Perang sudah bermula

2008 Jun 28
by aminiskandar

Gambar dari Malaysia Today, Saiful Bahari di hadapan pejabat Najib

Pertembungan diantara Anwar-Najib untuk menjadi Perdana Menteri semakin hebat. daripada maklumat yang diperolehi, pembantu kepada Anwar Ibrahim, Saiful Bahari telah ditangkap oleh polis dan dipaksa untuk membuat laporan polis terhadap Anwar diatas tuduhan liwat.

Krisis telah bermula. Najib yang semakin tersepit diatas pengakuan bersumpah yang dibuat oleh Raja Petra Kamarudin terpaksa menggunakan taktik kotor sebegini untuk menjatuhkan maruah Anwar Ibrahim.

Akan tetapi, tuduhan ini bukannya mudah. Dr. Mahathir pernah mencuba taktik ini satu ketika dahulu. Namun tidak berjaya. Rakyat bangkit melawan kezaliman.

Jangan cepat terpengaruh dengan taktik kotor dan jahat polis yang menjadi anjing kepada Barisan Nasional. Rakyat harus fokus. 6 Julai 2008 tarikh penentuan. Sejuta Rakyat akan membanjiri Padang Timur bagi meNURUNkan harga minyak sekaligus meNURUNkan Barisan Nasional yang angkuh!!!

Hidup Rakyat!!!

Kenyataan media Anwar Ibrahim.

— KENYATAAN MEDIA UNTUK EDARAN SEGERA —

29hb Jun 2008, SHAH ALAM, MALAYSIA

Laporan polis yang dibuat terhadap saya awal hari ini adalah satu rekaan semata-mata. Saya percaya kita sedang menyaksikan ulangan pendekatan sama yang digunakan terhadap saya seperti pada tahun 1998 apabila tuduhan palsu dibuat dengan paksaan. Nyatalah ini satu tindakan terdesak oleh regim Barisan Nasional untuk menghalang usaha rakyat Malaysia menuju kebebasan, demokrasi dan keadilan.

Laporan palsu ini dirancang oleh pihak-pihak berkepentingan untuk menyerang saya sebagai satu serangan balas terhadap bukti yang saya perolehi mengaitkan Ketua Polis Negara Musa Hasan dan Peguam Negara Gani Patail dengan perbuatan salah laku, termasuk usaha pemalsuan bukti-bukti kes yang melibatkan saya pada tahun 1998-99. Serangan jahat ini tidak akan menghalang saya dari mendedahkan bukti-bukti tersebut kepada awam.

Saya menyeru rakyat Malaysia untuk bangun menentang kuasa-kuasa menindas yang akan digunakan oleh kerajaan pada hari dan minggu-minggu berikutnya. Kita menjangkakan pihak media, badan kehakiman dan pihak polis akan tunduk di bawah telunjuk serta arahan pemerintah.

Rakan-rakanku rakyat Malaysia – kita telah mengambil langkah berani pada 8hb Mac 2008 untuk mara demi harapan baru untuk kebebasan dan keadilan untuk semua rakyat. Gerakan rakyat untuk perubahan mesti terus maju dengan segala kekuatan dan keberanian.

ANWAR IBRAHIM

14 Respons leave one →
  1. 2008 Jun 29

    6 july, bukan 6 jun…

    lawan tetap lawan

  2. 2008 Jun 29

    Salam hormat,

    Tidak mustahil lubang taik Saiful Bahari akan diletupkan untuk membuktikan mengesahkan perlakuan liwat sebagaimana taktik Mahathir. Lim Kongn Boone lagi gamaknya final Dr mereka. Harap-harap bukan Bomb C4 yang digunakan untuk meletupkan lubang Saiful Bahari. Malang sungguh nasib warga Malaysia.:)

    Wassalam.

  3. 2008 Jun 29
    arul permalink

    Rakyat mesti bersedia menunjukkan kuasa rakyat jika kita hendak keluar daripada kepungan ini.

  4. 2008 Jun 29
    nitrofang permalink

    http://www.kehakiman.gov.my/judgment/fc/archive/05-6-2003(W)dato%20hamid.htm

    *************************************
    this is the judgement prior to anwar release in 2004.

    ” To summarise our judgement , even though reading the appeal record we find evidence to confirm that the appelants were involved in homosexual activities and we are more inclined to believe that the alleged incident at Tivoli Villa did happen

    BUT, the Federal Court could only convict Anwar and Sukma if the prosecution had successfully proved beyond reasonable doubt the alleged offences stated in the charges based on admissible evidence and in accordance with established principles of law. ” – Hakim Datuk Abdul Hamid Mohamad dan Tengku Datuk Baharuddin Shah Tengku Mahmud

    anwar says THANK YOU to the judge.

    Anwar mengucapkan terima kasih kepada para hakim yang telah mengetepikan sabitan dan hukumannnya sambil berkata: “Semoga Allah Merahmati Anda.”

    Di luar mahkamah, beliau berkata kepada pemberita: “Syukur kepada Allah kerana semuanya sudah berakhir. Tetapi saya kekal komited dengan perjuangan saya bagi keadilan.

    “Saya juga ingin menyuarakan penghargaan saya kepada perdana menteri.”

    http://www.utusan.com.my/utusan/archive.asp?y=2004&dt=0902&pub=Utusan_Malaysia&sec=Terkini&pg=bt_02.htm/quote

    same old tactic. those who made confession about anwar wrong doings will be accused of making force confession without evidence. this is justice ala anwar.

    this is just a police report, but BEFORE anwar is charged, mass SMS are already being sent by PKR supporter making bull stories that the victims is forced to make such police report. this kind off bull has been made ages ago in an attempt to sideline from the issue, which is, anwar kaki liwat. the fact is that, the victim made a voluntarily police report stating that HE HIMSELF is being sodomized by anwar. and anwar supporter is adding the emotional fuel by stating that anwar could be arrested again.

    azizan abdul razak – anwar driver
    sukma darmawan – anwar ‘pet’ brother
    mior abdul razak – fesyen designer and tailor to wan azizah
    hairany mat nafees – anwar speech writer.
    munawar anees – anwar speech writer
    ismail harun – sukma friend.
    and latest .. SAIFUL BAHARI – anwar personal assistant.

    tell me, is it really a coincidence that all the person above is related to anwar directly?

    the truth is, anwar memang tak boleh nak buang tebiat lama dia. so, tolong la jangan buat cerita dongeng kata pengakuan mangsa semua di paksa!

  5. 2008 Jun 29
    Jack permalink

    Kawan, check video ini untuk gambaran jelas tipu helah yang dignakan oleh UMNO http://www.youtube.com/youthmalaysian

  6. 2008 Jun 29
    simple sam permalink

    >>>
    Nitrofang
    :

    azizan abdul razak – anwar driver
    sukma darmawan – anwar ‘pet’ brother
    mior abdul razak – fesyen designer and tailor to wan azizah
    hairany mat nafees – anwar speech writer.
    munawar anees – anwar speech writer
    ismail harun – sukma friend.
    and latest .. SAIFUL BAHARI – anwar personal assistant.

    tell me, is it really a coincidence that all the person above is related to anwar directly?
    <<<<<<<<<<<<

    that latest “victim” is at least 6 foot tall. That assh0le or “ass mole” can easily fend off anwar who suffers from a severe back injury.

    So this asshole theory that anwar is a bumh0le fcker who can hold down young man and make them squeal doesn;t make sense & doesn;t hold water.

    it is complete bum bull sh1t.

  7. 2008 Jun 29

    Ya Allah tunjukkan kebenaran, Kalau DSAI benar2 bersalah, tunjukkanlah, Kalau DSAI difitnah, tunjukkan jua kebenarannya……..

    Ayuh rakan2 sertai perhimpunan 6 Julai ini di AMCORP MALL P.J untuk PROTES harga minyak kerana kita sudah GERAMM. Kita berjuang hingga ke titisan minyak yang terakhir. Silalah ke http://www.GERAMM.org untuk tandatangan tanda protes kenaikan harga minyak.

    Rakan2
    Jangan Lupa layari blog saya di http://khairilazuar.wordpress.com
    bagi komen setiap artikel yang saya tulis. …ada artikel baru

  8. 2008 Jun 30
    jalak permalink

    telah tiba masa dan saatnya kita sebagai warga negara mengambil tindakan sangat radikal…dan percayalah ini peluang dan jalan terakhir untuk kita bersama sama bertempur atau berjuang…dan sejarah telah banyak mengajar kita.lihatlah kawan kawan.di indonesia,di manila bahkan di mana mana jua sekalipun kekuasaan rakyat dapat mengalahkan senjata senjata yg di dalamnya hanyalah ketakutan sendiri..atas nama keadilan ,atas nama sayangkan negara,atas nama semua bangsa dan agama…ayuh kita robohkan tembok facist ini…

  9. 2008 Julai 1
    justiceforall permalink

    These police heads are really jerks, why suddenly want to tangkap Anwar’s assistant? If got time, go lah tangkap the cold blooded murderers of the mongolian model.

  10. 2008 September 19

    ubah demi maruah.

  11. 2009 Mei 22

    buktikan pada semua….anwar tidak meliwat….mana buktinya..nak tahu gak nie…

  12. 2009 Mei 22
    beuwolf permalink

    Krisis telah bermula. Najib yang semakin tersepit diatas pengakuan bersumpah yang dibuat oleh Raja Petra Kamarudin terpaksa menggunakan taktik kotor sebegini untuk menjatuhkan maruah Anwar Ibrahim.

    sudah la ….. RPK tu ….

    SHAH ALAM 19 Mei – Anak kedua editor laman web Malaysia Today, Raja Petra Raja Kamaruddin mengaku bersalah di Mahkamah Majistret di sini hari ini atas empat pertuduhan mencuri dan memiliki motosikal curi serta melakukan pecah rumah.

    Raja Azman Raja Petra, (gambar) 33, yang beralamat di No. 5, Jalan BRP 5/5, Bukit Rahman Putra, Sungai Buloh, dekat sini membuat pengakuan tersebut ketika dia didakwa di hadapan Majistret Norkamilah Aziz.

    Sepanjang berada di mahkamah, Raja Azman kelihatan ceria meskipun tiada seorang ahli keluarganya hadir.

Trackback & Pingback

  1. Anwar to be arrested…again? « * SUSAN LOONE’s blog *
  2. Make Money Online - Blogging » Blog Archive » If you have Malaysian political blog, this is the time to make money.

Tinggalkan jawapan

Note: You can use basic XHTML in your comments. Your email address will never be published.

Subscribe to this comment feed via RSS