Penjelasan Azwandin Hamzah
Blog ini menyiarkan sebuah artikel yang bertajuk “Benarkah Azwandin Hamzah baru masuk Umno bersama Ezam?”.
Berikutan dengan itu, saudara Azwandin Hamzah menghantar email untuk memberikan penjelasan. Dibawah ialah email yang dihantar oleh Azwandin:
Salam Saudara Black,
Saya ingin memberi penjelasan mengenai posting saudara yang bertajuk “Benarkah Azwandin Hamzah baru masuk Umno bersama Ezam?”.
Setelah saya meletakan jawatan sebagai exco Angkatan Muda Parti Keadilan Rakyat, saya di tawarkan untuk berkerja di Institut Kajian Asas Kemasyarakatan (INSKA) di bawah pimpinan Norza Zakaria yang juga merupakan Ketua Pemuda Umno Wilayah Persekutuan.
Sewaktu berkhidmat dengan INSKA, saya masih belum menjadi ahli Umno dimana-mana cawangan atau bahagian walaupun saya bekerja dengan seorang pimpinan Umno .
Oleh itu saya ingin menjelaskan bahawa saya pertama kali menyertai Umno ketika menyerahkan borang keahlian di pejabat Perdana Menteri baru-baru ini bersama dengan Saudara Ezam Mohd Noor.
Sekian,
Azwandin Hamzah.















Dah gamak terima offer pemimpin dah kira dah masuk UMNO le tu, cuma tak submit borang aje.
Salam penuh hormat,
Rasulullah pernah ditawarkan dengan pelbagai hadiah oleh para pembesar (BN Arab) termasuk Gadis Jelita, Emas, Intan, permata Zamrud, Fulus serta jawatan Maharaja Hadhari…
Jawapan Rasulullah lebih kurang: “Andai kamu letakan Matahari di tangan kananku dan Bulan di tangan kiriku dengan harapan kamu, aku meninggalkan seruan Islam tidak sekali-kali. Sehinngalah Islam berjaya dengan cemerlang atau aku mati”.
Justeru, cerdik pandai silam menyatakan bahawa, sekilas ikan di air sudah tahu jantan betinanya. Lantas, berhujah sekadar hela bela diri bagi memetik Buah-buah Dirham dalam ladang UMNO… Eh…Eh…Eh.:)
Wassalam.
Takde beza masuk Umno dulu atau skg…..ia tetap Umno jugak.
Perjuangan yang berlandaskan kebendaan nii ler pengakhirnya. Kabur mata kerana jawatan dan pangkat.
Perjuangan menjaga perut.
same le mcm member Gerakan yg kerja di bwh PR di Penang…
kira dah msuk PKR/DAP walaupun tak submit borang lagi…
kau ukut jugak………………. kerana apa…..
Biarkanlah mereka pergi, mengapa baru sekarang, kenapa tidak dahulu lagi, setelah taiko mereka masuk barulah mereka berani tumpang sekaki, adakah dulu mereka takut akan geng2 mahadet dan beberapa geng gedebe yang memang banyak di dalam UMNO, biarkanlah, kita tidak payah susah2 komen banyak tentang mereka.
Rakan2
Jangan Lupa layari blog saya di http://khairilazuar.wordpress.com
bagi komen setiap artikel yang saya tulis. …ada artikel baru
ler dah masuk umno ler tuh.. cuma publisiti hold kejap…
kehkhekhekhekhekhekhehhh
terjunle labu kalau dah mataduitan tu ckpla apa pun …moga cepat kaya..
watever la azwanding … THE BOTTOM LINE is awok msk umno
Abg. Azwandin…
Ingat lagi nama saya Nazri dari Johor Bahru. Sebelum DSAI bebas kita kerap berhubung. Pada masa DSAi di bebaskan dan saya dimaklumkan oleh Abg sendiri menitik air mata saya kegembiraan DSAI telah bebas. Dan pada masa itu juga Abg memberitahu bahawa DSAI akan join UMNO semula. Saya tidak mempercayainya dan sekarang Abg menyertai perjuangan UMNO yang korup bersama-sama Ezam yang pernah menjadi idola saya.
Semoga mendapat nur dari ALLAH swt… Berfikir sebelum bertindak adalah lebih baik dari berfikir selepas bertindak…
Hairan jugak saya dengan mereka-mereka ni. Dah tahu kapal tu makin mereput, dah bocor sana sini nak jugak terjun. Rasanya mungkin umno dah bersih dari rasuah dan jual harta negara kot. Itu sebab semua nak join umno.. hairan.. hairan…
Azwandin tu kawan saya sejak dari 2000 lagi, zaman refomasi bergerak dengan Keadilan Bahg. Segambut. Saya tahu dia, dia kawan yg baik. Tetapi tekanan hidup menyebabkan prinsip perjuangan berubah. Saya yakin beliau budak baik tak sombong dan senang bergaul. Cuma anda semua tak sebulu dengan dia, sebab dia pilih UMNO, biarlah …… bila dia senang saya rasa lega …..
Hmm… Mungkin ada maksudnya, atau ada yang orang2 biasa macam kita ni yang tak nampak logik mereka ni masuk umno. Tapi siapa lah kita nak menilai mereka bukan? Kalau benar mereka tu masuk apa parti sekali pun niat “murni, tulus, ikhlas” tanpa ada niat tersembunyi, bagus lah! Kalau tak, kita nak hairan buat apa, nama pun orang politik.
okey ler tuu….jika alasan masuk umno kerana kesempitan dan tekanan hidup….boleh di terima.Untuk sara anak isteri.
Tapi bila dah masuk jgn pulak kutuk PKR pula.
Sy kenal dia pun masa zaman reformasi.
Samalah tu, bila dah makan gaji dengan norza maka dah jadi pencacai dan tukang ampu si nirza lah…. Dah dibela dan dan diberi habuan untuk tembolok engkau…