Param cadangkan kerajaan tangkap Dr. Mahathir dibawah ISA

24 05 2008

Param Cumaraswamy bekas rapporteur Pertubuhan Bangsa-bangsa Bersatu (UN) mencangkan kerajaan menahan Dr. Mahathir dibawah ISA. Param mencadangkan kerajaan menggunakan ISA kepada Dr. Mahathir berdasarkan ucapan bekas Perdana Menteri tersebut di Johor pada 17 Mei yang lalu. Klik disini dan disini.

Dalam ucapan tersebut, Mahathir dikatakan memberi hasutan yang boleh membangkitkan sentimen perkauman.

Memang benar, ucapan Mahathir tersebut mengapi-apikan sentimen perkauman. Begitu juga dengan pemimpin Umno, MCA, MIC ketika perhimpunan parti mereka.

Sebagai orang yang menentang ISA secara prinsip, cadangan yang dikeluarkan oleh Param itu amat menyedihkan.

Jika kita menentang ISA dan tahanan tanpa bicara, mengapa perlu kita sokong ISA digunakan terhadap musuh kita? Jika ini yang berada difikiran kita, ertinya ISA bukan ditentang kerana ianya zalim tetapi ianya ditentang hanya apabila teman-teman atau ideologi politik yang disokong menjadi mangsa.

Hilang hormat saya kepada Param apabila beliau mencadangkan ISA digunakan. Sedangkan seperti yang ramai tahu, Param lantang mengkritik penggunaan ISA termasuk ketika kerajaan Mahathir melaksanakan Operasi Lalang pada tahun 1987.

Gerakan Mansuhkan ISA harus mengeluarkan kenyataan menjawab cadangan Param ini.

Pejuang-pejuang Anti ISA harus jelas, penggunaan ISA terhadap sesiapapun dan apa sahaja ideologi dan kepercayaan politik harus ditentang.

Tidak kira Komunis, Shiah, Hindraf, Teroris, Facist, Rasict, Pemalsu Passport, Pemalsu Duit, Pemalsu IC dan apa sahaja jenayah dan kesalahan perlu diberikan perbicaraan yang adil di mahkamah.

Param harus meminta maaf diatas kenyataan “kurang bijak”nya yang dilihat menyokong penggunaan ISA. Jika Mahathir bersalah, hadapkan beliau ke mahkamah yang adil. Jangan lakukan apa yang beliau lakukan. Biarpun beliau adalah “penjenayah ISA” ketika pemerintahannya, beliau berhak untuk mendapatkan perbicaraan yang bebas dan adil.

ISA ditentang kerana prinsip! Bukan hanya ditentang apabila teman-teman kita ditahan!


Tindakan

Informasi

6 gerakbalas-gerakbalas

24 05 2008
slyderrose

ISA is not the answer. ISA should not be used at all. Give TDM justice,. Put him on trial and let court of law decides. The same thing apply to those umno leaders who want uttered seditious remarks. Cjeck with Khir Toyo, he might know what I mean.

24 05 2008
Hj Mat Razali Amin

Ya saya setuju betul tu, mana boleh sekali begini, sekali begitu
Dah tersalah prinsip!.
Tak kira pangkat besar ke @ kecil ke.
Sya doakan orang macam ni cepat2 padam.Ramai yg susah kalau ada lagi “orang2″ macam ni di atas buka bumi ramai yg susah. Dah salah prinsip!!!!!!

24 05 2008
AnakMudaParlimenBatu

Aku manusia yang bersetuju dengan masukkan Tun ke dalam kem kat kemunting tue, letak sama dengan pemimpin2 Hindraf, baru beliau rasa bagaimana hidup disana. Hari ini laporan telah dibuat (boleh tengok dalam blog aku) dan esok akan menyusul laporan di seluruh malaysia.

Rakan2
Jangan Lupa layari blog saya di http://khairilazuar.wordpress.com
bagi komen setiap artikel yang saya tulis. …ada artikel baru

24 05 2008
alan

From what i read, i still think Param is against ISA. He suggested that Tun be detain under ISA so that Tun and the government know how unjust the ISA law is. Isn’t our present government and Tun used ISA to unjustly detained people ?! Is it not they used ISA to suppress those who are not their ‘teman-teman’

25 05 2008
Top Posts « WordPress.com

[...] Param cadangkan kerajaan tangkap Dr. Mahathir dibawah ISA Param Cumaraswamy bekas rapporteur Pertubuhan Bangsa-bangsa Bersatu (UN) mencangkan kerajaan menahan Dr. Mahathir [...] [...]

25 05 2008
Mamak Penang

Apa benda ini?.Sekejab kata ISA itu perlu dihapuskan pada masa yang sama katakan gunakan ISA!.Kita sebagai rakyat biasa dah tahu benar ,ISA ini adalah senjata untuk orang politik!.Mamak malu dan sedih terhadap Mr.Param yang cadangkan itu…!.Mamak ingin lihat keadilan dilaksanakan dengan cara yang terbaik walaupun terhadap orang kita paling benci!.Kadang-kadang orang mcm Param ini dah terlalu pandai dan lupa adat ketimuran jauh sekali dengan pengenalan Agama Islam!.Dia pun 2 kali 5 macam Bai Utara!.Terlalu banyak baca pasai Undang-Undang!.Sultan pun dia kata tak ada kuasa!.Cuma mamak faham Politik Malaysia Perdana Menteri cuma diamanahkan oleh Agong untuk memerintah tak lebih dari itu!.Kita jangan ambil pusing sangat dengan depa yang ini sengaja mengeruhkan lagi keadaan politik Malaysia dan cuba porak perandakan Orang melayu!.Bagi orang Melayu bersatu kembalilah demi untuk agama!.mamak cuma malu kat orang bukan Islam yakni kita seagama bercakaran sesama sendiri!.patah lah balik kepada Sunnah dan Al quran sekiranya kamu semua tidak dapat selesaikan masalah!.Wasalam.

Tinggalkan komen