Seperti biasa, selepas hilang majoriti dua pertiga di parlimen, pelbagai helah cuba dilakukan oleh Umno dan BN. Isu perkauman adalah salah satu aset terbaik yang selama ini telah memanfaatkan BN.
Oleh kerana Karpal Singh bukan Melayu dan beliau bercakap tentang Raja Melayu, maka beliau diserang dengan hebat dari pelbagai penjuru. Laporan-laporan polis dibuat terhadap Karpal dan polis telahpun mengambil keterangan daripada Karpal.
Selepas Reezal Mamak dan GPMS cuba menjuarai isu ini, kini muncul pula “Hisham Keris”.
Hisham Keris berikrar Pemuda BN akan taat setia kepada Raja-raja Melayu.
Kita jangan terpengaruh, Pemuda Umno dan Pemuda BN tidak pernah mempedulikan Raja-raja Melayu. Mereka hanya mahu memperalatkan isu untuk membangkitkan sentimen perkauman.
Tak percaya?
Dimana Hisham Keris, Pemuda Umno dan Pemuda BN ketika Yang Dipertuan Agong dan Sultan Terengganu dihina dan diaibkan oleh Abdullah Badawi dan Umno oleh kerana tidak mahu melantik Idris Jusoh sebagai MB Terengganu?
Jelas, mereka (Hisham Keris, Pemuda Umno dan Pemuda BN) ini semuanya penipu, pembohong dan kaki kelentong!

15 comments
Comments feed for this article
Mei 12, 2008 pada 11:39 pm
AnakMudaParlimenBatu
Saya cukup bersetuju dengan kata-kata Black, tentang kes natang di Terengganu setakat mana siasatan kes tersebut, kes Karpal disebut-sebut sepanjang malam di TV berat sebelah. Saya masih yakin Karpal bukan menderhaka, Raja juga manusia, apasalahnya sebagai rakyat kita juga berhak menegur Raja. Karpal seorang pegum, takan seorang peguam tidak tahu akan undang2 dan perlembagaan. Semua orang nak tunjuk hero dalam isu ini termasuk Hishamudin seorang ni……….
Jangan Lupa layari blog saya di http://khairilazuar.wordpress.com
bagi komen setiap artikel yang saya tulis. …ada artikel baru
Mei 13, 2008 pada 12:54 am
Exco AMK Batu
BN hanya ambil kesempatan dengan isu perkauman. Suatu hari nanti mereka akan menjilat ludah mereka tu.
Jemput ke http://www.amkbatu.blogspot.com/
Mei 13, 2008 pada 3:00 am
pipitart
“Saya masih yakin Karpal bukan menderhaka, Raja juga manusia, apasalahnya sebagai rakyat kita juga berhak menegur Raja.”
Wow, agak BOLD untuk anda mengeluarkan kenyataan sebegini… Bukankah kita semua masih teguh berpegang kepada rukun negara wahai rakanku? Tidakkah anda?
Mei 13, 2008 pada 3:53 am
AnakMudaParlimenBatu
Saya hanya berpegang kepada Rukun Islam dan Rukun Iman sahaja ……. tidak faham isu ini dipesarkan sebegini …. isu murtad tidak mcm ini pun ….. Kita selalu Aminkan untuk raja masa solat Jumaat ……. Cukuplah tue
Mei 13, 2008 pada 5:37 am
ibnu yusoff
Mari kita ramai2 buat laporan polis tentang Pak Lah dan UMNO menghina Sultan Terengganu dan Raja Perlis dalam kes pelantikan Menteri Besar…
Mei 13, 2008 pada 7:19 am
dogol
aku sokong AnakMudaParlimenBatu! Kita manusia Islam hanya berpegang kepada Rukun Islam dan Rukun Iman! Rukun Negara..tolak ketepi lah kawan ku pipitart! That’s why aku pernah kato dulu dalam blog ini kalu Raja pun tak kisah…Long Live Republic lah Jawabnya!
hahahah!
Mei 13, 2008 pada 4:03 pm
encik azlan
rukun negara adalah rukun rekaan manusia.kita di suruh parking rukun negara dalam hati kita smenjak kecil.adakah raja tidak berhak di tegur sedangkan ada segelintir2 berperangai n-gative yang diketahui umum tapi kaku untuk ditegur?rukun iman lebih penting dari segalanya.raja-raja dimasa pemerintahan abassiyah juga menerima keterbukaan kritikan rakyat.
Mei 13, 2008 pada 10:17 pm
Orang Kampung
Ape pung tetap sama, dua2 pung menderhaka pada raja! Wat per nak sokong diaorg. Ader diaorg amik tau pasal org kg yang miskin nak makan pung susah. Korang bole ler, lahir2 jek dah ade duit bertimbun so, pk ler pasal politik, tak keje pun takper.
Ni semua politik! Last2 kalu dah dapat power, sama jek nasib2 lebih teruk dari sekarang. Lu pk la sendirik!
Mei 14, 2008 pada 12:03 am
AnakMudaParlimenBatu
Kita harap isu ini akan diambil pengajaran buat kita … setiap kesalahan yang dilakukan oleh PR walaupun sekecil zarah pihak pemerintah akan provok kita habis-habisan …. sebabnya cuma satu sahaja kerana pemerintah akan menjadi pembangkang …. itulah sifat2 seorang pembangkang.
Jangan Lupa layari blog saya di http://khairilazuar.wordpress.com
bagi komen setiap artikel yang saya tulis. …ada artikel baru
Mei 14, 2008 pada 7:43 am
pipitart
anakmuda, rasanya salah BN sekecil zarah pun diperbesarkan PR.. Jadi takde bezanya. Masing2 dua2 belah kalau buat kebaikan takde pulak orng PKR nak puji BN atau orang BN nak puji PKR.
Sampai bila pun macam tu, nak buat camne, dah prinsip masing2 berbeza. Yang susah rakyat, pemimpin kat atas tu dok gaduh tak tentu pasal tu betul ni salah. Last2 mana lah ada keputusan yang akan menyenangkan SEMUA orang kat Malaysia.
Tapi buat pemimpin kat atas tu walau apa parti pun, bertolak-ansur tu mana agama pun guna pakai, jadi apa salahnya pikir cara camne nak bekerjasama pulak.
Mei 14, 2008 pada 7:47 am
akula7
betul apa awak cakap tu orang kampung. dua-dua sama je. so dua-dua kita x yah sokong. sibuk dok bertekak sana sini last2 orang susah cam kita ni jgk yg kebulur. x terbela. bosan dah dgn perangai orang2 politik ni.
Mei 14, 2008 pada 8:24 am
khairulnizambakeri
Aku selalu nak gelak tentang Reezal Mamak.
Kalau boleh, semua isu GPMS nak melalak.
Pelajar Melayu tak terbela sangat pun.
Mei 14, 2008 pada 11:55 am
Nasron al-Jauhari
Isu GPMS itu isu sampah… sampah minda… seperti GPMS itu sendiri sekarang.
BN… samaada Barang Naik atau Babi Nasional itu aku tak ambik port… yang nyata kehidupan aku dan rakyat2 yang lain rasanya macam makin tersepit jer.
Anyway… kalau pasal membela rakyat kecil rasanya kerajaan pimpinan Nik Aziz adalah yang terbaik. Tak kira bumiputera atau tidak.
BN bukan untuk bumiputera atau bukan bumiputera. Tapi untuk BNputera. Seperti UMNO untuk umnoputera. Tapi aku ni umnoputera dari lahir disebuah negeri yang memang umno dan BN habis. Pendek kata, kalau letak monyet ngan lembu sebelah gambor dacing tu, pasti orang negeri aku pangkah juga. Demi dacing, sanggup pangkah apa saja!
Tapi apa jasa UMNO dan BN kepada aku? Kepada bapak aku? Kepada atuk aku (dah pindah dalam tanah dah pun)?
Kencing…
Sekarang masa untuk berubah kepada yang lebih baik, lebih benar dan untuk ISLAM.
Mei 15, 2008 pada 4:35 am
pipitart
Tapi macam mana nak ke arah “Islam”. Parti Islam kita pun dah berkolaborasi dengan DAP. Mana mungkin, boleh ke pakatan macam tu? ENtah. mcm kucing dgn anjing la gamaknya.
Mei 15, 2008 pada 6:31 am
Altan_tua
Agak malang bagi rakyat kite ni ade yg. terjebak dgn. mainan politik ameno, syabas Black artikel yg. ringkas dan padat ni dapat dijadikan rujukan untuk menjelaskan keadaan sebenarnya.