Rakyat bangkit melawan penindasan

2008 Jun 14
by aminiskandar

Semalam ibukota Kuala Lumpur dibanjiri oleh ribuan rakyat yang turun untuk memPROTES kenaikan harga minyak.

Sudah semakin terasa kesan kenaikan harga minyak. Semalam saya membeli sebungkus nasi berlauk ikan dan sayur. Kalau dahulu saya hanya perlu membayar RM 3.50, sekarang meningkat kepada RM 4.50.

Kita tidak boleh bayangkan situasi yang bakal berlaku kesan kenaikan harga bahan bakar tersebut dalam jangkamasa terdekat ini.

Akan tetapi, kita mempunyai pilihan. Untuk membiarkannya atau bertindak.

Kerajaan tidak mungkin akan menurunkan harga minyak jika tidak ada tekanan yang hebat.

Maka pada 5 Julai 2008 nanti, PROTES dan GERAMM akan menganjurkan PROTES Sejuta Rakyat.

Ya, angka sejuta mampu memaksa kerajaan untuk menurunkan harga minyak.

Jika anda tidak percaya, mari kita turun bersama-sama pada 5 Julai nanti.


7 Respons leave one →
  1. 2008 Jun 14

    tak ada jalan lain dah selain JALAN RAYA!

  2. 2008 Jun 14

    salam…tah la black, nak tanak kene bear but btol kita ada hak jugak sometimes to voice out what we are thinking. so together we cure this problem.

  3. 2008 Jun 14

    Semua orang terasa, pergi semalam semua nasi berunsurkan ayam naik 50sen, itu baru satu contoh, mesti Pak Menteri kata, kalau mahal jgnlah beli, Pak Menteri hari2 rasmi majlis org bagi mkn free, apa yang dia org tahu……

    Ayuh rakan2 sertai setiap perhimpunan 5 Julai ini untuk protes harga minyak kerana kita sudah GERAMM. Kita berjuang hingga ke titisan minyak yang terakhir. Silalah ke http://www.GERAMM.org untuk tandatangan tanda protes kenaikan harga minyak.

    Rakan2
    Jangan Lupa layari blog saya di http://khairilazuar.wordpress.com
    bagi komen setiap artikel yang saya tulis. …ada artikel baru

  4. 2008 Jun 15

    bn naik -> minyak naik -> barang naik -> darah naik -> naik minyak -> orang minyak?

    memang hidup rakyat semakin tertekan.

  5. 2008 Jun 15

    FOR HE’S A JOLLY GOOD FELLOW

    FOR HE’S A JOLLY GOOD FELLOW

    FOR HE’S A JOLLY GOOD FELLOW

    WHICH EVERYONE WILL DENY

    WHICH EVERYONE WILL DENY

    … AND SO SAY ALL OF US!!!

    http://mantra-indeeptots.blogspot.com/

  6. 2008 Jun 16
    mohamad khairil permalink

    telah menjadi kewajiban kita untuk menundukkan golongan pemeras pemeras rakyat dan golongan penindas ini. Pastikan 5hb Julai kita akan bersama sama berganding bahu untuk menyampaikan suara rakyat ke telinga PM yang kuat tido. Mungkin selama ini segala rintihan rakyat tidak di pedulikan kerana dia sibuk dan hanyut dengan koridor. ayuh kita tunjukkan kepada PM koridor beliau untuk keluar dari putrajaya.

Tinggalkan jawapan

Note: You can use basic XHTML in your comments. Your email address will never be published.

Subscribe to this comment feed via RSS