Petrol naik 78 sen, diesel naik RM 1, rakyat masih diam?

4 06 2008

Dengan “ganas”nya kerajaan BN menaikkan harga minyak secara besar-besaran. Petang tadi, Abdullah Badawi membuat pengumuman yang telah menyebabkan stesen-stesen minyak dipenuhi oleh pengguna-pengguna yang berebut-rebut untuk membeli minyak dengan harga RM 1.92 seliter buat kali terakhir.

Pengumuman mengejutkan. Dengan secara tiba-tiba rakyat dikejutkan bahawa harga minyak akan dinaikkan selepas jam 12 malam ini. TV3 milik Media Prima kroni kepada Abdullah Badawi melaporkan ada stesen-stesen minyak yang sudah mula tutup dengan alasan minyak telah habis. Ini perkara biasa, minyak dikatakan telah habis oleh kerana mereka ingin mendapat untung jika menjual selepas jam 12 malam ini.

Tahun lalu dalam sebuah forum yang bertajuk Jenayah dan Rasuah: Malaysia Dalam Bahaya, Naib Presiden PAS meramalkan bahawa kerajaan akan menaikkan harga minyak sebanyak 70 sen selepas pilihanraya umum ke 12. Klik disini. Hampir tepat ramalan pemangku Menteri Besar Kelantan itu.

Dengan pengstrukturan subsidi yang baru, kerajaan dikatakan akan dapat menjimatkan wang sebanyak RM 4 billion.

Diantara persoalan yang harus ditimbulkan ialah kemana wang ini akan pergi? Untuk pembangunan? Pembangunan untuk rakyat atau untuk syarikat kroni, anak dan menantu?

Abdullah mengumumkan pemberian rebet kepada pengguna kenderaan. Berita dibawah dipetik dari Malaysiakini:

Bagi pemilik kenderaan persendirian, berkapasiti enjin sehingga 2000cc serta ‘trak pick-up’ dan jip berkapasiti enjin sehingga 2500cc, bayaran tunai sebanyak RM625 setahun bagi setiap kenderaan, akan diberikan.

Bagi pemilik motosikal persendirian, berkapasiti enjin sehingga 250cc, bayaran tunai RM150 setahun.

Bayaran tunai diberi apabila pemilik kenderaan dan motosikal membayar atau memperbaharui lesen kenderaan bermotor.

Bayaran ini meliputi kenderaan dengan cukai jalan yang berkuatkuasa 1 April 2008 hingga 31 Mac 2009.

Bayaran ini ditunai dalam bentuk kiriman wang (money order) di pejabat Pos di seluruh negara mulai 1 Julai 2008.

Bagi pemilik kenderaan dan motosikal yang tidak termasuk dalam kategori bayaran tunai tersebut, kabinet memutuskan untuk mengurangkan cukai jalan mengikut kadar berikut, berkuatkuasa 1 Jun.

Bagi pemilik kenderaan persendirian petrol dan diesel berkapasiti enjin melebihi 2000cc, cukai jalan akan dikurangkan sebanyak RM200.

Bagi motosikal persendirian berkapasiti enjin lebih 250cc, cukai jalan akan dikurangkan sebanyak RM50 tertakluk kepada cukai jalan minima RM2. Baca seterusnya disini.

Shahrir Samad dalam wawancara dengan TV3 yang dikuasai oleh menantu PM mengakui bahawa sistem rebet ini pasti akan menimbulkan masalah yang besar. Akan tetapi kerajaan tidak boleh berbuat apa-apa.

Kenaikkan harga petrol sebanyak 41 peratus dan diesel sebanyak 63.3 peratus sudah pasti akan memberi kesan yang besar kepada majoriti rakyat Malaysia yang berpendapatan rendah.

Jeanne Abdullah, Rosmah Mansor dan Nori Abdullah sudah pasti tidak akan terjejas sekalipun harga petrol dijual dengan harga RM 50 seliter.

Apa yang boleh dilakukan oleh rakyat Malaysia untuk menghalang penindasan ini daripada berterusan? Apakah keputusan kabinet Abdullah-Najib itu muktamad?

1) Protes dalam bentuk piket dan demonstrasi aman secara besar-besaran sehingga harga minyak diturunkan pada kadar asal. Nota: Demonstrasi yang dianjurkan perlulah tersusun dengan mantap dan dihadiri oleh jumlah rakyat yang ramai. Sekurang-kurangnya seperti ini. Oleh yang demikian penganjur tidak perlu terburu-buru untuk mengadakan demonstrasi ini. Roadshow diseluruh negara perlu diadakan terlebih dahulu agar partisipasi rakyat dari seluruh negara dapat direalisasikan.

2) Kedua kita boleh menganjurkan hartal secara besar-besaran diseluruh negara.

Apa itu hartal?

Hartal adalah salah satu bentuk “civil disobedient” yang dilakukan untuk menuntut sesuatu perkara ataupun membantah sesuatu perkara. Ia adalah satu tindakan untuk menuntut kerajaan, pemerintah ataupun penjajah untuk menukar sesuatu keputusan yang tidak popular ataupun menindas rakyat. Kalau tak faham lagi, sila klik disini.

Bayangkanlah jika hartal atau boikot diseluruh negara dilakukan. Sudah pasti negara tidak dapat berfungsi dan kerajaan terpaksa akur ditangan rakyat.

Mengapa tidak dihentikan pembaziran kerajaan terlebih dahulu? Mengapa tidak dipotong gaji menteri terlebih dahulu? Mengapa tidak dipotong elaun menteri terlebih dahulu?

Jawapannya mudah, kerajaan BN tidak pernah berniat dan berminat untuk menjaga kebajikan rakyat.

Jika rakyat terus diam, jangan terkejut dalam jangkamasa 10 tahun ini harga petrol akan dinaikkan sehingga RM 50 seliter. Anda tidak percaya?


Tindakan

Informasi

18 gerakbalas-gerakbalas

5 06 2008
Malik El Shabaaz a/k/a Malcolm X

SETUJU DENGAN CADANGAN AMIN aka BLACK

setuju sangat..

kali ini jangan tergopoh gapah membuat bantahan..roadshow satu negara..tetapkan satu tarikh…

percayalah…puluhan ribu rakyat akan turun membanjiri bandaraya KL…

masa sudah tiba kita humbankan kerajaan tri-sial ini (pak lah, kamaluddin dan musuh ketat nyata aku KJ)

HIDUP RAKYAT!!!!!!!!!!

5 06 2008
Hasbullah Pit

rebet RM 625 bagi saya tak memadai,
Akan tetapi saya tak mahu desak kerajaan untuk naikkan rebet itu, kerana sebarang kenaikan rebet itu tidak memberi kesan kepada golongan miskin tak berkenderaan.

Oleh itu, saya minta jasa baik pihak tuan untuk promotekan gerakan mendesak kerajaan untuk memberikan subsidi makanan untuk setiap rakyat Malaysia yang diambil daripada penjimatan akibat kenaikan harga minyak, (saya anggarkan penjimatan lebih 20 bilion)

RM 50 seorang 13.8 bilion setahun sahaja.
Jemput baca:
http://sebolku.blogspot.com/2008/06/hanya-138-bilion-sahaja-untuk-kupon.html

5 06 2008
RANJIT SINGH

Aku amat percaya harga minyak petrol akan naik hingga RM 50/ satu liter. Tapi aku tidak pernah percaya apa jua yang dicakap olih Dolah…lidah bercabang ini…melayu umNo/Bnatang ada lah jenis haram jadahhhhhh!!!

5 06 2008
zan asmon

Saya menyeru supaya dibuat HARTAL oleh rakyat Malaysia pada 19 Jun 2008 (sempena 14 hari dari tarikh 5 Jun 2008)

Orang ramai tidak perlu ke tempat kerja untuk hari itu samada kakitangan awam atau swasta atau pun yang bekerja sendiri. Kedai-kedai ditutup & pengangkutan awam dihentikan untuk sehari pada 19 Jun 2008!

Ini bukan HASUTAN (SEDITION). Ini satu SERUAN (APPEAL)!

Sebagai langkah keselamatan daripada dikenakan tindakan, untuk mereka yang bermajikan, pohonlah cuti pada 19 Jun 2008.

Sekali lagi, ini bukan HASUTAN (SEDITION). Ini satu SERUAN (APPEAL)!

- zan asmon

5 06 2008
zan asmon

- Ralat pada pos awal -

Saya menyeru supaya dibuat HARTAL oleh rakyat Malaysia pada 19 Jun 2008 ( sempena 14 hari dari tarikh 5 Jun 2008 )

Orang ramai tidak perlu ke tempat kerja untuk hari itu samada kakitangan awam atau swasta atau pun yang bekerja sendiri. Kedai-kedai ditutup & pengangkutan awam dihentikan untuk sehari pada 19 Jun 2008!

Ini bukan HASUTAN (SEDITION). Ini satu SERUAN (APPEAL)!

Sebagai langkah keselamatan daripada dikenakan tindakan, untuk mereka yang bermajikan, pohonlah cuti pada 19 Jun 2008.

Sekali lagi, ini bukan HASUTAN (SEDITION). Ini satu SERUAN (APPEAL)!

- zan asmon

5 06 2008
AnakMudaParlimenBatu

Inilah padahnya, kita terpaksa menanggung kesusahan bersama dengan rakyat Malaysia yang memangkah BN padahal kita tahu apabila menyokong Pakatan Rakyat akan dijanjikan penurunan harga minyak tetapi mereka tidak percaya. Subsidi yang diberikan kepada kita ialah subsidi yang begitu merugikan rakyat, padahal contohnya, aku sendiri menunggang motosikal menggunakan petrol dengan harga sekarang dalam masa 3 bulan sahaja menghabiskan subsidi kerajaan selama setahun. Apa daya kita untuk melawan keputusan yang dikatakan adil untuk pemerintah dan untuk rakyat. Adil untuk orang bergaji besar tetapi tidak adil mcm kami yang terpaksa menanggung kos sara hidup yang semakin meninggi dan dengar ura-ura yang tarif elektrik akan dinaikkan, sememangnya permohonan TNB ini sudah lama diminta. Inilah pergorbanan rakyat untuk pemerintah hingga rakyat terkorbankan diri sendiri. Hentikanlah tajaan Petronas ke atas F1, Hentikanlah Monson cup dan segala penajaan yang membuangkan duit, lebih baik duit itu dilaburkan untuk kepentingan rakyat.

Dengar orang UMNO pun marah akan kenaikan minyak ini, Siapa yang suruh pangkah BN lagi.

Rakan2
Jangan Lupa layari blog saya di http://khairilazuar.wordpress.com
bagi komen setiap artikel yang saya tulis. …ada artikel baru

5 06 2008
tok wan

Dear all,
bila lagi nak buat demo minyak naik, kalau dulu Dr hatta jadi kepala, tapi sekarang dah jadi YB , boleh lagi ke jadi kepala demo minyak naik.
Tolong sampaikan pada YB Dr hatta.

5 06 2008
Nasron al-Jauhari

Tak tahulah nak cakap apa lagi. Yang susah semakin disusahkan.

Aku bukan anti kerajaan. Tapi sejak dia naik jadi PM, kehidupan rakyat semakin susah. Yang senang mereka, keluarga mereka dan kroni2 mereka. Habis rakyat macammana? Mereka memang bangsat!

5 06 2008
Kecek-kecek Tok Mudin 3.0 : Minyak oh minyak!

[...] Petrol naik 78 sen, diesel naik RM 1, rakyat masih diam? [...]

5 06 2008
ciklee

Tahniah la kepada penyokong-penyokong UMNO dan BN. Senyum sajalah terima berita ini. Hadiah PRU-12 tu. Bukan awak yang beria-ia kempen depa hari itu ??

Elok juga kita adakan hartal. Elok juga kita adakan demonstrasi besar-besaran macam Bersih hari itu. Kali ini kita tengok, siapa yang halang demonstrasi ini. Kalau polis, maksud dia dia orang setuju lah minyak naik.

Kalau YB Hatta tak boleh masih ada lagi Mat Sabu. Tapi jangan bagi kat Anwar Ibrahim. Nanti dia datang cilok-cilok naik moto besar lepas orang dah kena simbah air asid dengan gas pemedih mata. Lepas tu berucap dan suruh orang bersurai. Sedikit hampeh di situ.

5 06 2008
pipitart

Demonstrasi adalah satu cara ekstrim yang terakhir. Inikah yang kita mahukan, lebih huru-hara? Apa gunanya MP-MP kita yang ramai kita undi masa pilihanraya? Apa guna orang2 tu, bukan sekarang tiba masanya mereka betul2 sepakat melaukukan sesuatu untuk kebaikan rakyat? Tak salah mencuba saluran yang betul dahulu. MP MP pakatan? Suarakan kemarahan rakyat!

5 06 2008
bmaxtor

harga minyak naik, x perlulah kite buat kecoh, lebih baik berbincang mcmana utk semua org utk menjadi lebih efektif. demonstrasi dan piket memberikan imej yg buruk kepada negara kita

5 06 2008
denns

PAKLAH MEMANG CELAKA TUL LA….NK BG MAMPUS RAKYAT CAMNIE…CELAKA DAN LAHANAT

5 06 2008
labuna

Setuju dengan cadangan zan asmon. Kalau pakat duduk kat rumah tidak menyalahi undang2. Polis tak boleh tangkap dan tak kena pukul dgn FRU mcm buat kat tepi jln.
Setuju jg dgn bmaxtor, dalam diam tu carilah cadangan yang baik cara untuk mengatasi masalah ini. Mesti adanya!!! Salah satunya minta PETRONAS turunkan harga petrol dan diesel dalam 0.30/0.40sen. Boleh kita ramai-ramai beli minyak kat PETRONAS. Bila lagi PETRONAS nak tolong? Tak da pun kerajaan bagi subsidi nak tukar kenderaan pakai NGV . Pun jimat juga. Tak begitu????

5 06 2008
Melayu-Kini

so, apa nak dikata? tak mau terima hakikat ni, baik duduk negeri lain, pindah kat kutub utara, jalan kaki ke.. kan senang, tak payah dah kecoh isu macam-macam. Rilex saja kt sana, kan?

So, harga minyak dah naik, apa kita nak buat?
Nak buat tunjuk perasaan (demonstrasi)??

jangan dok ikot budaya INDON yang Pak Anwar bawak masuk malaysia nih, tak sesuai dek budaya orang kita. Baik buat secara baik, buat cara busuk, nama MALAYSIA jugak yang orang pandang rendah.

PS: jangan buta hati, buta perut dan buta mata

http://www.pewarismelayu.blogspot.com

5 06 2008
korek korek korek

Adakah peristiwa 20 Oktober 1947 akan berulang?

7 06 2008
Naspazi

Salam hormat,

Ada kebimbangan agaknya bagi MP-MP PR memimpin Roadshow besar-besaran. Maklumlah, kenaikan harga minyak beserta beberapa keperluan asas marhaen tidak begitu memberi impak kepada MP-MP PR memandangkan Gaji + Elaun mereka berpuluh-puluh ribu.

Atas sokongan dan dokongan marhaen hidup MP-MP PR kini sudah agak senang dan mewah. Justeru, untuk apa menyusahkan diri memimpin Roadshow agaknya. Apapun, sama-samalah kita tunggu apa akan jadi.:)

Wassalam.

9 06 2008
Telepon bimbit

aku tengok muka pak lah tua terkutuk tu makin jijik pulak…hehe. ingat duit boleh bwk masuk kubur kot….pak lah sial

Tinggalkan komen