BERSIH akan buat laporan polis dalam isu dakwat kekal esok

2008 Mei 21
by aminiskandar

Esok laporan polis akan dibuat oleh BERSIH terhadap PM, Pengerusi SPR, Ketua Polis Negara dan Peguam Negara dalam isu dakwat kekal. Laporan polis dibuat oleh kerana empat individu tersebut bersekongkol untuk membatalkan pengunaan dakwat kekal.

Sama ada kabinet memberi arahan atau cadangan bukanlah satu isu. Campurtangan kabinet telah membuktikan SPR tidak bebas dari politik kepartian.

Sila lihat butiran dibawah:

Jemputan Media
21 Mei 2008

Kepada Ketua Pengarang,

SIDANG MEDIA BERSIH: Laporan Polis Terhadap Komplot Isu Dakwat Kekal


Gabungan Pilihanraya Bersih dan Adil (BERSIH) akan mengadakan sidang media selepas membuat laporan polis berhubung dengan laporan-laporan media mengenai percanggahan kenyataan mengenai penggunaan dakwat kekal semasa Pilihanraya Umum 8 Mac yang lalu di antara Perdana Menteri, Pengerusi Suruhanjaya Pilihanraya (SPR), Ketua Polis Negara dan Peguam Negara.


Berikut adalah butiran sidang media:

Tarikh : 22 Mei 2008 (Khamis)
Masa : 11 pagi
Tempat : Balai Polis Dang Wangi, bersebelahan Stadium Negara, Kuala Lumpur.

Diharapkan Tuan dapat menghantar wartawan/jurugambar untuk membuat liputan.

Sebarang pertanyaan, sila hubungi sekretariat Faisal Mustaffa 019-2232002 atau Medaline Chang 012-2192010.


Sekian, terima kasih

SEKRETARIAT BERSIH

3 Respons leave one →
  1. 2008 Mei 21

    Syabas dan amat setuju kita buat lapuran Polis mengenai isu dakwat hitam yang sepatut nya diguna semasa PRU 12 yang lalu. Berjuta wang rakyat dibelanja kerana membeli dakwat ..tetapi tidak digunakan…Malaysia kini adalah negara Haprak kerana diperintah olih melayu Haprak..sudah 50 Tahun..

  2. 2008 Mei 21

    Nak tanya sikit lah …

    Kalau buat laporan polis terhadap PM , siapa nak jadi I.O. ( Investigating Officer ) ? Musa H ka ?

    Kalau buat laporan polis terhadap IGP , siapa nak siasat ? Bakri yang pukul RPK ke ?

    Kalau ada bukti nak dakwa AG , siapa pulak nak dakwa AG ? Dato’ Yusof Zainal ke ?

    Kalau ada bukti kesalahan Pengerusi SPR , apa nak dibuat terhadap Rashit ? Lantak kau lah Rashittt … oii

  3. 2008 Mei 22
    pipitart permalink

    Kalau marah sekali pun tak perlu lah guna perkataan melabel seperti “melayu haprak”. Cantik sikit bahasa tu woi, blog ni orang ramai baca!

    Walau diperintah 50 tahun sekalipun tak payah lah nak buat tuduhan melulu. Tanpa pemimpin2 selama 50 tahun malaysia tak mungkin seperti malaysia kita kenali sekarang. Memang lah betul banyak benda kena yang perlu snagat diperbetulkan dalam hal politik malaysia, tapi jangan lah emosi sangat menulis komen.

Tinggalkan jawapan

Note: You can use basic XHTML in your comments. Your email address will never be published.

Subscribe to this comment feed via RSS