Singapura dapat hak keatas Pulau Batu Puteh

23 05 2008

Kemaskini

Pertanggungjawaban harus diambil oleh Peguam Negara, Abdul Gani Patail kerana gagal mempertahankan kedaulatan negara. Saya bersetuju dengan pandangan Mohd Sayuti Omar yang mengatakan bahawa sudah tiada semangat patriotisme dikalangan rakyat Malaysia. Klik disini untuk membacanya.

Mengapa ini berlaku? Saya pun tidak tahu. Saya pun tidak faham. Pemimpin negara hanya menyuruh kita bertenang dan menerima hakikat ini. Ertinya kita diminta untuk memaafkan sahaja kesalahan mereka kerana gagal mempertahankan kedaulatan negara.

Tidak kedengaran lagi kenyataan-kenyataan daripada pemimpin Pakatan Rakyat mengenai isu kehilangan kedaulatan negara ini. Terjumpa tulisan Husam Musa mengenai Pulau Batu Puteh satu ketika dahulu. Klik disini.

Kenyataan Karpal Singh: Keputusan ICJ mengecewakan (Malaysiakini)

Posting Asal

Begitulah yang diputuskan oleh Mahkamah Keadilan Antarabangsa (ICJ). Klik disini untuk berita dari Malaysiakini.

Pada tahun 1965 dahulu, Malaysia telah kehilangan Singapura. 43 tahun selepas itu, Malaysia kehilangan Pulau Batu Puteh kepada Singapura. Selepas ini Malaysia akan kehilangan apa lagi?

Barisan Nasional telah gagal dalam tugas mereka untuk mempertahankan kedaulatan negara.

Keputusan jatuhnya Pulau Batu Puteh kepada Singapura ini akan memberikan “vitamin baru” kepada Dr. Mahathir dalam usahanya untuk menjatuhkan Pak Lah.

Sebagai “campaign manager” (meminjam istilah Hishamuddin Rais) kepada Najib untuk menjadi Perdana Menteri, isu Pulau Batu Puteh ini akan menjadi senjata untuk menyerang Abdullah yang selama ini telah dikatakan menggadaikan kedaulatan negara kepada Singapura dalam projek Wilayah Pembangunan Iskandar (WPI).

Mari kita sama-sama saksikan episod politik negara yang semakin mencabar. Didalam proses perebutan kuasa, pasti ada yang menang dan kalah.

Yang menang akan menjadi arang, yang kalah akan menjadi abu. Siapa yang akan jadi arang?


Tindakan

Informasi

25 gerakbalas-gerakbalas kepada “Singapura dapat hak keatas Pulau Batu Puteh”

23 05 2008
Muda (16:05:57) :

Adakah Gani P akan meletakkan jawatan kerana gagal mempertahankan Batu Putih daripada terlepas ke bekas jajahan Tanah Melayu di seberang tambak Johor ? Kalau di UK , USA , Jepun dan Taiwan , menteri dan pegawai yang buat silap akan terus letak jawatan . Di Malaysia , orang-orang begini bukan sahaja akan mempunyai muka tebal tetapi juga akan di naikkan pangkat .

TAHNIAH kpd Gani P yang pernah lulus cukup makan untuk dapat ijazah kelas ketiga undang-undang dari Univ Malaya .

23 05 2008
mountdaweller (18:03:05) :

bukan setakat singapura dan pulau batu putih yang kita hilang. kita telah pun hilang chow kit kepada indon dan percayalah lepas kita akan hilang pula wpi. sekarang pun ruang udara kita selalu diceroboh! air johor dah lama dikuasai oleh singapura, apa lagi yang tinggal untuk cucu cicit kita nanti?

23 05 2008
Odeng (18:25:52) :

Pangkah lagi BN, dah tau kita punya, pertahankanlah ikut cara Islam. Taknak minta nasihat Ulama’, Nie jumpa ICJ, mampuih depa nak bagi kita. Ikut majoriti trang2 depa sokong Singapore, depa sama2 kafir. Ikut hati nak je aku bom Singapore tu. Kalo baik sikit, suruh PM dia masuk Islam. X pun kita gabung Negara dgn Indonesia, wat jambatan kat Selat Melaka dan wat terusan di Segenting Kra.

24 05 2008
rm1juta (02:10:10) :

Inilah jadi nya apabila beruk diberi pangkat.tak reti nak buat kerja….elok jual je Malaysia kat singapura…Orang malaysia semua duduk dalam laut…Bukan sekadar letak jawatan…..sepatutnya dijatuhkan hukuman penjara dan 8 sebatan kerana gagal mempertahankan hak malaysia sebaliknya berjaya menjual maruah malaysia ke serata dunia.

24 05 2008
jingoza (02:20:13) :

malaysia pondan ! pemimpin umno laknatullah pengkhianat besar perosak agama,bangsa dan negara !

24 05 2008
ezoneline (04:48:38) :

..ini semua angkara ketololan pemimpin umno ( ..mungkin rasuah..? )dimana dgn mudah wakil setiausaha kerajaan negeri johor boleh menyerahkan pulau itu dgn rasmi pd s’pore….

24 05 2008
Affuan (06:10:10) :

Itu tergadai ini tergadai. Apa kata kita semua GADAI PM plak. Pueh hati! Huhu.

24 05 2008
slyderrose (06:16:00) :

Salah satu hadiah dari kerajaan pimpinan umno. Nak cakap ketuanan melayu lagi?. Tuhan dah tunjukkan bahawa umnolah yg selama ini menjual diri dan harta pada orang lain. Check dengan adnan yaakob pasal tanah umno sendiri dijual pada kompeni cina. SO, jangan tuduh orang lain mengadaikan maruah. Kalau lama lagi umno memerintah, separuh negeri johor pun mungkin terlepas kat Singapore, kot. So, pemimpin umno cermin diri. Dan kasi peluang orang lain pulak memerintah.

24 05 2008
mujahidin (08:07:33) :

Katakan TAK NAK KEPADA BN!!! ANDA MAMPU MENGUBAHNYA…SETIAP UNDIAN MEMBAWA PADAH!!! INILAH PADAHNYA KALAU TERUS SOKONG BN..SELEPAS INI MALAYSIA AKAN KEHILANGAN APA LAGI??? Hari ini Malaysia kehilangan Pulau, esok lusa mungkin negara pun boleh tergadai..FIKIRKANLAH WAHAI BANGSAKU…

24 05 2008
Mamak Penang (08:55:06) :

Batu Putih, Rakyat Malaysia Berputih Mata!

Kita janganlah fikirkan Batu Putih cuma satu pulau kecil saja,walau pun satu inchi tanah kita dah terlepas kat negara lain itu adalah Maruah Rakyat Malaysia dan kedaulatan negara!.Kita perlu sentiasa berwaspada terhadap negara jiran dan harus faham Dasar Pertahanan negara Singapura:1.Pertahanan Ketenteraan 2.Pertahanan Awam 3.PERTAHANAN EKONOMI 4.Pertahanan Sosial 5.Pertahanan Saikologi; dari sini kita perlu ambil ikhtibar dan memahami aspirasi kerajaan singupura terhadap pertahanan mereka dan terutama menggunakan Idealogi Yahudi dalam pemerintahan.Mamak paling takut sekali yang-3 itu, pertahanan ekonomi dasar kerajaan depa…IDR itu adalah dalam prepsi pertahanan ekonomi mereka.Adalah amat bahaya kalau kita asyik tamakan wang ringgit dari penyertaan pelaburan mereka dlm IDR itu, kita akan tergadai Negeri Johor.Mamak bukan apa! semasa mamak dalam tentera laut berpengkalan woodland dalam tahun ‘78 mereka dah mula cetekan selat johor supaya kapal-kapal dagang tak memasuki pelabuhan Pasir Gudang! dan promote kapal dagang ke Tg.Pagar.Oleh kerana TDM bijak,dan membuka pelabuhan Tanjung Pelepas,Geylang patah, depa tergigit jari.Dulu ada sebuah pulau kecil diwilayah Johor dinamakan Pulau Nenas yang dekat dengan changi..habis orang kita botakan pulau itu dan jual tanah dan pasir untuk tambak Changi.,singapura.Siapa jual tanah dan pasir….?.Siapa bagi kelulusan ambik pasir dari pulau itu?.Allah Wa’alam!Mamak sedih sampai sekarang tak ada penguatkuasa kedaulatan undang-undang dalam perairan selat johor yang serious..tak ada penguatkuasaan dari kerajaan malaysia.Kerana apa orang kita tak tahu mana satu border kita,cuma harapkan bot penguasa singupura halau kita!oh,rupanya dah masuk border depa!Mana ada border yang dipersetujui?.mana singapura tak mengaku dia punya!Tapi depa sungguh-sungguh mempertahankan kawasan perairan depa! ada je! bot-bot penguatkuasa singupura yang canggih dengan sistem radar dan sentiasa berwaspada tentang pencerobohan kedalam perairan negera mereka.Malaysia! tak apa polisi!…Dulu Pulau Amboyna Kay telah diambil Vietnam dalam perairan EZZ! kita…kita senyap je! mana orang tau …lalu kapal perang dekat pulau ini tu dia MIG25 bagi warning!!.Itu vietnam!!!Jagalah pulau terumbu layang-layang itu ….takut itu pun terlepas nanti…”Remedy Better than Cure!”.UMNO ini champion politic kampung je!.International “O”!.Kalau tak boleh menang pakai lawyer buat apa buang duit rakyat kena buat mcm Indonesialah tuntut Irian jaya dari Portugis dan Australia.Apa depa pakai ICJ ke?.Pandai sangatlah General-General Kita?Penasihat pakai Budak-Budak itulah akibatnya!.walau macam mana pun Batu Putih ‘Sayonara’Paklah!!! yang sibuk kat Jepun!!.Orang Johor Nak pi pancing itu jaga..jaga sikit nanti masuk kat Changi prison..pulak.!!!

24 05 2008
mcberi (14:43:26) :

salam perpaduan,
kita memang takde maruah, dari dulu hingga lening memang takdok maruoh lansung,ade k*** tapi takut berkokok,
hahahahahahahahahaha
lepas ni kita jual je WPI kat singapore

24 05 2008
panglimaraja (15:07:04) :

Buat apa nak kesali dan persalahkan BN. Keputusan ICJ mengambilkira fakta surat Pemangku Setiausaha Kerajaan Negeri Johor pada tahun 1953 yang tidak menuntut Pulau batu Putih. Tahun 1953 Malaysia belum merdeka. Kerajaan BN belum wujud. Urusan berkenaan berlaku antara British Johor dengan British Singapore. Cuba fikir sebaiknya dengan lebih rasional, jangan kerana bencikan BN, semua kesilapan itu kita letak diatas bahunya.

Pulau Batu Putih kecil je berbanding Singapore itu sendiri. Oleh kerana tiada tuntutan dibuat keatas Singapore, kita diam je pasal kehilangan itu. Kedaulatan negara memanglah tercabar tetapi apa yang boleh dibuat lagi. Siapa pun menjadi kerajaan, menghadapi krisis sejarah begini memang sukar untuk dijamin kemenangan. Kita pertaruhkan 50/50..

Pokok yang penting ialah menghadapi perkara-perkara kedaulatan lain yang belum berlaku dan mempastikan ianya tidak berlaku seumpama Pulau Singapore dan Pulau Batu Putih. dalam era sekarang, pasir Johor perlu dipertahankan. Sudah banyak yang terlepas ke Singapore, lagi besar, mungkin boleh membentuk pulau yang lebih besar dari Pulau Batu Putih……yang ni kita boleh bising-bising kepada kerajaan BN kerana kegiatan berpasir ini masih baru berlaku…Ini dibawah kawalan BN..Ini lambang kedaulatan juga….jangan sampai Johor tenggelam oleh Laut Cina Selatan atau Selat Teberau, Singapore pula melebar bagai semenanjung…..

24 05 2008
Auzi (18:51:01) :

Ha!! Nak sangat pegi ICJ. tu la..
Diaorang dapat Pulau Batu Putih, kita dapat PUTIH BIJIK MATA!
Nanti bawak pulak WPI..Iskandar Malaysia!
Pastu, kita ramai ramai dudok dalam kapal selam.
Kail panjang sekuku… cakap sejengkal! Jengkel tenan aku aahh.

25 05 2008
manja_rembau (04:29:55) :

aku amat sedih tanahiarku terlepas ke singapura dek kerana pemimpin yg lemah dan rakus

26 05 2008
AbangTuah (10:29:08) :

Sekarang ni baru aku tau banyaknya orang dalam Blog ni yang mentalitinya terlalu rendah. ICJ dah buat keputusan terbaik terima ajelah…nak heboh-heboh lagi buat ape. Aku rasa kalau Singapore berkawan ngan kau orang Malaysia pun kau orang kongsi atau jual ngan depa…betul tak? Malaysia pada awal dah mengambil kira kepentingan menjaga keamanan serantau…tak kan nak suruh pertahankan sampai berperang…takut-takut kau orang yang lari lintang-pukang fasal biasanya puak-puak yang cakap banyak habuk pun tarak. Tak ikut cara islam konon….pendekatan dengan cara berhemah dan aman bukan ke cara pendekatan dan konsep Islam…apa punya bangang la korang ni..mengaji sikit dah nak bercakap macam ulamak terunggul seluruh dunia. Kalau korang yang jadi wakil Malaysia tu aku ingat…silap-silap kena halau ngan hakim-hakim di ICJ dengan penyapu belanda..sebab fakta dan hujahan korang di atas langsung tak diterima akal dan amat melucukan.

26 05 2008
Mamak Penang (14:28:15) :

Tuah ini anak tak kenang Tuah,Melayu singapura lah tu…Melayu yang Tak kenang budi punya melayu singapura!.Hebat Lu berpidato!Gua tau sangat kat lu orang Melayu Singapura ini dah lah ciri-ciri Melayu pun dah hilang sekarang pulak ciri-ciri Islam pun dah Hilang!lu pandai sangatlah tu…kita orang bincang pasai kedaulatan dan patrotisma kat sini! Hidup lu orang pun pura-pura!macam singa yang pura-pura..Singa konon dekat Asia mana ada singa ?Dekat Mandai Zoo adalah…Lu orang cakap dan Hidup pun pura-pura …Ajen MOSSAD bukan pasal pulau itulah samdol!!!…Lu cakap apa ini !!!kita bukan cerita pasai Islam Atau Melayu, pasai lu mesti tak faham punya!.Ini bukan hujahlah samdol perasaan setiap rakyat Malaysia yang hiba…terkenangkan hak rakyat dan kerajaan yang memerintah sekarang.Lu fikir kita lintang pukang kalau perang….belum cuba belum tau!Nama Hang Tuah konon….piiirah ini semua anak bekas polis orang melakau yang tak sedar diri duduk kat Geylang!!!!!.

26 05 2008
AbangTuah (16:26:05) :

Mr. Mamak…cara kau marah tu mengelikan hati aku he..he..he..kalau aku melayu singapura nama aku sang nila-utama la..dekat-dekat nak sama cam nama kau..Mr. Mamak penang. Kalau dah nama aku Tuah aku orang negara bertuah ni la…Itu lah aku dah kata kau orang kebanyakan low mentaliti tapi masih tak nak percaya.
Mr. Mamak mula-mula aku nak terus hentam kau lagi tapi bila aku review kau punya penulisan ada betulnya juga fakta-fakta kau tu dan apabila aku baca kau bela Yg Amat Berbahagi TDM baru aku sedar kita sehaluan. Well Mr. Mamak actually my missile were not aiming at you but..so unfortunate…you seems like the target that ought to be hit luckly that TDM name had saved you.

26 05 2008
Pulau Batu Putih; Cukupkah Sekadar Berputih Mata? « Musafir Kelana (21:47:50) :

[...] Singapura dapat hak ke atas Pulau Batu Puteh [...]

28 05 2008
Auzi (16:18:26) :

Hhai Abang Tuah, Mamak Penang… udah le tu.
Tak de timbul nye soal tinggi rendahnya mentaliti kat sini.. melainkan korang terus menerus macamtu. cukuplahh.
Yang nyatanya dalam kisah Batu Putih ni.. Kewibawaan kita semua telah tercalar dek angkara tingkah pemuka pemuka kita yang peelnya suka menyabung nama, walau pun sedar jalaknya taklah seterer mana, cuma ekornya saja yang bergelumang dengan entah apa apa.
Batu Putih ni, kalau pemuka pemuka kita dah tahu duduk perkara, apalah salahnya…
khabarkan saja pada seluruh rakyat jelata, Pedra Branca ni bukan lagi milik kita.. Ianya ‘tak de guna’ menurut moyang kita. Itu yang patut hamba rakyat terima.
Terpaksa kene terima. Bukankah itu lebih ‘bergeliga’. Ini tidak!
..mangkin dinyalakan api dikamar tidur utama, konon untuk menghalau unggas dan mergastua, biar lena tidur semua jelata, nanti bolehlah bergelar perwira.
Cheh! harap harap nama akan jadi mulia, rupanya aib yang hinggap di muka. piiirah!!

29 05 2008
Mamak Penang (03:02:37) :

Thanks Audi good comment Mamak appreciate!Peace with Tuah!

29 05 2008
AbangTuah (08:13:49) :

Thanks Mr. Audi…but I still think they have done a good job over there but just a good will were not with us. Anyway…weapon down..and ceasefire with courageous Mr.Mamak.

30 05 2008
AbangTuah (12:32:46) :

Domm..domm..domm 21 das tembakan dari kapal navy Mr. Mamak sabagai tanda penghormatan dan terima kasih terhadap DSRY dan rombongannya yang telah kembali sebagai pewira negara kerana telah berusaha bersungguh-sungguh mempertahankan Pulau batu putih, Middle Rock dan South Ledge.

30 05 2008
AbangTuah (15:14:39) :

Silap-silap, apolody-apology Mr Mamak

Domm..domm..domm 21 das tembakan dari kapal navy AbangTuah sebagai tanda penghormatan dan terima kasih terhadap DSRY dan rombongannya yang telah kembali sebagai pewira negara kerana telah berusaha bersungguh-sungguh mempertahankan Pulau batu putih, Middle Rock dan South Ledge.

30 05 2008
Mamak Penang (16:05:45) :

Satu untuk tuah… satu untuk mamak!!!.Macam cerita TS.P.ramli Pak Belalang Ahli Nujum Di Raja!!!!! watak jadi Sultan..yang percaya kat ahli nujum yang sanggup perjudikan negara itu kita bagi kat DSRY…. Mr.Audi jadi Sultan Negara Bentan!!!!!.ha..Ha..ha…keputusanya DSRY 3+1 , Mr.Audi 0!!!!!.Untuk Tuah mana Mamak larat tembak 21 das lagi yang ada dua peluru pun dah tak larat dah…..kalau tembak 21 das mesti jammed! kena servis !!!!!.

2 06 2008
AbangTuah (12:51:59) :

Mr. Mamak ni sebenarnya seorang rakyat yang telah banyak berjasa kepada Negara…Tuah faham tu…dan Tuah respek pada semua veteran soldier. Tuah juga puji semangat yang ditunjukan…iaitu semangat patriotik. Kawan selalu di http://www.pemuda-enggang…jumpa Mr. Mamak disana.

Tinggalkan komen

Anda boleh menggunakan tag ini : <a href="" title=""> <abbr title=""> <acronym title=""> <b> <blockquote cite=""> <cite> <code> <del datetime=""> <em> <i> <q cite=""> <strike> <strong>