MASA SUDAH TIBA UNTUK MENJATUHKAN BN!!- Malcom

5 06 2008

Sekupang ke dua kupang ke tiga kupang?? Apa tujuh kupang 8 duit (78 sen). Fuel-lamak, cayalah Pak Lah. Terima kasih bebanyak. Terima kasih Khairy. Terima kasih Shahrir Samad. Terima kasih bebanyak

Hari ini maka bermulalah episod derita kehidupan rakyat Malaysia. Masih ramai yang berpendapatan rendah di bawah RM 1500. Ya benar kerajaan memberikan RM 625 setiap tahun kepada setiap kenderaan yang berada di bawah kapasiti 2000cc. Tapi tolonglah, RM 625 jika hendak dibandingkan dengan seminggu sekali kita mengisi minyak penuh di dalam tong kereta masing – masing cukup ke?

Perodua Kancil jika kita mengisi minyak RM 40 bagi harga RM 1.92 hanya mampu tahan selama 7 – 10 hari. Harga baru sudah pasti harga untuk satu tangki minyak dijangka dalam RM 60 Dalam sebulan kita ada 30 hari. Sebanyak 3 kali pemilik Perodua Kancil untuk memastikan tangki minyak keretanya sentiasa berisi. RM 60 x 3 bersamaan RM 180. Sebulan RM 180 dan jika kita darapkan selama 12 bulan berapakah jumlah yang mereka terpaksa hadapi. Sebanyak RM 2160.00 setahun.

Sekarang cuba kita tolakkan dengan RM 2160.00 dengan RM 625.00. Bezanya RM 1535.00. Kita terpaksa membayar untuk harga minyak sebanyak jumlah tersebut bagi tempoh setahun. Apakah cukup bagi kita? Harga barang pasti akan naik dengan mendadak.

Bagaimana bagi mereka yang berpendapatan di bawah RM 1000.00? Sudah pasti gaji bersih mereka sekitar  700 ke 800 ringgit. Cukupkah perbelanjaan mereka dengan jumlah wang seperti itu. Selama sebulan mereka perlu membayar sebanyak RM 180.00 (bagi perodua kancil). Nah sekarang jumlah gaji yang mereka ada hanyalah sebanyak RM 620.00. Cukupkah??

PAK LAH, CUKUP KE PAK LAH? SHAHRIR SAMAD CUKUP KAH??

Rakyat Malaysia harus sedar. Kini masanya sudah tiba. Kita harus bangkit kali ini. Jangan tunggu bulan September. Jangan tunggu pilihanraya seterusnya. Waktu inilah kita harus bangkit menyatakan bantahan kita. Kita harus protes secara serius. Kerajaan Pakatan Rakyat harus membantu pejuang – pejuang yang tinggal di dalam negeri – negeri yang diperintah oleh Pakatan. Peliharalah keluarga mereka jika keadaan memerlukan.

AYUH RAKYAT MALAYSIA!!! BANGKIT SEGARA AGRESSIF!!!!!

Malcom adalah seorang penulis bebas yang sering menghantar artikel ke blog Amin Iskandar.


Tindakan

Informasi

13 gerakbalas-gerakbalas kepada “MASA SUDAH TIBA UNTUK MENJATUHKAN BN!!- Malcom”

5 06 2008
5 06 2008
pipitart (11:33:36) :

Adakah benar kalau betul saya menyokong PR minyak akan turun? Apa pula matematik yang diguna pakai DSAI yang boleh menurunkan harga minyak? Saya sebagai rakyat pintar tak mudah terpedaya dengan janji macam tu, maaf.

Adoi, dok pening kepala otak pikir keadaan politik deh!

5 06 2008
babazahra' (12:22:22) :

mogok. mogok dan mogok. sehari sahaja mungkin sudah cukup untuk mengajar. hentikan segala benda bergerak atas muka bumi BolehLand untuk sehari. Bas, kereta, teksi, motosikal, bot, kapal, keretapi, lori dan segala yang berkaitan dengan minyak. mogok boleh mengajar!

5 06 2008
Bmaxtor (12:34:00) :

pada pendapat saya, jumlah yg naik xlah byk sgt..spt saudara katakn sekarang pemilik kereta kancil perlu membayar RM180 sebulan utk petrol tp sblm ini RM120 (RM40×3) jadi bezanya hanya RM60. Jadi, perbelanjaan utk petrol bg pemilik kereta kancil utk setahun bg harga dulu adalah RM1440 (RM120×12) dan bg harga sekarang adalah RM1535 selepas ditolak dgn rebat sebanyak RM625.00. Jadi, bezanya adalah hanya RM95 (utk setahun). Jumlah ini bg saya adalah exceptable jika kita lihat harga pasaran minyak dunia yang semakin meningkat. Kita perlu lihat sudut positif penyusunan semula struktur subsidi (menyebabkan harga minyak naik diMalaysia) dimana pembahagian subsidi asal adalah tidak sama rata dan tujuan untuk membantu golongan yang memerlukan juga tidak sampai seratus peratus dimana sebelum ini, golongan yang lebih byk membeli petrol n diesel adalah golongan yg paling byk mendapat manfaat dr sistem subsidi tersebut kerana setiap liter disubsidikan tanpa mengira jumlah sebanyak mana yg dibeli. Golongan2 tersebut pula biasanya adalah dr golongan mereka yg menggunakan kereta2 mewah dgn enjin berkapasiti besar (bandingkn penggunaan minyak kereta kancil-kapasiti enjin 850cc dan honda accord-kapasiti enjin 3500) dan juga peniaga2. Jadi golongan yg berpendapatan rendah tidak mendapat manfaat sebanyak yg dinikmati golongan2 berpendapatan tinggi dan juga peniaga padahal golongan berpendapatan rendah lebih memerlukan. Jadi dgn struktur baru subsidi ini,dimana cara pembahagian subsidi diubah golongan berpendapatan rendah akan lebih mendapat manfaat berbanding golongan lain (jumlah rebat berbeza bergantung kepada kapasiti enjin). Ini adalah salah satu tujuan kerajaan melaksanakan struktur baru pembayaran subsidi yg dlm mase yg sama nmpk membebankan tetapi kesannye masih mempunyai nilai positif.

5 06 2008
Anak Halal (13:31:06) :

Ini lah masanya pemimpin pemimpin UMNO/BN yang prihatin rakyat bertindak meninggalkan BN dan sertai Pakatan seperti yang di war warkan oleh Anwar baru baru ini.

Jika di ketika rakyat menderita, pemimpin UMNO/BN , harus lupakan naluri tamak mereka dan tolak agenda ‘deal dan permintaan khas’ untuk sertai Pakatan.

Biar apapun. Kita cabar Pak Lah bubarkan parlimen.

Woi Pak Lah/Khairy, kau jangan nak gertak rakyat dengan pilihanraya tergempar. Kalau berani-buat lah berapa pilihanraya sesuka hati kamu.

Kita bersedia untuk pilihanraya baru dan kerajaan baru.

Soalan untuk Ezam..Woi..Inikah apa yang kau kata agenda reform Pak lah dan kesediaan kamu nak bersama beliau. Mana suara kamu yang konon nya nak membela rakyat. Puiiiiiii jijik sejijiknya

BN = $ Barang Naik-Musuh no 1 negara.

5 06 2008
Kecek-kecek Tok Mudin 3.0 : Minyak oh minyak! (2) (13:57:31) :

[...] MASA SUDAH TIBA UNTUK MENJATUHKAN BN!!- Malcom [...]

5 06 2008
Naspazi (14:32:43) :

Salam hormat,

Betapa Pakatan Rakyat masih gagal mempertahankan hak rakyat marhaen, sekalipun bilangannya begitu ramai di Parlimen. Kini minyak telah naik, sebarang tentangan baru laksana pepatah nasi sudah menjadi bubur.:)

Wassalam.

5 06 2008
rakyat teraniaya.. (14:41:01) :

salam..Turut berkabung atas matinya nurani pemimpin negara!!…

6 06 2008
Pembebel (16:12:34) :

hm, sial sungguh pemimpin macam ni.

p/s: aku rasa, dah lebih 40 kali aku menyumpah seranah pada pak lah ni. tambah orang lain lagi, mmg sah dier akan gila. gila kuasa!

9 06 2008
Telefon biru (15:28:27) :

Si tolol umno ni pandai naikkan minyak ketika parlimen berhenti bersidang. Dia tau akan kena bantai sampai tak cukup tanah nak menjawap soalan dr PR. Penakut jugak tua terkutuk tu…

9 06 2008
Telefon biru (15:30:06) :

Pak Lah Tua Terkutuk….Apa ko dah gila ke sekarang? Apa pasal makin bangang ko skarang Pak Lah? Apa Jeane sudah merasuk engkau?

9 06 2008
anokoghetupat (17:51:36) :

Sekarang adalah masa untuk kita bersedia mengkebumikan mendiang F**k Lah.. takder org yg lebih teruk dari dia dan kaum kerabat dan juga anggota kabinet dan juga parti B**I Negara… Setelah apa yg mereka dan keluarga mereka lakukan kepada seluruh rakyat malaysia(termasuk penyokong totok Bee End) Takyah talkin, main pakai campak jer…pastu kambus…..

13 06 2008
orang dapur (17:52:34) :

Barang dapur sudah mula naik.Nak makan tempe pun,tempe pun naik.Tak dapatlah muka seputih Khir Toyo lagi.

Tinggalkan komen

Anda boleh menggunakan tag ini : <a href="" title=""> <abbr title=""> <acronym title=""> <b> <blockquote cite=""> <cite> <code> <del datetime=""> <em> <i> <q cite=""> <strike> <strong>