Akuan Bala tidak boleh ditarik balik

2008 Julai 5
by aminiskandar

KUALA LUMPUR 4 Julai – Akuan bersumpah penyiasat persendirian P. Balasubramaniam yang mengaitkan Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak dengan wanita Mongolia, Altantuya Shaariibuu, tidak boleh ditarik balik, kata Presiden Majlis Peguam Datuk Ambiga Sreenevasan. 

Katanya, akuan bersumpah itu dibuat mengikut prosedur betul dan disahkan oleh Pesuruhjaya Sumpah.

“Akuan bersumpah adalah dokumen yang mengandungi keterangan yang diberi di bawah ikrar. Pengakuan bertulis di hadapan Pesuruhjaya Sumpah. Dalam kes ini semua keterangan diberi secara bersumpah tidak boleh ditarik balik,” katanya.

Bagaimanapun, katanya, sesuatu akuan bersumpah boleh diselitkan tambahan atau pembetulan dan seperti dalam kes di mana seorang saksi memberi keterangan palsu di mahkamah dan sesiapa yang membuat akuan bersumpah palsu boleh melakukan satu kesalahan,” katanya ketika dihubungi Bernama di sini hari ini.

- Bernama

3 Respons leave one →
  1. 2008 Julai 5

    YA saya sangat bersetuju, dengan kenyataan majlis peguam, ingat main-main ker bersumpah ini, bro black jom di kelana jaya esok hari ….

    Ayuh rakan2 sertai perhimpunan 6 Julai ini di STADIUM KELANA JAYA untuk PROTES harga minyak kerana kita sudah GERAMM. Kita berjuang hingga ke titisan minyak yang terakhir. Silalah ke http://www.GERAMM.org untuk tandatangan tanda protes kenaikan harga minyak.

    Rakan2
    Jangan Lupa layari blog saya di http://khairilazuar.wordpress.com
    bagi komen setiap artikel yang saya tulis. …ada artikel baru

  2. 2008 Julai 5

    kenapa tak boleh tarik balik???? di malaya ni apa yang tak boleh???? MALAYA BOLEH!!!

  3. 2008 Julai 6
    mzmn permalink

    Alaaaa….Boleh la,bukan buat apa pun sekadar tarik balik je. Yang lain-lain boleh, takkan yang ni pula tak boleh.Macam komen madbi: MALAYA BOLEH!!!

Tinggalkan jawapan

Note: You can use basic XHTML in your comments. Your email address will never be published.

Subscribe to this comment feed via RSS