Selamat Jalan Toni Kasim

4 06 2008

Akhirnya Toni Kasim meninggalkan kita. Seorang pejuang hak wanita yang kental dan bersemangat waja. Siang tadi bersama dengan beberapa orang teman-teman untuk memberikan penghormatan terakhir kepada Toni yang kami kenali semenjak 1998 yang lalu.

Aktivis datang dan pergi. Kita telah kehilangan teman-teman seperti Abang Bahrin Teksi, Umar Tan, Pak Lang dan ramai lagi. Hari ini kita kehilangan Toni. Takziah buat keluarga Toni. Takziah kepada Shanon Shah yang pastinya akan bersedih dengan pemergian Toni.

Bagi yang muslim, marilah kita sedekahkan Al-Fathihah kepada Toni. Semoga rohnya dicucuri rahmat.


Tindakan

Informasi

One response

4 06 2008
zainulfaqar

tahniah Black. Wajah baru ini lebih unik dan tersendiri.

Ai…takkan perubahan wajah ini sempena meraikan kenaikan minyak oleh abg dolah al-koridori? hahaha…

TERUSKAN PERJUANGAN..

Tinggalkan komen