Maklumbalas dari Jabatan Maklumbalas Pelanggan, MAS

2008 Jun 13
by aminiskandar

Berikut adalah maklumbalas daripada Jabatan Maklumbalas Pelanggan MAS selepas saya menyiarkan pengalaman “ngeri” menggunakan MAS pada 9 Jun 2008 yang lalu.

TANPA PRASANGKA

Yang dihormati Saudara Amin,

Saya Hafizah, Eksekutif Kanan daripada Jabatan Maklumbalas Pelanggan, Penerbangan Malaysia.
Kami telah diberitahu tentang pengalaman yang dialami oleh saudara dan rakan-rakan sewaktu menaiki
penerbangan dari Kuching ke Kuala Lumpur.

Kami memandang serius tentang apa yang tertera dalam blog saudara dan sedang menyiasat apa yang
telah berlaku. Sementara siasatan dijalankan, diharap saudara dapat membantu kami dengan tidak
menyiarkan rakaman video insiden yang dinyatakan.

Saudara Amin, Maaf di atas apa yang terjadi.
Kami akan kembali menghubungi saudara pada 18 Jun 2008 dengan hasil siasatan kami.
Yang benar,

Nur Hafizah Ghazali
Jabatan Maklumbalas Pelanggan

13 Respons leave one →
  1. 2008 Jun 13
    AnakMalaysiaDiRantauan permalink

    my opinion is…just reveal the video to the public…sebagai pengajaran kepada MAS…lgpon benda tu dah berlaku…u have nothing to lose..

  2. 2008 Jun 13

    ya black…aku pun tak sabar nak tgk..sebagaimana yang tertera diatas..KATAKANLAH KEBENARAN WALAUPUN IANYA PAHIT..HEHE

  3. 2008 Jun 13

    siarkan sahaja rakama pita tu. MAS cuba nakk tutup kesalahan yang telah berlaku. inilah dia propaganda MAS. mereka takut akan KEBENARAN

  4. 2008 Jun 13
    pipitart permalink

    Sekurang2kurangnya bagi lah dulu siastan dijalakan kalau nak menghormati pihak MAS… Lepas dah habis siasatan, boleh lah diedarkan… :P Terpulang! (ada loophole di sini). Haha, lain lah kalau di-offer wang ringgit, bagaimana pula kata Encik Amini. :)

  5. 2008 Jun 13

    dedahkan je..
    servis macam taik nak suruh orang jgn dedahkan

    dedah kan black…

  6. 2008 Jun 13
    Dally Eusoff permalink

    Salam saudara2. Saya mencadangkan sdr. Amin terus siarkan sahaja video itu kerana MAS tiada hak untuk menghalang siaran itu jika ia benar-2 asli. Kita mungkin boleh tengoklah ada pramugara yang akan kata “mcm.saya” atau “serupa saya” nanti. Itu hak anda Amin – teruskan. Kenapa harus menghormati siasatan MAS – mereka sepatutnya membendung dari dulu bukan menyiasat bila dah terserandung. Hanya penumpang2 yang pernah mengalami detik2 itu sahaja yang tahu betapa peritnya flight delay dan sikap sombong pramugara/ri MAS ni.
    Teruskan….wassalam.

  7. 2008 Jun 14

    ada chance naik MAS free seumur hidup ni muahaha

  8. 2008 Jun 14

    tak siap lagi ke edit video tu? tak sabar nak tengok. :)

  9. 2008 Jun 14

    blog sekarang semakin dipandang… kalau mengadu direct kat mereka, biasanya mereka buat tak tahu

  10. 2008 Jun 15

    Saya pula ada pengalaman berurusan dgn firefly.Jadual perjalanan saya dan keluarga ialah pada 16 jun ke Pulau Pinang dan kembali pada 17 jun ke Kuantan.Tempahan dilakukan pada 4 mei 2008.(maklumat ada disertakan didalam blog http://mas-firefly.blogspot.com) Sy sediakan satu blog khas untuk perkara ini.
    Pada 13 jun 8 mlm,saya membuat panggilan kepada hotline firefly untuk mengesahkan penerbangan .Alangkah terkejutnya saya apabila diberitahu bahawa penerbangan pulang ke Kuantan hanya ada pada 18 jun.Pada 17 jun TIDAK ada penerbangan.
    Maknanya tidak ada kapal terbang pada tarikh tersebut dari P.Pinang ke Kuantan.Saya diberi tempahan PALSU.Sekiranya saya tidak menelefon hotline firefly pada hari tersebut (13 jun) sudah pasti kelam-kelibut di buatnya.Hampir 20 minit berbincang dengan pegawai tersebut perkara ini masih tiada jawapan.
    Keesokkan hari (14 jun)saya hubungi pula pejabat firelly di P.Pinang.Mereka menjawab tiada jalan penyelesaian.Saya disuruh mengunakan cara lain untuk kembali ke Kuantan sekiranya ingin pulang juga pada 17 jun.
    Saya bertolak ansur dengan meminta mereka menyediakan tempat tinggal untuk saya dan keluarga selama semalaman.Jawab pegawai tersebut ‘firefly sykt penerbangan tambang murah tidak ada/akan membuat tawaran tersebut.’
    Kenalah dua hari berada di Pulau Pinang.
    Nota:Perbualan telefon dengan 3 orang staff firefly amat baik.mereka agak mesra pelanggan.

  11. 2008 Jun 15

    Aiyah, aku nak tengok video tuh Black. Kasi upload ok. Aku vote satu untuk disiarkan. Sape lagi? Hehe.

  12. 2008 Jun 16
    xxx permalink

    pramugari-pramugara ni pun sial jugak..pandang bangsat kt
    lelaki rambut panjang&nampak serabut sikit..bawak keluar je Black
    video tu!

  13. 2008 Oktober 28

    “..Sementara siasatan dijalankan, diharap saudara dapat membantu kami dengan tidak menyiarkan rakaman video insiden yang dinyatakan…”

    Ini bermaksud pihak MAS ingin menyiasat dulu so that mereka akan dpt more feedback. Kalau video dah disiar, orang2 yang terlibat (pramugari/a) boleh tengok the video and make their defense/excuses.

Tinggalkan jawapan

Note: You can use basic XHTML in your comments. Your email address will never be published.

Subscribe to this comment feed via RSS