Mahathir jawab Musa Hitam

2008 Mei 22
by aminiskandar

Musa Hitam apabila diminta mengulas mengenai tindakan Mahathir meninggalkan Umno, beliau berkata “Duri Dalam Daging telahpun keluar dari Umno”.

Hari ini diawal pagi lagi pada pukul 6.54, bekas Perdana Menteri menjawab Musa Hitam yang merupakan bekas timbalannya dalam isu “Duri Dalam Daging” didalam blognya. Klik disini.

Selain daripada itu beliau turut mengingatkan Shahrir Samad mengenai sejarah silam apabila Ahli Parlimen JB itu letak jawatan dan bertanding semula sebagai calon bebas.

Cuma satu perkara yang belum dijawab oleh Mahathir ialah mengenai kenyataan Musa Hitam mengenai berakhirnya era “Mahathirism”.

9 Respons leave one →
  1. 2008 Mei 22
    ZULFA permalink

    Saya setuju sangat dengan saudara..mcm memaku dulang paku serpih. Selama ini kita pun nak marahkan Musa Hitam, tapi kita control aje. Aleh-aleh dia pulak sedap aje nak kata pada bekas Pemimpin yang begitu berjasa. Nak kata orang ni mesti ada hormat mcm kita selalu diajarm kat sekolah. Orang puteh yang punya begitu banyak kebebasan pun tak de “name calling”. Nak komen mesti objektif, bukan personal. Kalau orang besar boleh label melabel, bayangkan anak2 kita kat sekolah cakap ikut mulut saja pada sesama kawan, pada guru, pada guru besar, pada Ustaz… nauzubillah !

  2. 2008 Mei 22

    biarkan…biarkan…

    hahahahha…

    apa pon selain dari kita tgk drama telenovela ini..

    kita pulak jgn rasa ghairah untuk menjemput Tun menyertai mana-mana parti – parti PR selagi mana dia tidak meminta maaf kepada seluruh mangsa – mangsa kezaliman beliau…

    walaupun kesian tgk kat dia nie..tapi dalam soal hak mereka yg dizalimi tidak harus diketepikan demi untuk meraih sokongan..

    betol tak??

  3. 2008 Mei 22

    Inilah masanya musuh2 Tun akan berkumandang hentam Tun dari pelbagai sudut sehingga tiada ruang untuk Tun bernafas lagi. hentaman kuat ini bagi aku tidak sedikitm pun akan dapat menutup mulut TUN dari kritik kepimpinan Pak lah sehingga Pak Lah letak jawatan. Adat politik, orang yang kini berkuasa akan disanjung dan orang yang tiada lagi kuasa akan dibuang jauh-jauh …

    Bab duri dalam daging, Tun bagaikan duri yang nampak jadi senang kita keluarkan. Bagaiman pula dengan duri yang tidak nampak yang semakin hari semakin banyak hinggap di daging UMNO, lagi bahaya, kalau tidak ubati nanah jadinya. Bagi aku era UMNO sudah berakhir bermula PRU 12 ini, kuburkan UMNO secepat mungkin, tidak relevan lagi mereka ini, yang tersepit sekarang ini ahli-ahli bawahan ….. ADAKAH SUARA MEREKA AKAN DIDENGAR?

    Rakan2
    Jangan Lupa layari blog saya di http://khairilazuar.wordpress.com
    bagi komen setiap artikel yang saya tulis. …ada artikel baru

  4. 2008 Mei 22

    Perbezaan diantara seorang negarawan dan politikus biasa boleh dilihat pada cara beliau berpolitik dan kesan daripada tindakan-tindakan nya . Seorang negarawan akan mampu menangkis segala serangan terhadapnya dan pada masa yang sama turut menyerang balas ‘musuh-musuh’ nya melalui satu tindakan sahaja . Manakala serangan demi serangan seorang politikus biasa akan menyebabkan beliau kalah sebelum ‘peperangan’ tamat .

    Diantara Tun Dr.M dan Tun Musa H , yang pernah digelarakan sebagai Pasukan 2 M suatu ketika dahulu , siapa sebenarnya NEGARAWAN atau hanya POLITIKUS BIASA ?

  5. 2008 Mei 22
    Auzi permalink

    Aku pecaya, Mahathirisme takkan padam… selagi Tun belum padam. Namun, tu bukan penting sangat pada aku… sebab aku dah tak berapa boleh nak harap sangat pada Tun lagi… maklumlah dia pun dah senja lagi tiada takhta. Legasi yang ditinggalkannya tetap akan aku kenang.
    Ni yang aku naik bebulu ni… Apasal la yang ramai ramai dok ada kat atas tingkat ampat tu.. Ampat taun woo.. tecongok menguap nguap je. Balik balik kata, akan difikir.. akan difikir..saya harap..saya harap. Cakap pun kekadang bolak balik. Kecoh!!.. duri dalam daging dah kelua konon… masa duri tu dok kat dalam..tahaan je sakit. kan ke botol tu?
    Tak bangga langsung aku!! …aku pun selalu buat camtu.
    Aku sebenarnya dah tak sabo nak tunggu kemunculan Mahathir yang baru… yang mirip mirip Mah adil.

  6. 2008 Mei 22
    dogol permalink

    gado-gado, lawan-lawan sampai malaun meno tergolek dog dalam tanah! yeha! gado-gado jangan tak gado! bile mau tergolek dog nie malaun meno!

  7. 2008 Mei 23

    Er, ni kucing sama kucing gaduh ke anjing sama anjing? Hehe.

  8. 2009 Ogos 30
    didi permalink

    Musa Hitam tu kata dulang paku serpih, kata Mahathir tapi dia yang lebih. Bukan ke dia dulu yang jadi duri dalam daging keluar UMNO masuk semangant 46?

Trackback & Pingback

  1. Dari Rumput Ilalang Ke Pohon Wudi - Siri 4 « katakita katadepa

Tinggalkan jawapan

Note: You can use basic XHTML in your comments. Your email address will never be published.

Subscribe to this comment feed via RSS