Kali pertama saya berhadapan dengan jenayah polis ialah sewaktu saya berumur 17 tahun. Ketika itu saya sedang dalam perjalanan ke tempat kerja menaiki motorsikal. Berhampiran dengan Taman Bunga Raya terdapat sekatan jalan raya tidak rasmi (untuk polis cari duit kopi).
Saya ditahan. Saya mempunyai lesen dan cukai jalanraya. Dua orang polis tersebut tidak berpuas hati. Mereka tetap ingin mencari kesalahan saya. Akhirnya mereka terjumpa. Lampu sinal belakang disebelah kiri mati. Mereka bertanya saya bagaimana mahu selesaikan perkara ini (taktik biasa polis untuk minta duit kopi). Saya kata saya tak tahu.
Tiba-tiba salah seorang anggota polis tersebut merampas dompet saya. Wang RM 50 yang terdapat dalam dompet saya dirampas dan saya disuruh pergi.
Dibawah ialah berita yang dilaporkan oleh Malaysiakini:
Dua dakwa polis paksa seks oral
Jimadie Shah Othman | Jun 20, 08 4:16pm
kemaskini 9:15pm
Empat didakwa didera oleh polis Kajang baru-baru ini, termasuk dipaksa mengadakan seks oral, disembur racun pembunuh nyamuk di bahagian muka dan menjilat kasut anggota polis.“Semasa proses siasatan, selepas menerima reman pertama, anak guam saya telah dipukul dan dua daripada suspek dipaksa melakukan seks oral,” kata peguam mereka, Kartigesan Shamugam.
Mereka berdua, termasuk seorang suspek bawah umur, dipaksa melakukan seks oral antara satu lain di depan sekumpulan anggota polis, seorang berpangkat sarjan.
Lima orang, termasuk keempat-empatnya, ditahan mulai 29 Mei lalu dan direman selama lapan hari di ibu pejabat polis daerah (IPD) Kajang.
Mereka seterusnya disambung tempoh reman di Cheras, Dang Wangi dan Brickfields masing-masing selama lima, satu dan tiga hari.
“Lima ditangkap. Seorang telah dibebaskan (selepas itu) dan dia tidak mahu membuat sebarang laporan polis kerana tidak disentuh (didera),” kata peguam itu dalam sidang medianya dengan pesuruhjaya Datuk Siva Subramaniam di pejabat Suruhanjaya Hak Asasi Manusia Malaysia (Suhakam) hari ini.
Keempat-empat suspek membuat laporan polis di IPD Dang Wangi, tambah peguam itu.
Tarikh tepat penderaan tidak dinyatakan, kata peguam itu lagi (foto), namun mereka dipercayai didera dalam tempoh reman tersebut – lima hari bagi kali pertama dan kemudian ditambah tiga hari.
Kejadian penderaan pertama – melibatkan seks oral – diadukan kepada majistret Kajang sewaktu mereka dibawa untuk lanjutan tempoh reman.
“Selepas mereka mengadu kepada majistret, tempoh reman disambung lagi tiga hari. Selepas itu mereka dipukul lagi. Mereka ditanya (oleh polis), kenapa mengadu kepada majistret?
“Menurut anak guam saya, (akibatnya) mereka dipaksa menjilat kasut polis serta racun pembunuh nyamuk disembur ke muka mereka,” katanya.
Bapa tahanan juvana itu membuat aduan kejadian luar biasa ini di balai polis Salak Selatan Baru pada 9 Jun.
Dua hari kemudian, beliau membawa kes tersebut kepada pengetahuan Suhakam.
Kelima-lima suspek ditangkap bagi siasatan kesalahan rompakan berkumpulan bawah Seksyen 391 Kanun Keseksaan.
Ketika di IPD Cheras, kata Kartigesan, mereka tidak membuat laporan kerana takut dibawa kembali ke IPD Kajang dan dipukul sekali lagi.
Menurutnya, sekarang ini tiga daripada suspek termasuk remaja itu telah dibebaskan, manakala dua lagi dipercayai masih berada di penjara Sungai Buloh kerana gagal membayar ikat jamin.
Subramaniam (foto, kanan) mengesahkan Suhakam menerima aduan rasmi daripada bapa suspek dan pihaknya telah mengirim surat memohon penjelasan daripada ketua polis daerah Kajang pada Jumaat minggu lepas.
“Suhakam memandang serius isu ini dan akan mengambil tindakan sewajarnya selepas memperoleh maklumat terperinci dan kami percaya bahawa perkara ini dalam siasatan aktif pihak polis,” katanya.
Beliau menambah, kejadian itu telah dirujuk kepada ibu pejabat polis persekutuan Bukit Aman.
“Kita juga telah merujuk kes ini kepada pihak atasan (polis) dan kami telah menghantar satu salinan (aduan) kepada Bukit Aman bagi perhatian ketua polis negara,” katanya.
Mengulas dakwaan bahawa suruhanjaya itu kurang berkesan berikutan penyelewengan polis terus berlaku selepas aduan kepadanya, Subramaniam berkata:
“Sebenarnya mungkin masyarakat anggap (kerja) Suhakam hanya tulis surat, (anggapan) itu tidak benar.
“Kita kena cari fakta dulu kerana ada aduan yang dibuat. Bagi Suhakam, pendekatan (kita) banyak cara. Kita juga terus membawa isu ini untuk perbincangan dengan pihak atasan.”
Tambahnya, ketua polis negara menugaskan dua orang pegawai menyiasat sebarang kes yang tidak diambil tindakan oleh polis.
“Kita juga mesti memberi peluang kepada polis menjawab tuduhan itu, kita kena ikut prinsip yang sama. Tetapi kita memandang serius dan akan bertindak secara agresif terhadap isu hak asasi manusia dan kita telah aturkan cara kita akan bertindak.
“Kita tidak akan lepaskan isu-isu seperti ini,” katanya.
Kejadian seperti ini sememangnya telah banyak berlaku di Malaysia. Polis Diraja Malaysia telah bertukar menjadi Polis Raja Di Malaysia. Mereka sangat kebal seakan-akan tidak ada apa-apa kuasa yang mempu mencabar mereka.















agaknya bila nak muncul kita punya Frank Serpico…
ye ye. aku yg pertama lagi ker? hahaha.
saya banyak kali berurusan dengan pihak polis ni. tapi jangan salah sangka pulak, saya bukan kena tangkap la. tapi kerana urusan kerja, report accident, report orang mati dll.
motto pasukan polis, “mesra, cepat dan betul” tu kurang sesuai. elok kalau diganti dengan “tak mesra, tak cepat dan tak betul”. maaf cakaplah, kalau 10 kali berurusan dengan mereka, 8 kali daripadanya menyakitkan hati.
tapi saya berpikiran positif. saya beranggapan cuma saya sahaja yang kurang bernasib baik. mungkin sewaktu saya berurusan pegawai polis tu sedang tension, tak cukup tidur, tengah lapar, penat baru lepas kejar pencuri, baru lepas gaduh ngan bini, sedang lagi bunting sulong, sedang tekun memikirkan masalah negara, anak tengah sakit dsb.
saya optimis masih ramai lagi anggota polis yang baik2, mesra, cepat dan betul. saya berharap agar jika saya terpaksa berurusan (urusan kerja) dengan polis, biar dengan mereka yang berdedikasi itu. walau bagaimana pun saya lebih berharap agar tak perlu berurusan dengan mereka lagi dalam sebarang urusan.
Zaman Polis mesra Cepat dan Betul itu sudah lama berlalu. Itu zaman Tuan Brown jadi Chief, zaman Tuan Besar dari England, zaman FMS. Sekarang zaman apa?Kita merdeka untuk jadi lebih baik atau kita semakin mundur selepas merdeka?
AKU PUNYA PENGALAMAN LAGI BEST DULU KENA TAHAN R/TAX TAMAT DATANG INCHARGE DIA CAKAP LEMBUT BUKAN MAIN.NAK BAYAR DI MANA KATANYA ,KALAU KAT SINI KAMI BAGI DISKAUN RM 150 SAHAJA KALAU KAT BALAI ENCHE KENA RM 300, TERPULANG PADA ENCHE KATANYA. KEBETULAN AKU ADA DUIT BAYAR JE LAH RM 150. KOPAK DUIT AKU.DALAM HATI MENYUMPAH : BARUA PUNYA POLIS, TAPI NAK BUAT CMNA .PANDAI DEPA MENYUSUN AYAT NO.MOGA-MOGA JANGANLAH ADA KETURUNAN AKU MELIBATKAN DIRI DALAM KERJA-KERJA KEPOLISIAN INI
punya bangsat nya polis ni aku pnh kena.masa aku berulang ke sekolah naik motor dulu2..RM5 pun jadi..heran aku..apa yang dapat dgn RM5 tu.tapi dia kata bole la dari takde langsung..mmg hampeh..bayangkan le..kalau aku hanya ada RM5 je..takkan tak ksian langsung.tu pun nak ambik jugak..HARAMMM….
aku ada citer lawak…masa aku pujuk anak yang tak mahu gi tadika.
aku: apa pasal Danial tak nak skool..
Danial: Takut nanti polis tangkap..
Aku: Tak lah polis tak tangkap orang yang tak buat salah.
Danial: Nanti polis tu akan cakap kat Danial,Kamu di dapati bersalah!
Amaik kau bebudak kecik pun da tak percaya polis…da nak buat camno
seorang anggota polis bertubuh sasa menggunakan motor 125z telah pon buat2 nak langgar seorang budak sek semasa mereka ingin pergi ke sekolah untuk menghadapi peperiksaan spm.adakah wajar anggota polis melakukan sedemikian macammana orang awam nak ambil polis sebagai contoh jika sikap mereka begitu
kuranfg hajak mentang2 dia polis ingat dia boleh buat suka2 hati jer……..