DBKL tindas penduduk Pasar Minggu, Kampung Baru

25 05 2008

Kampung Baru yang terletak ditengah-tengah ibukota Kuala Lumpur adalah satu-satunya perkampungan orang Melayu yang tinggal di kota metropolitan ini. Keunikan Kampung Baru telah menyebabkan ianya menjadi salah satu destinasi wajib bagi pelancong-pelancong yang datang ke Malaysia.

Baru-baru ini Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL) bertindak biadap dan kurang ajar apabila mereka mengistiharkan kawasan Pasar Minggu Kampung Baru sebagai setinggan.

Pada 24 Mei 2008, lebih kurang pada pukul 11.20 pagi sekumpulan pasukan Penguatkuasa DBKL datang ke Pasar Minggu dan menampal notis supaya pendudukberpindah. Klik disini untuk membaca tindakan kurang ajar DBKL yang selanjutnya.

Jumaat lalu, DBKL telah berhadapan dengan tiga demonstrasi sekaligus:

KES 1: Penduduk Pasar Minggu, Kampung Baru membantah tindakan DBKL yang mendakwa kampung mereka sebagai kawasan setinggan.

KES 2: Penduduk Kampung Abdullah Hukum mendakwa mereka ditindas oleh DBKL dan tidak diberi pampasan yang sewajarnya.

KES 3: Penduduk dan peniaga Taman Desa Setapak membantah tindakan DBKL meroboh gerai mereka.

DBKL harus menyelesaikan isu penduduk Pasar Minggu Kampung Baru secepat mungkin sebelum mereka berhadapan dengan demonstrasi yang lebih besar. Ingat, sekarang rakyat semakin bijak dan berani. Walaupun saya bukan penduduk Pasar Minggu Kampung Baru, saya amat bersimpati dan menyokong perjuangan mereka.

Diharap anda juga akan bersama.

Bangun Melawan Pemerintah Yang Zalim!!!

Gambar ehsan dari blog Belia Pasar Minggu Kampung Baru


Tindakan

Informasi

16 gerakbalas-gerakbalas

25 05 2008
Naspazi

Salam hormat,

Saya sungguh simpati dengan situasi yang menimpa penduduk Kampung Baru. Tentunya tindakan DBKL tersebut didalangi oleh Orang Besar dalam politik pemerintah yang berkepentingan. Namun, buat penduduk Kampung Baru, lawan sampai menang!.:)

Wassalam.

25 05 2008
Malik El Shabaaz a/k/a Malcolm X

Penduduk Kampung Baru..

saya bersama anda..lawan sampai menang!!!!

25 05 2008
Muda

Inilah konsep Ketuanan Melayu yang diperjuangkan oleh UMNO . Selepas kehilangan Pulau Batu Putih yang menjatuhkan maruah negara tetapi dipandang sepi oleh UMNO , maka tibalah pula giliran penggadaian satu-satunya kawasan orang-orang melayu yang bernilai jutaan ringgit kepada jerung-jerung bukan melayu termasuk dari Singapore . Patutlah almarhum Sultan Selangor menangis ketika menyerahkan Kuala Lumpur kepada Kerajaan Persekutuan pimpinan UMNO lebih daripada 30 tahun yang lampau .

25 05 2008
madbi

kepada penduduk dan peniaga yang berkenaan, jangan takut dengan tindakan dbkl. lawan sampai hak anda diberikan meskipun nyawa jadi sandaran, sejarah telah membuktikan siapa yang berani mereka akan berjaya….!!!!

25 05 2008
kang semar

Saya amat terkejut ! Kerana saya pernah menetap di situ sekitar tahun akhir tahun 60an dan banyak nostalgia di sana. Kepada penduduk Kampong Baru bertahankan hak anda yang cuma tinggal satu-satunya kampong Melayu di tengah bandar KL. Saya mendoakan kejayaan anda semua !

25 05 2008
reisefuhrer

Ini tak lain tak bukan mesti kes nak ajar orang Kg Baru pasal bagi undi pada PAS dalam PRU12 baru2 nih…

Bodo punya DBKL, tau nak makan rasuah ajer…!!!

25 05 2008
Tour Guide

Memang DBKL ni alat kepada UMNO/BN…

Dulu2 masa wakil UMNO menang kat K.Baru tak timbul pun issue setinggan, bila Pas menang baru sebuk nak buat kecoh…!! Akai tarak!!

Pergilah pasar ChowKit sana cari peniaga haram Indon!!

Ooooppss… DBKL mana nak kacau Indon, diorang ada huloq punya….

26 05 2008
jas

Kg baru adalah nostalgia untuk orang Melayu, biar bergalang nyawa sekalipun pertahankanlah satu-satunya maruah bangsa Melayu.Memang dasar UMNO nak menjual segalanya.Jangan Kg Baru menjadi sejarah seperti Batu Putih .Walau pun bukan penduduk asal Kg Baru,saya tidak rela tanah-tumpah suami dan anak saya di jual kepada bangsa asing.

26 05 2008
belia

terima kasih diatas sokongan anda semua bersama-sama mendoakan kami semoga berjaya menghadapi masalah ini.

26 05 2008
AnakMudaParlimenBatu

Semenjak kekalahan besar BN di Kuala Lumpur, DBKl semacam di arahkan untuk meroboh rumah setinggan, robohkan gerai yang dikatakan haram, yang tak pernah diganggu semenjak bertahun-tahun sekarang sudah pandai ganggu. Apa-apa pun kita pertahankan hak kita.
Rakan2
Jangan Lupa layari blog saya di http://khairilazuar.wordpress.com
bagi komen setiap artikel yang saya tulis. …ada artikel baru

26 05 2008
pipitart

suka hatinya memfitnah DBKL alat umno dan BN! Tolonglah wahai orang melayu, walaupun kita marah dengan apa yang dbkl lakukan apa kaitannya mengaitkan semuanya dengan kebencian kita kepada kerajaan? Ulasan orang dbkl “menyiksa” orang kampung baru kerana mengundi PAS sungguh tidak berasas!! Adakah benar statement ini, atau pun berdasarkan fakta??

Tetapi apa yang dilakukan DBKL amatlah mengecewakan dan memalukan. Saya berdoa agar mereka terus memperjuangkan hak mereka.

27 05 2008
denns

dbkl mmg celaka

27 05 2008
azrai abdul hanif

Batu puteh pun diorang bagi cina singapore. Pasar kg baru nak bagi cina kl le tu,,,,

27 01 2009
sky_0pera

knpa mlibatkn politik?

26 04 2009
Zubin Mohamad

Apakah yang akan terjadi kepada Kampung Baru terutamanya Pasar Minggu selepas ini, apakah gaya hidup mereka juga akan berubah?

27 04 2009
beuwolf

Amin ,
amboi hang …. pantang ada isu sikit teruih ….”Bangun Melawan Pemerintah Yang Zalim!!!” Awat hang nak sapa perintah , hang tu baguih sangat ka ??? macam tong kosong ja …..

Tinggalkan komen