Pengalaman menggunakan pesawat MAS

2008 Jun 12
by aminiskandar

Hari Isnin lalu bersamaan dengan 9 Jun 2008, saya dan dua orang teman lagi pulang dari Kuching, Sarawak ke Kuala Lumpur. Kami menggunakan penerbangan Malaysia Airlines (MAS) oleh kerana mahu mengelakkan masalah pesawat tertangguh yang sering dialami kerika menggunakan penerbangan Air Asia.

Pesawat kami dari Kuching ke Kuala Lumpur dijadualkan pada pukul 11 pagi. Seawal jam 8.45 pagi, kami telah tiba di Lapagan Terbang Antarabangsa Kuching untuk mendaftar masuk.

Oleh kerana tidak membawa banyak barang, kami mendaftar masuk di kaunter cepat yang membenarkan penumpang mendaftar masuk tanpa mendaftar bagasi.

Walaupun ianya adalah kaunter cepat, kami terpaksa beratur panjang dan menunggu dengan lama. Apabila tiba giliran kami untuk mendaftar masuk, kami diberitahu oleh pekerja MAS dikaunter tersebut bahawa penerbangan ke Kuala Lumpur yang dijadualkan pada pukul 11 pagi telah ditangguhkan pada pukul 12.55 pm dan kami tidak boleh lagi mendaftar masuk.

Bayangkanlah, setelah beratur menunggu begitu lama lebih kurang 45 minit, kami disuruh pergi dan datang kembali selepas 10 minit untuk mendaftar masuk!

Kami pun beredar dan melawat sekitar lapangan terbang tersebut.

Setelah 30 minit, kami kembali ke kaunter daftar masuk. Selepas beratur dengan panjang, akhirnya kami dapat mendaftar masuk. Tetapi apabila melihat di “Boarding Pass”, kami terkejut melihat waktu masuk ke gate ialah pada pukul 1.30 pm. Ertinya waktu penangguhan pesawat yang pada mulanya diberitahu pada pukul 12.55 pm adalah pembohongan semata-mata.

Pekerja MAS dikaunter tersebut juga tidak memberitahu kami tentang ini. Kebiasaannya, apabila pesawat tertangguh, MAS perlu memberikan kupon makanan kepada penumpang. Akan tetapi pekerja MAS dikaunter tersebut tidak memberitahu kami tentang ini.

Kami dimaklumkan oleh pihak Polis sewaktu bagasi kami discan. Sudahlah pesawat tertangguh, MAS pula mengambil sikap untuk tidak memberitahu penumpang tentang kupon makanan. Mungkin ini adalah usaha untuk menjimatkan wang kerana MAS juga telah memperkanalkan “tambang murah” untuk bersaing dengan Air Asia.

Dibilik menunggu, kelihatan begitu ramai orang sedang menunggu.

Setelah menunggu begitu lama, kami pun dipanggil masuk kedalam pesawat. Namun ianya tidaklah pada waktu yang dijanjikan 1.30 pm. Kalau tak salah saya, ianya lewat 10-15 minit.

Apabila masuk kedalam pesawat satu masalah lagi timbul. Kami bertiga yang seharusnya duduk di kerusi 17 D, 17 E dan 17 F terkejut apabila tempat duduk kami telah diduduki oleh orang lain.

Teman saya bertanya kepada peramugari MAS, dengan mudah beliau hanya menyuruh kami tunggu sebentar. Setelah 10 minit berdiri menunggu, masih lagi tidak ada tindakan. Saya hilang sabar dan bertanya mengenai perkara ini kepada seorang peramugara.

Beliau hanya menyatakan yang sebenarnya kerusi kami diduduki oleh penumpang lain oleh kerana penumpang tersebut seharusnya duduk di kerusi nombor 16. Akan tetapi pesawat tersebut tidak ada nombor 16 maka sebab itulah kerusi kami diberikan kepada mereka.

Apakah ini kesalahan kami? Hak kami dinafikan hanya kerana kesilapan MAS. Akhirnya saya dan teman marah dan bertengkar dengan peramugara dan peramugari. Saya tegas mahukan kami bertiga duduk bersama-sama.

Setelah lebih kurang 15 minit bertengkar, akhirnya kami diberikan tempat duduk.

Apakah ini perkhidmatan awam yang baik?

Walaupun kami membayar harga tiket yang sama dengan penumpang lain di kelas ekonomi, kami terpaksa bertengkar untuk mendapatkan tempat duduk.

Slogan MH=Malaysian Hospitality adalah pembohongan semata-mata.

Lelaki yang berambut panjang seperti saya sering mandapat layanan yang buruk. Yang sering mendapat layanan yang baik ialah mat saleh-mat saleh dari luar negara dan bukannya rakyat Malaysia terutamanya orang-orang seperti saya!!!

Akan datang: Video insiden yang berlaku dalam pesawat MH 2507 yang kini sedang diedit oleh teman saya.


14 Respons leave one →
  1. 2008 Jun 12

    memang tak patut pun mereka buat begitu..
    kesian tuan hamba….

  2. 2008 Jun 12
    Andrew permalink

    Ha ha ha ha ha ha!

  3. 2008 Jun 12
    Tad permalink

    Correction: Waktu yang dijadualkan ialah pada pukul 11:05 pagi. Di tunda ke pukul 12:55 tengahari dan kemudian pada pukul 1:30 petang sehingga akhirnya pesawat mendarat. Penerbangan akhirnya ditetapkan pada pukul 2 petang.

    Walaubagaimanapun, pesawat masih tidak bergerak sehingga minyak penuh di isi. Ini bermakna, walaupun pelanggan telah menaiki pesawat, kapal terbang masih tidak bergerak selama 20 minit. Sesiapa yang telah berbuat janji atau rancangan waktu di Semenanjung nanti terpaksa menunda sekali lagi.

  4. 2008 Jun 12

    aku pun nak gelak lah. hahahahahahaha!!

  5. 2008 Jun 12

    MH = MAS Harubiru

  6. 2008 Jun 12

    lain kali kalau marah, bertukarlah jadi kaler hijau… baru diorang takut!

  7. 2008 Jun 12

    Itu kebiasaanya mereka buat pada kita, memandang kita seakan kita dalam kelas ke 3. Setiap promosi mesti ada penipuan di sebaliknya, tidak kiralah promosi itu dari MAS, Air Asia ataupun mana-mana syarikat koperat.
    Di Malaysia, rakyat lebih gemar memandang elok kepada orang yang bertali leher ataupun pakainya elok belaka. Itu sebab ramai orang bertali leher pergi makan tengah hari walaupun cuacanya panas terik.

    Rakan2
    Jangan Lupa layari blog saya di http://khairilazuar.wordpress.com
    bagi komen setiap artikel yang saya tulis. …ada artikel baru

  8. 2008 Jun 14
    Farik permalink

    ku berasa ni nasib je lah. ku selalu guna MAS, SIA dan Air Asia,
    terutamanya MAS. Sama dengan mu, ku juga tidak bertahi leher dan pakai
    elok belaka, tapi ku memang dapat layanan lebih baik daripada MAS
    berbanding yang lain. Ku berasa SIA tu yang memang layan mat salleh baik.

  9. 2008 Jun 14
    KelUluT permalink

    Assalamualaikum.

    Saya sedih dengan pengamalan saudara bersama MAS tetapi masih bagus lagi jika dibandingkan pengalaman saya menaiki MAS ini. Saya sudah serik menggunakan MAS untuk berulang alik ke Jepun selama 10 tahun kerana layanan yang diberikan terutama peramugari MAS kepada orang tempatan sangat tidak memuaskan. Saya pernah dilayan, dihina seperti binatang. Hina sangatkah kita orang tempatan yang menaiki kelas ekonomi. Terdesak sangatkan MAS ini sehinggakan tambang anak2 kecil (bawah 5 tahun) pun dikenakan tambang orang dewasa. Alhamdulillah, sekarang saya lebih suka menggunakan perkhidmatan penerbangan NEGARA LAIN (bukan singapore) yang lebih baik biarpun terpaksa transit sementara.

    Untuk pengetahuan: Saudara boleh menyaman mana mana syarikat penerbangan yang lewat lebih 4 jam. Selama pengaman saya bersama MAS ini selalunya perubahan masa paling2 lewat akan dibuat sehingga 3 jam 50 minit walaupun mereka lewat lebih 4 jam. Mereka pun pandai nak jaga diri dari di saman.

    Wassalam

  10. 2008 Jun 15

    Saya pula ada pengalaman berurusan dgn firefly.Jadual perjalanan saya dan keluarga ialah pada 16 jun ke Pulau Pinang dan kembali pada 17 jun ke Kuantan.Tempahan dilakukan pada 4 mei 2008.(maklumat ada disertakan didalam blog http://mas-firefly.blogspot.com) Sy sediakan satu blog khas untuk perkara ini.
    Pada 13 jun 8 mlm,saya membuat panggilan kepada hotline firefly untuk mengesahkan penerbangan .Alangkah terkejutnya saya apabila diberitahu bahawa penerbangan pulang ke Kuantan hanya ada pada 18 jun.Pada 17 jun TIDAK ada penerbangan.
    Maknanya tidak ada kapal terbang pada tarikh tersebut dari P.Pinang ke Kuantan.Saya diberi tempahan PALSU.Sekiranya saya tidak menelefon hotline firefly pada hari tersebut (13 jun) sudah pasti kelam-kelibut di buatnya.Hampir 20 minit berbincang dengan pegawai tersebut perkara ini masih tiada jawapan.
    Keesokkan hari (14 jun)saya hubungi pula pejabat firelly di P.Pinang.Mereka menjawab tiada jalan penyelesaian.Saya disuruh mengunakan cara lain untuk kembali ke Kuantan sekiranya ingin pulang juga pada 17 jun.
    Saya bertolak ansur dengan meminta mereka menyediakan tempat tinggal untuk saya dan keluarga selama semalaman.Jawab pegawai tersebut ‘firefly sykt penerbangan tambang murah tidak ada/akan membuat tawaran tersebut.’
    Kenalah dua hari berada di Pulau Pinang.
    Nota:Perbualan telefon dengan 3 orang staff firefly amat baik.mereka agak mesra pelanggan.

  11. 2008 Jun 19

    They just need a ‘job rotation’ of at least 3 months.

  12. 2008 Jun 20

    baru terfikir nak naik MAS… err..x jadik la…

  13. 2008 Ogos 1
    hang-kebun permalink

    air asia pon sama je , org putih senyum bkn main , time org tempatan , masam mcm cuka, rasa nak lempang ke peramugari air asia , tak semua cam tu , tapi jgn la bias tahap cam tu ,

  14. 2008 Ogos 19
    daouz permalink

    askum…

    bukan nak memanjangkan cerita tapi saya kesian sangat ngan perkara yg terjadi. tapi kalau nak dipikirkan balik saya wat flight haji yang delay lebih dari 4 jam tapi alhamdulillah tak ada penumpang yang mengamuk dan mereka paham tentang apa yg terjadi.

    sebagai staff saya amat faham dgn keadaan mereka dann cuba memastikan kelesaan mereka adalah berada pada tahap yg paling maksima walaupun mereka hanya menunggu di airport dengan pakaian ihram. saya melayan mereka dengan sepenuh hati dan senyuman. kalau nak difikirkan penat memang saya dah lama pitam dah.

    salah seat dalam pesawat adalah perkara biasa. mesti ada penyelesaian. setakat ni belum ada penumpang yg dihalau keluar dari pesawat sebab tak der seat. paling teruk pn mungkin kena duduk berasingan even dah plan nak duduk sekali bersama. disini saya nak tegaskan bahawa sebagai penumpang dan individu kita kena paham keadaan dan situasi.

    cuba bawa bertenang dan bersabar. saya pasti setiap anak kapal dan staf akan sentiasa membantu para penumpang. tapi kena kedua2nya bekerjasama lah. kalau tak memang jadi gaduh…

    kat sini kita kena saling faham memahami dan meletakkan diri kita di tempat mereka..

    ini adalah pandangan saya saja…
    jn marah ok… peace!!

Tinggalkan jawapan

Note: You can use basic XHTML in your comments. Your email address will never be published.

Subscribe to this comment feed via RSS