Kenyataan Akhbar Amnesty International Malaysia
4 July 2008
Rancangan mutakhir oleh Ketua Polis Negara untuk menyertakan Tentera dalam tindakan pengawasan keselamatan awam menampakan bahawa polis sedang dalam usaha mencari tambahan pengukuhan dan kuasa yang luar biasa dalam pengendalian hal-hal keselamatan awam terutamanya dalam pengawasan demonstrasi dan perhimpunan aman. Amnesty International Malaysia sebelum ini telah mengutarakan kes-kes penggunaan kekerasan yang berlebihan oleh pihak atasan dalam mengetatkan kawalan perhimpunan aman. Pihak Amnesty bimbang bahawa operasi yang dicadangkan yang hanya akan membuka ruang untuk tindakan sewenang-wenangnya dan memberi kesan serius terhadap pembangunan hak asasi manusia di Malaysia.
Menurut Akta Polis 1967 segala bidang kuasa, tindakan dan terma-terma pengawasan diperjelaskan secara khusus oleh akta tersebut.Akta Polis juga merupakan mekanisma kawalan kuasa dan tindakan pihak polis di Malaysia. Pihak kami bimbang bahawa penyertaan Tentera dalam sistem pengawasan bakal mewujudkan satu tatacara pengendalian pengawasan tanpa kawalan yang melebihi dan tidak konsisten dengan peruntukan Akta Polis.
Pada hemat Amnesty International Malaysia, adalah amat tidak wajar jika tentera digunakan untuk tujuan pengawasan keselamatan awam atas sebab kebarangkalian pengunaan kekerasan yang tinggi dan melibatkan tindakan tindakan langsung terhadap orang ramai pada detik-detik kritikal yang membawa risiko pelanggaran hak asasi manusia. Rancangan ini juga bakal menyebabkan kekeliruan dalam rantaian perintah serta hemat kekadaran dan keperluan dalam penggunaan pasukan dan taktik yang diguna pakai sepanjang sesuatu demonstrasi . Ini akan menyebabkan suatu pencabulan hak asasi manusia yang amat serius termasuk kecederaan parah dan kematian.
Dunia telah menyaksikan suatu pencabulan hak asasi manusia yang amat serius pada tahun 1972 dengan insiden ‘ Bloody Sunday’ di Ireland di mana 26 orang parah ditembak dengan sekurang-kurangnya 13 dilaporkan mati atas sebab penggunaan kekerasan yang berlebihan. Insiden itu juga dilaporkan berlaku atas sebab kegagalan serius dalam rantaian perintah dan kegagalan dalam menaksir kekadaran dan keperluan dalam penggunaan kekerasan. Insiden itu turut merakamkan penglibatan pihak tentera dalam pengawasan keselamatan awam semasa demonstrasi umum.
Ekoran kejadian 1972 itu, kita harus belajar bahawa Isu keselamatan awam adalah satu isu kepentingan awam di mana fungsi pengawasan harus termaksub dibawah suatu pihak berkuasa yang bertanggungjawab secara langsung kepada rakyat dan dalam perkara ini pihak polis. Pihak Polis bertanggungjawab untuk mengekalkan dan melindungi hak asasi rakyat selain daripada memelihara keamanan dan keselamatan awam, oleh itu pihak polis adalah pasukan pengawasan keselamatan awam yang paling sesuai untuk dibenarkan bertindak secara langsung dengan orang ramai di setiap saat kritikal.
Amnesty International Malaysia dengan ini menekankan yang Tentera hanya perlu mengandaikan bidang kuasa sementara untuk tujuan mengekalkan ketenteraman serta keselamatan awam hanya dalam keadaan darurat dengan perintah-perintah dan fungsi yang khusus. Kita tidak berada dalam suasana perang untuk pihak tentera untuk campur tangan dalam pengawasan.
Kita menggesa kerajaan untuk menghentikan rancangan yang dicadangkan dan memulihkan sistem kepolisan di Malaysia.
K.Shan
Campaign Co-ordinator
Amnesty International Malaysia















Salam….
Tindakan Amnesty mencadangkan agar pembabitan tentera di kaji semula sememangnya wajar…tetapi adakah tindakan kita yang ingin berhimpun hingga menyebabkan masyarakat lain menghadapi kesukaran untuk mereka menjalani kehidupan seharian juga patut dilakukan? The expected number is 1 million…that is not a small number… dan bukan yang datang untuk berhimpun tu semua orang jujur serta ikhlas seperti saudara amin yang bersungguh memperjuangkan nasib bangsa kita…ada juga yang berlatar belakang yang dasyat dan ada juga yang datang untuk memriahkan kan lagi suasana, malah mungkin ada yang datang dengan tujuan yang tidak baik…
Wallahuallam…