Jentera kerajaan akan digunakan untuk gagalkan perhimpunan 5 Julai

2008 Jun 17
by aminiskandar

Laporan berita dari Malaysiakini melaporkan kerajaan Malaysia menerusi Menteri Dalam Negeri, Syed Hamid Albar mempelawa pembangkang untuk bekerjasama dalam isu minyak. Setakat ini masih belum jelas lagi kerjasama yang bagaimana yang beliau maksudkan.

Apabila mengulas mengenai Perhimpunan PROTES minggu lalu, dengan angkuhnya beliau berkata,

“Saya tidak fikir anda boleh menggantikan kerajaan melalui demonstrasi”

Sementara Ketua Polis Negara, Musa Hassan yang bersekongkol dengan pengerusi SPR dan Peguam Negara dalam membatalkan pengunaan dakwat kekal dalam pilihanraya yang lalu berkata,

“polis akan melihat sama ada penganjur satu lagi perhimpunan besar-besar membantah kenaikan minyak, yang dijadual diadakan pada 5 Julai depan, akan memohon permit atau tidak”.

Sungguh angkuh Menteri Dalam Negeri dan Ketua Polis Negara.

Menteri Dalam Negeri sungguh yakin demonstrasi tidak boleh menggantikan kerajaan manakala Ketua Polis Negara pula mengugut rakyat dalam isu permit.

Kedua-dua mereka ini tidak takut dan tidak yakin dengan kekuatan rakyat.

Mereka tidak pernah merasa tindakan “Civil Disobedient” secara besar-besaran. Mereka tidak pernah melihat jutaan rakyat berhimpun dijalanraya.

Mereka tidak sedar yang dibeberapa negara seperti Sepanyol, Portugal, Korea Selatan dan Indonesia protes demi protes berlaku secara berterusan.

Kerajaan pasti akan menggunakan jentera-jentera mereka untuk menggagalkan PROTES Sejuta Rakyat.

Namun rakyat mempunyai pilihan untuk “melanggar” segala halangan dan ugutan.

Jika benar-benar yakin, pasti akan berjaya.

Perpaduan dan penyatuan adalah penting dalam PROTES Sejuta Rakyat ini.

Percayalah, tiada apa yang mampu menandingi KEKUATAN RAKYAT.

4 Respons leave one →
  1. 2008 Jun 17

    Protes sebegini melambangkan proses demokrasi yang sebenar. Suara dan mesej kita disampaikan. Kalau premit di pohon adakah pihak polis akan meluluskannya? itu persoalan yang bermain di dalam otak kepala kita selama ini. Kita berjaya membuktikan setiap demontrasi yang dijalankan berakhir dengan aman.Protes ini akan berjaya jikalau rakyat Malaysia sedar akan kepentingan protes 5 Julai ini. Aku takut rakyat kita ini hanya berani di dalam rumah atau di kedai kopi untuk meluahkan perasaan marah mereka akan kenaikan harga minyak. Biarlah suara kita didengari, mana tahu ditakdirkan nanti pemerintah akan menurunkan harga minyak dengan keatas kuasa suara rakyat. Dulu kita ada hak memilih semasa pilihanraya jadi sekarang kita ada hak untuk bersuara kerana ini negara demonkrasi.

    Ayuh rakan2 sertai setiap perhimpunan 5 Julai ini untuk protes harga minyak kerana kita sudah GERAMM. Kita berjuang hingga ke titisan minyak yang terakhir. Silalah ke http://www.GERAMM.org untuk tandatangan tanda protes kenaikan harga minyak.

    Rakan2
    Jangan Lupa layari blog saya di http://khairilazuar.wordpress.com
    bagi komen setiap artikel yang saya tulis. …ada artikel baru

  2. 2008 Jun 17

    Aku rasa kerajaan ni dah gunakan jentera2 nya dah sampai tahap over dah. Aku tengok berita TV3 pun rasa meluat gila. Aku rasa orang kampung pun dah ramai yang meluat. Cakap degar-degar, tapi rakyat makin susah. Nak disuruhnya kita sokong dia terus. Kita tersiksa, dia tak peduli pun!

  3. 2008 Jun 18
    romsam permalink

    New Cabinet:

    Prime Minister – Anwar

    Deputy Prime Minister – Lim Kit Siang

    Agriculture Minister –

    Community Minister –

    Culture Minister – Farish Noor

    Defence Minister – Azmin Ali

    Education Minister – Nga Kor Ming

    Environment Minister – Teresa Kok

    Finance Minister – Tony Pua

    Foreign Minister – Ramasamy

    Health Minister – Tan Seng Giaw

    Home Minister –

    Information Minister – Jeff Ooi

    Law Minister – Teng Chang Khim

    Manpower Minister –

    Sports Minister –

    Technology Minister – Nizar

    Trade Minister – Khalid

    Transport Minister – Liew Chin Tong

    Tourism Minister -

  4. 2008 Jun 19
    rakyat permalink

    mintak maaf cakaplah, tapi barisan “kabinet” yang disenaraikan oleh romsam tu kan, TAK BEST LANGSUNGLAH! cuba lagi ek? :P

    apahal pun, saya sokong apa saja bentuk protes agar kerajaan dengar suara rakyat dan faham beban yang ditanggung oleh rakyat.

Tinggalkan jawapan

Note: You can use basic XHTML in your comments. Your email address will never be published.

Subscribe to this comment feed via RSS