Tiba-tiba saya menerima satu panggilan telefon dari Pulau Pinang. Si pemanggil ialah Bakal Awek saya , seorang Minah cun yang bukan anak Mamak atau anak Mami. Dia memberitahu yang dia baru pulang dari Kedah kerana menghadiri diri dalam satu perhimpunan United Malays National Oganisation yang bersunat dan bukan perhimpunan haram yang tidak bersembelih.
Bakal Awek saya ini telah mengkongfirmkan berita bahawa Tun Dr. Mahathir Muhamad bekas Perdana Malaysia kita semua telah ‘ terberak dalam seluar… opps .. telah meninggalkan parti United Malays National Organisation’.
( Bakal Awek saya ini adalah agen yang saya upah untuk mengekori ke mana sahaja bekas Perdana Menteri kita ini menjelajah) .
Apabila berita itu saya terima maka saya ingin memberi ingatan kepada pembaca dan seluruh warga Malaysia: Tolong jangan hina Tun Dr. Mahathir Muhamad bekas Perdana Menteri kita semua.
Tolong jangan panggil dia Mamak Kutty. Tolong jangan buka cerita asal usul keturunan Keralanya. Jangan beritahu sesiapa pun tentang ‘application form’ nya ke King Edward College di Singapura yang bertulis : Mahathir s/o Iskandar Kutty. Sila jangan minta lihat borang ini yang masih tersimpan di pejabat Tengku Razaleigh.
Beberapa minit kemudian, saya menerima satu lagi panggil telefon. Kali ini dari junior saya di Malay College Kuala Kangsar. Pada pagi cuti Hari Wesak ini junior saya ini ternampak Rafidah Aziz meluru keluar dari kedai dandan rambut. Kasut tinggi tumit Rafidah terpatah. Menurut junior saya ini Rafidah Aziz telah menjerit-menjerit ‘why…why.. sir ? Why did you do this… sir.. ? Rupa-rupanya si pendandan rambut itu telah membotakkan kepala Rafidah.
Junior saya di MCKK ini juga telah memberitahu bahawa Rafidah kini sedang memacu kereta ‘four wheel drive’ nya untuk pulang ke Kuala Lumpur menuju ke Country Heights. Saya difahamkan si Rafidah Aziz ingin ke rumah Tun Dr. Mahathir untuk meminjam rambut palsu Datin Siti Hasmah.
Tolong jangan hina Mahathir
Saya juga menerima satu panggil dari Berlin, kenalan lama saya seorang wartawan di Frankfurter Allgemeine Zeitung ingin mendapat pengesahan – apakah betul Tun Dr. Mahathir Muhamad telah meninggalkan United Malays National Organisation? Wartawan ini juga ingin tahu sama ada laporan AFP yang mengatakan bahawa Mahathir Muhamad akan memasuki parti KIMMA betul atau tidak?
Saya sebagai warga Malaysia yang bertanggung jawab lagi ingin menjaga martabat kemelayuan dan ketuanan Melayu telah mengesahkan dengan sedih medih lagi pilu di hati bahawa memang betul lagi tepat Mahathir anak lelaki Iskandar Kutty telah meninggalkan United Malays National Organisation. Sayangnya, kemungkinan beliau memasuki parti KIMMA seperti yang dilaporkan oleh AFP itu masih belum dapat saya pastikan.
Tolong jangan hina Mahathir. Dan tolong jangan gunakan ayat-ayat kitab-kitab suci atau merekrut Yang Maha Esa dalam hal ini. Sila jangan hantar sms dengan ayat-ayat berbunyi seperti : Jika tuhan ingin membalas seseorang maka terlebih dahulu dia akan menjadikan orang itu gila.
Tolong jangan ulangi dan jangan disebarkan satu cerita lucah yang berpunca dari Presiden Habibi dari Indonesia. Cerita ini telah tersebar luas pada zaman Reformasi dahulu. Saya anggap ada satu niat yang tidak baik dan tidak sopan di belakang cerita ini. Mengikut Habibi rakyat Indonesia menganggap Sukarno betul-betul gila perempuan. Presiden Suharto dianggap gila harta kekayaan. Manakala Tun Mahathir Muhamad dianggap oleh Habibi betul-betul gila.
Tidak lama sesudah saya menerima panggilan dari Kuala Kangsar ini, saya juga telah menerima satu lagi panggilan telefon dari kawan saya seorang lelaki India dari Sentul. Kawan saya ini seorang anggota MIC yang unggul dengan begitu gembira sekali telah mengulangi berita Tun Dr. Mahathir Muhamad meninggalkan United Malays National Organisation. Menurut kawan saya ini, MIC cawangan Kampung Chu Badak akan mengadakan mesyuarat tergempar minggu hadapan untuk membincangkan hasrat ahli-ahli MIC yang ingin menjemput Mahathir Muhamad menjadi pemimpin MIC dan menggantikan Samy Velu. Ya asal balik usul.
Tolong jangan hina Tun Dr. Mahathir Muhamad. Sedarlah rakyat Malaysia terutama orang Melayu bahawa Tengku Abdul Rahman adalah sebagai Bapak Kemerdekaan kita , Tun Abdul Razak ialah Bapak Pembangunan kita maka Tun Dr. Mahathir Muhamad tidak lain dan tidak bukan ialah Bapak Mirzan kita.
Tun Dr. Mahathir Muhamad adalah seorang pejuang nasionalis bangsa Melayu yang begitu gigih, menangis-nangis dan telah bermati-matian berjuang untuk menaikkan taraf ekonomi bangsa Melayu. Dengan penuh kesedaran dan dengan semangat kemelayuan yang tebal sekali demi untuk menaikkan taraf ekonomi Melayu, Mahathir Muhamad telah meluluskan Akta Tanah yang membolehkan tanah rizab Melayu di jual tanpa di tambah ganti.
Dengan penuh kesedaran, juga untuk membantu ekonomi bangsa Melayu, Mahathir Muhamad telah di kelilingi oleh penasihat ekonomi yang gah lagi hebat. Mereka terdiri dari Ananda Krihnan, Vincent Tan, Lim Goh Tong, Ting Phek Khiing dan Eric Chia. Mahathir dengan bangganya telah membuktikan kepada orang Melayu bahawa seorang pemandu lori dan seorang penjual insurans boleh menjarah dan merompak ekonomi negara jika mereka pandai membodek Dr. M.
Tolong jangan hina Mahathir Muhamad
Mahathir Muhamad adalah patriot yang paling tulus lagi ikhlas. Lebih tulen dan hebat dari Patriot misile yang di buat oleh Amerika untuk menggodam Scud Saddam Hussein. Mahathir dengan semangat yang patriotik telah membuat perjanjian rahsia dengan Caspar Weinberger untuk membenarkan tentera dan soldadu Amerika datang masuk ke Malaysia. Tanpa Tun Dr. Mahathir Muhamad mungkin orang-orang Melayu tidak ada berpeluang melihat soldadu Amerika mendarat di Port Dickson.
Tidak cukup dengan patriotik, jiwa Mahathir Muhamad juga telah di salur pula semangat anti-Amerika yang berkobar-kobar. Mahathir dengan terbuka hati telah menjemput Amerika Syarikat untuk menjadikan Malaysia sebagai pusat ‘anti-terrorist’ untuk negara Asia. Kerana begitu patriotik dan anti-Amerika pusat ‘anti-terrorist’ ini telah di rahsiakan dari pengetahuan rakyat Malaysia dan orang Melayu. Malah ahli parlimen kita juga tidak mengetahui hal ini. Inilah dia jiwa seorang patriot yang cukup anti-Amerika.
Pusat ‘anti-terrorist’ ini cukup rahsia, sehinggakan anak Mahathir sendiri yang bernama Mukriz tidak tahu menahu apa yang telah dilakukan oleh ayahandanya. Dengan bangga sekali Mahathir telah menjemput Amerika untuk menubuhkan pusat rahsia ini. Semangat anti-Amerika Mahathir Muhamad ini begitu kuat sekali. Ini dibuktikan, belum pun sempat runtuhan World Trade Center di New York di baiki pusat ‘anti-terrorist’ ini telah didirikan entah di mana dalam negara kita ini. Ini adalah bukti semangat anti- Haliburton bekas Perdana Menteri kita Tun Dr. Haji Muhamad Mahathir.
Tun Dr. Mahathir Muhamad ialah wira dunia ketika yang betul pro Arab dan anti-Isreal. Dengan senyap-senyap kerana dasar anti-Isreal yang berkobar-kobar, Mahathir Muhamad telah berunding dalam gelap dengan Shimon Peres di sebuah hotel di Paris. Rundingan dalam gelap ini tidak di ketahui oleh anakandanya Mukriz yang pada ketika itu turut bersama di Paris kerana sedang mencari ubat menyubur rambut. Hasil rundingan itu ialah lawatan tim kriket Israel ke Malaysia. Inilah contoh wira dunia ketiga yang pro Arab dan anti-Isreal.
Tolong jangan hina Mahathir Muhamad bekas Perdana Menteri kita semua
Kemelayuan Tun Dr. Mahathir Muhamad ini tidak ada tolok bandingnya. Bayangkan dalam negara kita ada beratus ribu peguam Bumiputera yang hebat-hebat, lihat siapa yang menjadi peguam peribadi Mahathir Muhamad – tidak lain dan tidak bukan orangnya ialah V.K. Lingam. Ini membuktikan : Air di cincang tidak akan putus. Mana gelap kulit Mahathir gelap lagi kulit Lingam. Hanya yang legam yang dapat melegam yang lain.
Kepada sasterawanis, penulis certot dan pejuang bahasa Melayu what is the because you angry-angry. Kita patut berbangga sama kerana Tun Dr. Mahathir Muhamad adalah pejuang bahasa Melayu yang jumud lagi kuat kemut. Lihat bagaimana perkataan belanjawan telah diubah kepada bujet. Inilah contoh keglokalan Mahathir Muhamad.
Ingatilah sampai hari kiamat, tanpa inisiatif imitatif inovatif yang imaginatif dari Tun Dr. Mahathir Muhamad kita yang positif lagi reflektif menjadikan anak-anak Melayu kita hari ini tidak lagi tercicir dalam ‘maths and science’. Sekarang orang Melayu boleh berbangga kerana seorang anak Melayu telah dapat menumpang kapal angkasa komunis Rusia yang tidak bertuhan itu. What is the because you angry-angry dengan Tun Dr. Mahathir Muhamad. You Malay must equal hepi hepi.
So, tolong jangan you shykan dan look bottom Tun Dr. Mahathir Muhamad. Silap-silap nanti dia masuk Tamil Tigers.















aku suggoh sukha ini cerrtha, adha banyakk banyakk arthi, sathoo kali bachha ta da arthi, summa adha artthy ka…
wa lahhhhh aku suka jugak, laksamana belakang bt caves
Salam hormat,
Itu mahathir juga kalu, keluar Umno juga kalu, ingge puringge juga kalu. Kalau itu rakyat Peru bangkit melawan itu Fujimori, itu Fujimori tercampak semula ke Japan. Andai umat Melayu bangkit melawan itu mahathir, agaknya mahathir tercampak ke mana??? hehehe.:)
Wassalam.
Hishamuddin Rais…engkau ni MABUK TODI ke?
manusia yang TAK SEDAR DIRI dan PALING BODOH DAN BETUL2 ANJING YAHUDI!!!
Kau patut sedar diri yang engkau balik ke Malaysia semasa Tun Mahathir memerintah.Sedar sikit engkau tu dulu bila orang lain kena tangkap kau lari luar negara!!!kau ni pejuang ape???Pejuang taik kuching…aku rasa engkau ni betul-betul ANJING / BABI YAHUDI.
HOI HISHAMUDIN KAU NI BETUL2 MELAYU BODOH SOMBONG,BANGGANG,BEBAL,HAPRAK,ANJING /BABI YAHUDI .
TOLONG JANGAN BERLAGAK NAK JADI HERO KERANA ENGKAU SEBENARNYA MELAYU PALING PENGECUT DAN PEMBELOT YANG PERNAH AKU JUMPAI DAN TENGOK.
KAU JGN PUTARKAN FAKTA DAN HASUT MELAYU SUPAYA BERPECAH-BELAH.
MACAMANA BURUK SEKALI PADA PANDANGAN ENKAU PADA TUN MAHATHIR TAPI BAGI AKU:-
1/TUN TELAH MENYEDARKAN MELAYU DARI TIDUR DALAM BIDANG PERNIAGAAN DAN EKONOMI.,
2/TUN TAK AMBIL DUIT IMF(YAHUDI ENGKAU)SEMASA KRISIS EKONOMI WALAU PUN DICADANG PAKSA OLEH DSA ENGKAU.,
3/HARGA BARANG TAK MACAM SEKARANG DAH LAH TU SHORTAGE PULAK.,
4/HARGA MINYAK TAK NAIK MACAM SEKARANG.,
5/YANG PALING PENTING….NEGARA AMAN DAN MAKMUR..PERMUSUHAN KAUM TAK KETARA DAN DAPAT DIPADAMKAN DGN CEPAT.,
Yang lain-lain tak payah aku sebut dan
ENGKAU PULAK:
1/TALI BARUT YAHUDI YANG TELAH DILATIH UNTUK CUBA HURU-HARAKAN TANAH AIR(TERUTAMA ORANG2 MELAYU/ISLAM).,
2/SEORANG YANG MEMPUNYAI HATI/PERUT/PERASAAN YANG AMAT JAHAT,KOTOR BUSUK DAN JIJIK(LEBIH JIJIK DARI BABI).,
3/PENGECUT YANG CUBA BERLAGAK JADI HERO(HERO TAIK BABI).,
4/TANYA DIRI ENGKAU…APAKAH SUMBANGAN ENGKAU PADA NEGARA(KAU NI BETUL2 SIAL DAN LAKNATULLAH).
Tolon! tolon!… aku penin.. aku penin..
mana panadol? mana panadol?.. Korang pun patut buat stokpile panadol..sebab…lepas ni panadol mesti naik rega. Ko jangan tak tau.. Lepas ni, aku ingat mesti banyak lagi cita penin yang akan menyusul. kan? kan?… tapi bagos gak, tambaah satu lagi kita punya malaysia buk of rekod!!
Satira satria diseterika. Tak suka Amerika dia merika=rika. Dia benci Israel hanya setael, dia pro Arab tak pun mujarab. Khazanah negara habis punah.
GO TO HELL LAH MAHAKHINDZIR, SEBENARNYA SEMUA PUAK DACING NI KITA PAKATAN RAKYAT KUMPULKAN PENJARAKAN MEREKA SEMUA INTO PENJARA ISA KAMUNTING TAIPING. MAHAKHINDZIR NI JADIKAN JAGA@GUARD PUN TAKPA COZ TUA SANGAT UTK DIJAILKAN PADAN MUKA PARA PENZALIM DACING CACING INI.KITA PAKATAN RAKYAT AKAN BEBASKAN SEMUA TAHANAN ISA DAN GANTIKAN MEREKA DENGAN MAHAKHINDZIR,BADWI HADHARI,NAJIDALTANTUYA,RASHIT SPR,MUSA DAJAL,GANI SETAHIL DAN RAMAI LAGI PENGKHIANAT BANGSA.AYUH PAKATAN RAKYAT MELANGKAH MAJU MENAWAN MALAYSIA YANG TERCINTA INI,TAKBIR!!! SALAM PERJUANGAN!!
Cukuplah apa yang berlaku terhadap Tun, apa yang orang katakan terhadap Tun, beliau telah mencipta sejarah yang cukup besar semasa pemerintahan beliau selama 22 tahun. Beliau membuat keputusan yang aku rasakan tidak memberi makna yang besar buat UMNO sebab beliau bukan lagi orang atas UMNO lagi, beliau merupakan antara veteran UMNO (sekarang bekas). Sekarang ini ahli-ahli UMNo akan diuji kesetiaan kepada parti atau kepada individu. Buat Tun lupakanlah hal dunia, tumpu perhatian kepada akhirat pula.
Rakan2
Jangan Lupa layari blog saya di http://khairilazuar.wordpress.com
bagi komen setiap artikel yang saya tulis. …ada artikel baru
salam sdr amin
wajib artikel ini dibuku dan dijadikan bahan bacaan disemua sekolah dari peringkat prasekolah sampai keuniversiti, wajib dijadikan juga bahan khazanah negara untuk generasi akan datang !
Buat RAZMAN….
….. bahasa kamu bahasa kotor…idola kamu orang kotor (Mahashit) ….idoelogy kamu mungkin juga kotor ….
….jangan melaknat orang lain sesuka hati… takut nanti diri sendiri yg terlaknat…
“Mari kita tengok dan kaji apakah sebenarnya pendirian Mahathir pada 43 tahun yang dulu, tentang isu hak-hak keistimewaan orang-orang Melayu yang kononnya diperjuangkan oleh UMNO itu. Berikan lebih tumpuan pada tulisan yang di’bold’kan.
Dari Hansard Dewan Rakyat, 11/08/1965. Halaman 41-43.
Dr Mahathir bin Mohamed (Kota Star Selatan): Tuan Yang di-Pertua, saya bangun hendak chakap untok menentang usul di-bawa oleh Enche’ Abdul Samad Gul, ia-itu bahawa Majlis ini mengambil keputusan meminda Perlembagaan Malaysia dengan maksud supaya terjamin hak2 bumiputra di-dalam lapangan politik, ekonomi, pelajaran dan kebudayaan.
Sebab-nya saya menentang usul ini, ia-lah oleh kerana ini ada-lah bukan satu usul yang akan membina satu Malaysia yang kuat, tetapi chuma akan menimbul perasaan perkauman yang akhirnya akan menjahanamkan sama sekali Malaysia yang kita sayangi.
Sebab, Tuan Yang di-Pertua, ia-lah dengan kerana saya berpandu kapada keadaan yang ada di-Tanah Melayu sa-belum peperangan yang kedua. Di-masa itu sunggoh pun pehak penjajah British telah ada kuasa berkenaan dengan soal2 luar negeri dan pertahanan, tetapi di-dalam soal2 yang bersangkutan dengan ekonomi, politik dan sa-bagai-nya di-dalam negeri, memang Raja2 Melayu dan juga Ahli2 Dewan yang ada pada masa itu berkuasa penoh. Dan masa itu, orang2 Melayu boleh-lah di-katakan ada hak yang penoh untok mentadbirkan negeri ini dengan sa-chara apa pun juga dia suka.
Tetapi, Tuan Yang di-Pertua, kalau kita banding keadaan pada masa itu maka tentu-lah nyata ia-itu sunggoh pun pada masa itu orang2 Melayu boleh di-katakan berkuasa, tetapi keadaan orang2 Melayu bukan-lah lebeh baik daripada masa sekarang, tetapi boleh di-katakan lebeh burok lagi. Mereka memang berkuasa, tetapi oleh kerana kurang kepandaian, kurang perasaan, maka orang2 Melayu telah tertinggal ka-belakang di-dalam serba-serbi di-masa sa-belum perang dahulu. Orang2 China dan orang2 India, dan juga orang2 lain, tidak berhak sama sekali di-Tanah Melayu pada masa itu, dapat juga memperbaiki keadaan mereka itu sa-hingga pada satu masa sa-belum lagi pechah peperangan yang kedua mereka telah memegang peranan yang terbesar sa-kali di-dalam Tanah Melayu ini.
Dan pada masa itu juga saya ingin memperingatkan wakil daripada Kelantan yang berchakap tadi ia-itu mereka juga telah di-jadikan Dato’2 dan sa-bagai-nya. Masa itu orang2 Melayu ber-hak penoh. Tetapi orang2 Melayu telah beri kapada orang yang tidak ada hak sama sa-kali di-dalam Tanah Melayu pangkat2 yang di-sebutkan tadi. Dari itu kita tentu-lah nyata ia-itu chuma dengan mengadakan chatitan yang saperti di-katakan di-sini di-dalam Perlembagaan Tanah Malaysia ini bukan-lah akan menjamin kebaikan kedudokan orang2 Melayu di-Tanah Melayu ini.
Yang mustahak ia-lah kita berusaha, dengan sa-chara orang2 Perikatan berusaha, supaya membaiki kedudokan orang2 Melayu dengan memberikan kapada mereka kepandaian2 yang ke-kurangan di-sisi mereka.
Satu lagi yang timbul di-dalam uchapan Yang Berhormat tadi ia-lah berkenaan dengan Brunei juga dapat di-tinggalkan di-luar daripada Malaysia dan juga dapat berada di-dalam dunia ini dengan tidak payah memasoki Malaysia ini. Saya ingin memperingatkan ia-itu Brunei ini sunggoh pun ada, bukan-lah satu negeri yang merdeka, tetapi ia-lah maseh menjadi tanah jajahan British – di-jajah oleh British.
Di-dalam uchapan-nya pada pagi tadi Ahli Yang Berhormat telah menyebutkan berkenaan dengan perkara jururawat di-Kedah yang mana saya sendiri telah mengambil peranan yang besar. Banyak di-antara orang2 PAS memikirkan bahawa saya telah mengambil bahagian di-dalam perkara ini ia-lah dengan kerana saya memikirkan sa-bagai sa-orang yang berdasarkan kapada perkauman, tetapi yang sa-benar-nya saya ingin menerangkan kapada Rumah yang bahagia ini, saya telah mengambil berat atas perkara ini ia-lah sa-bagai sifat saya sa-orang wakil Perikatan yang ingin berusaha supaya di-adakan satu masharakat yang sama di-dalam Tanah Melayu ini. Saya perchaya sa-bagai wakil Perikatan, dengan ada-nya masharakat yang sama atau pun equitable society baharu-lah dapat kita membena satu negeri yang terpelihara dari huru-hara.
Di-dalam pilehan jururawat di-Kedah itu telah pun terpileh 16 orang yang bukan Melayu dan chuma sa-orang Melayu. Kesalahan ini bukan-lah kesalahan daripada pehak Jawatan-kuasa Temu Duga tetapi ia-lah kesalahan dengan kerana tidak ada arahan yang di-beri kapada Jawatan-kuasa ini berkenaan dengan chara2 untok memileh jururawat itu. Mereka ini chuma berpandu kapada sijil yang di-bawa oleh orang2 yang minta menjadi juru-rawat itu. Dengan sebab itu mereka itu telah memileh sijil yang tertinggi sa-kali. Maka dengan sebab itu-lah kita dapati ia-itu 16 daripada 17 orang yang di-pileh itu bukan orang2 Melayu.
Di-dalam penyelidekan yang saya telah lakukan di-Kedah itu saya dapati bahawa semua daripada 120 orang yang minta menjadi jururawat itu ada-lah terdiri daripada orang yang layak menjadi jururawat. Kalau-lah kita chuma berpandu kapada kebolehan yang terchatit dalam sijil2 mereka maka sudah tentu kita akan memileh orang2 yang bukan Melayu. Ini bukan-lah sebab apa, tetapi kita tentu-lah tahu ia-itu di-dalam pepereksaan L.C.E. dan Senior Cambridge pada tiap2 tahun kebanyakan penuntut2 yang dapat sijil yang tinggi saperti grade I dan juga dapat distinction bukan-lah terdiri dari-pada orang2 bangsa Melayu. Jadi kalau di-dalam 120 orang yang layak menjadi jururawat tadi kita chuma mengikut sijil sahaja maka terpaksa-lah kita memileh orang yang bukan Melayu. Dengan kerana Jawatan-kuasa Temuduga tadi telah memileh chuma tentang sijil2 ini maka orang2 Melayu tidak di-pileh.
Tetapi di-Kedah, Tuan Yang di-Pertua, kebanyakan daripada orang2 yang akan di-jaga oleh jururawat2 itu terdiri daripada orang2 Melayu, maka mustahak-lah juga jururawat bekerja di-Kedah terdiri dari-pada-nya orang2 yang faham berkenaan dengan adat, berkenaan dengan ugama, berkenaan dengan chara tutor bahasa orang2 yang akan jatoh di-bawah jagaan mereka. Kalau perkara ini di-timbangkan oleh Jawatan-kuasa Temuduga maka sudah tentu-lah mereka akan memileh orang yang boleh memaham orang2 yang pada satu masa akan di-jaga oleh jururawat2 itu. Ini-lah sebab kerana tidak ada arahan di-beri kapada Jawatan-kuasa Temuduga ini maka mereka itu telah memileh orang2 yang benar2-nya sunggoh pun mereka itu ada sijil yang tinggi tetapi bukan-lah orang yang boleh menjalankan tugas mereka dengan sempurna di-tempat itu.
Kalau-lah pemilehan ini berlaku di-Pulau Pinang atau di-mana2 tempat di-mana bilangan orang2 Melayu kurang, maka ini tentu-lah tidak berperasaan apa2 oleh kerana kalau di-pileh di-Pulau Pinang, umpama-nya, orang2 itu terdiri daripada orang China, jururawat semua-nya orang China, mereka tentu-lah dapat bekerja dengan chekap lagi di-dalam Hospital di-Pulau Pinang. Tetapi di-Kedah dengan kerana kalau sa-orang jururawat itu tidak dapat berchakap dalam bahasa Melayu, dia tidak mengerti tentang tutor Bahasa dan juga adat orang2 Melayu maka boleh jadi mereka itu akan menyenggong orang2 sakit di-bawah jagaan mereka dan ini akan menimbulkan satu perasaan tidak puas hati di-antara orang2 yang akan pergi ka-Hospital2 dan Kelinik2. Jadi, ini-lah sebab-nya saya memikirkan bahawa supaya keadaan di-dalam Jabatan Kesihatan di-Kedah akan di-jalankan dengan lebeh sempurna lagi, maka keberatan juga patut di-beri kapada kerja yang akan di-buat oleh jururawat2 ini. Kalau-lah sa-mata2 berpandu kapada sijil yang tinggi, maka ini akan membawa kapada keadaan di-mana pekerja2 di-dalam Jabatan2 Kerajaan akan terdiri sa-mata2 daripada orang yang bukan Melayu dan mereka ini akan bekerja di-antara orang Melayu dan tidak dapat membawa pengertian yang penoh kapada orang2 yang mana mereka itu mesti bekerjasama. Hanya ini-lah yang mustahak sa-kali di-timbangkan oleh Jawatan-kuasa Temuduga.
Saya harap tiap2 parti pembangkang, terutama yang membawa usul ini, jangan-lah memikirkan ia-itu ini akan menjadi satu daripada alasan2 supaya di-masokkan, di-chatitkan di-dalam Perlembagaan kita hak2 bumiputra yang mana di-sebut di-sini. Sa-benar-nya apa yang di-katakan hak2 bumiputra atau pun Malay privileges di-dalam Perlembagaan kita bukan-lah sa-benar2-nya hak, tetapi ia-lah satu chara untok mempertahankan pehak yang lemah, supaya pada satu masa, mereka dapat berdiri dan bertanding dengan lain2 kaum dengan tidak payah lagi bersandar kapada hak2 ini. Dengan chara kita chuma menuliskan di-dalam Perlembagaan hak2 ini bukan-lah akan terjamin kehidupan mereka (Ketawa).
Saya tidak nampak apa2, yang saya kata tadi, yang boleh membawa kapada gelak ketawa. Saya bukan kelakar macham Ahli2 yang berchakap tadi. Saya tidak perchaya, saya sebutkan lagi tidak perchaya dengan di-ada-kan, dengan di-chatitkan di-dalam Per-lembagaan hak2 bumiputra, maka ini akan membawa kapada kesenangan bagi orang2 Melayu. Apa yang musta-hak ia-lah kita bekerja dan mengguna-kan apa yang di-katakan hak2 istimewa orang Melayu itu untok membangun-kan orang2 Melayu, orang2 yang boleh mempertahankan diri mereka dalam sa-barang pertandingan. Dan pada satu masa kita akan buang sama sa-kali hak2 istimewa orang Melayu. Saya faham bahawa hak2 ini yang ada terchatit di-dalam Perlembagaan pada masa sekarang juga ia-lah satu tanda kehinaan bagi orang2 Melayu. Ini menyipatkan orang2 Melayu saperti orang Red Indian di-dalam Amerika, di-mana mereka itu mesti di-berikan reserve supaya mereka itu dapat hidup di-Amerika.
Kita di-sini juga ada Malay reserve dengan kerana orang2 Melayu selalu-lah bersandar kapada reserve2 ini dan kalau tidak ada, mereka ta’ ada-lah tanah. Ini-lah satu tanda bahawa kita ini lemah. Dan saya berharap hak2 ini ta’ akan kekal dan kita akan berusaha, saya perchaya Parti Perikatan, bagitu juga Kerajaan Perikatan, akan berusaha supaya pada satu masa kita dapat membuangkan sama sa-kali hak2, jangan-lah menambahkan lagi hak2 ini. Terima kaseh.
Razman, gua tabik spring sama lulah. Memang si Hisham ni jenis yang tak pernah kenal dek untung dan tak pernah nak sujud syukur kat tok kong Cik Det. Dia selalu tulis cam gini dan buat orang marah (baca UMNO dan pengampuya).
Hisham, selama kau berkelana kat negara asing dulu, ada tak pernah kau kena masuk ISA. Tahu apasal? Sebab tulah negara mereka tak aman, mundur dan makmur. Lihat contoh kat Malaysia ni, berkat ada ISAlah (dan kau pun kena masuk jugakkan) kita maju sebab ada Petronas Twin Tower, Litar Sepang, Putarjaya dan banyak lagi. Tuhan mana yang buat tu semua? Pendek kata hanya ada satu Malaysia saja dalam dunia ni, kau nak cakap banyak lagi !!
Waaahh KIMMA or MIC hmmmmm…??
Muahahahahahahahahahaha….. tepats sekali..!!!
jalak, lu lawak lah bro. cerita twin tower, litar sepang and putrajaya nie biasa makcik2 kampung aje yang guna. “cubo tengok tu bangunan bosar-bosar, tu sumo buek dek Umno ngan Mahathir tu, KLIA tu hah sumo buek dek kerajaan, uiihhhh mati tak makan kito takdo Umno ni” . cakap guna otak bro, malu kalau lu komen nanti orang tengok lu tak berapa cerdik.
tak ada istimewanya komen si razman tu selain menggambarkan rendahnya daya intelek beliau kerana terlalu emosional …
[...] Read with an open mind to understand an article full of sarcasm and witticism here [...]
keras sungguh bahasamu, kasar sekali ayat-ayatmu, pedih sungguh ungkapan itu. Tetapi adakah setiap apa yg kamu katakan itu bakal memulihkan kestabilan negara kita? Bisakah ayat-ayat itu mengembalikan kegemilangan Islam Melayu di tanahair kita? Lu pikirlah sendiri beb!!!!
Komen Razman reflect his mentality. Orang umno memang macam tu otak dia tinggal di lutut. Jangan keran dia kita semua tidak boleh berfokir dengan baik. So razman, sedarlah……………
Salam hormat,
Pertama sekali ini, korek korek korek, oooh ya, korek korek korek. Saya fikir otak Razman menulis dengan bahasa yang sopan jika Hishamuddin Rais, menulis wira pujaan jantung hatinya begini: Duli Yang Maha Mulia Seri Paduka Baginda Yang Dipertuan Agung Sultan Mahathir Almamak Alkutty…
Kedua, abaikan saja si mahathir itu, tarikhnya sudah luput dan zamannya telah berlalu. Malaysia takkan runtuh tanpa mahathir. Yang lebih mustahak, korek koreklah 6 JAHANNAM itu di mahkamah.:)
Wassalam.
Sehebat-hebat Firaun, ditelan bumi juga akhirnya. Inikan pula Mahathir… Siapa Mahathir?? Hanya seorang manusia biasa macam kita semua. Walau hebat macam mana sekalupin, kalau dah berdosa pada rakyat, rakyat yang teraniaya berdoa kepada Tuhan, dia akan dilaknat juga akhirnya.
Janganlah kerana pembangunan yang dibawanya, kita lupa pada kezaliman yang dia lakukan semasa 22 tahun pemerintahannya.
Hari ini kita dapat lihat bagaimana penghinaan yang perlu Mahathir terima, yang mana tidak dapat disorok lagi.
INGAT!!! Kuasa Allah adalah lebih besar.
Gua salut lu Bro Hisham…….
Biaq pi la Chek det nak keluar “Melayu”..apa nama..UMNO..apa nama..Alif Tendang Wau..apa nama.. Ssssarkiss. Apa nak kecoh2, dia kan “Mamak”. Aku pun bukan Melayu tapi dah campuq Jawa & Daeng. Apa ada pada UMNO!! UMNO dah hancur!!! Islam brings everyone together!!
Woyoo!! Ngeri tol aku baca komen ko Razman. Ngeri 3dimensi tau!
Naye kalau abg Din ada kat depan nih!.. alamat tak dapatla aku nak baca citer citer penglipurlara lagi pasni.
Aku sebenarnya pun suka gak kat Tun tu. . bukan takat suka je, sayang, kagum, begum dan lain lain lagi. Tapi aku paham… Allah dah tentukan peranan dia dua orang selagi masih idup ni. Kalau nak bandingkan dua orang ni, memang la macam bandingkan Putarjaya dngan Himalaya.. tapi dua dua tetap bagi kesan pada dunia ni. …aku je tak bagi kesan apa apa.
Kepada Tun Dr. Mahathir b. Mohammad, aku nak ucapkan ribu ribuan, juta jutaan terima kasih yang amat sangat, ikhlas dari dalam hati aku yang paling dalam, .. sebab berjaya membuatkan aku bangga menjadi rakyat Malaysia. Skang ni kalau Tun nak klua, nak berenti ke, klualah, berentilah, kan Tun dah lebih 55??!! … Aku izinkan. Tak gitu ke abg Din!
Kepimpinan ”langit” Ayah Pin lagi mulia dari kepimpinan ”dunia” Tun Mahathir…
ayah pin tak corrupt
ayah pin tak rompak $$ rakyat
ayah pin tak salahguna kuasa
ayah pin tak pakai peguam Lingam
ayah pin tak pakai penasihat ekonomi
ayah pin bukan UMNO!!
HIDUP AYAH PIN.
HIDUP HISHAMUDEEN RAIS.
TDM boleh tapaw / bungkus!!
Rasuah Politik Pasca PRU-12?
Saya terkejut apabila semalam semasa perbahasan Usul Menjunjung Kasih Titah Ucapan Seri Paduka Baginda Yang Di-Pertuan Agong di Dewan Rakyat, sahabat saya, Dato’ Abdul Rahman Dahlan (BN – Kota Belud) menyatakan bahawa beliau telah ditawarkan duit dan jawatan Kabinet daripada pihak Pakatan Rakyat (”PR”) untuk melompat parti.
Layari Gerbang: http://www.rembau.net
biak la che det nak tingai umno.kita jangan kalut.aku teringat kata2 almarhum fadhil nor ‘ moga allah panjangkan umurnya supaya dia melihat kembali kesalaha DAN kezalimannya’.nah!KASIHANNNNN umur dah extra tapi malam tidur tak nyenyak.BERTAUBATLAH
Apa…hina sgt ke org berasal dr kerala ni…tau tak ramai yg hebat2 dr sana tau…lu pulak gua tgk lu pun dah tau apa ideologi lu hisham…langsung tak de tokoh…lebih hina dr taik aku …selekeh
Syok ahhh baca certot Hisham MUdin ni, maaf ler aku copy paste ke blog main-main aku….
emtri Berkata
Kepimpinan ”langit” Ayah Pin lagi mulia dari kepimpinan ”dunia” Tun Mahathir…
ayah pin tak corrupt
ayah pin tak rompak $$ rakyat
ayah pin tak salahguna kuasa
ayah pin tak pakai peguam Lingam
ayah pin tak pakai penasihat ekonomi
ayah pin bukan UMNO!!
HIDUP AYAH PIN.
HIDUP HISHAMUDEEN RAIS.
TDM boleh tapaw / bungkus!!
Itu petikan daripada saudara emtri…
sebab dia kata macam tu sebab dia dah makan taik ayah pin yang dijadikan pil…. patullah betul-betul bangang di saudara emtri ni…. entah2 selain taik ayah pin… Saudara emtri ni pun dah minum air kencing ayah pin…..
aku bukan org UMNO pun bengang kat penulis. dah takde keje lain lg dah???!!!! buruk perangai!