Menantu PM masih baru… Perlu banyak belajar….

22 06 2008

Begitulah nasihat Presiden SAPP, Yong Teck Lee kepada menantu PM, Khairy Jamaluddin. Khairy mendakwa Anwar menawarkan jawatan Timbalan Perdana Menteri kepada Yong yang menyebabkan Presiden SAPP itu mengkritik bapa mertuanya.

“Khairy muda, kena banyak belajar,” kata Yong Cetak E-mail
Oleh Bernama
Sabtu, 21 Jun 2008
KK: Presiden Parti Maju Sabah (SAPP) Datuk Yong Teck Lee menyifatkan sebagai tidak masuk akal dakwaan Naib Ketua Pemuda Umno Khairy Jamaluddin bahawa beliau mengkritik Perdana Menteri kerana termakan tawaran daripada Penasihat Parti Keadilan Rakyat Datuk Seri Anwar Ibrahim.

“Saya tidak termimpi pun mahu jadi Timbalan Perdana Menteri. Mungkin kerana saya lantang menyuarakan isu mengenai Sabah maka beliau (Khairy) boleh cakap apa aja.

“Kalau bukan kerana kemenangan cemerlang BN Sabah dan Sarawak… BN sudah jatuh dalam pilihan raya yang lepas.

“Jadi apa salahnya kita minta perhatian sedikit. Khairy seorang muda. Dia kena banyak belajar (dalam politik),” katanya ketika berucap pada majlis pemimpin bersama rakyat di Dewan Serbaguna Likas, dekat sini hari ini.

Semalam, Khairy berkata beliau difahamkan Yong akan dilantik jawatan nombor dua kerajaan sekiranya Anwar menjadi Perdana Menteri kelak.

Ditanya sama ada SAPP akan mengambil tindakan terhadap Timbalan Presiden SAPP, Datuk Raymond Tan yang tidak sehaluan dengan anggota Majlis Tertinggi SAPP dalam memutuskan usul tidak percaya terhadap kepimpinan Perdana Menteri, Yong berkata parti itu tidak bercadang berbuat demikian

Cuba kita lihat menantu PM pula. Jika tidak kerana bapa mertuanya, dapatkah beliau berkuasa seperti sekarang? Jika tidak kerana sijil nikahnya bersama Nori, mungkin menantu PM hanya menjadi pengacara TV atau berjinak-jinak untuk menyertai parti pembangkang…..


Tindakan

Informasi

One response kepada “Menantu PM masih baru… Perlu banyak belajar….”

23 06 2008
Nasron al-Jauhari (18:37:42) :

baik punya nasihat. hehehe.

Tinggalkan komen

Anda boleh menggunakan tag ini : <a href="" title=""> <abbr title=""> <acronym title=""> <b> <blockquote cite=""> <cite> <code> <del datetime=""> <em> <i> <q cite=""> <strike> <strong>