Dr. Mahathir umum keluar Umno (Baru)

Pengasas Umno (Baru), Dr. Mahathir hari ini mengumumkan untuk meninggalkan parti tersebut. Parti Umno (Baru) ditubuhkan selepas Umno diharamkan pada tahun 1988.
Sebagai pengasas yang memegang nombor keahlian 001, beliau memilih untuk meninggalkan parti yang telah berusia 20 tahun itu. Klik disini untuk berita dari Malaysiakini. Bekas PM itu meninggalkan Umno (Baru) oleh kerana hilang kepercayaan terhadap pimpinan Abdullah Badawi.
Turut bersama-sama meninggalkan Umno (Baru) ialah Sanusi Junid. Sila klik disini. Sebelum ini dilaporkan Ku Li juga mengikut jejak Mahathir. Akan tetapi berita tersebut tidak benar. Ku Li akan terus berada dalam Umno untuk mencabar Abdullah pada pemilihan Umno yang akan datang.

Dr. Mahathir menyeru pimpinan dan ahli Umno mengikut jejak langkahnya untuk meninggalkan Umno selagi Pak Lah terus menjadi presiden. Akan tetapi beliau menasihatkan ahli-ahli yang meninggalkan parti agar tidak menyertai parti lain.
Siapa lagi yang akan mengikut jejak Dr. Mahathir?
Beranikah Mukhriz? Beranikah Najib? Beranikah Hishamuddin Tun Hussein? Beranikah Khir Toyo?
Atau hanya pemimpin-pemimpin veteran sahaja yang akan mengikut jejak langkahnya?
Kalau dilihat sejarah Umno, kebanyakkan pemimpin mereka adalah penakut. Mereka takut kehilangan kuasa dan wang ringgit.
Sementara itu Shahrir Samad menyeru semua pihak bersiap sedia untuk menghadapi pilihanraya baru berikutan dengan tindakan Dr. Mahathir keluar dari Umno. Klik disini.
Gambar: Diambil sewaktu Dr. Mahathir memberikan ucapan pembukaan di Forum Dinar Economy tahun lalu di PWTC.
Berkaitan:
1) Musa: ‘Duri dalam daging sudahpun terkeluar’.
2) Mukhriz dicabar ikut jejak Dr. Mahathir.
3) Dr. M’s final move to topple Abdullah.
4) Ku Li tak akan tinggalkan Umno.















Salam hormat,
Abaikan saja si Mahathir itu, kalau dia tidak wujud pun negara ini tidak runtuh. Biarlah masa depan negara ini ditentukan oleh generasi muda, sebagaimana yang pernah dinyatakan oleh Nelson Mandela.:)
Wassalam.
Pemergian Dr.M daripada UMNO baru yang ditubuhkan pada tahun 1988 nampaknya mengejutkan rakan dan lawan . Persoalan yang menarik dan ditunggu oleh 27 juta rakyat Malaysia dan 3 juta ahli UMNO , siapa yang akan menuruti jejak langkah Dr.M selepas Sanusi Junid ?
Tokoh datang, dan Tokoh pergi; Negara tetap tinggal bersama kita. Dr. M adalah gila kuasa, dan selama 22 tahun “he brooks no competing power in Malaysia”. Hence many heads have rolled.
The judiciary has suffered. Education policy has blotted out the national unifying elements to such extent that in TV dramas Malays cannot speak Malay properly without blabbering in broken English outlandishly. Dewan Bahasa is almost defunct. The Police are tools of repression. Petronas money has been misused, and its revenues are “off-budget” an unaudited. Now, Sabah and Sarawak are king-makers, and all because of Dr. M’s policy as perpetuated by Pak Lah. Rich Malaysia would do well without Dr. M and BN.
Tandanya TDM dah takut sebab…Pak Lah dah baik pulih Kehakiman
Keputusan Suruhanjaya Siasatan VK Lingam dah selesai….
So dia salah seekor dari 6 Jahanam yang di sebut. Apalagi…..mulalah nak kucar kacirkan Pak Lah sebab Pak Lah tak nak protect dia….dulu anwar tak nak protect dia, dia pecat dan malukan sebab dia masih PM…la ni sapa nak tolong…….Sanusi Junid kot!!!!
Nampak keahlian UMNO 01 telah kosong, terperanjat aku bila mendapat sms mengatakan TUN keluar dari UMNO, Tun mengikut jejak bekas-bekas 3 Presiden UMNO terdahulu jadi nampaknya TUN Razak lebih setia kepada perjuangan parti walaupun apa badai yang menempa, bagi aku sesiapa yang mengikut jejak Tun bolehlah dianggap sebagai tidak setia kepada parti tetapi lebih kepada individu. Tun akan masuk balik ke UMNO apabila Pak Lah letak jawatan, Siapa Tun sampai macam itu? walau bagaimana pun Pakatan Rakyat perlu mengambil teladan terhadap isu ini, itulah wajah UMNO yang sebenar, UMNO sekarang tengah huru-hara. Nasib baik aku dari Pakatan Rakyat. Bagaiman dengan anak TUN? nak ikut sekali ke?
Rakan2
Jangan Lupa layari blog saya di http://khairilazuar.wordpress.com
bagi komen setiap artikel yang saya tulis. …ada artikel baru
Persoalan pokoknya siapakah yang akan mengikuti mahathir? Kalau ramai memang keputusan ini membawa kesan yang besar dan kalau elek bagai mencurah air ke daun keladi- tiada kesan. Kita lihat nanti. kalau ada yang nak join PR pun inilah masanya . Berselindung di sebalik awan mendung ini dan kemudian membuat loncatan galah dan bertapak di permukaan baru.
Lihatlah siapa pemimpin UMNO ini yang ada prinsip ? mereka lebih menjaga periuk nasi dan percayalah mereka akan melompat ke PR apabila UMNO betul2 hilang kuasa. Di kala itu nanti..bertempiaranlah mereka lari. kita doakan supaya mahathir bertaubat. Bangsa Melayu hanya akan kuat melalui islam. PKR adalah perlu untuk menjana keharmonian dan kestabilan yang praktikal.Kombinasi ini adalah asas kekuatan negara. Tiada apa yang bolih di harap dari UMNO. kalau ada pun Rosmah yang tidak bertudung semasa di Mesir(Dia seorang saja) dan KJ… si khinzir jantan. KJ dan Rosmah inilah pengadun utama bangsa kita mengikut nafsu dan kacamata mereka. yang lain , cuma penghabeh boreh. patutlah beras tak cukup!
Baguslah itu. TAR dan Hussein Onn tak mati dalam umno. Sumbangan besar TDM dalam umno:
1. Memberi tekanan pada TAR supaya letak jawatan.
2. Terlibat secara langsung dalam pengharaman umno dan menubuhkan umno baru.
3. Hussein Onn tak masuk pun umno baru
4. Perletakan jawatan TPM Musa Hitam
5. Perpecahan umno dan tertubuhnya Semangat 46.
6. Terlibat dalam permecatan Tun Salleh Abbas
7. Fitnah terhadap DSAI dan sampai DSAI terpenjara
8. Terlibat dalam kes VT Lingam korek, korek, korek
9. Menekan umno dan Pak Lah dan akhirnya BN tewas 5 negeri dalam PRU12
9. Menekan Pak Lah supaya letak jawatan.
TDM memang selalu kacau daun macamlah dia itu perfect sangat.
Good Riddance
Siluncai terjun dengan labu-labunya.Biarkan!biarkan! Lebih baik kita fikirkan cara untuk memajukan diri dan ekonomi kita.Fikirkan masa depan anak-bangsa kita.Pening kepala memikirkan dengan orang-orang politik ni.Tuduh menuduh,hasut-menghasut,jatuh-menjatuh. Berebut kuasa, kekayaan tak cukup-cukup.Bukannya boleh dibawa mati pun.Tak ingat ke tsunami 2004?
Eleh! Biola dia nak keluo ke, berenti ke..
Takkan satu kuli bekas jage cashier beghenti, Pasar mini Amno nak tutup kedai, … ramai lagi yang gian nak jaga cashier punya meja. Tak pe, tokey dia masih boleh tidoo aje lagi..
Tapi kalau pasar mini tu tutup.. lagi bagos kot!
saya rasa tindakan dr.m 2 bagus sekali
kerana apa??
kita tgk skrg nie pakatan rakyat nk tubuh kerajaan persekutuan
tapi umno tak ambik tindakan secara besar-besaran pun..
jadi nk ke kita org cina jdi pm n anuar ibrahim jdi pm??
hancur negara
Betul tu hazman, aku sokong!! Memang hancur negara kalau pakatan rakyat tubuh kerajaan persekutuan..
Hanya umno sahaja yg dapat memastikan keselamatan & kestabilan negara.
TANPA UMNO :
-Rasuah dijangka akan bermaharajalela
-sistem kehakiman mungkin akan pincang
-ekonomi takkan stabil
-Harga minyak/barang2 mungkin akan naik
-gejala sosial akan meningkat
-Penyalahgunaan kuasa mungkin wujud
-Melayu mungkin pupus (mcm beruang panda)
dan tanpa UMNO,,mungkin dunia akan kiamat!!