Email dari pembaca

8 07 2008

Allo bro. Kasian gua tengok lu dan kawan -kawan dok seattle ‘amokan’ pendemo sejati yang mungkin datang dari jauh Kelantan, Perak atau Terengganu. …yang lu orang bikin ‘orang marah’ bawak bebudak ‘ponggong’ tu apahal bro. Gua bukan nak marah kat Alak &the gang tu…gua pon ‘ahlal muzik’ jugak.

Tapi itu jam tak kena la bro…..Takkan lu tak tahu, yang datang tu semua dari jauh, letih, makan kemana, tido kemana…’kawan’ lu tunjok ponggong panas terbako la depa bro. Gua tak sokong mana-mana pasal parti-parti ni. Parti ‘befdey’ gua suka la…sebab boleh makan kek. Tapi gua datang pada hari tu (protes sejuta rakyat- gua lebih suka sebut ‘ protes sejuta wajah’ sebab gua boleh terus ingat Ramli Sarip)..gua datang sebab nak joint dan ramaikan pendemo.Tapi hampa…kalau dah macam acara funfair, tak tentu kalu program dia…apahal gua nak tunggu…cabooot!
 
Gua beri markah 28 % bro…failed.
 
Gua tulis ni kat lu sebab gua tengok lu and the gang ada kat situ, lagi pon gua suka kat laman blog lu ni….tu yang gua ikut sampai stadium tu….kalau tak gua rehat kat rumah je bro lagi aman, makmur dan sejahtera. Apahal pon gua akan tengok apa perkembangan PR…kalau ok gua ikut, tarak kalu…bye bye. baik gua tido…tido adalah perjuangan untuk badan yang letih, badan memerlukan tido untuk bekerja keesokan harinya….
 
Raduan Norudin
“Berani Kerana Benar”


Tindakan

Informasi

5 gerakbalas-gerakbalas kepada “Email dari pembaca”

8 07 2008
farzain (10:49:06) :

Mungkin event ini (saya panggil event kerana ia ala karnival Sure Heboh), agak tidak menepati objektif. Obejektifnya untuk membantah kenaikan minyak kan? Atau untuk menggesa menurunkan harga minyak? Mungkin pemimpin PR boleh cuba cara lain untuk membantu rakyat, ini bukan cara yang baik.

8 07 2008
isyak (16:45:24) :

Matlamat mahu mengumpul 1 juta, tapi dapat berapa?

Matlamat mahu menggesa menurunkan harga minyak tapi apa jadi?

Mahu anjur program politik atau pesta suka ria?

Saya tak faham. Saya rasa PR perlu ambil cara lain untuk mengambil semula hati orang ramai, nampaknya cara ini tak menjadi.

8 07 2008
bisu (19:03:11) :

hishamudin rais pembikin filem, bukan event manager

9 07 2008
hafiz (12:24:39) :

TO ISYAK…. target mesti mau tinggi… memula protes akan di buat di are amcorp mall… demo aman… tapi atas nasihat polis… bla, bla, bla…. so ia dipindahkan… pesta sukaria dan program politik boleh disatukan…. contoh mudah tilawah alQuran, bukan sepanjang masa qari/qariah membaca alquran… ada juga diselit hiburan nasyid….

9 07 2008
hafiz (12:25:21) :

TO BISU…. jangan sembarang cakap…you tak kenal sapa Isham…. you tutup mulut sudah.

Tinggalkan komen

Anda boleh menggunakan tag ini : <a href="" title=""> <abbr title=""> <acronym title=""> <b> <blockquote cite=""> <cite> <code> <del datetime=""> <em> <i> <q cite=""> <strike> <strong>