Mukhriz belot pada bapanya….

2008 Mei 20
by aminiskandar

Dr. Mahathir hari ini menerima tamparan hebat apabila anak bongsunya, Mukhriz Mahathir tidak mengikut jejak langkahnya untuk keluar dari Umno.

Mukhriz tetap setia bersama Umno tetapi menggesa Abdullah Badawi untuk meletakkan semua jawatan yang dipegang. Klik disini untuk berita dari Malaysiakini.

Misi Mahathir untuk menggesa ahli-ahli Umno untuk meninggalkan parti sehingga Abdullah Badawi meletakkan jawatan gagal apabila anaknya sendiri tidak mengikut gesaan itu.

Mukhriz boleh dikatakan belot kepada bapanya.

Dr. Mahathir yang bakal didakwa berikutan dengan kes pita video Lingam telah dimalukan oleh anaknya sendiri.

Jika Mukhriz tidak berani mengikut jejak bapanya, siapa lagi yang berani? Kasihan Mahathir. Nasib baik isternya Siti Hasmah dan Sanusi Junid tetap setia…..

Video Mahathir umum keluar Umno. Dalam video tersebut bekas PM menyatakan beliau tidak akan suruh sesiapa bertindak keluar parti jika beliau tidak berani melakukannya. Mukhriz membuktikan yang beliau tidak berani mengikut jejak bapanya.

14 Respons leave one →
  1. 2008 Mei 20
    mohamad ismail permalink

    kesian..dengan chedet,tindakan berani beliau tidak mendapat sambutan daripada ahli umno yang lain yang anti paklah.walau macamana pun tahniah diucapakan atas keberanian beliau.kita semua dah sedia maklum yang ahli-ahli umno yang lain ni,berani cakap je..tunggu bila pulak mukhriz nak keluar umno..untuk menyokong tindakan bapa nya..

  2. 2008 Mei 20

    Bukan belot tapi strategi . Bapa berjuang di luar dan anak beri tekanan dari dalam . Dr.MM adalah pengamal setia Art of War karya Sun Tze . Semua pemimpin-pemimpin dunia termasuk Hitler adalah pengkagum karya-karya Jeneral dari Dinasti Cina ini yang hidup hampir 2000 tahun yang lampau.

  3. 2008 Mei 20

    Saya setuju dengan Muda.

    Sebenarnya Tun Dr. M sedang melakukan dramatik untuk meneruskan ‘negotiiation’ tahap ke-3.

    Mukhriz x follow bapaknya pun mungkin disebabkan faktor ‘masa dan ketepatan’.

    So, mukhriz tidak isytihar UMNO nie mungkin suatu dramatik.

    Kita jangan terpengaruh dengan dramatik ini, sebaliknya kita berfikir apakah sebenarnya niat@tujuan Tun Dr. M keluar UMNO dan mengapa pula Mukhriz bertindak sebaliknya.

    Sangat unik dan patut difikirkan bersama.

    Selebihnya, aku ada tulis dlm blog ‘kecil’ aku. Bye…

  4. 2008 Mei 20

    amendenye nak difikirkan sangat sampai naik senget, siapa la kepala taik ni sorang, masih segar ingatan aku si kepala taik di memperbodohkan orang melayu dan rakyat malaysia masa era 1997- era pak lah, yang aku tak leh lupa si kepela taik ni ubah ajar sains dan math dlm b.i. sedangkan sah dalam akta pend dan perlembagaan bm sebagai bahasa rasmi, bahasa pengantar dan bahasa perpaduan. tok sah buang karan blogger bincang pe’el dia.. mcm tu kepala taik, cam tu jugaklah ekor taik…

  5. 2008 Mei 20
    Auzi permalink

    Aku setuju ngan ko Muda.
    Itu sebenarnya Tun M anak beranak punya strategi. Btol aku cakap beb! Episod bantai depan belakang ni memang patutnya berlaku kalau ikut rejim Tun. Takkan korang tak ingat!!
    Apa nak jadi, jadilah!! .. aku ada cara aku sendiri.
    Aku memang suka stail Tun yang satu ni. Manusia pemberani yang aku kagumi.. Korang tak kagum ke??

  6. 2008 Mei 20

    Salam Hormat,

    Saya setuju dengan responds di atas, bukan apa-apa, hanya apa nama dan kununnya sahaja. Selainnya adalah tindakan mengatur logik. Alaaa mahathir ikut rentak pendekatan DS Anwar yang tanpa jawatan dalam parti namun berpengaruh. Hence, mari kita tengok sejauh mana kesannya tindakan mengatur logik ini! Semacam perasan masih popular sangat.:)

    Wassalam.

  7. 2008 Mei 20

    Mengingatkan saya tentang krisis PRS di Sarawak! Plot ceritanya lebih kurang sama, adakah kesudahannya demikian juga? Tunggu dan lihat…

  8. 2008 Mei 20

    saya setuju..bukan belot…
    Ini orang aa i tell u..so dangerous..
    dia akan buat apa saja asalkan ape yg dia nk dpt…
    mcm dia buat kat kengkawan kita dulu ISA 7..
    dia akan buat apa sahaja asalkan gerakan mahasiswa tahun tu dapat dipatahkan serta merta…
    macam ni jugaklah situasi sekarang..dia kluar anak tinggai dalam..dengan satu tujuan…PAK LAH LETAK JAWATAN.

  9. 2008 Mei 21
    usop masmelo permalink

    Dr.M tu dah lama bergaul dgn politik…. Setiap tindak tanduknya adalah politik… So.. Mukriz tu bukan belot, cuma pasang kaki didalam UMNO sepertimana yg dikatan ‘MUDA’ diatas dan Dr.M tu (pd hahikatnya) bukan berhenti… ini adalah tindakkannya yg terakhir untuk mendesak Paklah supaya BERHENTI drp sebarang jawatan yang disandangnya…

    Dulu Dr.M hanya menggunakan bahasa kiasan kpd Paklah supaya ia berhenti, tapi Paklah buat dek je… Nah sekarang Dr.M bertindak keluar parti untuk membuatkan pertubuhan UMNO makin goyah… Keadaan ini kemungkinan akan memberi impak kepada pendirian ahli-ahli Umno untuk berfikir-fikir apakah nasib akan menimpa pertubuhan ini dimasa hadapan selagi Paklah menerajuinya.

    Sekiranya strategi Dr.M ini berkesan, ahli-ahli umno sendiri (terutama yang ANTI KHAIRI) dari peringkat akar umbi hingga diatas akan sepakat mengikuti jejak langkah Dr.M, bukan keluar secara permanent tetapi tunggu Paklah and the gerabak karat dibelakangnya blah, barulah mereka bentuk kembali umno.

    Amacam…. ada logik kaaa permainan politik ni…

  10. 2008 Mei 21
    penulis_cyber permalink

    apa apa pun Tun Mahathir bukan masih muda lagi.. Usia 83 tahun, hati sudah sensitif dan mungkin unsur unsur nyanyuk pun dah ada….

    Ada dua sebab pada pendapat saya :

    - Tun ingin mendesak Pak Lah dan keluar UMNO kerana sayangkan UMNO iaitu ingin membersihkan munafik dalam UMNO dari terus mengganggu kerja Pak Lah.

    - Tun ingin anaknya mengatasi Khairy dalam pemilihan tidak lama lagi..

    - Tun ingin melihat setakat mana Pak Lah akan melindungi Tun dari didakwa dalam kes video VK Lingam…

    Itu pendapat dari mata kasar saya….mungkin ada pendapat lain lagi.

    dan ada satu lagi, tun ingin pergi mengadap Tuhan sebagai seorang negarawan sejati dengan tidak lagi berada di dalam PARTI agar dia dapat memberi bimbingan dari luar tanpa ada sekatan dan tindakan tata tertib.

  11. 2008 Mei 21
    pipitart permalink

    Tamparan ke strategi cerdik? Baru je nak letak komen, rupa2nya ada jugak orang yang pikir macam aku. Memang sah bijak perang psikologi anak beranak ni. Nanti leh kembangkan sayap lagi, Marina dgn Siti Hasmah boleh join jugak lepas ni.

  12. 2008 Mei 21

    Tidak derhaka jikalau beliau tidak ikut bapanya, nampaknya beliau mahukan masa depan yang cerah dalam karier politiknya. Kalau beliau keluar UMNO, maka boleh dikatakan beliau mengambil jalan yang kurang cerdik kerana beliau boleh dikatakan baru bertapak di peringkat atasan UMNO. Bapanya sudah lama berada di politik jikalau bapanya nak keluar pun tidak akan memberi apa kesan kepada bapanya. Mungkin ada cerita tersirat di sebalik isu ini, siapa tahu ….

    Rakan2
    Jangan Lupa layari blog saya di http://khairilazuar.wordpress.com
    bagi komen setiap artikel yang saya tulis. …ada artikel baru

  13. 2008 Mei 21
    mohd noor mansoor permalink

    Kita kena ingat sejarah politik Mahathir. Pada tahun 1960-an, beliau pernah mendesak Tunku Abdul Rahman iaitu bapa kemerdekaan meletak jawatan perdana menteri Malaysia. Pada ketika itu Mahathir hanya seorang ahli politik biasa dan tidak begitu terkenal. Tapi kini beliau adalah seorang negarawan dan bekas Perdana Menteri Malaysia. Oleh itu kita tidak boleh pandang rendah kemampuan beliau. Jika Tunku boleh jatuh, tidak mustahil Pak Lah juga boleh jatuh atau sekurang-kurangnya berada dalam keadaan tidak selesa untuk meneruskan pemerintahan. Walaupun Mahathir telah lanjut usia tetapi kedudukan Pak Lah juga tidak sekukuh mana kerana bergelumang dengan seribu satu masalah. Tidak mustahil faktor ini mampu membantu Mahathir dalam usahanya menjatuhkan Pak Lah. Saya tidak bermaksud untuk mengajak sesiapa mengkagumi Mahathir tetapi bagi saya tindak tanduk Mahathir ketika ini tidak boleh diperkecilkan. Mungkin betul pendapat mereka yang menulis bahawa tindakan Mukriz bukan derhaka kepada ayahnya tetapi sebahagian daripada strategi.

  14. 2008 Mei 22
    pipitart permalink

    Tindakan Mukhriz juga sama seperti apa yang Mahathir lakukan dengan TAR dahulu seperti dalam komen mohd. noor mansoor. Jadi tidak mustahil juga apa yang Mukhriz lakukan sekarang untuk mendesak Pak Lah letak jawatan memang mengikut sangatlah tindak tanduk ayahnya dahulu.

Tinggalkan jawapan

Note: You can use basic XHTML in your comments. Your email address will never be published.

Subscribe to this comment feed via RSS