Apakah Ezam akan senasib dengan Harun Idris?

2008 Mei 29
by aminiskandar

Satu ketika dahulu, apabila Harun Idris ingin memasuki Umno (Baru)selepas Semangat 46 dibubarkan, keahliannya telah ditahan oleh MT Umno dizaman pemerintahan Dr. Mahathir yang kini merupakan bekas ahli Umno (Baru).

Harun Idris yang pernah disegani dizamannya akhirnya meninggal dunia sebelum sempat diterima sebagai ahli Umno (Baru).

Walaupun Pak Lah telah menerima kemasukkan Ezam, akan tetapi Naib Presiden Umno, Muhyiddin Yassin menyatakan bahawa keahlian Ezam perlu mendapat kelulusan MT. Klik disini.

Ertinya Ezam masih lagi belum menjadi ahli Umno yang sah walaupun telah mengisi borang dan membayar RM 100 untuk menjadi ahli Umno seumur hidup.

Apakah Ezam yang menjadi jaguh ketika zaman kebangkitan Reformasi akan menerima nasib yang sama seperti Harun Idris?

14 Respons leave one →
  1. 2008 Mei 30
    wak lempeng permalink

    Perlu dilihat perkara yang terjadi ini dari banyak faktor. Berkemungkinan strategi suatu pihak untuk menarik lebih ramai anggota PKR untuk menaikkan semula UMNO. Mungkin ya mungkin tidak DSAI terkontang kanting keseorangan. Ezam dilihat sebagai seorang yang berkaliber untuk membantu menaikkan semula UMNO. Sedang TDM keluar dari UMNO untuk tanda protes terhadap DSA, Ezam dan beberapa orang masuk UMNO. Strategi politik tak pernah adenya revolusi. Hakikatnya, hanya aplikasi terhadap strategi sedia ada. Renungkanlah..

  2. 2008 Mei 30
    vesewe permalink

    testing

  3. 2008 Mei 30
    che mat permalink

    Ezam adalah seorg pemimpin muda yg terbaik, jiwa perjuangan sejati ,bak kata bila dengar cara beliau berhujah meremang bulu roma , berapi2……suara rakyat suara keramat, lawan…dan lawan, kerana apa….
    tetapi itu tinggal kenangan ….
    saya bukanlah pejuang , lemah , tiada karisma , hidup sederhana kais pagi makan pagi kais petang makan petang dan malam tetapi semiskin2 saya , selemah2 saya ….saya takkan khianati apa2 prinsip yg diluahkan….

    TERIMA KASIH EZAM…….KERANA APA

  4. 2008 Mei 30
    Umar_Farouk permalink

    ezam takkan sebodoh tu nak buat keputusan masuk UMNO. dia pasti tau caci maki yang berbakul2 yang bakal diterimanya atas keputusan tersebut..ezam yang tebal semangat kemelayuannya pasti ada hidden agenda..sama-sama kita nantikan..yang pasti ianya untuk kepentingan bersama…

  5. 2008 Mei 30

    ezam hanya klon, yang ori masih bersama perjuangan kita…

  6. 2008 Mei 30
    mountdaweller permalink

    apa kene mengenanya ezam dengan PKR? bukankah ezam dah bertahun keluar dari PKR? kau orang tak tahu ker? bagi aku ezam adalah seekor anjing buruk kepala yang merayau ke sana sini mencari perlindungan. manusia cerdik mana yang nak ikut ezam untuk terjun dan tenggelam bersama labu-labunya kecuali manusia bodoh dan terdesak sejenisnya juga. aku yang dari UMNO pun lari bila pucuk pimpinan UMNO lebih pentingkan harta dan kroni daripada negara dan tidak pedulikan kepentingan serta kesusahan rakyat dengan segala-galanya membebankan, sedangkan sebelum ini aku juga banyak dapat manafaat dari UMNO. bagi aku rasa masih ok dengan segala beban yang kerajaan timpakan ke atas rakyat tetapi macam mana dengan kehidupan rakyat yang susah? tentu hidup mereka lagi susah dan terus menerus terhimpit. fikir-fikirkanlah! nak UMNO bela bangsa melayu, dah lama maruah dan hak melayu tergadai! bukan setakat maruah, baru saja pulau batu putih- bumi kita hilang. jadi bagi aku UMNO hanya memperjuangkan kekayaan dan haloba anak beranak dan kroni saja. piraaah!

  7. 2008 Mei 30
    pipitart permalink

    Terlalu awal untuk menjangkakan apa sebenarnya (dan jika benar) ada agenda di sebalik kemasukan Ezam. Tapi apa yang diketahui, Ezam dijadikan satu aset yang sangat berharga, iya lah, tengok muka dia dalam berita kat tv punya lah lama, siap ada interview ekslusif, hari ini juga mukanya terpampang di semua dada akhbar. Najib dan Pak Lah pula kelihatan sebegitu gembira menerima Ezam, macam baru jumpa anak yang dah lama hilang arah pulang ke pangkuan keluarga. Jadi apa yang boleh dan akan Ezam lakukan? Kita jadi observer dulu. Amat menarik, kita lihat perkembangan seterusnya.

  8. 2008 Mei 30
    Wak Seman Berkata: permalink

    Ezam patut tunjuk dirinya seorang merdeka tidak ikut kata-kata orang aje dalam berpolitik dan dia karisma macam DSA, lebih 10 tahun dlm PKR hanya dalam kenangan, harap jadi pengajaran pada pemimpin PKR. Orang yang berjuang secara ikhlas jika tak dijaga akan lari juga akhirnya. Itu lumrah dunia, anjing yang baik menjaga rumah kita dan jika tidak di beri makan atau dijaga kebajikanya akhirnya akan mengigit kaki tuan sendiri. PKR jangan berbangga dgn kemenangan yang dikecapi kalau tiada refomis yang lama di setiap bahagian memberi sokongan PKR akan hancur pada PRU ke 13 nanti. Tengok2 sikit orang yang berjasa dalam PKR jangan dah menang mula susah nak jumpa dan berlagak sombong.

  9. 2008 Mei 30

    dey….itu Paklah suda kena…itu ezam senjata rahsia Tun M ooo….budaksuruhan kita juga la….itu dulu kita suda rancang ezam pigi sama anwar masuk itu penjara…supaya anwar masih yakin sama dia juga..dalam PKR juga kita boley rosak dari dalam la…hahaha itu anwar suda kena…ada paham ka…ini kali Paklah juga mau kena juga…..paklah tabley sorok dari kita lagi la macha….kita tunggu dan lihat la nanti macha

  10. 2008 Mei 31
    Anak Johor permalink

    Hello Wak Seman….bunyi macam org yang makan cili jerrr. Dah siasat or pasti ker si Ezam Kempot tu benar2 berbudi kerpada PKR? Besar mana jasa beliau? Tolonglahhhh….fikir betul2 dan secara logik. Senang ceritanya….Ezam Kempot ni mungkin memang dilahirkan untuk menjadi seorang pembangkang….. Insyallah bila PR meneraju kerajaan nanti..meh sama2 kita lihat pulak bagaimana beliau beraksi di pentas pembangkang sambil menjaga maruah boss barunya sekarang. Mendengar hujah2 beliau yang kononnya berkarisma…cehhh…naik mual ade lerr. Punyai imej tersendiri?…hampehhhh…beliau hanya meniru ketokohan boss lama beliau. Dia hanyalah ibarat seorg pelakon derama bersiri yg telah hampir dilupakan kerana tiada kredibiliti. Cakap tak serupa bikin. Cubalah kita tengok undian keseluruhan, siapa yg rasa suka atau naik mua tgk wajah si penipu besar ini dikaca tv. Mungkin beliau lupa, perlu direnung nasib mereka2 yg pernah di”makan” sumpah dari mulut sendiri. Suruh beliau bertemu dgn “Tengku Sumpah” atau Aziz Samsudin. Nahh….sebagai pemulaan….Allah swt telah mula menterbalikkan hasrat baik beliau sebelum ini kepada suatu keputusannya yg diluar jangkaan rakyat marhaen. Selepas ini beliau akan terus-terusan merapu sehingga tanpa kita semua sedar….beliau sendiri pun boleh termangu ketika dok “termenung” dalam tandas apabila memikirkan nasibnya kelak.

  11. 2008 Mei 31

    Apa ada pada Ezam. Dia manusia macam kita sahaja. Cuma dia kini dah dekat dengan pusat siaran TV dan Pusat terbit surat khabar. Jadi orang TV dan orang surat khabar tu sambar ajelah berita daripada dia. Actually he is nobody just a busy body, that’s all.
    Hebatnya dia ialah dia dah masuk ISA dan kena penjara!! memang yang kena penjara tu sesetengahnya hebat itu kita tau. Tapi yang tak pernah kena penjara juga boleh jadi hebat. Oleh itu jangan risau PKR masih ada ramai lagi anak muda. PAS lagi ramai punyai anak muda. Takkan anak-anak muda PAS, PKR dan DAP tak boleh mengatasi kehebatan seorang EZAM dan sahabat sewaku dengannya. Tak percaya tanya Saifuddin Nasution YB Machang.

  12. 2008 Jun 1

    Laaa Ezam awat hang patah balik kat ameno? hang duduk dalam PKR dah cukup cantik dah, nanti hang duduk dalam ameno style hang ceramah tak boleh nak ubah dah dia akan jadi macam Pak Sheh juga nada dia tu, aku cukup bimbang kat hang bila duduk dalam ameno tu sebab kat sana tu ada banyak buaya,takut hang kena telan dengan buaya tu nanti, hang ingat dak pak sheh kita masuk ameno kononya nak pebetui ameno dari dalam akhirnya apa dah jadi?.hang ingat dak pak cik kita tu Hj.Nakoe Hj.Ahmad tu masuk ameno apa dah jadi?.lepas tu hang ingat dak abang kita tu Us.Fadil Hanafi dia pun masuk ameno nak cuci orang ameno dari dalam akhirnya apa dah jadi. ni hang pula masuk ameno aku cukup susah hati la minta Allah Ta’ala pelihara dan selamat saja lah. kalau hang duduk dalam PKR tu cukup cantik dah kalau ada masaalah sikit2 tu sabar-sabar la kita hidup ni kena banyak sabaq lepas tu kena ingat aku habaq kat hang dah dulu masa hang mai buat umrah dengan Us.Badrul Amin dulu ni ” Iman shafie mengatakan bahawa manusia ni lebih berjaya kalau di duga dengan kesusahan/kemiskinan tetapi kalau manusia ni di duga dengan pangkat dan harta jarang berjaya”

    minta ma’af no melawak ja.

  13. 2008 Jun 1
    Mamak Penang permalink

    Bagi ahli UMNO pun sama dulu tak suka mahatir depa buat Parti Semangat 46…yang ketuanya Tengku Li dan Musa Hitam!, kuncu-kuncunya Pak lah , Datuk rais Yatim dan lain-lain tua bangka!.Tapi sekarang kutuk pulak TDM keluar UMNO !.Kita tak tahu pulak bagaimana dengan PKR?.Mungkin akan jadi seperti semangat 46….?.cuma kesian kat bukan melayu PKR yang akan terkontang kanting nanti!.Orang melayu yang masih lagi perlukan tongkat – tak boleh berdiri sendiri tetap perlukan tongkat UMNO kecuali Melayu kelantan dan kedah. Mereka dah lama buang tongkat ini kerana mereka tak perlukan lagi tongkat yang hanya menyusahkan hidup mereka!!!!!!!!!!.Bila lagi orang PKR yang Melayu nak buang tongkat…??????????.DSAI perlukan tongkat keramat untuk mengikis mentaliti ini…semoga berjaya hendakanya!.

  14. 2008 Jun 2
    Wak Seman permalink

    Kabare! Macam marah aje anak Johor tu. Dah lamo ke dalam politik? Pernah ke kena penjara di zaman Che Det? Berapa kali? Berefomasi di Masjid Negara, Dataran Merdeka, kena belantan FRU, hujan asid dan penyepak SB. Ada datang rumah kak Wan masa DSA dalam penjara, sembahyang hajat dan mempertahan DSA masa kena tangkap? Menyertai pilihanraya kecil Lunas, Teluk Kemang, Ijok dan lain-lain PKR buat? Yang Wak nampak Ezam dan rakan-rakannya aje dan juga beberapa ajk bahagian PKR. Dia tak sebut semua itu nanti mengugkit pulak, biar Wak yang sebut pasal ini sebab Wak ada mengikuti perkembangannya. Ada sesiapa menolong keluarganya semasa dalam penjara Taiping dengan Hisamudin Rais di zaman Che Det? Ada orang tanya ada duit atau cukup beras dirumah untuk anak -isteri padanya untuk berpolitik?. Seorang pejuang sanggup apa saja halangan di tempuhinya baik dalam UMNO, PKR dan lain-lain parti. Bercakap benar, tak mengampu macam DSA, jujur, amanah dan beriman. Politik mana-mana parti pun kotor tapi kalaui boleh macam Tuan Guru Nik Aziz berpolitik lagi baik. Hasad dengki, jatuh-menjatuhkan kawan sentiasa ada, kita manusia, cuma pemimpin parti perlu menilai mana yang intan dan mana yang kaca. Berselisih pendapat jangan dianggap sebagai musuh tapi mungkin ia sebagai cabaran untuk menguat dan mendewasakan parti. Jangan jadi macam UMNO orang bawah dianggap sebagai kuda kayu yang mana mulutnya di tutup tak boleh bersuara. Jadi pak angguk aje ikut cakap boss masa Perhimpunan Agung UMNO. PKR tak macam itu semua orang boleh bersuara sebab itu kita keluar ke jalanan berefomasi. Bagi Wak hujan asid itu rahmat pada masa FRU menyemburkanya dan sepak terajang FRU itu azimat yang mana selepas 10 tahun daripadanya amalam demokrasi makin menjelma di Malaysia. Tapi perlu kita melalui pengorbanan yang besar. Fikirlah sendiri……..

Tinggalkan jawapan

Note: You can use basic XHTML in your comments. Your email address will never be published.

Subscribe to this comment feed via RSS