Apa pilihan Ezam?
Sehingga kini masih belum ada pengumuman ataupun penafian daripada Ezam mengenai “khabar angin” tentang penyertaan kembali beliau kedalam Umno.
Pelbagai spekulasi timbul. Menurut Ezam dalam satu laporan berita Malaysiakini yang disiarkan pada minggu yang lalu, beliau akan membuat pengumumannya minggu ini. Klik disini.
Sehingga saat ini masih belum ada pengumuman tergempar dari Ezam. Khabar angin tentang kemasukkan semula bekas Pengerusi GERAK tersebut kedalam Umno telah mengundang reaksi daripada pelbagai pihak.
Muhammad Taib, Adnan Yaacob dan Najib mengalu-alukan kemasukkan Ezam kedalam Umno. Hishamuddin Hussein pula memberi tiga soalan kepada Ezam. Klik disini.
Dari PAS pula, Naib Presidennya, Husam Musa memberi undangan kepada Ezam untuk menyertai parti tersebut. Presiden Parti Keadilan Rakyat, Dr. Wan Azizah merasa pelik dengan keputusan Ezam tersebut. Klik disini.
Apa pula kata Anwar Ibrahim? Masih belum terdengar komen dari beliau.
Apa pilihan Ezam? Kena tunggu lagi…..
Sila klik disini untuk membaca tulisan Cikgu Amir mengenai isu ini.
















Ezam pernah disebut oleh TG Nik Aziz, seorang anak muda yang disayangi dan berkarisma, tetapi sayang selepas ini apakah Ezam terfikir akan tindakkannya jika berhadapan dengan nama besar dalam politik pembangkang yang pernah bersama-sama dahulu. PAS ada membuat tawaran untuk menjadi ahli barunya, semuanya terpulang kepada Ezam rumah mana yang lebih sesuai untuk dia berteduh.
Beliau harus terima hakikat jika selepas memasuki UMNO nanti ramai akan memberi berbagai label yang negatif terhadap dirinya. Bersediakah Ezam menghadapi kawan musuh-musuh politiknya dahulu dan bagaimana pula rasanya menjilat kembali ludah, tuduhan dan sumpah seranah yang pernah dilemparkan terhadap orang UMNO.
Memang banyak betul spekulasi mengenai isu Ezam ini, menjadi rebutan mengalahkan Anuar Zain. Saya juga tertungg2 mahu melihat apa sebenarnya langkah Ezam selepas ini. Dan Anwar? Jika benar Ezam masuk umno, ini bagai satu tamparan hebat kepada beliau. Iyalah, DSAI susah berkempen ajak orang masuk PKR, Ezam pakat masuk umno pulak… Tapi apa pula maksud sebenar Ezam kalau benar dia nak masuk umno….?
Adil kah kita untuk menghukum seorang anak muda yang telah melalui pahit maung perjuangan hingga menyebabkan beliau terpaksa mengenepikan kepentingan diri dan keluarga demi perjuangan hanya dengan bersandarkan cerita-cerita yang belum disahkan oleh tuan punya badan ?
Apa pun , saya kira Ezam Md Noor lebih mengenali dirinya dan arah mana yang beliau ingin tujui daripada ‘ ahli-ahli mesyuarat tingkap’ yang banyak mengelilingi kita di luar.
salam,tujuan adalah untuk menyeimbangi keadaan politik semasa.Ada hikmahnya….Tq
apa komen anwar?????????
mengapa dsai ??????????????
siapa mahu bet? aku kata ezam TAK akan terjun dalam TAIK seperti DSAI buat dulu. cmne?
Allah sebaik – baik penyelamat dan tempat berserah. Jika Dia mahu Ezam jalan kebaikan, UMNO terlalu buruk untuk menjadi pilihannya. Jika Dia sebaliknya, by by buat Ezam. Selagi belum ajalnya, Ezam seperti kita, kadang – kadang tersadung. Ezam, jangan jadi bodoh dalam berfikir!
Tak sangka dia termasuk dalam kumpulan ‘ Spesis Desperado ‘. Kerap kali juga saya pergi ke ceramahnya dan banyak CD ceramahnya yang ada dalam simpanan
Tindakannya mengingatkan saya tulisan yang dikirimkan oleh Lokman Adam ( kalau tak silap) dalam laman marhean. Lokman mendedahkan siapa sebenarnya Ezam. Umum dalam PKR tahu Lokman disingkir dari parti itu kerana peranan yang dimainkan oleh Ezam. Oleh kerana waktu dia sangat popular maka dia telah memberi kata dua sama ada pecat dan singkir Lokman atau dia akan letak jawatan sebagai ketua pemuda. Sayangnya tulisan Lokman itu tidak saya ’save’.
Kesimpulannya dia bukanlah seorang insan yang jujur dalam perjuangan. Dalam perjuangan kelicikan sahaja tidak memadai kerana yang akan menentukan berjaya atau tidak ialah ALLAH. Mana mungkin orang tidak ikhlas dalam perjuangan boleh berjaya.
Percayalah , dia tidak akan pergi jauh. AKAN MATI BERAGAN DALAM UMNO SEBAGAI MANA YANG AKAN DIRASAKAN OLEH MADIR YANG AKAN TERKONTENG-KONTENG DILUAR UMNO
Salam hormat,
Mungkin ada manfaatnya Ezam masuk Umno, jika jasanya tidak dikenang oleh Pakatan Rakyat. Jika PR sungguh-sungguh mengenang jasa Ezam, dengan kemampuan yang ada pada PR, alangkah baiknya jika Ezam dilantik menjadi Senator.:)
Wassalam.
Salam reformasi,
Sah! Ezam telah menyertai semula UMNO setelah bertemu dengan Pak Lah sebentar tadi.:)
Wassalam.
GO TO HELL EZAM ,KAMU ADALAH PENGKHIANAT BANGSA DAN PENJILAT LUDAH SENDIRI,PAKATAN RAKYAT MEMANG TIDAK PERLUKAN ORANG MUNAFIK SPT KAMU,SUMPAH KERAMAT SANA SINI TAPI AKHIRNYA MASUK LUBANG NAJIS UMNO LAKNAT, PEMUDA PAKATAN RAKYAT CABAR KAMU DEBAT DIMANA MANA SAHAJA,PADAN HANTAR LOKMAN NOR ADAM JE DEBAT DENGAN SIMUNAFIK MACAM KAMU,GO TO HELL!!
Salam reformasi,
Jangan terkejut, andai selepas Ezam, PAS menyusul bersatu dengan UMNO. Justeru, apa pilihan yang ada buat PKR dan PR dalam usaha menukar Kerajaan Malaysia menjelang September tahun ini? Andai khabar angin ini menjadi kenyataan, buat seluruh pendukung reformasi, anggaplah tarikh 16 September itu tidak pernah wujud.
Wassalam.
Pas dah serik dah dengan UMNO…Naspazi!.Tak akan pokok pisang bebuah dua kali…mamak kena bagi tau pokok pisang kerana mungkin pulau pisang mungkin berbuah dua kali….he!he!!he!.Pemimpin Pas kebanyakannya Ulamak yang berpegang pada janji pada rakayat bukan Pemimpin UMNO ular dalam semak yang suka mungkir janji….!!!!Mamak bukan apa syok tengok blog black sekarang famous!!!!.