Putuskan sahaja hubungan Malaysia-Amerika Syarikat

2008 Julai 2
by aminiskandar

Melenting pemimpin Umno dan BN apabila kerajaan Amerika Syarikat tidak senang hati dengan tuduhan liwat kedua yang dilemparkan kepada Anwar Ibrahim selepas 1998.

Diantara yang paling marah ialah Ketua Pemuda Umno, Hishamuddin Hussein. Klik disini.

Begitu juga dengan abang saudara Hishamuddin, Najib Tun Razak yang dikatakan menggepalai konspirasi politik untuk menjatuhkan Anwar buat kali kedua setelah 1998. Klik disini.

Najib, Menteri Pertahanan yang bertanggungjawab membatalkan penyertaan Iran dalam pameran senjata di Kuala Lumpur apabila disuruh oleh pentadbiran Bush cuba memanipulasi sentimen Anti Amerika yang kuat dikalangan rakyat Malaysia. Tak kelakar ke?

Ok, jika benar kerajaan Malaysia marah dengan kenyataan Amerika Syarikat mengenai konspirasi terhadap Anwar, saya ada beberapa cadangan:

1) Putuskan hubungan diplomatik dengan Amerika Syarikat.

2) Halau semua rakyat Amerika di Malaysia.

3) Kosongkan kedutaan Amerika di Kuala Lumpur, rampas tanah dan miliknegarakan bangunan tersebut.

Ini baru tiga cadangan.

Berani ke Pak Lah, Najib, Syed Hamid dan Hishamuddin lakukan perkara ini?

Kalau tak berani, toksah membebal. Lebih baik diam!

11 Respons leave one →
  1. 2008 Julai 2

    Salam hormat,

    Ketiga-tiga syarat berikut yakin tak berani dilakukan oleh pimpinan BN punyalah:-

    1) Putuskan hubungan diplomatik dengan Amerika Syarikat.

    2) Halau semua rakyat Amerika di Malaysia.

    3) Kosongkan kedutaan Amerika di Kuala Lumpur, rampas tanah dan miliknegarakan bangunan tersebut.

    Itu murai banyak bising saja, action tarak punya. He he he.:)

    Wassalam.

  2. 2008 Julai 2

    that’s a good one Black!
    other cadangans:

    1) tarik balik semua pelajar scholarship yang berlajar di Amerika

    2) bagi balik semua funding yang di terima dari Amerika untuk projek-projek kerajaan

    3) Ban semua wayang hollywood di TV.

    HAhahahahahaah! Ini baru tiga cadangan :)

  3. 2008 Julai 2

    Salam hormat,

    Enam cadangan untuk pimpinan Malaysia Boleh yang cukup cantik:-

    1) Putuskan hubungan diplomatik dengan Amerika Syarikat.

    2) Halau semua rakyat Amerika di Malaysia.

    3) Kosongkan kedutaan Amerika di Kuala Lumpur, rampas tanah dan miliknegarakan bangunan tersebut.

    4) tarik balik semua pelajar scholarship yang berlajar di Amerika

    5) bagi balik semua funding yang di terima dari Amerika untuk projek-projek kerajaan

    6) Ban semua wayang hollywood di TV.

    Moga tindakan di atas akan memiskinkan Amerika dan akhirnya melutut memohon belas ihsan kepada pimpinan Barang Naik eh silap Barisan Nasional. Kah kah kah!

    Wassalam.
    http://naspazi.multiply.com

  4. 2008 Julai 2
    politiking permalink

    layari blog politik ++ hiburan yan pertama di malaysia

    politiking.wordpress.com

  5. 2008 Julai 2

    go go black…haha

  6. 2008 Julai 2
    adi permalink

    additional suggestion…

    1. Sunatkan semula pendukung pendukung ameriko yang telah berhijrah dari Jalan Telawi…

  7. 2008 Julai 3
    karim permalink

    huhu….. kome stuju benor lee sugest tuan hambo tuu…
    tp klo dok tnye pok lehh…. kompom reject punyo…. huhu

  8. 2008 Julai 3
    Tapau permalink

    ehhh! jangan. Jangan putuskan hubungan diplomatik Malaysia dengan USA. Nanti Kak Rosmah Mansoor nak shopping sakan cam no? Kan hari tu khabarnya Kak Rosmah shopping sampai 7 kereta penuh. Engkau orang ni… Kan kau orang dah tahu, Najib, Menteri Pertahanan yang bertanggungjawab membatalkan penyertaan Iran dalam pameran senjata di Kuala Lumpur apabila disuruh oleh pentadbiran Bush. Tang Syed Hamid tu, jangan risaulah. Dia tu tak serupa bapak dia dulu yang sangup kehilangan jawatan demi mempertahankan prinsip perjuangannya. Tapi Syed Hamid kita ni sekadar cari makan aje.

  9. 2008 Julai 3

    sekat kemasukan produk2 dari amerika dan amalkan dasar tertutup dengan amerika. ok gitu? haha.

  10. 2008 Julai 3

    Quote “Moga tindakan di atas akan memiskinkan Amerika dan akhirnya melutut memohon belas ihsan kepada pimpinan Barang Naik eh silap Barisan Nasional. Kah kah kah!”

    Kalau setakat M’sia je buat, tak ke mana…… ;)

  11. 2008 Julai 3

    Tak payahlah nak angan-angan pemerintah nak bua mcm tue, gilos apa, mesti kena sekatan ekonomi, jaguh kampung saja mereka ini, berani sound belakang2 sahaja, buat tengok …..

    Ayuh rakan2 sertai perhimpunan 6 Julai ini di AMCORP MALL P.J untuk PROTES harga minyak kerana kita sudah GERAMM. Kita berjuang hingga ke titisan minyak yang terakhir. Silalah ke http://www.GERAMM.org untuk tandatangan tanda protes kenaikan harga minyak.

    Rakan2
    Jangan Lupa layari blog saya di http://khairilazuar.wordpress.com
    bagi komen setiap artikel yang saya tulis. …ada artikel baru

Tinggalkan jawapan

Note: You can use basic XHTML in your comments. Your email address will never be published.

Subscribe to this comment feed via RSS