ini memang selalu menjadi Pak Sibuk di parlimen. Diantara dua ekor ini rasa saya yang paling bahaya ialah si Benggali ini kerana pada satu ketika dahulu di parlimen si Benggali ini pernah bertanya satu soalan  - apakah si Altantuya ini sedang bunting?  Bunting? Altantuya Bunting?  Kerana Altantuya bunting maka perutnya di letupkan dengan C4.

Soalan dalam parlimen ini cukup kasar. Benggali ini menggunakan perkataan – bunting. Woit carilah perkataan lain seperti berbadan dua ke, hamil ke , mengandung ke atau tak datang bulan ke. Kenapa guna perkataan bunting. Inilah contoh rakyat Malaysia yang tidak pernah mendengar ceramah Sasterawanis Bahasaris lagi Nasionalis Oputunis dari Dewan Bahasa dan Pustaka. Bunting itu untuk pokok bukan  untuk manusia. Kah kah kah kah.

Tetapi rasa saya ada  Sang Bedul  Kepala Air yang lebih besar di belakang semua ini.  Saya rasa Kepala Air ini tidak lain dan tidak bukan ialah  Anwar Ibrahim. Ini bukan tuduhan dan fitnah dari laman Mahazalim atau Mahafiraun. Saya ada bukti. Saya terbaca tulisan si Mamat Kepala Air ini dalam blognya sendiri. Si Mamat Anwar Ibrahim ini betul-betul kaki putar alam. Dia bertanya kenapa bakal PM saya yang bernama Najib tidak di siasat. Ini soalan bahaya untuk bakal PM saya.

Woit! Nak siasat apa? Bukankah sudah jelas penerangan bakal PM saya bahawa dia tidak pernah kenal dengan si Altantuya. Tidak pernah berjumpa dengan Altantuya. Kenapa mereka semua degil sangat tidak mahu mendengar penerangan bakal PM saya. Kalau tidak percaya, tidak yakin dan tidak taksub bacalah kenyataan akhbar dari Setiausaha Akhbar bakal PM saya. Mustahil si Mamat penulis ‘press statement’ ini bercakap bohong. Dia makan upah kerana itu dia tidak pernah bohong. Kah kah kah kah.

Asik-asik hendak bertanya tentang pegawai UTK dan pegawai peribadi kepada isteri bakal PM saya. Ini hal TIDAK boleh bincang. Ini sudah menjadi  kes mahkamah. Nanti subjudis. Orang kata subjudis kita pun ikutlah subjudis. Jangan buat perangai degil. Tidak faham apa makna subjudis tidak mengapa. Yang penting jangan bertanya. Jangan menyoal. Jangan buat spekulasi. Jangan hendak jadi pandai. Jangan cuba berfikir.  Berfikir dan bertanya nanti bahaya. Ikut arahan macam Setiausaha Akhbar bakal PM saya baru soro tidak miss. Kah kah kah kah.

Saya juga hairan kenapa hal kapal selam dan kapal terbang dari negara komunis Rusia ini terus di jadikan agenda di parlimen. Memang betul kata bakal PM saya itu, jangan buat kenyataan desas desus tanpa  usul periksa. Buat kajian yang teliti. Tengok fakta. Bagaimana  pembelian itu  dilakukan dengan telus , cerah bersinar dan bukan perniagaan gelap.

Bakal PM saya tidak pernah bohong. Mustahil bakal PM saya akan berbohong di parlimen. Tidak mungkin bakal PM saya berani bercakap bohong kepada isterinya Rosmah Mansor. Duit komisen? Duit komisen apa. Mana ada duit komisen. Ini kesah Desas binti Desus. Ini cerita  Siti Fitnah anak perempuan Haji Tohmah. Cerita duit komisen yang beratus juta ringgit ini sengaja ditaburkan untuk membusuk dan memburukkan nama bakal PM saya. Membuat fitnah dan tohmah ini adalah  pekerjaan kontraktor Kelas F yang tidak dapat projek membuat longkang. Kah kah kah kah.

Satu hal lagi yang menghairankan saya ialah siapa yang membawa Dr. Shaariibu Setev datang melawat Malaysia. Apa ke jadah nya Mamat Mongol ini masuk ke parlimen.  Apa yang hendak di cekau oleh si Mongol ini di parlimen? Si Mongol ini tiba-tiba membuat kenyataan bahawa dia  ada bukti-bukti baru. Mana dia bukti itu? Si Mongol ini cakap orang putih pun dia tidak tahu. Macam mana hendak membawa bahan bukti baru. Saya hanya ada satu soalan – betul ke si Mongol  ini  seorang profesor atau hanya profesor yang sama setaraf dengan profesor dari Universiti Sintok. Kah kah kah kah.

Jangan percaya dengan orang Mongol ini. Mereka semua kaki fitnah. Ingat tidak anak buah si Shaariibu ini yang bernama Baruma. Sepupu Altantuya si Baruma ini  pernah berkata dalam mahkamah bahawa Altantuya pernah makan semeja dengan Najib Razak. Ini kenyataan dalam mahkamah. Lihatlah perangai buruk si Mongol ini  dalam mahkamah pun  berani buat fitnah. Woit! Sang  Mongol di Malaysia ini ada beribu-ribu malaon yang bernama Najib Razak. Kah kah kah kah.

Saya tidak tahu Raja Petra ini malaon kelas berapa. Asik-asik bertanya tentang kereta akhir yang membawa Altantuya sebelum dia di letupkan. Raja Petra tahu numbor kereta. Raja Petra tahu jenis kereta. Raja Petra tahu warna kereta. Saya di sini pun  hendak tahu – macam mana Raja Petra tahu, walhal polis sendiri sampai hari ini tidak tahu. Ini hairan lagi menghairankan.  Anak Rajakapoor ini James Bond ke?  Kah kah kah kah. Padan muka kamu Raja Petra!

Tapi betul juga kalau kereta itu disiasat maka pasti akan di ketahui tuan empunya kereta ini. Kalau tuan empunya kereta di siasat maka kita tahu apa kerjanya. Kemudian kita boleh tanya siapa yang meminta Altantuya masuk ke dalam kereta. Hendak di bawa Altantuya ke mana? Siapa memberi arahan? Siapa lagi kawan dan rakan si pembawa kereta ini? Macam-macam soalan timbul.

Ini macam betul pulak  cerita Raja Petra ini. Tetapi pelik kenapa pihak polis tidak mencari kereta ini. Tidak menyiasat kereta ini. Pelik. Tetapi  mengikut kata bakal PM saya  rakyat tidak boleh bertanya banyak sangat. Nanti rakyat jadi cerdik. Bila rakyat cerdik susah bakal PM saya nak beli kapal selam lagi. Nanti banyak soal kita jadi susah macam Raja Petra masuk jail di Sungai Buluh. Kah kah kah kah. Padan muka kamu Raja Petra.

Siakap senohong gelama ikan duri
Kalau Najib cakap bohong
Rosmah tak boleh jadi Perdana Menteri.


Tindakan

Informasi

42 gerakbalas-gerakbalas

7 05 2008
Abdrahmantaib

Suara macam abu jahal ja

7 05 2008
Muda

Kah ! Kah ! Kah ! Satu satire politik yang bukan sahaja memecahkan perut dan kepala orang yang membaca tapi juga boleh memeningkan the powers that be di Putar Jaya ( ooops .. Putra Jaya ) , Bukit Aman dan PWTC . Hishamuddin Rais mungkin akan mengikut RPK ke Sg Buloh tapi bagi pejuang-pejuang rakyat yang mantap dan ikhlas , a little setback means a giant leap forward !

Syabas Hisham Rais dari Jelebu…

7 05 2008
Cavalera

Hishamuddin saje je ckp mcm tu kot…dia nak tgk korg punya feedback…

7 05 2008
mrsalim7

penulisan yang sinis dan penuh sindiran. tersirat maksud. syabas Hisham

7 05 2008
danny

syabas bro.. dalam betul maksud tu…

7 05 2008
muxisme

agak kasar u..kiasan jalanan yg baik..kalau tulis betul2 nanti ikut tdo istana besi jugak kot..

7 05 2008
mikebravo

malaysia boleh…… pDrM tidak pandai……….. Di suruh pergi dan di panggil mari…..

7 05 2008
sajejer

akoo pon salah sorang rakyat malaysia yg pecaye pecaye yakni bakal PM saya.. tuh berkate benar tidak ada lain melainkan yg benar-benar belake..
kehkehkehkehkeh….

7 05 2008
takgedebe

1st class satire. Salute bro..

7 05 2008
ckasih


shocked: MALAYSIA MAKE NEW RULES FOR CHRISTIANS!!

EVERY CHRISTIANS MUST SAY “ALLAH” RATHER THAN “GOD” & DONT SAY “TRINITY” ANYMORE..
This is because English language not suitable anymore because the original Bible is in Arabic.

The full story is here: ckasih.blogspot.com

8 05 2008
pak wan

hidup dlm sarkas dan tempurung sama saja.kahkahkak…..

8 05 2008
saiful

Terhibur…..aku pagi-pagi ni….

8 05 2008
dogol

hahaha! ini lawak ke betui cite nie? Kahahah…kahahah…ini musti puning kipala najib dah! hahahah

8 05 2008
Pejuang Bangsa Melayu

Gaduh sesama kaum…
bodoh lagi bangang…

8 05 2008
matjuz

minta media arus perdana terutama tv 3 suku interview YB KJ alias menantu PM yg bakal pindahkan kuasa kepada bakal PM yang tidak berbohong alias bibir merah ulas senario kes Raja Petra ini, rakyat tertunggu tunggu komen bernas pemuda masa depan lulusan oxford ini melontarkan kata-kata keramat bagi menghilangkan resah dikala semua melayu … oops melayu umno aje dalam kekalutan dan kebingungan

8 05 2008
isham shah alam

pandai mu bro kituk penuh makna.. ana fahammm. kalau takkk tido dgn padan muka raja kapoorrr nnt.. heeee

8 05 2008
Panglimaraja

tulisan kau ni macam “piaskeneng” kepada bakal PM aku ni Hisham…kalu ada seksyen dalam akta hasutan berkenaan bahasa keneng, aku rasa sah kau kena siasat sebab mempersoalkan pendatang tanpa izin (PATI) dari monggolia, Altantuya, yang dipaksa naik kereta yang tidak disiasat……hati2 kau Hisham, jangan sampai kredibiliti bakal PM aku terjejas dah ler…kau tahu kan nasib Rajakapoor Petra????kahkahkahkah…

8 05 2008
globalmalau

Ada kelainan dalam tulisan kamu hari ini…munkin jeruk yang diperam dah boleh dimakan…atau kita simpan semalaman lagi kerana esok belum pasti boleh dimakan…macam mana bang rais

8 05 2008
amrie

inilah yang dikatakan reverse saikologi…kah..kah..kah

8 05 2008
BUCK

wa salut sama mu hisham.bijak2.pening kepala budak2 pendakwaraya si gani 2 tahil tu.

8 05 2008
xxx

bagus Isham..best aritikel kau ni.

9 05 2008
karambit

mmg best la picisan ni.sesuai sgt tuju kat bakal PM kita yg disanjungi dan disayangi.kahkahkah

9 05 2008
Ceria

Berkatalah salah satu watak dalam cerita … nak tangkap macam sokong aku. Tak tangkapkan macam perli dan bantai aku. Susah betul macam ni… tak boleh tidur dibuatnya. Heh… heh…heh…

9 05 2008
denns

LER TINGGI SUNGGUH BAHASA INI

9 05 2008
SOLEH

Tabik

9 05 2008
pengkagum isam

Semua komen di atas adalah pembohong belaka,tidak ada yang benar melainkan pembohongan belaka sehingga menjatuhkan kemalauan yang besar bagi bakal maha raja lela aku.

10 05 2008
amatjaman@banjar malaysia

cuba bawa istikharah sikit. mohon petunjuk. agar umat muhammad tidak berpecah belah.

wallah huaklam

10 05 2008
suhaimi

Bahasa kau nu hisham berbelit-belit.. nak kata hebat tidak juga.. nak kata pandai tidak juga.. why not straight to the point macam Petra.. baru jantan namanya..

10 05 2008
tupai

apa yang hangpa dok kecoh nie org nie tak betui orang tu tak betui last-last hangpa saja yang betui. apa kata sekali skala hangpa pkiaq pasai mati esok nak jumpa tuhan (ALLAH) nak jawab apa? wallahhuallam

11 05 2008
rajapensil

Hisyam lu mau bantai org lain tapi lu maki orang lain. Lu tikam Raja Petra kasag sangat, tapi orang lain yang berdarah

12 05 2008
anakbapak

salam..,

tahniah saudara hisham.., cerpen terbaik bakal menyakitkan hati najib dan rosmah…let send who sent raja petra to jail to the HELL…!!!

14 05 2008
marsha

Isham! aku rindu kau!

15 05 2008
Budak Johor

ok

16 05 2008
Suara dari Seberang.

aneh manusia abad ini
yang tidak botak sengaja dibotakkan
yang tidak tua uban putih
di kepala bahkan mungkin di anunya
aneh manusia abad ini
sarkas beruk babi dituduh segala
kerana gila kuasa
menyalahkan kancil gajah jua
dulu raja ada kuasa mahu ditelanjangkan jua
dulu bahasa melayu lingua franca
dihilangkan upaya legasi gila
air elektrik apa jua tarif puaka
atas dasar penswastaan siapa
kroni puaka melayu punah jua
salahkah ibu bapa kita?

16 05 2008
Suara dari Seberang.

aneh manusia abad ini
yang tidak botak sengaja dibotakkan
yang tidak tua uban putih
di kepala bahkan mungkin di anunya
aneh manusia abad ini
sarkas beruk babi dituduh segala
kerana gila kuasa
menyalahkan kancil gajah jua
dulu raja ada kuasa mahu ditelanjangkan jua
dulu bahasa melayu lingua franca
dihilangkan upaya legasi gila
air elektrik apa jua tarif puaka
atas dasar penswastaan siapa
kroni puaka melayu punah jua
dan anak dara bersepah sepi derita
ada juga si lelaki yang rabun ke tua
salahkah ibu bapa kita?

2 06 2008
Dally Eusoff

Salam Islam. Pak HR tidak terfikir ke nak bukukan atau compilekan tulisan-2 sinis Pak HR? Kalau ada terfikir contactlah teman nanti boleh teman tumpang sekaki jadi editor.

Antara reason perlu dibukukan;
1. Sesuai buat renungan sambil pecah perut.
2. Warisan gaya baru orang Melayu menegur supaya tidak dicop sebagai pemfitnah.
3. Etc.

Wassalam.

13 07 2008
whereha

Quote:

Ini macam betul pulak cerita Raja Petra ini. Tetapi pelik kenapa pihak polis tidak mencari kereta ini. Tidak menyiasat kereta ini. Pelik. Tetapi mengikut kata bakal PM saya rakyat tidak boleh bertanya banyak sangat.

“Nanti rakyat jadi cerdik. Bila rakyat cerdik susah bakal PM saya nak beli kapal selam lagi.”

Nanti banyak soal kita jadi susah macam Raja Petra masuk jail di Sungai Buluh. Kah kah kah kah. Padan muka kamu Raja Petra.

“bla bla bla” – ooo jadi betul la bakal PM you beli kapal selam sebelum ni?
duit akuuuuu…duit aku tuuuuuu….!!

p/s: Rosmah memang tak boleh jadi Perdana Menteri. Perdana Bini boleh kot…

31 07 2008
balisungai

HELLO TUAN SHAM,

WA TABIK SAMA TUAN, KALAU SIAPA YANG TIDAK FAHAM… LEBIH BAIK MASUK TADIKA BALIK.. ZAMAN SAYA TAK PERNAH MASUK TADIKA,
SIAPA YANG MAKAN PEGAT.. SENDIRI MAU INGAT…
SALAM HORMAT DAN SAYA DOAKAN SEMOGA TUAN DAN KELUARGA DILINDUNGI ALLAH YANG MAHA ESA.

4 10 2008
hentam

kalau tak buat salah apa yang nak takut ….. tak paham la …… yang dok tentang ISA ni mesti ada guilty consious ……. reform UMNO………

10 10 2008
joe

hisham ni cakap berapi2… dia sendiri pun huru hara hidup dia.

16 10 2008
Pro Kutuk macam mu isham

Kenal juga yah Kau pada hisham…cakap tu kuat kuat…besar mulut….kah.kah..kah..kah hidup bukan saja hura-hara….tulis, cakap macam anak tadika…melanting cukup cukup

SYABAS balisungai (22:24:42) :

HELLO TUAN SHAM,

WA TABIK SAMA TUAN, KALAU SIAPA YANG TIDAK FAHAM… LEBIH BAIK MASUK TADIKA BALIK.. ZAMAN SAYA TAK PERNAH MASUK TADIKA,
SIAPA YANG MAKAN PEGAT.. SENDIRI MAU INGAT…
SALAM HORMAT DAN SAYA DOAKAN SEMOGA TUAN DAN KELUARGA DILINDUNGI ALLAH YANG MAHA ESA.

Yang ini sumbangan saya, pinjam punya….lebih masuk akal…Banyak pendatang haram imigresen ta ada rekod….biasa le….MALAYSIA BOLEH!!! NAJIB main NAJIS jadi PM pasti boleh….kaki-kaki kroni UMNO pun Boleh! Boleh masuk NERAKA bersama NAJIS!!! kah…kah…kah…kah beli Kapal Selam INI Kapal MAlaysia pun sudah SELAM….UNDI-UNDI HANTU pun banyak…kah..kah…kah

Prof Uni (17:12:23) : Komen anda sedang ditapis

USAH lah FRUST sangat!! Apalah kita boleh buat…Kita rakyat Malaysia yang tulen rasa FRUST….frust dengan pendatang haram Indon, frust dengan mudarat jenayah sosial Indon….semua frust, kes bunuh, kes rogol, kes rompak…hahhaa kini lagi best….bom ATM….bom manusia…terlibat Jabatan POLIS, mana satu polis berani Bom kalau belakang tak ada dot…dot…dot….MALAYSIA Kini BOLEH!!! dalam segala-gala….Kalau Najib jadi PM Malaysia!!! Rakyat Malaysia pasti BOLEH!!! Boleh masuk NERAKA…Hanya ALLAH saja yang Boleh HUKUM…Yang pasti NAJIB memang suka main NAJIS….isteri orang ke!….anak orang ke! apalah sahaja BOLEH janji perempuan…PONDAN pun boleh kalau boleh tebus lubang…Rakyat kita sanggup jual agama, maruah, adat dan tutup mata asalkan boleh dapat projek-projek kroni…mana lah tau MALAYSIA BOLEH kaya dalam masa sehari JADI KRONI NAJIS!!! Berdoa lah 5 kali sehari HARAP HARAP ALLAH tidak hukum MALAYSIA macam TSUNAMI INDON…berdosa sangat…Rakyat Malaysia kini 2×5 INDON…lebih lagi banyak pendatang HARAM Indon diberi PR Malaysia lebih banyak lagi undi-undi gelap tetapi dosa tu lagi besar…hukuman ALLAH lagi berat…Malaysia hari ini MACAM Indonesia kes rasuah menular, kes rogol, kes bunuh, kes rompak….semua ada macam lauk-pauk setiap hari selera mata

Wassalam

16 10 2008
NAJIS

NAJIB ke?? NAJIS yang bakat jadi PM dan kepala UMNO???…..RAkyat tak ke MASJID berjemaah dan bersolat Jumaat ke???

Tinggalkan komen