Jangan salah baca. Jangan salah congkak. Pembacaan politik yang betul amat penting untuk mengambil tindakan yang tepat. Politik wajib ditakrif sebagai perang di atas meja. Jika perang di atas meja ini gagal maka perang senjata di darat, laut, padang pasir atau hutan akan di mulakan.
Sejarah manusia adalah sejarah perang untuk mengambil kuasa. Sejarah manusia ialah sejarah pertempuran satu kelas dengan yang lain untuk merebut kuasa demi kepentingan ekonomi. Hukum alam ini tidak pernah beralih-alih atau berubah. Inilah perjalanan sejarah tamadun manusia. Perebutan ekonomi adalah asas yang menimbulkan perang – sama ada perang di meja mahu pun perang di hutan.
Pakatan Rakyat sekarang ini sedang melancarkan perang untuk mengambil alih Kerajaan Persekutuan. Pakatan Rakyat sedang melakukan perang ini agar punca-punca ekonomi dapat disusun kembali. Penyusunan ekonomi ini amat penting. Punca-punca ekonomi Malayssia wajib di agih-agihkan semula secara demokratik dan adil. Dasar ekonomi Pakatan Rakyat ialah untuk kesejahteraan ramai. Bukan kesejahteraan kroni, anak bini atau penyokong parti.
Selama 50 tahun ini punca-punca ekonomi telah di monopoli dan di kawal dengan ketat oleh gerombolan United Malays National Organisation dan sekutunya. Kekuatan ekonomi inilah yang membolehkan United Malays National Organisation dilihat kuat dan dapat terus berkuasa. Hari ini gerombolan ini sedang terdesak. Kekalahan mereka dalam PRU ke 12 yang lalu memungkinkan punca-punca ekonomi dalam tangan mereka tergelincir hilang dan di ambil alih oleh Pakatan Rakyat.
Waspada ! Gerombolan United Malays National Organisation dan konco-konconya TIDAK akan melepaskan kuasa dengan senang. Ini hakikat. Gerombolan yang selama ini hidup bermewah-mewahan tidak mungkin akan melepaskan berbilion juta ringgit yang pada hari ini masih lagi dalam kawalan mereka. Justeru, mereka akan melawan kembali. Mereka akan melakukan apa sahaja untuk mempertahankan punca-punca ekonomi ini. Perlawanan merebut punca ekonomi inilah yang di panggil perang politik.
Dalam perang politik ini semua mungkin berlaku. Dalam berperang semua kemungkinan akan dilakukan. Dalam perang semua kemustahilan akan difikirkan. Dalam perang ini semua taktik akan dilakukan untuk mengambil alih kuasa. Dalam perang ini tidak ada lubang cacing yang tidak akan digali. Dalam perang tidak ada sebuah gua batu yang tidak akan di selongkar. Tujuan akhir perang ini adalah untuk menang dan mengalahkan gerombolan United Malays National Organisation dan meletakkan kembali Malayssia ke atas landasan Ketuanan Rakyat.
Pertempuran politik di antara Pakatan Rakyat dengan gerombolan United Malays National Organisation ini pasti akan bertambah sengit. Apa yang kita baca, dengar dan lihat di pentas politik negara hari ini ialah penyambungan perang yang belum selesai sesudah PRU ke 12. Berita-berita yang kita baca di media atau di lihat di kaca TV semuanya adalah taktik dan strategi peperangan.
Orang ramai wajib sedar bahawa perang politik yang hakiki pada hari ini adalah di antara Anwar bin Ibrahim dengan Najib bin Razak. Jangan silap baca. Jangan silap menganalisa. Jika silap, hasilnya ialah kekalahan.
Abdullah Badawi, Mahathir Muhamad, Tengku Razaleigh, Muhideen Yassin - kesemua mereka ini bukan lagi pemain utama dalam perang ini. Pada awalnya dahulu mereka dilihat penting, kini mereka hanya watak-watak sampingan. Watak-watak ini dilihat keluar masuk gelanggang seolah-olah mereka penting tetapi dalam naratif pertempuran ini, mereka TIDAK penting lagi.
Dalam peperangan ini kita sebagai warga dituntut untuk tidak ada berkecuali. Sesiapa yang berkecuali ertinya sama bersekongkol untuk mempertahan kuasa yang sedia wujud. Kuasa yang sedia wujud ialah kuasa gerombolan United Malays National Organisation. Kuasa yang wujud ialah kuasa yang dimiliki oleh Najib bin Razak. Kuasa Najib bin Razak inilah yang sedang ditempur oleh Anwar bin Ibrahim.
Warga dan rakyat Malayssia wajib membuat pilihan sekarang. Pada hakikatnya warga Malayssia hanya ada dua pilihan – Anwar atau Najib. Apakah rakyat mahukan Anwar memimpin negara dengan agenda Ketuanan Rakyat atau mahukan Najib untuk meneruskan kerenah agenda kapal selamnya.
Najib mewakili politik lama - politik feudal yang memerangkap manusia Melayu dengan slogan Hidup Melayu. Slogan Hidup Melayu yang diwakili oleh Najib selama 50 tahun telah memaksa manusia Melayu duduk dalam cengkaman budaya feudal. Budaya feudal ini telah memastikan fikrah manusia Melayu terus bebal dan bodoh. Ertinya dasar budaya feudal yang di kembangkan oleh United Malays National Organisation bertujuan khusus untuk memperbodoh dan membebalkan manusia Melayu.
United Malays National Organisation tidak mahu manusia Melayu cerdik dan berani berfikiran bebas. Melayu yang cerdik dan berani berfikiran bebas akan berduyun-duyun meninggalkan United Malays National Organisation.
Tidak cukup dengan memperbodohkan Melayu gerombolan United Malays National Organisation ini juga tanpa henti-henti telah dan sedang menakut-nakutkan manusia Melayu dengan dua ekor hantu – satu hantu dipanggil Cina dan satu lagi dipanggil Kaum Asing.
Apabila mereka kalah dalam PRU ke 12 mereka terus menakut-nakutkan manusia Melayu dengan mengatakan bahawa Melayu telah hilang kuasa. Negara ini akan diambil oleh Cina. Kuasa politik Melayu hilang diambil oleh Cina dan Kaum Asing.
Manusia yang takut dengan hantu-hantu ini pasti akan mencari pertolongan dan bantuan bomoh dan pawang. Inilah taktik yang selama ini telah digunakan oleh United Malays National Organisation; mereka menyebarkan cerita hantu dan kemudian mereka juga menjadi pawang menghalau hantu.
Memang tepat dan betul ada orang yang hilang kuasa dalam PRU ke 12 dahulu. Yang hilang kuasa ialah United Malays National Organisation. Bukan orang Melayu. Selama 50 tahun ini yang berkuasa ialah gerombolan United Malays National Organisation dan konco-konconya bukan orang Melayu. Manusia Melayu memang tidak memiliki apa-apa kuasa, tidak memiliki apa-apa ketuanan dan tidak memiliki apa-apa yang istimewa. Melayu hidup menunggu janji dan mati dalam harapan.
Kemenangan Pakatan Rakyat di 5 buah negeri ialah satu kemenangan tetapi BUKAN untuk Melayu, bukan untuk Cina , bukan untuk Iban, bukan untuk Dayak, Kadazan atau India. Kemenangan itu untuk semua rakyat Malayssia. Inilah bezanya Anwar dan Najib. Agenda Anwar untuk rakyat Malayssia dengan Ketuanan Rakyat. Manakala agenda Najib hanya untuk kuncu-konco kapal selamnya dan para kroni dalam gerombolan United Malays National Organisation.
Pada ketika ini taktik-taktik perang ini semakin jelas dan tidak kabur lagi. Dari awal lagi langkah Pakatan Rakyat telah disabotaj dan di serang. Fail-fail dihilangkan. Dokumen-dokumen penting dikoyak-koyak. Ini taktik-taktik perang awal untuk memporak perandakan pentadbiran Pakatan Rakyat.
Yakinlah taktik dan serangan dari konco-konco Najib dan gerombolan United Malays National Organisation akan lebih kerap dan ganas. Menuduh Karpal Singh sebagai tidak hormat kepada Raja adalah taktik perang. Menyokong pegawai kerajaan negeri Perak agar enggan menjalankan tugas adalah taktik perang. Menuduh Anwar Ibrahim sebagai ejen Yahudi adalah taktik perang. Menutup jalan raya, menyembur orang ramai dengan air kimia dan tembakan gas pemedih mata kemudian menuduh Pakatan Rakyat sebagai mengancam suasana perniagaan adalah taktik perang.
Mahathir, Razaleigh, Muhideen, Ali Rustam, Syed Hamid, Rafidah Aziz – semua telah dipukul teruk oleh Pakatan Rakyat. Kini mereka lebam-lebam dan duduk membebel di luar gelanggang. Zam, Razi, Shahidan, Sharizat telah sesak nafas dan telah menanggalkan sarung penumbuk sambil duduk bersila di luar gelanggang.
Abdullah Badawi sendiri kelihatan letih dan lebam-lebam. Abdullah akan dibawa ke luar gelanggang untuk direhatkan mungkin seawal bulan Jun tahun hadapan. Kini yang tinggal dalam gelanggang untuk terus berperang ke pusingan akhir hanyalah Anwar dan Najib.
Rakyat seantero dunia sedang menunggu dan ternanti-nanti bunyi loceng akhir yang akan mengosong Najib bin Razak keluar gelanggang. Bila ini berlaku maka Pakatan Rakyat akan dinobatkan sebagai Kerajaan Baru untuk Malaysia.

12 comments
Comments feed for this article
Mei 16, 2008 pada 6:12 am
AnakMudaParlimenBatu
Anwar Vs Najib, sudah tentu saya akn memilih Anwar, dengan agenda Ketuanan rakyatnya yang akan menyaksikan rakyat terbela tidak kira apa bangsa. Najib masih dengan agenda UMNO lama yang rakus dengan kuasa dan wang. Siapa pegampu UMNO itu di lihat sebagai kawan dan kroninya, maka senang mereka di dunia, segala hasil bumi yang Allah kurniakan untuk dikongsi oleh semua manusia rakus mereka kerjakan, sehingga hasil-hasil bumi pun mereka tidak mahu kongsi bersama rakyat yang wajib dinikmati bersama.
Tahun ini juga, insAllah kita akan menyaksikan terkuburnya UMNO di bumi Malaysia, Anak Muda seperti kami menolak UMNO ……
Rakan2
Jangan Lupa layari blog saya di http://khairilazuar.wordpress.com
bagi komen setiap artikel yang saya tulis. …ada artikel baru
Mei 16, 2008 pada 7:12 am
Suara dari Seberang.
Sebenarnya dipendekkan cerita, PRU ke-12 lalu majoriti rakyat menolak BN.. bukan kerana menyokong pembangkang atau PR tetapi rakyat tiada pilihan lain kerana tindak-tanduk BN sejak satu dekad lalu amat memualkan rakyat maka undi protes bagi tujuan memberi pengajaran dan peringatan kepada BN.Jika BN tidak mengambil ikhtibar bukan mustahil PR boleh mengambil-alih dengan syarat PR jangan “cakap tak serupa bikin”.Namun sehingga 16Mei ini, moral PM Abdullah mula perlahan-lahan menyerlah kembali dengan memberi perhatian isu kehakiman dan CEUPACS.Jikalau PM Abdullah dan UMNO,BN mahu menjadi PEMBELA RAKYAT, percaya dengan penuh keberanian dan maruah (bukan memmalukan)..kembalikan Matematik dan Sains ke Bahasa Melayu bahasa kebangsaan dan bahasa Malaysia kita, semak dan buat kajian semula sejauh mana Dasar Penswastaan legasi T.Mahathir telah benar-benar membantu rakyat atau menghisap darah rakyat, praktikkan tulisan jawi bahasa Melayu dengan arahan lisan PM Abdullah sendiri…jikalau Peking boleh bertukar Beijing, Madras boleh bertukar Cheinai, Burma boleh bertukar Myanmar..apakah perkara-perkara mudah ini PM Abdullah mahu menjadi bacul???? T.Mahathir telah meninggalkan legasi yang banyak membawa impak kemusnahan bahasa,bangsa dan negara…T.Mahathir tidak dinafikan memberi kosmetik kepada tubuh badan Malaysia…tetapi jiwa insan telah banyak yang musnah,termusnah dan dimusnahkan…..inilah yang patut direnung oleh BN dan PR.—-Dr. RH
Mei 16, 2008 pada 8:05 am
shahar A
Ini perang siapa lebih competent ? Perang ini adalah perang masa depan negara dan rakyat Malaysia.Bagaimana kita mahu negara dipimpin pada masa hadapan.Siapa di antara dua tokoh ini yang mempunyai the right behaviour, skills and knowledge and inspirational enough untuk memberi motivasi kepada majoriti rakyat Malaysia untuk ikut sama membina negara dengan membina dirinya sendiri dengan cemerlang.Pemimpin itu mestilah dapat mengusik jiwa dan sanubari ramai insan di Malaysia ini.Tanya diri kita sendiri dengan tulus ikhlas.Najib atau Anwar?Siapa yang mempunyai resources yang kita bolih leverage. Bak kata Max Dupree,” the first job of the leader is to define reality, second is to say thank you and in between leaders are servant. By management standard and by all measures the selection or election of the leader must take into account his/her competencies. Kita tidak mahu lagi pisang bertbuah dua kali , bila yang dipileh bukannya seorang yang competent!!!! kerana yang memileh bukannya seorang yang visionary tetapi adlah adalah seorang missionary- ada agenda yang tersembunyi. Rakyat Malaysia…Bangunlah…buatlah sesuatu untuk merubah dan berubah..indah nian istana bunian..tetapi di mana? Nun di sudut hatimu dan pemikiranmu.
Mei 16, 2008 pada 1:54 pm
Keturunan Umno
Kecut perut aku dibuatnya, dalam peperangan ini. Aku memang menanti-nanti MP mana yang nak lompat. Aku juga tengah tunggu kenyataan Anwar menjadi realiti.
Aku tetap berdoa ketuanan rakyat akan berdaulat sebelum PRU 13.
Jiwa telah lama terseksa di bawah UMNO.
Mei 16, 2008 pada 1:54 pm
pengkagum isam
Ini adalah peperangan untuk menghalau hantu dalam gua Pekembar.Hantu hantu yang masih ramai berkeliaran dalam gua Pekembar harus dihalau keluar secepat mungkin kerana jika dibiarkan lama lagi boleh merasok orang orang kampung bodo melayu menjadi gila meroyan takutkan hantu-hantu Pekembar ini.
Mei 16, 2008 pada 2:50 pm
Forum Malaysia
siapa hishamuddin rais? si melayu yang bela anjing? atau penggemar setia gereja di bukit nenas tiap petang ahad ? atau kawan Irene Fernandez? atau melayu glopal yang tidak kisah apa apa berlaku di negara kerana terlalu lama mengembara dek lari dari undang undang satu ketika dulu?
cerita dongeng seperti tukang karut pembela anjing ini anda tidak perlu khuatirkan…ia sama seperti anda melihat sampah dan tidak perlu menumbuk sampah jika bencikannya.
Biarkan sahaja sampah akan reput walau berjuta tahun. Tiada guna membuang masa meneliti sampah dan mengkaji sampah sampah hingga anda ketinggalan ERL ke tempat kerja anda !
sila beli buku atau baca tulisan si hisham ini di ricecooker.kerbau yang tentu anda sendiri bisa mencarinya sendiri…
baca dan faham karekter diri yang menulis sebelum anda mula menelan satu persatu sampah sarap yang ingin mencemarkan keindahan Malaysia sebagai tempat kedamaian agama bangsa dan negara Malaysia.
Mei 16, 2008 pada 3:39 pm
Naspazi
Salam hormat,
Nelson Mandela, 27 tahun dalam penjara. Akhirnya, meninggalkan penjara dan memerintah Afrika Selatan dengan kuasa Presiden, hanya selama lebih kurang 5 tahun berkuasa. Ketika beliau berhenti dari menjadi Presiden Afrika Selatan, ia ditangisi oleh rakyatnya dan tidak disuruh berhenti. Namun, permintaan rakyat Afrika Selatan, dijawab oleh Nelson Mandela dengan berkata: “Biarlah generasi baru menentukan masa depan Negara”. Dan hingga kini, Nelson Mandela tidak lagi campur tangan dalam hal ehwal politik Afrika Selatan. Bandingkan kata-kata Nelson Mandela dengan sesetengah pemimpin di negera kita Malaysia ini!
Justeru, bukan soal Anwar bin Ibrahim atau Najib bin Razak, cabaran terbesar bagi rakyat Malaysia ialah melantik pemimpin yang perkasa jiwa dan mindanya dengan akal budi yang luhur serta semangat kasih sayang sesama insan tanpa batas, di samping tidak rakus atau tamak kuasa untuk kepentingan peribadi, kroni, suku-sakat atau kaum-kerabatnya. Merujuk kepada kepemimpinan antara Anwar bin Ibrahim dengan Najib bin Razak, dari sudut kemantapan peribadi dan keluarga, saya fikir Anwar lebih baik.
Wassalam.
Mei 16, 2008 pada 4:01 pm
henopsis
Forum Malaysia : Tak perlu nak cari hits untuk blog sendiri dengan cara begini.
Anda siapa untuk mengeji orang ? anda siapa untuk menilai orang ? anda bukan rasul bukan Tuhan.
Tak salah menegur orang salah. Tapi tak bukanlah anda boleh sesuka hati menghina orang. Atau menilai orang lain. Atau memalukan oran.
Islam melarang tapi Islam tak suruh mengeji.
Faham ?
Cara kolot anda untuk orang masuk ke blog anda sudah basi. Sila guna cara baru
Mei 16, 2008 pada 4:02 pm
razman azraai
rupa2nya masih ramai rakyat malaysia terutama melayu yang bebal,bodoh dan banggang.HISHAMUDDIN RAIS YANG PENGECUT,PENIPU ITU PUN DI PUJA….KESIAANNNNNN HUHUHU.DULU LARI TAPI SEKARANG BERLAGAK HERO…HERO KONON????HERO TAIT KUCHING…SEPATUTNYA ENGKO TAK BALIK LANGSUNG LAGI BAGUS. SAPO BAGI MAKAN KAT ENGKO SEMASO ENGKO LARI DULU????MAK BAPAK ENGKO KE????PORAHHHH PENGECUTTTTTT TAK PAYAH NAK BERLAGAK HERO LAH. KEPADA MELAYU2 YANG BEBAL DAN BODOH TOLONG SIASAT DULU LATAR BELAKANG BUDAK NI DULU
Mei 16, 2008 pada 4:50 pm
anwaribrahimdotcom
Anwar tak mungkin menang..
Video 1
http://www.youtube.com/watch?v=JEYnh9Yvtew
Video 2
http://www.youtube.com/watch?v=mrNv44WoJck&feature=related
sumber :
http://www.anwaribrahimdotcom.blogspot.com/
Mei 16, 2008 pada 5:29 pm
Naspazi
Salam hormat,
Biar pembaca Blog ini yang menilai, kaedah penulisan antara henopsis dengan naspazi siapa yang pendekatan bahasanya lebih santun.
Wassalam.
Mei 17, 2008 pada 3:39 am
Robert Manurung
Salam persaudaraan dan persahabatan dari Indonesia.
Mohon izin menitipkan link artikel hasil wawancara dengan Anwar Ibrahim di Jakarta, Rabu kemarin :
http://ayomerdeka.wordpress.com/2008/05/17/anwar-ibrahim-saya-akan-rebut-pemerintahan-sebelum-september/
Terima kasih
Salam Merdeka