Begitulah yang dapat saya simpulkan selepas membaca posting terbaru daripada bekas MB Selangor, Dr. Khir Toyo. Klik disini untuk membaca tulisan Khir Toyo yang menjadi “hensem” oleh kerana makan banyak tempe.

Khir Toyo dijangkakan akan memberikan saingan kepada menantu PM dalam pemilihan Umno akan datang. Gambar ehsan Malaysiakini.
Diantara yang ditulis oleh Khir Toyo adalah seperti berikut:
“Ketuanan Melayu bukanlah untuk menjadikan Melayu ini Tuan dan bukan Melayu sebagai Hamba. Sebaliknya Ketuanan Melayu bermaksud atau simbol kedudukan Sultan-Sultan Melayu sebagai tunggak negara yang menjaga kepentingan agama Islam, adat istiadat Melayu dan Bahasa Melayu.
Sebab itu apabila para pemimpin kita dahulu memutuskan perjuangan mempertahankan ketuanan Melayu ia merupakan perjuangan mempertahankan kedudukan kesultanan Melayu, agama Islam, adat istiadat orang Melayu dan Bahasa Melayu”.
Menyentuh mengenai Bahasa Melayu yang kini telah dimiliknegarakan sebagai Bahasa Malaysia. Bukankah Umno sendiri yang menyebabkan Bahasa Melayu lemah?
Buktinya ialah apabila mata pelajaran Sains dan Matematik yang dahulunya diajar dalam bahasa kebangsaan diubah oleh Umno dan kini diajar dalam Bahasa Inggeris.
Alasan yang dikemukan oleh pimpinan Umno pada ketika itu cukup dangkal iaitu kebanyakkan buku rujukan mata pelajaran Sains dan Matematik ialah dalam Bahasa Inggeris.
Jika buku rujukan dalam Bahasa Inggeris, apa masalahnya? Apa guna kita ada Institut Terjemahan Negara? Di negara-negara seperti Jepun dan Korea Selatan, buku-buku dalam Bahasa Inggeris telah diterjemahkan kedalam bahasa mereka agar rakyat tidak ketinggalan untuk membaca mengenai idea-idea baru dan isu semasa.
Bukankah Malaysia mengamalkan Dasar Pandang ke Timur?
Mengenai kedudukan Raja-raja Melayu, bukankah Umno yang mengurangkan kuasa Raja-raja dizaman Dr. Mahathir dulu?
Umno juga yang menentang Sultan Terengganu yang juga Yang Dipertuan Agong dalam isu perlantikkan MB Terengganu. Jadi tidak benar Umno menjaga kedudukan Raja-raja Melayu.
Agenda Ketuanan Melayu yang dijaja oleh Umno tidak lagi laku oleh kerana penipuan yang dilakukan oleh Umno sendiri terhadap orang-orang Melayu. Sebab itu dalam pilihanraya umum yang lalu, orang-orang Melayu sudah pandai menilai. Mereka memberi undi bukan berdasarkan kaum dan agama. Mereka memberi undi kepada mana-mana calon tidak kira Melayu, Cina dan India yang ikhlas untuk memperjuangkan nasib rakyat.
Yang tercabar dengan Agenda Ketuanan Rakyat bukan orang-orang Melayu. Nasib orang-orang Melayu akan terus diperjuangkan. Yang tercabar sebenarnya ialah pemimpin-pemimpin Umno dan BN oleh kerana politik perkauman sudah tidak laku lagi di Malaysia.
Maka pemimpin BN tidak kira Melayu, Cina dan India yang selama ini merompak harta kekayaan negara tidak akan dapat lagi berbuat demikian.
Sebab itu mereka takut dan cuba mengapi-apikan sentimen perkauman. Porahhhh Khir Toyo!!!
Selain daripada itu, Khir Toyo turut menyatakan Ketuanan Rakyat ialah idea Republik. Klik disini untuk membaca berita dari Malaysiakini. Apa kena mengena Ketuanan Rakyat dengan Republik?









Komen Terkini