MAT EZAM BUKAN PENGKHIANAT- Hishamuddin Rais
Saya cukup hairan dan marah apabila ada yang menuduh Mat Ezam sebagai seorang pengkhianat. Ini bukan kerana saya hendak bodek Mat Ezam. Saya hanya cuba menerangkan hal duduk perkara. Malah saya cukup hairan kenapa akhbar tabloid Le Fou Total terperanjat gadang apabila Mat Ezam masuk menjadi anggota gerombolan United Malays National Organisation.
Sesiapa yang hairan atau terperanjat mereka adalah ahli-ahli politik poyo. Ngok tak tahu membaca politik macam le chef de fou Zainuddin Maidin.
Saya tahu siapa Mat Ezam ini. Dua tahun saya berkongsi satu sel dengan dia. Ezam bukan Mat Ezam poyo. Dia bukan pengkhianat garis perjuangan. Mat Ezam sampai hari kiamat pun tidak akan mengkhianati garis perjuangan yang menjadi akidah hidupnya.
Cuba ingat betul-betul dan ingatkan apa yang selalu di ceramahkan oleh Mat Ezam. Bukankah Mat Ezam selalu berkata - dia akan melawan penindasan dan berjuang untuk kumpulan yang tertindas. Dia akan tampil ke hadapan untuk membantu kumpulan minoriti yang tertindas. Malah dia pernah berceramah sampai terpancut-pancut suaranya hendak meniru-niru bunyi suara Kamarad Karl Marx dengan kata-kata – contre l’ oppresion de l’homme par l’homme.
Memasuki gerombolan United Malays National Organisation adalah garis politik Mat Ezam yang tepat. Gerombolan United Malays National Organisation sesudah PRU ke 12 adalah gerombolan yang sedang tertindas. Menyokong dan sama-sama sebaris berjuang dengan gerombolan minoriti yang tertindas dan sesak nafas adalah tugas dan garis politik Mat Ezam.
Ini bukan khianat namanya. Ini garis politik yang tepat. Kita semua wajib belajar dari Mat Ezam. Kita patut bangun untuk sama-sama menyokong gulungan minoriti yang tertindas. Berjuang sebaris dengan mereka yang tertindas adalah sebahagian dari iman. Yang sebahagian lagi iman kita ialah berdoa untuk dapat projek. Ini bukan cakap saya ini. Saya pungut hadis sahih ini dari Ibnu Iwana al- Kontoli dari kitab Al-Fikarabun yang sama-sama saya baca dengan Mat Ezam semasa di Kamunting.
Menyokong sesiapa yang hendak rebah adalah garis yang tepat yang telah diambil oleh Mat Ezam. Apakah masih ada warga yang tidak menyedari dan tidak percaya bahawa gerombolan United Malays National Organisation sedang tertindas? Ada sesiapa yang masih jurang jelas? Kalau masih ada yang tidak faham, maka mengikut kitab Al-Fikarabun , kumpulan yang tidak faham ini tergulung kepada pengikut mazhab sesat lagi menyesatkan.
Bayangkan – tidak lama lagi gerombolan United Malays National Organisation akan tegak berseorangan. MCA, MIC dan Gerakan sedang merancang hendak memasuki Pakatan Rakyat. Mereka semua ini telah sanggup murtad untuk mengikut Tuan Syeikh baru mereka. Rakyat Sabah dan Serawak sedang berduyun-duyun lari membuat IC baru dan bercadang untuk meninggalkan Malaysia.
Syabas Mat Ezam – saudara jujur dengan garis perjuangan membantu yang lemah dan melawan yang gagah. Saudara cukup sedar bahawa Mat Dolah sekarang adalah pemimpin yang paling lemah dalam sejarah politik tanah air. Saudaralah pembantu setianya. Tupang pembawa rebahnya.
Fakta politik sedang menunjukkan bahawa dalam gerombolan United Malays National Organisation Mat Dolah sedang dalam proses hendak disingkirkan. Kita semua tahu Mat Najib sedang menyusun baris mengepung Mat Dolah. Dalam masa yang sama Muhyiddin juga sedang berura-ura untuk menibai Mat Dolah dari belakang. Ini semua adalah bentuk-bentuk penindasan yang sedang dihadapi oleh Mat Dolah. Inilah tugas suci Mat Ezam dengan rela hati datang membantu Mat Dolah yang sedang ditindas.
Di luar gerombolan ini ada pula Mahafiraun yang tidak henti-henti menyalak dan menggigit punggung Mat Dolah. Maka di sini satu lagi peranan agung Mat Ezam. Membantu yang lemah dan menolong yang tersepit dan yang sedang di salak Mahafiraun.
Tentang Mahafiraun ini Mat Ezam cukup cemuh. Mat Ezam pernah menerangkan kepada saya – jika jumpa Mahafiraun dan jumpa Mat Dolah ketuk kepala Mukhriz dulu. Inilah kata-kata hikmat dari Mat Ezam yang sampai kiamat akan saya ingati.
Saya cukup marah apabila menerima sms yang cuba menghina Mat Ezam. Sms ini cuba menuduh Mat Ezam ini sama seperti Raja Katak. Ini tidak betul. Mat Ezam tidak melompat. Mat Ezam melutut. Ini juah bezanya. Melompat ke atas seperti katak. Melutut ke bawah seperti Mat Ezam. Jadi tolong jangan samakan Mat Ezam dengan Ibrahim Ali. Mat Ezam ada kelas.
Saya juga meminta semua fitnah dan tohmah tentang Mat Ezam di hentikan serta-merta. Cerita tentang Mat Ezam datang membantu Mat Dolah memang betul. Tetapi kini telah wujud analisa politik cekai yang berunsur fitnah tersebar. Rasa saya konco-konco Mat Najib yang bertanggungjawab menyebarkan fitnah ini. Konco-konco Mat Najib menganggap Mat Ezam datang kerana arahan bos lamanya untuk membantu Mat Dolah. Ini fitnah. Mereka kurang arif dengan tujuan suci Mat Ezam.
Saya juga di fahamkan bahawa Rafidah cukup gembira dengan kedatangan Mat Ezam. Saya dengar kenduri talkin akan diadakan di Kuala Kangsar, kawasan parlimen Rafidah untuk menyambut Mat Ezam. Dari apa yang saya difahamkan Mat Ezam telah menelefon Rafidah. Dengan manja sekali Mat Ezam telah bersedia untuk menghadiahkan sebuah kotak harta karun yang ada pada Mat Ezam. Saya dengar khabar kotak ini ada menyimpan kasut Rafidah yang patah ketika Rafidah berlari-lari untuk mencium punggung Mahathir ketika Mahathir menangis dahulu.
Satu kotak lagi akan dihadiahkan kepada Nazri Aziz. Saya dengar khabar kotak untuk Nazri ini bersisi lesen-lesen teksi. Sebuah lagi kotak untuk Noh Omar yang penuh dengan surat pajak. Lesen-lesen teksi dan surat-surat pajak ini telah dikumpulkan oleh Mat Ezam ketika dia menyamar sebagai pegawai pencegah rasuah pada satu ketika dahulu.
Saya sedar memang ramai orang tidak mengetahui bahawa ketika Mat Ezam menyamar macam Inspektor Jacques Clouseau dulu dia telah melakukan satu yang amat tragik. Biar saya nyatakan di sini satu rahsia yang begitu lama saya simpan. Menurut Mat Ezam tiga lagi kotak yang dicari-cari oleh pihak polis itu dipenuhi dengan gambar-gambar dan video rakaman Altantuya yang sedang bershopping dengan Dotty di Paris.
Dari mulut Mat Ezam sendiri saya telah di beritahu bahawa video ini telah di rakamkan oleh KGB. Bagaimana pita ini sampai ke tangan Mat Ezam saya juga kurang arif. Apa tujuan KGB memberikan pita rakaman dan gambar-gambar Altantuya di Paris wallah hu alam bisawwab – hanya Lingam sahaja yang maha mengetahui. Apa hubungan Mat Ezam dengan KGB ini saya pun tidak pasti. Tapi menurut Mat Ezam ada seorang pengendali laman web yang telah membuat salinan video ini untuk ‘safe keeping’.
Saya cukup bengang dengan Minah sepupu Mat Najib yang ingin bertanyakan tiga soalan untuk Mat Ezam. Siapa Minah ini? Apakah locus pocus Minah ini untuk menyoal Mat Ezam. Ini mesti atas arahan sepupunya. Saya yakin Mat Ezam pasti akan bertanya kembali kepada Minah ini nanti – wahai Minah, mana dia laporan kewangan Sukom yang sampai hari ini belum di audit? Pasti menggigil bra Minah ini nanti bila Mat Ezam mula menyoal. Jangan play play, ini Mat Ezam. Dia bukan Kancil dia Wira.
Saya paling menyampah melihat sikap Angkatan Muda Keadilan yang menjadikan Mat Ezam ini seperti selipar buruk. Sudah dipakai ditinggalkan. Ini betul-betul kurang hormat. Minah di Lorong Haji Taib pun kalau sudah pakai kena bayar. Angkatan Muda Keadilan telah murtad terhadap ketua mereka.
Sepatutnya Mat Ezam yang begitu gah dan berpengaruh pasti ada beratus-ratus ahli Angkatan Muda yang akan berduyun-duyun mengikut buntut Mat Ezam. Tetapi ini tidak berlaku. Angkatan Muda Keadilan telah menghina Mat Ezam sama seperti gerombolan United Malays National Organisation menghina Tun Dr. Mahathir bekas Presiden mereka yang keluar dari gerombolan. Mat Ezam terkonteng-konteng dengan empat lima Pak Pacak ketika membuat sidang akbar. Kenapa Mat Ezam seekor Wira dikulupkan. Apa punya turrr Angkatan Muda Keadilan ini.
Ada satu perkara yang amat-amat memilukan hati saya apabila Mat Ezam masuk ke dalam gerombolan United Malays National Organisation ini. Saya tertanya-tanya apakah yang akan terjadi kepada kawan baik saya si Lokman Adam yang bersama-sama di Kamunting dahulu. Lokman selalu ke hulu ke hilir berceramah dan buka cerita tentang strategi perjuangan Parti Keadilan Rakyat. Ini modal cari makan Lokman Adam.
Apabila Mat Ezam memasuki gerombolan United Malays National Organisation ke mana agaknya Lokman Adam nak cari makan kerana Mat Ezam juga akan ke hulu ke hilir dengan modal yang sama. Mat Ezam seharusnya bersimpati dengan sahabat lamanya Lokman Adam. Saya berharap mereka akan berkongsi kembali cari makan sama-sama agar sorro tidak miss.
Kelentong ke hulu kelentong ke hilir
Mat Ezam mencegah rasuah
Hujah dahulu hujah lendir
Kini Mat Ezam dah pandai rasuah.















ahhhhhhhhhhhh,,,,,,,
tuan Rais,,,,
klu da penghianat,,
penghianat jugak,,,,
xyah la nk nafikan,,
walau sya mude,,
tp sy msh igt lgi peristiwa ezam dan anwar y difitnah,,,
c ezam y xgune 2,,
die xigat depa buat sial kt die dlu,,,
sya tau ezam da lme tgglkan umno,,,
mgkn die mahu org kenl die blek,,,
yelakan jeles tgk pakatan yg mkin hri makin naik,,
sya bce cerite tuan Badrul,,
c ezam nk wt GERAK,,
asl nk wt kt lam umno yg akn runtuh xlama lg??
xcukup ke parti y die ade slame ini,???
sya sebgai org biase menilai,,,
bkn sya bod0,,
nk bela org la,,2 la,nie la,,
xyh nk wt alasan,,,
klu penghianant,
penghianat jugak,,
sya x nafikan,,
pejuang2 pakatan yg smpai yg ade kehabisan wang,,ketiadaan wang,,
yg ign membela nasib rakyt,,
tp pejuang2 bn(cmpo sume),,
die tau,,
nk mek wet rkyt je,,
pape pn sy sedih gan duri lam dgg ini,,,
harap c ezam ini,,,
pk n betobat,,
ezam rkyt bkn bod0 ok……..
yang pntg,,,,
LAWAN TETAP LAWAN!!!
KLU X HRI INI,,
KITA LAWAN ESK,,
KLU X ESK,,
KTE LAWAN LUSA,,
LAWAN TETAP LAWAN!!!!!
takbir!!!!!!!
ALLAHUAKBAR!!!!!!!!!!!
assalamualaikum,,
salam feromasi
kah..kah.. kah! black, aku suka dengan cerita ni. aku nak tengok kat busut mana dia orang akan bertapa.
ezam bkn pengkhianat tpi LATNAT …
satu lagi karya terbaik Isham
Salam hormat,
Alamak! Tulisan Saudara Hishamuddin Rais ini bukan saja laksana penumbuk sulung, bahkan bom C4 yang digunakan untuk menghancurkan anggota tubuh Altantuya. Justeru, otak kepala saya berputar 360o dek tulisan ini, syabas. Meminjam ungkapan kata 6 Jahannam, korek korek korek! Hehehe.:)
Wassalam.
Gitu…. Barulah saya tahu. Betul jugak ye, Ezam tak lari dari perjuangannya membela golongan tertindas… Cuma saya yang kurang faham. Betul jugak ye, Pak Lah kini tengah tertindas akibat asakan Najib dari dalam UMNO dan Mahathir dari luar. Kalau tak Ezam nak tolong, siapa lagi… Saya pun baru sedar… Ya Ezam bukan melompat tapi melutut. Gua respek lu punya analisis lah Hishamuddin…
Memang dia bukan pengkhianat tapi kenapa dengan liputan eksklusif? It was too exclusive.. what has he done? http://mantra-indeeptots.blogspot.com/
Perjuangan melibatkan banyak aspek, tidak semestinya hanya untuk nama parti. Jika Ezam fikir dia boleh memperjuangkan apa yang dia percaya selama ini dan bawa arus pemikiran beliau ke dalam umno, dan melakukan satu perubahan positif bukan juga untuk umno, tetapi untuk dirinya, bukankah kita sepatutnya menyokong tindakan beliau? Memanglah difahami ramai yang mengcam beliau kerana memasuki parti “lawan”, tetapi inikah sentimen yang kita mahukan sebagai rakyat yang bersatu? Hanya kerana perbezaan politik kita buang segala sifat2 kemanusiaan kita dan taksub dengan apa yang kita percaya sebagai “benar”. Yang pentingnya adalah niat sebenar beliau nanti. Jika niatnya betul, siapalah kita untuk mengutuk dan megatakan beliau pengkhianat dan sebagainya?
Salam reformasi,
Jangan terkejut, andai selepas Ezam, PAS menyusul bersatu dengan UMNO. Justeru, apa pilihan yang ada buat PKR dan PR dalam usaha menukar Kerajaan Malaysia menjelang September tahun ini? Andai khabar angin ini menjadi kenyataan, buat seluruh pendukung reformasi, anggaplah tarikh 16 September itu tidak pernah wujud.:)
Wassalam.
He is welcome to UMNO but why the exclusive coverage?
http://mantra-indeeptots.blogspot.com/
Semalam rasa marahnya dan sedihnya ezam masuki UMNO tetapi hari ini aku rasakan biarlah mamat ini masuk UMNO, apa yang dasar mamat ini percaya aku pun tidak tahu, adakah dia rasa badan kehakiman dan bPR akan menjadi seruhanjaya menjadi kenyataan ataupun omong2 kosong. Pada aku kalau bukti yang kukuh di dalam setiap kotak itu pada setiap individu yang kini berada di dalam ezam wajib mendedahnya, biar mereka ini ke muka pengadilan. aku harap sangatlah ezam ini tidak menutup kotak dan hantar kepada DBKL untuk proses pembakaran.
Rakan2
Jangan Lupa layari blog saya di http://khairilazuar.wordpress.com
bagi komen setiap artikel yang saya tulis. …ada artikel baru
busut la laknat la.. yang kamu marah sangat ngapa? anwa x marah punn takut ada laa.. kamu jgn sempit fikirann.. biasa la politik .. belajar politik duluu kalau nak komen kk
saya mmg tak setuju ezam masuk UMNO..ape kejadahnye dia masuk UMNO,parti yang dia pnh hentam bagai nak mampos dulu..apepun, saya harap dia akan bjaya dgn cita2 nya melalui jalan dan tindakan yang dia rasa betul..saya takkan lupa pada semua jasa2 dia selama ni.”kerana apa?” (meminjam ayat keramat ezam) dialah yang telah membangkitkan semangat reformasi pada golongan muda 10 tahun dahulu..apakah kita nak lupakan jasa besar dia tu..walau pun kita tak setuju dgn tindakannya masuk UMNO, jgn la kita terlalu menghentam dia.kelak akan tambah menjauhkan lagi kita dgn dia..doakan dia supaya TEMUI jalan sebenar..Pakatan Rakyat perlukan susuk seperti Ezam..buat sdr Ezam, waspadalah…jangan yang dikejar tak dapat, yang dikendong berciciran..
Ini adalah satu escapism. Kita tidak percaya itulah adalah kemauan Ezam sendiri.Puncanya , cara-cara kepimpinan Keadilan itu sendiri. Kita bolih rasa dan lihat sendiri tentang ini. Sepatutnya pemimpin keadilan perlulah membuat satu program “penghargaan” kepada semua mereka yang nampak dan jelas berjuang semasa bermulanya reformasi pada 1998. Saudara Ezam, Roslan Kassim dan ramai lagi perlulah diraikan walaupun kini mereka bersama atau tidak bersama keadilan. People recognition program perlu ada dan semestilah diadakan. Look at the source of the problem! Cari punca masalah bukan consequences nya. Inilah perlu dipelajari olih Anwar dan Azmin. Ini tiada dipenjara.Bukan saja Ezam , RAMAI LAGI YANG MERASAKAN BEGITU.
Bagi Mamak masuk parti ini macam kita BINkan Nama Bapak kita… kalau tak ada nama bapak yang Islam kita binkan dengan nama bapa Rasullulah s.aw. dengan Abdullah yang mana untuk kita mengenal dia itu saudara baru….macam itu jugalah Mamak rasa ramai BIN abdullah kat PKR!.jadi mereka ini saudara baru…pastilah Iman mereka tak kuat…!!!.Mungkin dulu memang depa masa buka parti ini harap sesuatu walau pun ia adalah perkara baik seperti Hishamudin rais kata…….! .Tapi daripada kata-kata ezam beliau amat berpuas hati terhadap UMNO sekarang dan tentang BPR tidak boleh diterima!.Apakah BPR dah bagus sangat sekarang!!!!!.Kita kena faham BPR hanya menyiasat kes yang berkepentigan dengan politik UMNO…Mamak rasa kalau TDM berbaik dengan PM dan bodek beliau kes-kes rasuah baru-baru ini tak akan timbul!!!.Kes rasuah yang disiasat BPR sekarang hanya bertumpu pada kes zaman TDM…Mungkin zaman Pak Lah ini tak ada rasuah langgsung!.Tak tau pulak!.Mamak rasa ezam ini terlalu ikutkan emosional dari rasional.Mungkin saudara Hishamudin Rais pun terlalu ikutkan perasaan membela kawan.Nasihat untuk HR seperti orang putih kata “An ounce of discretion is worth a pound of wit”.Walau bagaimana pun Mamak tak setuju orang PKR ini keluar parti hanya kerana racism…yang di api-apikan oleh UMNO sekarang!!!.Ini cuma propaganda…DSAI orang bijak.. dia tau apa yang dia buat!!!.Zaman UMNO dah kabur seperti parti Suharto,parti Marcos,Parti Komunis…ketinggalan zaman…!!!!.Jadi fikirlah!!
Ezam is a very ambitious political animal!!
Dia mmg tak mintak duit dari UMNO, tapi dia masuk kerana nak jadi PM!
Ezam akan bergandingan dengan Khairy dan bertanding Naib Ketua Pemuda UMNO akhir tahun ini, manakala Khairy will go for Ketua Pemuda UMNO.
Easy calcullation, after Pak Lah will be Khairy and after that will be Ezam!
Artikel di Blog ini bagus dan berguna bagi para pembaca.Anda bisa lebih mempromosikan artikel anda di http://www.infogue.com dan jadikan artikel anda topik yang terbaik bagi para pembaca di seluruh Indonesia.Telah tersedia plugin/widget.Kirim artikel dan vote yang terintegrasi dengan instalasi mudah dan singkat.Salam Blogger!!!
http://berita-politik-dunia.infogue.com/
http://berita-politik-dunia.infogue.com/mat_ezam_bukan_pengkhianat
Salam buat Sdr. Hishamudin Rais.Artikal beliau amat menarik.Bagi saya Ezam hanya nak buli TDM.Hati kecil Ezam masih bersama DSAI.Orang Meno patut curiga dnagn Ezam.
apa yang aku nak kutuk dan cakap semua orang dah cakap so apa lagi nak buat? surat yang ezam sain bagi kat aku jadi ahli GERAK tu pun aku tengah pikir nak bakar ke atau nak buat lap taik
Assalamualaikum…
Entahlah ape strategi yg dirancang sebetulnya. Ezam masuk UMNO, tiada kutukan langsung dari DSAI dan kepemimpinan atasan PKR. Tak ade komen keras daripada Kepimpinan PAS. Makin ramai bekasan AMK menyertai UMNO. Jgn lupa mereka semuanya muda2, mungkin tidak lama lagi tiada tempat utk orang lama UMNO yg telah berusia mengekalkan kuasa.
Orang Muda selalunya bersikap radikal dalam tindak tanduk mereka. Bekasan AMK bukan calang2 manusia semuanya. Kuasa muda yg ramai boleh mengugat kuasa2 lama yang telah berakar umbi didlam UMNO. Selamatkah mereka.
Takkan orang2 muda ini sekadar hendak bekerja dibawah telunjuk mereka sahaja. Apakah agenda mereka sebenar? Tak tahu, akupun tak tahu. Aku nampak bahaya bagi organ dalaman UMNO.
Paklah lepaskan DSAI, KJ hantar tiket k Jerman. PakLah kekalkn kuasa yg tak berapa nak ada sekarang ni. Mungkin sedang menuggu kot….
Mungkin kita patut merujuk balik ‘Khairy’s Cronicles’ dlm blog Raja Petra melihat kepada bab 7- The beginning of a beautiful friendship dan bab 8 – Sunset, sunrise. Disitulah asal usul pakatan mereka.
Wassalam
betul jangan hina dia kerana dia ada anak isteri untuk diberi makan.. duit derma masih tak cukup nak harapkan tender kerajaan pulak… hua hua hua politik malaysia memang gila babi
Salam Bro…caya lah satu gaya penulisan yang tersohor…he..he
Wakaka ka…
geli ati ah, geli ati…
Abang Din.. abang Din, ko ni memang pandai la menghiburkan hati aku..
Aku memangla tersangat setuju yang ko cakap dia bukan pengkhianat sebab dia ni tak lain dan tak bukan memanglah seketul… Nut!
apalagi dia sendri cakap dia rela dipolitikkan. hu hu..
Antara Ezzam dan Hishamuddin Rais .. siapa lebih haprak ???
Mat Ezzam cakap mcm mat nuar tapi hishamuddin cakap macam mat ganja !!!
Tuan Rais hang hantak script cerita tentang tiga kotak ini ke bollywood atau pun koliwood (filem tamil)jangan nak mai merapu kat kami…yang sudah tua dan nak mampui ini!!!.Makin lama makin meluat kat hampa semua!yang syoknya tauke judi joint hampa “Nalla Pambu (Ulak Tedung)!!!!!!!.Kalau tiga kotak itu ada apa hampa nak ugut KJ ke?.buat filem melayu panggil maya berlakon..jangan nak promosi kat blog sebelum filem siap!!!!.Nak masuk blog hang bagi tau hang suka delete yang kutuk hang!….Mamak lepas geram….!!! fed-up!!!
Salam Islam – Salam sejahtera. Kah…kah..kah…. Saya memang kagum dengan tuan HR ni yang pangkat ayah dengan saya. Dulu ayah selalu cerita pasal HR yang menyebabkan ayah masa tu juga naik semangat as a student at that time. Tapi bila HR and gang diburu semua diam. Mungkin sebab tu saya tak pernah miss baca apa2 yang ada kaitan dengan HR.
Memang betullah gaya menegur sambil bermadah, mencubit sambil menggosok orang Melayu masih kebal dalam diri HR. Pakar lagi tu.
So sekarang kita jangan tuduh Ezam pengkhianat but qoute un-qoute berdasarkan mazhab dan gaya HR. Jadi kita dipanggil orang yabng bersangka baik dengan Ezam tapi bukan ikut mazhab Mat Taib – baca blog muhammadmuhdtaib.com – ikut mazhab HR.
Sekian, wassalam, hi, hi, bye, bye.
Aku ni tertarik juga dengan cerita ni sebab semua Mat-Mat yang disebut tu saudara mara ku , lain bapa lain emak. Kecuali Mat ka saja yang bukan saudara kami. Mat pai kalau melompat pasti ada makanan di depan.
“Minah di Lorong Haji Taib pun kalau sudah pakai kena bayar.”
Hahahaha, ya ya dia (& konco2) memang political whores, they are.
Artikel yang menghiburkan, terselit nasihat-nasihat sinis kepada sdr Ezam.
Saya pernah berceramah bersama ezam pada zaman reformasi.
Orangnya memang mempunyai semangat yang kental dan mampu mempengaruhi pendengar.
Saya tunggu dan lihat percaturan Ezam seterusnya.
kah…kah…kah…..kah
analysis yg cukup baik dan menghiburkan
kuasa, wang dan kemegahan itulah moral ahli2 politik
Pelik… pelik… Kenapa masih ada yg sanggup membela maruah si pengkhianat nie….
Tuan HR yakinkah Ezam yg tuan kenal dulu sewaktu berada dlm sel yg sama adalah Ezam yg sama oada hari ini….
Pasir di pantai pun boleh berubah, inikan manusia bila disogokkan RM2 juta dan pangkat….
salam bg hisham,
Memang best boto la cito abg ni,den memulo ingat abg mulo dah nak merapu,tapi dbal meaning rupo eh…hahaha..apopun..salute la kek ezam..sobab dio dh jumpo jalan “torang”
TUAN-tuan dan puan-puan dihormati.ezam matnor bukanlah pekhianat atau lahnat..tetapi adalah seorang doktor pakar yang diharap dapat mengobati lantas menyembuhkan partai u no i no daripada dalam.Azam utomo ezam ialah memperkenalkan ubat sodom yang diciptanya semasa beliau belajar dekak israel dulu.setahu saya anak matnor ni berpegang pada prinsip ” ekou bonci aku,aku tau…tapi aku totap wujud” macam negara israel.kito bonci dia , dia tahu…tapi dionya totap wujud…..begitulah juga partai u no i no.haaaaaaa…….ini rahsio ekau dan den..??? …hendak mepertahankan kewujudan itu lah mereka-mereka tadi kena pandai mereka. ARIOS.
ezam sorang je yang jhat, orang lain sumanya baik belaka…. taku takut sok ezam sorang je yang masuk……. yang lain2 sumanya masuk……… apa nak buat , camtula politik tanpa iman.
Penyertaan Saudara Ezzam ke dalam Parti UMNO mempunyai agenda peribadi yang penuh muslihat.Keadaan Parti UMNO yang kita maklum semakin lemah ditebuk ‘ulat’ supaya lebih cepat busuk dan gugur ke tanah.Apa yang menarik beliau adalah seorang tokoh kerdil telah mendapat pengiktirafan yang tinggi dari seorang PERDANA MENTERI MALAYSIA merupakan penghinaan kepada ahli-ahli UMNO sendiri kerana sebelum ini beliau sering mengkritik dasar kerajaan.SYABAS!saudara EZZAM kerana menjadi ‘pengintip’ tindak-tanduk UMNO bagi pihak Datuk Seri Anwar Ibrahim yang bakal memimpin kerajaan baru.
aristan_scomi@yahoo.com
014-2631363
salam,
sbenarnya aku bersetuju pe yg mat ezam buat
kite bkan bodoh
kite nk bjuang,bjuang btol2
jgn ckp je lbih
tp habok pon tarak
bjuang lah dgn ikhlas
x kire dgn siape pon
parti mne pon
yg pnting hak rakyat jd keutamaan
smoga malaysia aman
: D
AH HA IH HI HU UH
HILANG GIGI TINGGAL GUSI
Salam…
Sye mmg kagum ngan cerita saudara