Negara akan menjadi rusuh…..
Shahrir Samad semalam mengumumkan mulai bulan Ogos ini, kerajaan akan menarik balik subsidi keatas petrol dan diesel. Ertinya mulai Ogos ini, harga minyak akan mengikut harga pasaran dunia. Klik disini untuk membaca berita dari Malaysiakini.
Dikala dunia menghadapi krisis makanan, tindakan kerajaan ini pasti akan menyusahkan rakyat jelata. Jika hari ini, ketika subsidi minyak masih lagi ditanggung kerajaan, rakyat merungut tentang kenaikkan harga barang, tidak dapat dibayangkan jika bahan bakar tersebut dijual mengikut harga pasaran.
Tidak mustahil harga sekeping Roti Canai akan menjadi RM 5. Jika ini berlaku, inflasi akan meningkat. Rakyat bawahan akan menderita. Protes dan demonstrasi diatas kenaikkan harga minyak akan berlaku. Mampukah kerajaan mengawal keadaan ini pada ketika itu?
Memang benar, krisis bahan bakar melanda dunia. Harga minyak melambung tinggi. Hari ini harga minyak mentah dunia mencecah USD 130 setong. Memang mahal.
Tetapi jangan lupa bahawa Malaysia juga adalah pengeksport minyak mentah. Malaysia mendapat keuntungan yang besar ekoran daripada kenaikkan harga minyak dunia.
Kemana duit tersebut? Mengapa tidak dimantapkan sistem pengangkutan awam?
Apa kata anda?















Hujah yang sama boleh digunakan untuk pengstrukran subsidi.
dah habissh, buat peruntukan modal bagi pilihanraya 2008 yg lepas kot ??? ntah beraper banyak ler peruntukan untuk iklan pilihanraya kat televisyen ajer (tengok iklan sampai nak termuntah), belum yg lain2 lagi!! beli jet mahal2 ader duit pulak, sudahnyer rakyat yg makan gaji tak seberapa yg tanggung derita!!! tekanan kerajaan terhadap rakyat melalui penarikan subsidi minyak, (masa nie lah kerajaan akan ambil kesempatan akan senaraikan cara untuk mengatasi masalah,akan beri bantuan sekiranya rakyat memilih kerajaan umno) sudahnyer rakyat yg tiada pilihan lain disebabkan desakan dan bebanan hidup yg semakin tinggi akan sokong balik umno (demi meneruskan hidup).
Kalau sudah dikhabarkan begitu rupa nak buat mcm mana sudah majoriti rakyat pilih pemerintah mcm ini, maka tanggung sahajalah, walaupun mcm ni pemerintah seharusnnya sedar bukan semua berkemampuan tetapi mereka tidak berkemampuan perlu hadapi kos ini jadi penyelesaian cuma kenaikan gaji yang begitu agresif sahaja.
Rakan2
Jangan Lupa layari blog saya di http://khairilazuar.wordpress.com
bagi komen setiap artikel yang saya tulis. …ada artikel baru
Julai depan takrif elektrik pula .Nak buat macamana,dah habis berjimat dah,cuma tak sampai makan nasi dengan jagung je.MTUC minta COLA dan gaji minimum kjaan buat pekak badak je!