Khabar angin Ezam masuk Umno, Husam pelawa Ezam masuk PAS

2008 Mei 25
by aminiskandar

Ketika khabar angin bertiup kencang bahawa Ezam akan menyertai Umno, Naib Presiden PAS, Husam Musa mempelawa Ezam untuk menyertai PAS.

Husam mendakwa media milik Umno cuba untuk memperbesar-besarkan cerita bahawa Ezam akan menyertai parti tersebut sedangkan Ezam masih belum membuat keputusan. Klik disini.

Husam dan Ezam ketika di Forum Jenayah dan Rasuah anjuran Salahuddin Ayub di KL tahun lalu

Ezam yang kini sedang berada di Jakarta memberitahu media tempatan beliau akan membuat sidang akhbar mengenai isu ini selepas pulang ke Kuala Lumpur pada hari Selasa nanti.

Apa-apa pun kita nantikanlah dulu sidang akhbar daripada Ezam nanti tentang keputusan sebenar beliau. Apa sahaja yang beliau akan katakan nanti akan memberikan impak kepada arena politik negara.

Nampaknya dua parti Melayu mahukan Ezam. PAS pun mahu, UMNO pun mahu.

Video dari Shufiyan, Malaysiakini

Berita berkaitan:

1) Malaysiakini: Husam ajak Ezam sertai PAS

8 Respons leave one →
  1. 2008 Mei 26

    ezam jika dia masuk UMNO maka dia lebih hina daripada 10 budak hitam yang masuk Umno dulu.Bahkan masa tu 10 budak hitam tu kata dialah mastermind wallahualam.Kita tunggu n lihat jika ezam sanggup dihina dan berdepan dengan kawan-kawan yang seperjuangan dengannya dahulu.

  2. 2008 Mei 26

    Saya teramatlah bersetujulah kalau saudara ezam masuk ke PAS. Lebih baik dari UMNO. Kalau anda tidak sebulu dengan PKR, lebih baik pilih PAS sebagai platform perjuangan politik anda. Ezam Ko Pikirlah Sendiri….

    Rakan2
    Jangan Lupa layari blog saya di http://khairilazuar.wordpress.com
    bagi komen setiap artikel yang saya tulis. …ada artikel baru

  3. 2008 Mei 26
    pipitart permalink

    Buat masa ni semuanya hanyalah itu, khabar angin. Kita tunggu dan lihat apa langkah Ezam seterusnya. Tetapi jika betul Ezam menyertai umno dan meneruskan apa yang beliau lakukan dalam Gerak, baguslah macam tu. Memang ada faedahnya untuk umno. Terpulang apa niat asal beliau mahu menyertai umno (atau pas)

  4. 2008 Mei 26

    er, penting sangat ke si ezam ni? adakah beliau sepenting tok guru? atau hanya sekadar menjadi tok GARU?

  5. 2008 Mei 26

    salam…tak payah masuk UMNO la…..
    secara terang lagi bersuluh, UMNO tidak mendasari Islam sebagai
    landasan…kena ingat,mana2 perjuangan yang berlandaskan kebangsaan,
    Nabi tak akan mengaku Umat…wassalam

  6. 2008 Mei 27
    crower permalink

    Ezam tak perlu masuk mana-mana parti. Kalau saya ketua PAS atau UMNO, takkan saya biarkan dia masuk balik mana-mana parti. Ikut senang dia aje nak masuk ke nak keluar. Bila masuk mana-mana parti buat kacau bilau lepas tu keluar masuk parti lain. Lepas tu dia buat hal yang sama dalam parti baru, then dia keluar balik.

    Sudah lah Ezam, rentak politik hingusan anda orang ramai dah masak benar.

  7. 2008 Mei 28
    penulis_cyber permalink

    DAH SAH…MASUK UMNO…APA KOMEN RAKYAT MALAYSIA ?

  8. 2008 Mei 29

    Salam hormat,

    Yang sudah tu, sudahlah. Maafkan saja!

    Wassalam.

Tinggalkan jawapan

Note: You can use basic XHTML in your comments. Your email address will never be published.

Subscribe to this comment feed via RSS