ISIS cadang rakyat Malaysia kembali ke zaman penjajahan Jepun

2008 Mei 14
by aminiskandar

Ketua Pengarah Institut Kajian Strategik dan Antarabangsa (ISIS), Dr. Mahani Zainal Abidin mencadangkan agar rakyat Malaysia mula makan ubi untuk mengatasi krisis beras mahal. Sila klik disini untuk membaca berita dari Malaysiakini.

Setelah negara merdeka selama 50 tahun, ISIS mahu rakyat Malaysia kembali hidup seperti dizaman penjajahan Jepun satu masa dahulu.

Apa kata anda?

Setuju atau tidak?

Ada cara lain untuk atasi beban ini?


20 Respons leave one →
  1. 2008 Mei 14

    Bagi pendapat saya, kita sudah terbiasa mkn nasi, apabila bertukar ke makan ubi, rasa tidak puas ataupun tidak kenyang, tak kan krisis beras ini sudah sampai tahap kita bertindak mcm itu. Betul pula kata bapa saya, kita akan makan ubi kayu kembali tetapi bukan sebab kita berperang atau jatuh ekonomi tetapi sebab beras semakin berkurangan di pasaran …..bukan org berpenyakit angin tidak boleh makan ubi ke???

    Rakan2
    Jangan Lupa layari blog saya di http://khairilazuar.wordpress.com
    bagi komen setiap artikel yang saya tulis. …ada artikel baru

  2. 2008 Mei 14

    Begini lah nasib rakyat marhaen yang kebanyakkannya orang melayu yang kais pagi makan pagi . Adakah pemimpin-pemimpin UMNO yang mewah sanggup meluangkan masa untuk membantu memperbaikki nasib rakyat marhaen ? Atau adakah pemimpin – pemimpin UMNO yang ada masih sibuk bercakaran diantara satu sama lain untuk mendapat jawatan yang lebih tinggi telah lupa akan nasib anak bangsa yang kini dilayan lebih teruk daripada pendatang-pendatang asing yang kini menguasai pasaran kerja hingga ada yang datang sehelai sepinggang kini bergelar towkey dan memandu kereta mewah dan duduk di banglo dan apartment ?

    Tepuk lah dada dan berpijak lah di bumi yang nyata !

  3. 2008 Mei 14
    madbi permalink

    anda takut makan ubi kayu???? apa masaalahnya dengan bekalan beras?? sapa kata beras kurang/tak ada??? beras masih senang didapati dimana mana, yang mungkin jadi masaalahnya adalah harga beras mahal. tunggulah masanya akan tiba jua dimana semua rakyat memang terpaksa makan ubi kayu dan keladi, tapi lama lagi selagi amno ada kita takkan makan ubi sebab amno pembela bangsa.(yang bangsa tak reti basa macam dia)

  4. 2008 Mei 14
    dasuki_tmc permalink

    kalau tukar makanan dari beras kepada ubi (?), tak banyak yang boleh di selesaikan perkara yang berbangkit itu.
    bandingkan harga kedua-dua makanan tersebut, sama atau jauh bezanya? kalau murah ok lah. tapi kalau mahal, kan nampak bodoh, tak leh nak kira…..
    nampak idea yang tak waras.
    pada pandangan saya, ubi (?) itu tidak ditanam kat tanah kot….? macam padi.
    abih tu buat apa padang golf yang banyak kat malaysia tu.
    boleh makan rumput yang ada kat padang golf ke. atau boleh tanam ubi (?) kat padang golf ke…? dia orang tak marah ke…?

  5. 2008 Mei 14
    Mana budak jalan hamzah ni ? permalink

    Black,
    Kalau setakat suruh orang makan ubi, Rahmat pun boleh cadang. Tak payah kerja ISIS. Ini ke kerja think-tank ?

    Baik bikin tank-top.

    Ok lah. Aku nak pi Bangsar Utama. Makan nasik lepas tu nak mengamput.

  6. 2008 Mei 14
    dasuki_tmc permalink

    nak tambah sikit….dia orang tu siapa? saya pun tak tahu nak jawab…..

  7. 2008 Mei 14

    aku rasa tak boley jgak pasal ubi xramai orang tanam macam mana nk mkn ubi plak?
    mkn la apa yg ada asal kenyang perot..ubi dlu boley la sekarang xrelevan pasal xda lambakan nk tumbuh pun lama.
    amnow tu mkn sedap2 kita rakyat mkn cam kat somalia tu mana aci nti ble darurat dorang mkn stik kita mkn stick…adowghhhh

  8. 2008 Mei 14
    ubi putar permalink

    cadangan ISIS tu guna kepala lutut, tak pakai akal. kot ye pun nak cadang biar le rasional sikit…

  9. 2008 Mei 14
    ZAINAL ABIDIN permalink

    Makan ubikayu tak timbul, nanti badan jadi sembab dan akal lembab. Lebih baik buka bendang/sawah padi seluas mungkin supaya supply melebihi demand. Penyediaannya tak sampai 2 tahun, dan selepas itu harga akan turun sewajarnya. Program dan pelaksanaannya akan meningkatkan agro-industries dan manfaat ekonomi lainnya kepada negara.

  10. 2008 Mei 15
    pipitart permalink

    Pada pandangan saya, krisis kekurangan bekalan makanan (dalam hal kita, beras) adalah isu yang berlaku serentak di seluruh dunia. Jadi untuk menuding jari sepenuhnya kepada kerajaan agak tidak adil sebab sebaik mana pun sesuatu kerajaan, kalau satu dunia dilanda krisis global macam ni, memang tak boleh nak elak.

    Cadangan makan ubi tu bukannya tak munasabah, alasannya ubi2 pun karbohidrat, boleh (buat sementara) menggantikan nasi jika benar kekurangan beras atau beras naik harga. Tak kisahlah, gandum ke, kacang soya ke, banyak alternatif lain yang boleh diguna pakai. Terpulang lah pada pengguna nak memilih apa yang paling sesuai. Tapi memang susah lah, dah nama pun orang melayu, mesti nak nasi jugak sebagai makanan ruji.

    Tapi tak salah kot cuba makan benda baru. Tukar selera :P

  11. 2008 Mei 15

    Lepas ni apa pulak saranan kerajaan hadhari, mungkin suruh kita pakai selipar jepun pulak.

    sila layari:http://eddieputra03.blogspot.com/

    serta tingalkan komen saudar.

    selamat berjuang!

  12. 2008 Mei 15
    edie permalink

    orang cadangkan supaya rakyat makan ubi kayu adalah seorang yg sangat2 bahalol,harap sekolah saja tinggi.jawatan tinggi tapi sayang otak dan pemikiran yg terkebelakang.Amat memalukan sekali orang yg bankrap idea ini bercakap apatah lagi pemimpin mereka bertambahlah bodoh dan pekak dan tidak kreatif langsung.Itu bukan cara untuk atasi masalah tetapi cari masalah…isu beras kurang dipasaran tidak timbul tetapi yg menjadi isu ialah kenaikan harga beras.Ini lambang kebijaksanaan BN membela rakyat,kalau begini lah kerajaan yg tradisinya membela rakyat maka tidak lama lagi habis seluruh rakyat kebulur.Jika sudah tidak mampu mentadbir negara l;etaklah jawatan beri laluan kepada orang lain pula.

  13. 2008 Mei 15
    edie permalink

    maka sedikit hari lagi…bila ke restoran boleh la tuan-tuan order UBI KANDAR SATU…UBI GORENG AYAM SATU…sebab ubi sudah ganti nasi..ha ha jangan marah bila tengok sign board restoran kelaK TERTULIS BEGINI RESTORAN DAWOOD UBI KANDAR…..

  14. 2008 Mei 15
    selambak permalink

    Assalamualaikum
    satu idea yg bodoh dari seorang yang dikatakan berpelajaran tetapi bodoh.
    kenapa dia suruh rakyat makan ubi? sedangkan dia sendiri makan yang mewah2 dan enak?
    Inilah satu jenis manusia akhir zaman yang bercakap tidak menggunakan otak yang dikurniakan Allah sebaik-baiknya….
    Apakah orang seperti ini layak dimartabatkan sebagai ‘cerdik pandai’?

  15. 2008 Mei 16
    jojo permalink

    idea lapuk dari seorang menjawat jawatan ISIS… heheheee

  16. 2008 Mei 16
    Wan Azrul permalink

    Assalamualaikum.

    Dalam hal ini, kita semua tidak harus emosional. Kesalahan tidak seharusnya 100% di letakkan pada kerajaan BN sahaja. Pada dasarnya kekurangan beras dalam negara berpunca dari kita sendiri. Rakyat dah tak berminat untuk mengerjakan sawah padi. Orang muda lebih rela bekerja kilang walaupun pendapatannya kalau dibandingkan lebih rendah dari pendapatan pesawah padi. Kenapa? Tepuk dada tanya selera. Kalau tak percaya, cuba buat survey di negeri negeri yg ada sawah padi. Berapa banyak pengusaha sawah ni dari golongan muda?
    Lagi satu faktor, sawah padi dalam negara semakin menyusut disebabkan tiada pengusaha dan dah berapa ribu ekar swaha yg dah diconvertkan menjadi ladang kelapa sawit. Tu belum kira lagi yg di bangunkan buat rumah, buat itu buat ini oleh kroni kroni kerajaan islam hadhari. Kalau tak percaya cuba melawat Kepala Batas. Berapa luas tanah sawah yg dah dibangunkan. Buat pusat matrikulasi la.. buat rumah.. buat kompleks sukan.. Belum lagi kalau dikira tanah sawah orang orang melayu yg dijual kepada bangsa asing untuk di buat kilang, kolam ikan and so on. Jadi kesalahan sebenarnya pada bangsa kita sendiri.. pemilikan tanah orang melayu semakin mengecil. memang satu hari nanti zaman anak cucu kita nanti kita akan menumpang di negara sendiri kalau tak dibendung dari sekarang.
    Berbalik pada issue ubi kayu, mmg tak relevan la sekarang ni nak makan ubi kayu. Pemimpin kerajaan sedap sedap makan nasi.. rakyat jelata makan ubi kayu.. keluar statement suruh berjimat.. rakyat dah jimat dah.. dulu makan sehari 3 kali..sekarang dah makan dua kali je.. nak jimat sampai makan sehari sekali je kot.. tu pun makan bubur.. campur ubi kayu. apa la nasib rakyat malaysia.

    Renung renungkanlah

  17. 2008 Mei 16
    Suara dari Seberang. permalink

    DR MAHANI…..SDR JANGAN MEMPERBODOHKAN ORANG LAIN…..SDR CADANGKAN MAKAN UBI KELEDEK GANTIKAN BERAS…TAPI CAKAP SIANG PANDANG-PANDANG….TAHUKAH SDR HARGA UBI DAN KELEDEK DI PASAR RAYA YANG SUDAH TERKENAL MURAH SEPERTI GIANT,TESCO DAN CARREFOR SEKARANG LEBIH MAHAL DARIPADA HARGA BERAS??????

    Dpd. DR.RH
    Pengarah DRHSC.

  18. 2008 Mei 17
    Auzi permalink

    apekabo sume…
    Btol la kata ISIS tu! Dah beras mahal, kita tukala makan ubi.
    takkan nak makan rasuah pulak kot!……. kah! kah! kah!

  19. 2008 Mei 17
    anak melayu permalink

    entah le apa nak jd dgn org melayu skrg ni…dr dulu smemangnye suke komen dr memberi idea.cuba org melayu bersatu pikir macam mana nak selesaikan masalah bersama.jgn jadikan parti politik sebagai penghalang utk bersatu..salahkan kerajaan,salahkan pemimpin,salahkan ketua..emm kenapa taknak cermin diri sendiri,adakah diri kita ni betui 100%? kalu mampu makan selain dr ubi,makan le sapa pun tak halang.tu hanya alternatif.kalu nak makan 4 atau 5 kali sehari ,makan le..sapa pun tak larang..terpulang pada diri anda sendiri…bila terhantuk baru nak sedar.. itu lah org melayu..cakap tak guna.. berubah le wahai org melayu. kadi bangsa yang berguna

  20. 2008 Mei 29

    berass pun dah naik harga…ubi pun naikk harga so skrang kita ramai2 mkn kankung.sebab x payah bli cuma kutip di sungai..hahahahhaha.. igt ni ngara kaya ka jual mhal2.. sedarlah kerajaan oii kita ni org susah. org kaya pun berhutang masa shopping..nm kad kredit cuma nak kaburkan mata orang…mknan harian pun boleh naik harga..tapi babi x naik harga pun.

Tinggalkan jawapan

Note: You can use basic XHTML in your comments. Your email address will never be published.

Subscribe to this comment feed via RSS