Gambar ehsan Malaysiakini. Chang Jiun Haur terlantar dihospital selepas diganasi polis.
Updates: Suhakam kutuk tindakan melampau polis
Posting Asal
Sedih apabila membaca berita, melihat gambar dan menonton video mengenai kejadian di Bandar Mahkota Cheras (BMC) malam semalam yang dilaporkan oleh Malaysiakini. Klik disini untuk membaca berita dan melihat video mengenai tindakan polis yang tidak bertamadun itu.
Sebagai rakyat Malaysia, marah bercampur geram apabila melihat Polis bertindak seperti “anjing yang kelaparan” menerkam mangsa tanpa usul dan periksa.
Keganasan polis bukanlah perkara baru. Pada tahun 1998, ketika menyertai salah satu perhimpunan Reformasi, saya pernah melihat bagaimana polis memukul seorang makcik tua tanpa belas kasihan. Beliau dipukul hanya kerana bersama-sama dengan perhimpunan aman.
Peristiwa tersebutlah yang telah merubah hidup saya. Selepas peristiwa tersebut, saya terus aktif dengan gerakan reformasi walaupun tidak menyertai mana-mana parti politik.
Di Malaysia telah terbukti polis hanya menjaga kepentingan Barisan Nasional (BN) dan akan bertindak ganas apabila sesiapa cuba menggugat kekusaan dan kepentingan ekonomi BN. Selepas pilihanraya umum yang lalu, ramai pemimpin-pemimpin Umno yang kecewa kerana kehilangan kepentingan ekonomi dibeberapa buah negeri menganjurkan beberapa siri demonstrasi.
Dengan menggunakan alasan “kepentingan Melayu tercabar”, Umno menganjurkan demonstrasi dibeberapa buah negeri seperti Selangor, Pulau Pinang dan Perak. Kononnya hak Melayu sudah dirampas tetapi sebenarnya poket mereka yang semakin kosong!
Ketika itu adakah anda melihat polis bertindak terhadap mereka? Sudah tentulah tidak. Ini adalah kerana Polis Diraja Malaysia adalah sebahagian daripada Umno. Seperti juga di Indonesia, Angkatan Bersenjata Republik Indonesia (ABRI) pada zaman Soeharto adalah sebahagian daripada Parti Golkar.
Bagi yang pernah bersama-sama dengan demonstrasi-demonstrasi aman, keganasan polis bukanlah satu perkara yang baru. Tidakkira dizaman Mahathir atau Abdullah, polis tetap begitu. Sebab itu Musa Hassan bermati-matian tidak mahu IPCMC dilaksanakan di Malaysia. Jika ada IPCMC, polis akan menjadi lemah dan “rakyat tidak dapat dipukul lagi” seperti gambar diatas.
Sebagai orang Melayu dan beragama Islam, saya merasa sangat malu oleh kerana saya percaya 20 anggota polis yang membelasah Chang Jiun Haur sudah pasti majoritinya orang Melayu yang beragama Islam.
Dimanakah letaknya nilai kemanusiaan? Apakah “halal” untuk memukul Chan Jiun Haur semata-mata beliau orang Cina?
















keje polis bkn nak lindung raayat api sebalik nye maklum la POLIS RAJA DI M’SIA keje dgn umno/BN …
The police “evidence” of him trying to ram the FRU is just a piece of broken baton… How Lame!!
Imagine your family member as young as him being bashed up by 20 over policemen that are supposed to be salaried by taxes paid by you.. Gosh…what is this country coming to?
Inikah konsep integriti yang menjadi slogan baru kepada PDRM ? Rasanya baru-baru ini IGP , Musa H ada kata bahawa PDRM sedang didalam proses membaik pulih imej polis untuk bertindak lebih mesra rakyat . Adakah apa yang berlaku di Cheras merupakan sebahagian daripada ‘kemesraan’ rakyat stail baru ?
THESE POLICE OFFICERS ARE GANGSTERS, INSTEAD OF BEING COMMITTED TO THEIR DUTY TO PROTECT THE RAKYAT! NO WONDER THIS SORRY NATION-STATE HAS BECOME CRIME-INFESTED ONE, SINCE CRIMINALS COULD SEE EVEN MANY OF THE POLICE ARE GANGSTERS THEMSELVES! AND THE SAD STORY FURTHER, THE YOUNGER GENERATION HAVE SUCH ROLE MODELS; AND WILL PURSUE THEIR DREAM TO BE GANGSTERS LIKE THOSE KIND OF BARBARIC MACHO-SADISTIC POLICEMEN WHO TERRORIZED AND BEAT UP UNARMED YOUTHS OF OURS AND EVEN KILLED OR POSSIBLY RAPE WOMEN SUCH AS THE UNFORTUNATE ALTANTUYA! UMNO/BN – GO TO HELL!
NOOR AZA OTHMAN.
JANGANLAH KERANA SEGELINTIR MANUSIA YANG BERGELAR POLIS MELAKUKAN KESALAHAN, JANGANLAH SEMUA POLIS DIANGGAP SAMA. KAJI DAHULU CARA MASYARAKAT KITA SEKARANG INI. KALAU DULU DI SEKOLAH, KALAU CIKGU HENTAK PEMBARIS ATAS MEJA SEMUA MURID DIAM, TAPI SEKARANG………….. APALAGI DENGAN MASYARAKAT KITA YANG CUKUP BERWAWASAN SEKARANG NI. SANGGUP MELANGGAR ARAHAN DAN MEMBERONTAK DENGAN CARA GANAS YANG TENTUNYA BUKAN CARA HIDUP KITA SEJAK DARI DULU LAGI. TAK TAULAH KALAU PENDAPAT ANDA INI BERDASARKAN FIKIRAN ANDA SEBAGAI PEMBANGKANG KERAJAAN. KALAU POLIS GANGSTER…….ANDA ADA PELUANG KE NAK MENULIS KOMEN SEPERTI DIATAS. ENTAH-ENTAH DAH LAMA KEDALAM. RUJUKLAH DENGAN MEREKA YANG WARAS FIKIRANNYA. OK
bro aminiskandar
thanks for this article. thanks. for every word. thanks.
daniel.
Polis is suppose to be seen neutral. Clearly the chief polis itself deny it . Life goes on. Life is scary in Malaysia. Polis are taking side for sure. you can see it yourself cleary in the video. They beat him up but the chief itself deny it. Hidup Malaysia
Salam hormat,
1. Semoga PR melakukan sesuatu demi kesihatan dan kesejahteraan remaja terlibat…
2. Mujur polis hanya membelasah remaja terbabit mungkin dengan belantan dan bukan senjata jenis C4 yang digunakan ke atas Altantuya.:)
Wassalam.
Ini tidak lain hanyalah sebagai tanda bahawa pembalasan semakin hampir tiba untuk mereka mereka yang salah guna kuasa.
ana dah beberapa kali berurusan dengan anggota polis sebab urusan rasmi kerja dsb. kesimpulan ana ialah mostly akhlak mereka memang sangat rendah. jika dibandingkan dengan orang awam, mereka lebih “berbahaya”.
semoga keadaan berubah kepada yang lebih baik, insya’allah.
E.D Grand Saga mengikut kata ex – staff Grand Saga merupakan salah satu anggota polis yang berjawatan tinggi di balai polis dang wangi satu ketika dahulu..
kalau benarlah cerita ini…maka tak hairan lah kenapa GANGSTER KEPARAT BANGSAT yang diupah oleh Grand Saga tidak disentuh langsung oleh POLIS – POLIS yang mengganas macam BADAK..
buat rakyat Malaysia..jika ada saja arahan untuk turun membantu rakyat BMC..kita turun secara beramai – ramai..ingat POLIS dan GANGSTER KEPARAT BANGSAT!!!!
[...] Remaja dibelasah teruk oleh Polis di BMC [image] Gambar ehsan Malaysiakini. Chang Jiun Haur terlantar dihospital selepas diganasi polis. Sedih apabila membaca [...] [...]
Bertintak mengikut nafsu ada terdiri daripada golongan syaitan (Polis)sebab itu islam meralang umat bertindak ketika atau semasa berada dalam keadaan marah..sebab syaitan suka sgt golongan2 semcam ini
Kenapa pula mahu ber-syak wasangka bahawa polis membelasah remaja itu hanya kerana dia berbangsa Cina?? (ayat terakhir).
Korang ni kalau orang kerajaan buat silap kau salahkan BN / UMNO.. memang cetek ilmu dan sombong politik. cuba kamu tanya polis yang belasah tu kenapa dia belasah.. macamlah orang PKR, DAP atau PAS tak ganas. Parti pembangkang lebih ganas dan kurang ajar.. Dan lagi aku gerenti 70 peratus pekerja kerajaan undi PAS dan PKR disamping parti klon PPP (singapura) iaitu DAP. Alahh jangan hipokritlah.. kat kampung aku di Kelantan yang jadi hantunya ramai anak – anak Pak lebai kopiah hijau.
POLIS=MELAYU TAK KENAL BANGSA
Bangsa tak ada iman dan tak pernah amal iman, bila tua baru tersengeh-sengeh nak taubat. Banga tak reti malu itu lah mereka.
manakah kesabarannya..
manakah keimanannya..
manakah kebijaksaannya..
manakah hati-budinya..
nafsu serakah juga diutamakannya..
i wouldnt use the excuse of the police’s salary are paid by us “tax-payers”. they too are, by their purchases. ok, so we have income tax and what not. but apart from that, we are basically the same.
i’d however raise the issue of them hollering about bring people friendly etc… the public being their “customers” and thereby are entitled to “customer friendly services”.
i still hentam them (not any particular race) for being obviously high handed in handling the crowd. and for 20 trained cops to hentam a kid is absolutely untenable under what farking circumstances — nomatterwhat.
if the kid had a gun, shoot him. but he’s just a kid for crying out loud.
but whadya expect from personnel with ingrained tendencies to violence. they were trained like that (perhaps they had to be like that to deal with hardcore armed & dangerous criminals) and they just forgotten the fact that that bunch of people were just civilians.
i’d say charge these cops with GBH and let the courts decide.
sigh…this is also why the IPMCPC 9or whatever acronyms it’s supposed to be) is so direly needed. both for the police’s good (builds good character – insan yang baik) and for the rest of us.
some apologists would plead that they have been serving the public for so long blah blah blah… i say even if they admit it was a lapse of judgement of their part that night, it’s still up to the courts. even the kid hv o more say in this whether to charge or not. it’s up to the police to wrap up the (fair and transparent) case, escalate it to the ag’s chambers for a critical and fair evaluation whether to go ahead with charges and, if any charges are confirmed, the courts to judiciously handle the case.
i know i know…triple jeopardy. dream on bro…(but all is not lost, we gotta have faith…) hahahaha. poor kid. wrong place wrong time.
[...] Blog ini pernah mengulas mengenai isu kegansan polis di BMC. Klik disini. [...]
kalau kat padang jawa dan kampung melayu memang selalunya pencuri kene pukul dulu.. apasal tak masuk malaysiakini?
kalau hang pa dok baik2 , tak merusuh sana-sini …. tak dak sapa yang nak pukoi hang pa …. saja cari bala …padan muka …
kalau sbb nila pun , appreciate la sama yang polis yang kerja betoi2 , ada pulak yang kena tembak , langgar dengan penjenayah …. tak reti nak berterima kasih ka ???
kalau dah kurang ajar …. memang kena ajar ….
jangan jadi bodoh la…polis tak kan hentam orang tanpa sebab…dia orang bukan gila mcm hang pa…buat salah tak mau ngaku…dia orang semua berpelajaran tinggi la…konstabel (yang tak ada calit) pun da ada kelulusan ijazah….hang pa macam tu juga habuk pun tak ada…nak kata berbakti pada negara…hampes lee…emmm macam katak la hang pa ni, bunyi je kuat tapi tak tau apa yang dilaungkan…yang hang pa tau ajak orang mai reformasi la itu la…at last jadi rusuhan…baling batu la..bom api la…bangsa lain dok tengok kelakuan hang pa yang bodoh tu..depa gelak kat hang pa, hang pa bukan tau (ni la perangai orang melayu yang kata diri ISLAM)…kalau polis tak kawai hang pa lagi naik tocang…pasai hang pa negara boleh tergadai oii…tu pun hang pa kata polis jahat ka…pikir la sendiri bodoh…kesian la kat polis…siang malam kerja jaga kita…hang p thailand dan duk kat sana…baru tau langit tinggi ka rendah…BERSYUKUR DUDUK DIBUMI BERTUAH INI…YA-ALLAH PELIHARALAH NEGARAKU DARI MANUSIA YANG TAK TAU BERSYUKUR..AMIN
Kenape hampa tak mau tunjuk gambar POLIS kena tembak dengan penyamun, kena langgar mat rempit, kena langgar penjenayah, kena baling batu dari tangan hang pa…dan banyak lagi…ni tak adil…hang pa zalim…hang agung-agung kan la bapak angkat hang pa yang nak saman Sultan Perak tu…PIKIAQ LA SENDIRI
hang pa yang buat salah…polis marah la kat hang pa…banyak keje lain lagi depa nak buat jaga keamanan negara…dadah la, penyamun la, mat rempit la (sekarang dan tukar gelaran baru: MAT BANGGANG) dan banyak la keje depa…hang pa mana tau….bodoh…tak tau pengorbanan depa dari dulu sampai sekarang….yang hang pa duk engkar arahan pasal pe..org kata tak boleh hang pa galak nak buat juga… da tu depa bagi amaran lagi ‘jangan kera, jangan buat tu tak boleh makan’ tapi ‘kera jawap aku nak juga, aku nak juga’ at last kena la kera dengan ‘cili api’ kera-kera..padan muka “KERA”.