Khir Toyo anti Bangsa Malaysia?
Begitulah yang dapat saya simpulkan selepas membaca posting terbaru daripada bekas MB Selangor, Dr. Khir Toyo. Klik disini untuk membaca tulisan Khir Toyo yang menjadi “hensem” oleh kerana makan banyak tempe.

Khir Toyo dijangkakan akan memberikan saingan kepada menantu PM dalam pemilihan Umno akan datang. Gambar ehsan Malaysiakini.
Diantara yang ditulis oleh Khir Toyo adalah seperti berikut:
“Ketuanan Melayu bukanlah untuk menjadikan Melayu ini Tuan dan bukan Melayu sebagai Hamba. Sebaliknya Ketuanan Melayu bermaksud atau simbol kedudukan Sultan-Sultan Melayu sebagai tunggak negara yang menjaga kepentingan agama Islam, adat istiadat Melayu dan Bahasa Melayu.
Sebab itu apabila para pemimpin kita dahulu memutuskan perjuangan mempertahankan ketuanan Melayu ia merupakan perjuangan mempertahankan kedudukan kesultanan Melayu, agama Islam, adat istiadat orang Melayu dan Bahasa Melayu”.
Menyentuh mengenai Bahasa Melayu yang kini telah dimiliknegarakan sebagai Bahasa Malaysia. Bukankah Umno sendiri yang menyebabkan Bahasa Melayu lemah?
Buktinya ialah apabila mata pelajaran Sains dan Matematik yang dahulunya diajar dalam bahasa kebangsaan diubah oleh Umno dan kini diajar dalam Bahasa Inggeris.
Alasan yang dikemukan oleh pimpinan Umno pada ketika itu cukup dangkal iaitu kebanyakkan buku rujukan mata pelajaran Sains dan Matematik ialah dalam Bahasa Inggeris.
Jika buku rujukan dalam Bahasa Inggeris, apa masalahnya? Apa guna kita ada Institut Terjemahan Negara? Di negara-negara seperti Jepun dan Korea Selatan, buku-buku dalam Bahasa Inggeris telah diterjemahkan kedalam bahasa mereka agar rakyat tidak ketinggalan untuk membaca mengenai idea-idea baru dan isu semasa.
Bukankah Malaysia mengamalkan Dasar Pandang ke Timur?
Mengenai kedudukan Raja-raja Melayu, bukankah Umno yang mengurangkan kuasa Raja-raja dizaman Dr. Mahathir dulu?
Umno juga yang menentang Sultan Terengganu yang juga Yang Dipertuan Agong dalam isu perlantikkan MB Terengganu. Jadi tidak benar Umno menjaga kedudukan Raja-raja Melayu.
Agenda Ketuanan Melayu yang dijaja oleh Umno tidak lagi laku oleh kerana penipuan yang dilakukan oleh Umno sendiri terhadap orang-orang Melayu. Sebab itu dalam pilihanraya umum yang lalu, orang-orang Melayu sudah pandai menilai. Mereka memberi undi bukan berdasarkan kaum dan agama. Mereka memberi undi kepada mana-mana calon tidak kira Melayu, Cina dan India yang ikhlas untuk memperjuangkan nasib rakyat.
Yang tercabar dengan Agenda Ketuanan Rakyat bukan orang-orang Melayu. Nasib orang-orang Melayu akan terus diperjuangkan. Yang tercabar sebenarnya ialah pemimpin-pemimpin Umno dan BN oleh kerana politik perkauman sudah tidak laku lagi di Malaysia.
Maka pemimpin BN tidak kira Melayu, Cina dan India yang selama ini merompak harta kekayaan negara tidak akan dapat lagi berbuat demikian.
Sebab itu mereka takut dan cuba mengapi-apikan sentimen perkauman. Porahhhh Khir Toyo!!!
Selain daripada itu, Khir Toyo turut menyatakan Ketuanan Rakyat ialah idea Republik. Klik disini untuk membaca berita dari Malaysiakini. Apa kena mengena Ketuanan Rakyat dengan Republik?















Nampak sangat mantan MB Selangor yang kehilangan negerinya kepada Pakatan Rakyat dan bercita-cita pulak untuk menjadi Ketua Pemuda UMNO , kini cuba menjadi hero orang-orang Melayu dan Raja-Raja Melayu .
Persoalan yang perlu bekas doktor gigi dari Sg Besar menjawab disini adalah ” Apakah yang dibuat oleh UMNO ketika nasib orang-orang melayu dibiarkan merempat di tanah air sendiri ketika Kerajaan pimpinan UMNO mengimport beratus ribu pendatang asing yang merampas pekerjaan-pekerjaan rakyat negara ini serta penggadaian Johor melalui Wilayah Iskandar kepada penjajah di seberang tambak .?”
Bagaimana pula tentang tindakan-tindakan UMNO yang melenyapkan kuasa Raja-Raja Melayu melalui Pindaan Perlembagaan Persekutuan ?
Juga dimana kah doktor gigi yang mendakwa bahawa memakan tempe boleh memancungkan hidungnya yang pesek dan melicinkan pipi yang makin berkedut berada ketika Raja Perlis dan Sultan Trengganu yang juga YDP Agung dihinakan dan ditentang oleh Pak Lah dan UMNO ?
Buat bekas doktor gigi tersebut , eloklah buka perniagaan menjual tempe yang boleh mencantikkan wajah semua rakyat marhaen di Selangor daripada bercakap melalui kepala lututnya .
Assalamualaikum. Secara peribadi, saya merasakan perkara-perkara yang diperjuangkan oleh UMNO sudah tidak relevan lagi. Jangan dimainkan lagi isu-isu perkauman. Saya kini bekerja dibawah kuasa ‘Orang Barat’. Selama saya bekerja disamping kaum-kaum lain, tidak nampaknya sebarang diskriminasi malah mereka (kaum Cina & India) sendiri sudah bosan dengan parti-parti yang melaungkan isu perkauman. Maafkan saya Dato’ Seri Khir, tetapi idea melaungkan ketuanan melayu perlu dikaji dan diselidiki agar tidak menyinggung kaum-kaum lain yang juga membantu ekonomi Malaysia ini. Apapun ini adalah pandangan peribadi sahaja. Tidak pula cuba menyinggung mana-mana pihak. Sekian seadanya.
Tiada ada bezanya antara Arab dan lain-lain bangsa di dunia ini.Prinsip ini perlulah dipakai untuk mendefinasikan apakah “Ketuanan Melayu” satu prinsip perlu dipertahankan berdasarkan ianya dapat melepasi jangkaan waktu,mempunyai nilai sejagat dan sessuatu yang predictable.Kalau tidak usahlah kita membuang masa dan berfikir daripada “GIGI” untuk mendefinasikan masa depan kita – orang melayu yang beragama islam. Apa yang diperlukan adalah pemimpin melayu yang cemerlang yang bolih membawa orang melayu ke satu destinasi yang kita banggakan -mempertabatkan orang melayu menjadi bangsa yang kompetititif.Adakah Khir Toyo orang kita maksudkan? Jawapannya 120% TIDAK.
Kalau anda pernah tengok dia dan familinya bermain golf di KGSAAS anda akan tetap mengatakan tidak. Kalau anda pernah mengunjungi dia di pejabatnya anda akan berkata tidak.Khir Toyo adalah hanya bolih menjadi doktor kulit berasaskan gigi Apa yang beliau katakan biasanya menyakitkan hati dan menggigit sanubari kita .Beliau bukanlah seorang pemimpin tetapi seseorang yang perlu dipimpin.
Awasi kata-katanya, penuh tipu daya seperti ucapannya di kampung berembang tempuh hari.Kini anda sudah terjerat dan bertaubatlah.
He is an average UMNO man trying his last ditch; race and religion. It is always natural that whenever an UMNO leader feels the heat of his opponents, he resorts to calumnies, kamuting, race, religion, nazim and conspiracies.
ramai mat rempit di jalanan dan mat fit di pusat serenti adalah dari orang melayu…mane hero-hero melayu UMNO ha???kata nak jaga ketuanan melayu..orang2 melayu pon terjaga…
Mr. Tempe saje nak kenakan Pakatan Rakyat bile org sebodoh Toyol tu nak kaitkan idea ‘Ketuanan Rakyat’ dengan Republik. Kalau dia nak libatkan idea dengan idea lain, mai kite kaitkan idea-idea lain yg boleh dianggap sebagai ‘mengancam negara’;
- Bomba & Polis kite universal diseluruh negara, so boleh kite panggil negara kite mengamalkan Sosialisme?
- Cara pemerintahan negara macam zaman Feudal, dimana rakyat tak dapat bersuara, tiap hari kerja sumbang Tax kat Pembesar-pembesar BN(Warlords not Knights). Jadi, negara kite Kerajaan Feudal kot?
- Soal kekejaman Zaman Komunis sering diungkit bila Saudara Amir buat dokumenteri atau bile Chin Peng nak pulang tapi kerajaan syok nak berdagang buat bisnes dgn China. Jadi negara kite dah kamcing dgn Komunis, member tu.
- Pembesar-pembesar AMNO macam Encik Tempe tidak disoal-siasat apabila kes-kes penyalahgunaan kuasa serta wang rakyat habis lesap, kite boleh kaitkan negara kite sebagai Fascisme disebabkan tiada tindakan di ambil ke atas org-org sedemikian walaupun bukti kukuh dah dikemukakan.
- Undang-undang terbelah kepada 2 jenis, undang-undang istimewa yg mengecualikan ELIT AMNO serta Undang-undang mengongkong rakyat. Ni nak panggil sistem pemerintahan apa pun aku dah kehabisan idea, mungkin boleh dipanggil ‘Sistem Ketuanan AMNO’ ?
Banyak lagi teori konspirasi boleh dikaitkan jika kite buat analisa bodoh seperti Encik Tempe bin Botox.
Actually I don’t buy much into countries like Japan and Korea using their own language for education. Living in Australia, I see a large number of Japanese, Korean and Chinese turning up to “learn” English in Australia.
This shows, no matter what language is used internally as a medium for education, English is still very relavant.
There are a large number of Malaysians in Malaysia and overseas who speak good English, but these are not the current generation. They have been sold the propaganda that English is bad.
The problem is, unless you are working for government sector (whose staff incidently have problems stringing a half decent sentence together), the private sector functions in English. We have overseas investors who comminicate in English.
Hence, any intellgent person can see that the *lack of English* is making the Malays weak, and not using it.
If we want to talk about race, any race is as effective as their ability to communicate, or else they just become irrelevant. UMNO has made the Malays irrelevant by taking away their ability to communicate at an international level.
Asl’kum..Saya rasa kita tidak patut bicara mengenai isu remeh..’Ketuanan’ hanya dapat dikaitkan dengan bangsa berjaya..Kalau masih lemah & malas ‘ketuanan’ apa yang mau dipertahankan..
barua muka tempe ini patut bpr siasat sedalam-dalamnya kerana dia lebih dari ular kerana kelicikan yang terlampau ! penghapusan semua dokumen kerajaan semasa dia memerintah selangor mesti dikorek ,segala projek juga diselidiki sedatail-detailnya kerana ular ini sangat bahaya dan perosak terunggul negara !
Sudah sampai masanya kita melihat diri kita sebagai Malaysian. Anggaplah perkataan2 “melayu, cina,india, kadazan, iban” itu sebagai melambangkan sifat atau identiti, bukannya bangsa. Hanya cauvinis sahaja yang suka menggunakan mangapi2kan isu perkauman. Manusia sama saja, mahu perut diisi, mahu ada atap diatas kepala, mahu anak berjaya, dan mahu bangga dengan Negara.
Kepada Dr Khir, jika betul ingin membawa impak kepada Bangsa, perjuangkanlah pembukaan keahlian UMNO kepada semua warga Malaysia yang mempunyai Mykad.
On English language, my two-sen is: English is a language to be mastered, not be made a master. Bahasa Inggeris wajib dikuasai, tetapi wajib tidak dijadikan penguasa.
UMNO, MCA, MIC dan lain-lain parti berasaskan kaum TIDAK relevan lagi zaman sekarang.
Pak Lah Badawi TAK cemerlang, TAK gemilang, TAK terbilang. Kaki temberang, pemalas (bercuti keluar negeri setiap bulan), pemungkir janji, pengkhianat kepada amanah = MUNAFIK.
Apa rahsia khasiat tempe yang dimakan oleh Dr. Khir sehingga dia kini menjadi semakin hensem selepas kalah dalam PRU 12?
Saya dok fikir nak bagi apa kat dia ni sebagai “ANUGERAH”…
Unless Malaysia Government (or rather politician since they don’t really govern but forever politicking) treat all Malaysians as Malaysian, the future of Malaysia is really in risk. In time to come, you will get all the kaki-tanggan (where’s the otak) in government services and all the ah-longs, DVD selllers and gansters running in Malaysia while Singapore will enjoy the results of Malaysia own persecution of other races. Then Malaysia will really provide kakitanggan to Singapore in IDR while other ASEAN Countires will provide the Otak since Malaysian with Otak have all gone.
Feudalistic thinking like ketuanan Melayu should be closed for good if Malay were to move forward. the remanent of Malay sultanate in Indonesia can be found the Palembang and Medan where the Melayu palaces still stand for the tourists.
The Javanese are taking away jobs of Malays in sumatra, so do make sure the Javanese here in KL does not disguise as Malay and talk about something he has no right to.
Wake up, the non-Malay citizens are is no longer hamba. but equal partners. Chase away the Chinese/Indian otak, the kakitanggan will remain for Melayu to feed.
Surich
Just another otak in Singapore
Adakah umno betul-betul mempertahankan Sultan dan Islam? Sejarah menunjukkan sebaliknya. Umno hanya memerlukan Sultan dan Islam apabila kepentingan mereka tergugat. Contoh seperti di bwah:
1. 1992, removal of legal immunity of the malay rulers by amending article 181. Justifikasi kununnya ‘nobody above the law’. Ini masa krisis semangat 46, bila mana sultan kelantan memihak pada Ku Li ketika itu.
2. Cuba memertabatkan Raja Ibrahim Petra sebagai sultan kelantan yg sah. Jelas cuba melawan dan menjatuhkan sultan kelantan. Ini kes amat berat. Kenap umno kelantan, terutamanya anuar musa tidak dibawa kemahkamah?
3. Selepas PRU12 2008, perlantikan MB Perlis dan Trengganu. Cubaan menafikan MB pilihan sultan. Sampai ada pihak umno melabel ‘natang’ pada sesiapa yg tak memilih idris jusoh.
3. Merobohkan surau-surau di Selangor dan Trengganu.
4. Menutup Surau di Shah Alam dengan alasan memihak pada pembangkang ketika itu.
5. Menghadkan aktiviti ugama di Selangor.
6. Mengharamkan Ustaz Nik Abd Aziz Nik Mat dari ceramah di Selangor.
7. Mengharamkan Ustaz-Ustaz menyokong pembangkang ketika itu dari memberi kuliah dan menjadi imam di masjid-masjid di Selangor..
8. Gaji guru KAFA tidak berubah setakat RM600 sebulan. Bolih hidup ke?
Apa pasal sekarang tiba2 Sultan nak concern pulak pasal hak dia sebagai ketua agama…Kenapa masa zaman Dr Mahathir dulu Sultan2 kecut perut tak bersuara apa pun (double standard), bukan seorang sultan, bahkan 9 sultan senyap sepi apabila Mahathir langgar dengan jelas peraturan agama dan adat istadat melayu. Saya dah bosan tengok pemimpin2 Melayu, Mufti2 Melayu dan Raja2 Melayu memperbodohkan rakyatnya sendiri…Yang rakyat melayu nya pulak, rela mengikuti system feudal dengan taat ‘membabi buta’ beratus tahun walaupun system itu jelas2 tidak memberi menafaat langsung pada agama dan bangsanya.
Berbezanya peranan dan personality ‘King of Thailand’, yang mana rakyatnya lebih di utamakan dulu daripada mana2 pemimpin negara…Raja nya berkuasa, pemimpinnya takut, hormat dan taat pada Raja nya. Malukan bila dibandingkan dengan Raja Siam yang seorang itu dengan Tanah Melayu yang mempunyai sampai 9 sultan dengan hanya jumlah penduduknya kurang dari 27 juta (55% melayu) berbanding dengan jumlah penduduk Thailand 63 juta.
Alahai…Selama hari ni pun Sultan2 semua nya pro Umno, mana ada yang pro pembangkang!!! Soal “fulus” yang di utama kan mengatasi lain2 nya. Kita ada 9 Sultan2 di Tanah Melayu yang sepatut nya menjadi pelindungan Agama Islam….soalan nya betul kah Sultan2 ni ambil tahu pasal Islam. Saya amat ragu sekali dengan amanah yang di laung-laung kan ini.
Cuba kita hayati betul2 apa yang sudah terjadi pada agama islam di Malaysia….iaitu dengan melihat akhlak muda-mudi melayu islam kita dan akhlak pemimpin2 elit melayu islam, hiburan hedonistic siang malam melalui segala saluran kerajaan melayu, budaya munafiq dalam kehidupan harian rakyat melayu islam, system pendidikkan kerajaan melayu yang mengutama kan dunia semata-mata dan menghumbankan jauh kefahaman berkaitan akhirat.
Kita hari ini, terutama nya orang2 melayu seharus nya menilai dan menyedari apakah dengan ada nya begitu ramai (9 orang) sultan2 di negara Melayu yang besarnya “sekangkang kera” ini sebenar2 nya memberi manfaat (faedah) atau sebaliknya kepada Agama Islam dan orang2 Melayu secara am nya? Cuba kita lihat keadaan hari ini… apakah ia nya bertambah baik atau pun bertambah buruk dan parah keadaan Agama Islam dan orang2 Melayu nya? Jawapan nya tentu le bertambah BURUK, KRONIK DAN HARU-BIRU.
Takkan tugas Sultan2 hanya mengistiharkan mulanya hari berpuasa dan beraya saja!!!….apa kah itu saja tugas sebagai ketua dan pelindung agama islam!!….Setahu saya semenjak puluhan tahun dari merdeka lagi sampai le ke sekarang ni…Semua Sultan2 Melayu termasuk Mufti2 (pak pacak) yang berdamping dengan mereka ’sengap dan membisu seribu bahasa’ dalam Membela, Mempertahankan dan Menegakkan Agama, Keadilan dan Kebenaran apabila bertembung dengan PM yang zalim…satu contoh Memali dan kes DSAI. Dalam banyak2 hal kemungkaran, ketidak adilan, kezaliman dan kemaksiatan….apa yang rakyat nampak adalah Sultan2 turut bersubahat, bersetongkol dan terlibat secara terus atau tersembunyi dengan pemimpin2 Umno yang zalim itu…dulu, sekarang dan selama-lama nya..
Alif mim nun wau = SARKAS daa… tak caya tanya Sudin…
Kesian juga tengok Khir Toyo kena godam. Lain kali cakap kena lah pakai akal. Budak budak pon dok gelak pasai tempe. Dia buat lawak kot. he he