Heboh satu negara diatas insiden yang berlaku semasa perhimpunan Protes Sejuta RAKYAT Turun. Ramai yang menelefon, mengemail dan sms saya tentang insiden tersebut. Ada yang bersimpati, ada yang marah dan ada yang memberikan pandangan mereka.
Kepada semua, saya mengucapkan terima kasih. Dalam posting kali ini, saya akan menjelaskan tentang insiden yang berlaku pada Protes Sejuta RAKYAT Turun dari pandangan dan kacamata saya selaku salah seorang penganjur.
Sebelum membicarakan tentang insiden tersebut, saya ingin menceritakan juga tentang apa yang berlaku sebelum perhimpunan tersebut berlangsung.
Umum telah mengetahui, jawatankuasa PROTES pada awalnya berniat untuk menganjurkan protes harga minyak pada 12 Julai 2008 di KLCC. Tetapi diatas sebab-sebab yang tak dapat dielakkan, tarikh dan tempat terpaksa ditukar dan akhirnya perhimpunan tersebut diadakan di Stadium MBPJ Kelana Jaya pada 6 Julai 2008.
Pertukaran tempat dan masa telah menyebabkan banyak kesukaran berlaku. Tidak dinafikan juga ramai yang marah kepada kami selaku penganjur program. Akan tetapi, diatas sebab “kepentingan negara” dan ingin memuaskan hati semua pihak, kami tetap tegas untuk berpindah ke Stadium Kelana Jaya.
Perlu diingatkan bahawa Gabungan Protes terdiri daripada parti-parti politik dan pertubuhan bukan kerajaan (NGO). Saya bersama-sama dengan Gabungan Protes diatas kapasiti saya sebagai wakil NGO dan penulis bebas.
Oleh kerana tujuan Gabungan Protes ialah menentang kenaikkan harga minyak, saya dan beberapa orang teman-teman bersama dengan Gabungan Protes.
Berbalik kepada insiden yang berlaku semasa perhimpunan Protes Sejuta Rakyat turun berjalan.
Dalam isu ini saya mengambil sikap neutral dan tidak menyebelahi mana-mana pihak. Pada pandangan saya masalah timbul oleh kerana “pertembungan diantara dua budaya”.
Ketika kejadian berlaku, saya berada diluar stadium. Saya meninggalkan stadium sebelum kumpulan Carburetor Dung memulakan lagu terakhir mereka yang bertajuk “Mari nyanyi menjilat”.
Saya keluar meninggalkan stadium kerana terlalu haus dan ingin ke gerai jualan untuk membeli minuman. Sedang saya berjalan-jalan melihat gerai jualan diluar, saya terdengar bunyi kecoh dan riuh. Tanpa berlengah, saya terus berlari masuk kedalam stadium dan menyaksikan keadaan sudah kecoh dan riuh.
Saya terlihat Alak, penyanyi Carburetor Dung dan seorang lagi anak muda dikerumuni oleh sebahagian hadirin yang berbaju merah dan biru dipukul dan diludah dan dibawa keluar stadium.
Saya yang tidak faham apa yang berlaku terus berlari kearah Alak dan temannya yang dikerumuni oleh berpuluh orang pemuda yang berbaju merah dan biru.
Alak dan temannya dibawa masuk kedalam stadium. Joe Kidd, Bullet dan pemain bass Carburetor Dung telah pun dikawal oleh Skuad AMK. Alak dan seorang lagi teman diletakkan bersama dengan teman-teman Carburetor Dung yang dikawal oleh Skuad AMK.
Selepas diberi jaminan oleh Shamsul Iskandar bahawa Skuad AMK akan memastikan keselamatan kumpulan Carburetor Dung, saya berlari kearah pentas ketika Hishamuddin Rais memberikan pidato untuk mengambil tanggungjawab diatas kejadian yang berlaku dan memohon maaf kepada hadirin diatas apa yang berlaku.
Saya membawa Hishamuddin Rais keluar dengan kereta saya. Dalam perjalanan membawa Hisham keluar dengan dengan kereta, seorang provokator menghentam cermin belakang kereta saya sehingga retak. Begitulah serba sedikit kejadian tersebut yang saya saksikan.
Lihat video dari Malaysiakini:
Selepas menonton video dari Malaysiakini, saya lebih jelas mengenai apa yang berlaku. Pertembungan budaya yang saya maksudkan diatas ialah pertembungan diantara anak muda muzik underground dan penyokong Pakatan yang majoritinya daripada PAS.
Daripada video diatas jelaslah bahawa Alak, penyanyi kumpulan Carburetor Dung tidak memahami “crowd” atau hadirin di Stadium Kelana Jaya.
Selain daripada itu, Carburetor Dung juga gagal menarik penyokong-penyokongnya untuk bersama-sama menyertai Protes Sejuta Rakyat Turun. Ini telah menyebabkan majoriti hadirin yang dari latarbelakang yang berbeza tidak faham dan tidak mengerti gaya bentuk persembahan mereka.
Pada saya, jika Alak bijak dan memahami latarbelakang hadirin, insiden kekecohan tersebut tidak akan timbul. Isu pakaian dan rambut panjang tidak timbul dalam perkara ini. Masalah sebenar ialah sikap Alak sendiri yang tidak pandai menilai penonton.
Cuba kita lihat satu contoh. Rahmat Haron seorang penyajak turut serta membacakan puisinya dan menyanyikan lagu. Walaupun Rahmat berambut panjang ala “Bob Marley” dan “bertatu”, dia diterima oleh penonton ketika membuat persembahan. Malahan penonton turut bersama-sama menyanyikan lagu Rahmat ketika beliau membuat persembahan.
Anggota Carburetor Dung yang lain seperti Fendi, Joe Kidd, Bullet pemain bass kumpulan tersebut tidak dilihat menimbulkan masalah. Mereka dilihat lebih matang dan memahami “crowd”.
Tidak hairanlah jika ada pihak menganggap Alak ialah “agen provokator” yang diupah oleh Umno dan Barisan Nasional.
Disatu sisi yang lain, saya menentang dan tidak bersetuju dengan cara penyokong Protes yang tidak berpuas hati menangani insiden ini. Tindakan memukul, maki hamun dan meludah Alak dan temannya bukanlah satu tindakan yang waras.
Tindakan ini tidak ada bezanya dengan tindakan jahat polis dan SB yang mengendalikan perhimpunan aman. Jika kita menentang keganasan polis, kita juga harus menentang tindakan segelintir hadirin yang memukul dan meludah Alak dan kumpulan Carburetor Dung. Jika begini tindakan yang diambil apabila berhadapan dengan perbezaan, Malaysia belum layak untuk berubah.
Hegemoni Umno/BN dan polis masih lagi kuat dikalangan masyarakat kita.
Saya sendiri melihat salah seorang yang paling bersemangat memukul Alak dan kumpulan Carburetor Dung ialah seorang pemuda berkepala botak, berbaju putih dan memakai seluar pendek. Sepanjang pengalaman saya melibatkan diri dengan gerakan Reformasi semenjak 1998, belum pernah lagi saya melihat penyokong Reformasi dan Pakatan memakai seluar pendek semasa menghadiri perhimpunan.
Saya percaya lelaki tersebut ialah agen “provokator” yang diupah oleh Umno dan Barisan Nasional bertujuan untuk menggagalkan perhimpunan Protes. Yang menyedihkan lagi apabila sebahagian penyokong-penyokong Protes terpengaruh dengan provokasi dari lelaki tersebut.
Dalam isu ini, kedua-dua pihak bersalah! Alak yang tidak memahami “crowd” dan segelintir penyokong Protes yang tidak waras!















Alah..rilek lah brother.Dia bukan berniat nak londeh seluar tuk tunjuk punggung pun.Ape nak buat jika seluar dia tu dah longgar sepanjang masa.Ini dah gaya orang muda lah.Dia pun bukan nak tunjuk belakang dia tak tentu pasal.Dia bukan nak hina sesiapa pun dengan punggung dia. Ape nak buat.
Manusia dicipta dengan punggung.Atas sebab kewujudkan ounggung kat badan manusia ..Lalu punggung secara tidak langsung telah memainkan peranan dalam persembahan beliau.Sampai orang PAS yang selama ini duduk dalam tempurang tersalah faham.
Lihat persembahan si mamat tu secara kritikal dari segi mesej and erti kata nya.lain orang lain caranya nak meluahkan rasa protes.Ini kan pulak pesta untuk meluahkan isi hati rakyat.
Ape semua manusia kat malaysia ini ahli PAS ke untuk membuat protes ikut kehendak kepimpinan.
Yang orang PAS nak bertindak ala Taliban ni ape cerita.Keluar dari tempurung lah.Ini Malaysia ! Kalau tak setuju pun siapa bagi hak kepada mereka mereka ii untuk bertindak ganas. Ape ini Afghanistan ke ape?
Pikir lah sikit.Kalau tak setuju pun biarlah beradab sikit.Memalukan Islam saje.
Assalamualaikum bro,
1. Adakah menjadi lumrah bagi Keadilan, apabila wujud masalah dalaman, BN dan UMNO ditudu menjadi dalang.
2. DSAI kena tuduh liwat dengan budak hingusan, BN & UMNO dituduh sengaja “meletakkan” budak itu sebagai pengintip dan pengacau.
3. Carburator Dung dijemput oleh penganjur PROTES, gagal untuk memahami dan menyesuaikan diri dengan majlis tersebut sehingga menimbulkan kekacauan, BN & UMNO juga yang dituduh mengupah Alak.
4. Satu saja saya minta bro, matang la sedikit bila menuding jari. Jangan lari dari tanggungjawab.
5. Siapa suruh dijemput kugiran macam tu ke majlis anda yang dihadiri oleh pelbagai lapisan masyarakat ? Sepatutnya penganjur peka dan sensitif terhadap isu kesesuaian lagu.
6. Kalau kita penganjur, janganlah kita menuding jari dan membuat cerita yang bukan-bukan.
kalau bukan datang dengan wife gua, memang join jugak gua sebab gua cam budak yang mula-mula baling botol tu. Tangan wife gua lagi lembut dari hati gua rupanya.
http://jordan2jelebu.blogspot.com/2008/07/apa-yang-kecoh-sangat-nie-bro.html
bro,
apa ni? sikit-sikit nak tuduh umno. takda modal lain ka? terima la kesilapan panggil kumpulah bengap tu. ini tidak, semuanya nak tuduh umno. come on la.. keadilan dah takda idea ke? jangan jadi bodoh, aku tengok semua yang kat depan stage tu mengamuk, semua orang umno ke tu?
sekarang ini ada trend,
1. kalau kacau saja, umno yang jadi dalang.
2. kalau umno buat program saja, ada unsur upah hadirin
kamu cakap, katakanlah kebenaran sekalipun walaupun pahit… terimalah hakikat yang retakkan cermin kereta kamu tu adalah ahli pas/keadilan yang marah. ahli dap.. tepuk tangan..
tak perlu umno hantar agen untuk provoke, perbuatan carburetor dung tu pak lebai pas totok tengok pun boleh naik angin..
mmg la alak silap crowd. tidak syak lagi.
tp lu org menggelipit sgt la.
sengal la.. blum lg perintah msia, geng2 pas dah menggelipit.
lantakla org nak luahkan perasaan mcm mane pn.
takkan asik nk ikut demokrasi acuan msia je?
muak la aku. ape yg demokrasinya msia kalau pas mcm orang sasau je?
rilek la dude, lu org zaman 60’s, 70’s dulu ade can isap ganja bersepah².
ni orang² berumur citer kt gua, bkn budak² seumur gua pnye sembang. kazen gua masa zaman 70’s dulu citer, dia bljr kt itm. sbl masuk klas, kekawan dia isap sepam dua dulu baru sedap gi klas.
biase la kan? anak muda. mcm² pe’el la.
jgn igt negara ni penuh org² tua yg dok pk nk ke akhirat je.
mcm taliban la lu orang la. fascist gile.
so, sampai dunia ni musnah sbb gempa bumi, gunung berapi & hujan api pun gua xkn undi pas. sbb pas ni merepek. dorg ni fundamentalis ekstremis. sama je dgn najib.
Assalamualaikum Saudara Amin Shah,
Saya terus tergerak untuk menulis pengalaman saya di sini http://padi-malaysia.blogspot.com/2008/07/apabila-botol-dibaling-ke-arah-pas.html
Sekian terima kasih
Saudara mu se protes,
Red1
potet bercakap sebenarnya dia yang x faham demokkrasi.. dia sendiri x demokrasi hingga menuduh Pas dengan sangkaan yang paling buruk… x nak sokong PAs x apa tapi jangan sangka buruk melampau jika PAs bukan begitu… Kalu anak wak mencuri potet, adakah awak pencuri jugak.. pikr lah sebelum menulis… yang x nak undi Pas, awak punya hal.. tapi di akhirat jangan menyesal dengan kesilapan dunia kita.. jangan jadi musuh kepada perkara yang kita tidak kenal.. nanti menyesal hingga akhirat…
orang orang yang mengamuk ni semua sangap je.
mereka datang nak riot tapi apa yang derang buat cuma duduk dengar hujah(sesetengah hujah tu memang sangap).
Tak payah ada provokator pun.Perangai majoriti memang tak matang.Suka akan kekecohan.
Apa lu cakap memang betul,kita kumpul kat sana sebagai satu rakyat yang unified untuk menentang satu sebab.
tapi ada juga mereka yang rebel without a cause.
lupa ke sebab kamu di sana?sebab kamu di sana adalah untuk berkumpul sebagai SATU rakyat.macamana nak jadik penentangan lu orang kalau itu pun tak boleh jadi.
Boleh saja meletakkan insiden itu dibawah alasan ‘pertembungan antara dua budaya’.
Tapi bagi saya, daripada info yang saya dapat, isu ini lebih dari itu. Ini bagi saya bukan salah Alak yang bermain di gelanggang yang salah. Ini salah penganjur dan mungkin juga Hisham Rais yang membawa masuk kumpulan terbabit walaupun bertentangan dengan apa yang telah dipersetujui bersama dalam mesyuarat.
Wallahua’lam.
saudara Amin,
saya adalah salah seorang yang hadir ke KARNIVAl pada hari ahad lalu. Saya harap kita jangan panggil program di stadium tu sebagai protes. Saya amat tidak setuju dengan program ini diadakan di stadium tapi oleh kerana rakyat semua berkumpul disana maka saya tidak mahu ketinggalan untuk menyaksikan temasya ini bersama2 dengan yang lain. Ada beberapa pandangan saya….
1. protes seharusnya berlangsung di jalan raya bukannya stadium.. diharap kita jangan menakut-nakutkan rakyat malaysia seperti mana yang cuba dibuat oleh BN.
2. gabungan protes bukannya milik pakatan rakyat… harap pakatan rakyat jangan cuba hilang kepercayaan kepada rakyat selepas dapat kuasa. Sebelum menang turun jalan raya adalah cara yang disokong tapi lepas menang tak galakkan rakyat turun pulak!!! Mana perginya jati diri pakatan rakyat??
3. Mana perginya pemimpin pakatan rakyat dari pagi sampai malam? yang i dapat lihat adalah Dr Hatta, saudara Dr. Nasir, arul, dan Athirah dan beberapa dari PAs sahaja. dimana pemimpin yang lain semasa rakyat berkumpul disana sekadar untuk menyokong mereka???
4. Insiden rock band tu memang tak patut berlaku. Ke mana perginya penghormatan kita kepada sensitiviti rakyat malaysia??? i rasa kedatangan band2 macam ini dah salah konsep. Diharap pihak penganjur dapat kebebasan untuk membuat keputusan berkenaan hal ini. Kedua, reaksi segelintir para penyokong pada hari tu memang tidak patut dan mana2 insan tidak harus dilayan sebegitu.Sekiranya ianya telah dimulakan oleh pihak Special Branch dan saya minta SB2 ini jangan cuba jadi syaitan disini. Ingat u adalah kuli kerajaan kroni BN. So satu hari u akan dipermainkan juga.
Saya rasa program hari tu memang sangat bosan dengan ucapan2 dari segelintir pemimpin yang memang tak tahu berucap. Tapi ucapan dari saudara mat sabu, saudari Kogila (PSM/ Jerit), saudara Arul dan Athirah memang bagus dan tepat pada isu.
Saya harap pemimpin2 pakatan cuba lebih fokus kepada isu dan bukannya syok tentang perkara lain… Jangan cuba hilang keberanian dan syok dengan kuasa baru yang diberikan oleh rakyat!!!!!!
Sekian
pro rakyat
Assalamualaikum,
pro rakyat,
1. Sekali lagi jangan cuba membuat andaian mereka yang mencetuskan kekacauan adalah dari Special Branch jika anda tiada bukti kukuh.
2. Apa yang nyata adalah kumpulan Carburator Dung dijemput oleh penganjur PROTES.
3. Sebagai penganjur, kena lah bertanggungjawab terhadap segala kesan dari aktiviti yang dijalankan di Karnival Protes tersebut.
4. Penonton marah dengan tindakan tidak senonoh Carburator Dung.
5. Jika Alak mengatakan cara beliau membuat persembahan merupakan cara beliau mengekspressi diri, maka balingan botol dan sepak penerajang juga merupakan salah satu cara di mana penonton menunjukkan ekspressi diri mereka terhadap tindakan kurang ajar Alak.
Dan Crower, jika mereka merasakan ekspresi diri seperti Alak adalah tindakan bodoh, mereka juga membodohkan diri mereka untuk membaling botol dan membelasahnya?
Saya setuju yang tindakan Alak tidak kena pada tempatnya. Memang beliau salah kerana tidak memahami audience seperti kata Amin. Tapi, tindakan mengamuk oleh penonton itu juga tak boleh diterima. Terlampau kebudak-budakan. Tidak menyelesaikan apa2 masalah pun. Kepada penganjur, anda telah cuba melakukan sebaiknya, ini bolehlah dijadikan pengajaran untuk masa depan. Controlling the crowd and the people on stage. Memang sangat-sangat penting. Congratulations for the good work, and hopefully, you will do better next time.
Assalamualaikum,
wisdombin,
1. Saya tidak pernah mengatakan tindakan penonton itu adalah betul.
2. For every action, there is an equal reaction. Apa yang saya cuma katakan adalah Alak menerima padah dari perlakuannya.
Pertama sekali tahniah buat Alak dan seluruh komrad Carburator Dung…. bagi aku… emosi adalah seni yang bukan untuk sengaja dibuat-buat… ia lahir dari dalam… dari hati…. dari inti perasaan dan penghayatan jiwa kepada rasa itu sendiri….seni itu abstract dan boleh berupa apa sahaja…ia tetap seni, ia tetap indah walaupun menunjuk punggung.
Seni2 di eropah terutamanya di rom, itali memapar banyak lukisan dan patung-patungan yang bersahaja ditelanjangkan. lalu susuk tubuh kelihatan….inilah seni…tunjuk punggung adalah seni lagi2 dimainkan bersama lagu yang penoh emosi….
Audien, bapak2… ibu2… perlulah menyenikan pemikiran. Biar cocok dengan massa dan keberadaan. Tak kiralah saiapa anda…ustaz, loyer, dokter, pelajar tahfiz, reformis…. seni itu sesuatu yang terlalu abstrack dan subjektif…. penerimaan kepada seni adalah mengakui, mengagungi penciptaan jiwa…rasa…perasaan….
Apa yang berlaku pada Carburetor Dung di perhimpunan Protes semalam perlulah menjadi perhatian kita semua. Mereka melakukan protes kepada penjilat…apalah salahnya menunjuk punggung….itu untuk penjilat2….itu untuk para koruptor2 bertauliah…..untuk syaitan2 AMENO a.k.a umno….itu adalah simbolik… tak da pasal pulak penonton nak mengamuk…. lebih baik pergi amuk di putrajaya… memalukan pihak PROTES je…..
Bagi aku, ibu2 dan bapak2 perlulah sedikit terbuka…..walaupun ada beza…tapi perjuangan untuk rakyat tetap sama…. cuma apabila Alak (vokalis Carburetor Dung) melondehkan spendernye…. tu yang punca…. tapi persembahan mereka akan berakhir dengan baik kalau tak ada yang mula membaling-baling barang…. kalau tak puas hati, gunala cara yang baik… kita sama-sama pejuang….
Untuk bro. Isham yang bertungkus lumus sampai tidur di stadium semalaman…aku ucapkan tahniah dan terima kasih diatas usaha anda dalam penganjuran majlis. dengan adanya sajak, amin black and gang, carburetor dung dan semua artis/aktivis yang terlibat… diharap terbukalah sedikit minda dan mata orang yang mungkin jumud dalam hal konsert-monsert persembahan sebegini…. kehadiran Punk Rock seperti Carburetor Dung untuk menyupport majlis jangan dianggap negative tetapi perlulah dijadikan contoh orang muda macam kami yang memang tak suka, benci kepada penyangak2 negara……bodoh punya Be End!!!!!
Kepada orang yang mengamuk….yang baling botol, baling air, baling bunting, baling-baling tu… nilailah balik apa yang kalian buat….. perjuangan, kaedah, method yang berbeza tak semestinya ditentang…. kenala bukak minda sikit… ini KayElll maaaa…..
To black,
ada pesanan album untuk tindakan saudara selanjutnya…
pertembungan diantara anak muda muzik underground dan penyokong Pakatan yang majoritinya daripada PAS.
—————————————————————–
kalau lah betul seperti dikata… tu yang kadang2 aku pelik tuh… kena la menangani sesuatu dengan berhikmah bukan cara macam tuh… awak tuh membawak imej islam… frust jugaklah dengan perangai2 diorang nih…
Bro Black,
Saya bertugas waktu itu dan sebahagian skuad AMK, saya memang disebelah betul2 bro joe, sudah lama aku tidak melihat carburetor main, rasa teruja,sebutan korus yang pertama, Alak sudah tunjukkan punggung ke penonton, dalam hati rasa tak patut, mcm tak hormat, saudara hishamuddin rais cuba bagi signal kat Alak, jgn ulangi lagi, tapi muzik terlalu kuat, Alak xdengar, kali kedua korus, Alak naik atas pembesar suara dan selak seluar sehingga ternampak ‘boxer’, nasib baik Skuad naik cepat, kalau tidak aku rasa londeh semualah. Aku setuju ulasan ko, pertembungan 2 budaya, bagi aku biasa kalau itu di gigs, aku tegur Joe masa Skuad cover Joe and The Geng, aku cakap ini bukan gigs, tak semua faham, kebanyakan orang veteran.
Bagi aku kalau tiada kejadian Alak buat perangai, pasti carburetor dihargai walaupun penonton tidak semua mengemarinya. Contoh Rahmat Haron ialah yang terbaik, aku sokong betul, sebab beliau pernah buat show depan pelbagai golongan jadi dia faham. Apa-apa pun buat ini suatu pengajaran, lebih baik penggil 10 orang mcm meor dan 10 org mcm Rahmat, mungkin itu lebih baik. Niat saudara Hishamuddin itu murni, utk bersama-sama anak2 muda, Tabik kepada beliau kerana berani minta maaf dan paling aku sedih, dia mengalirkan air matanya. Black aku ada ulas tentang kejadia ini dalam blog aku, kalau tiada keberatan bacalah.
Rakan2
Jangan Lupa layari blog saya di http://khairilazuar.wordpress.com
bagi komen setiap artikel yang saya tulis. …ada artikel baru
Assalamualaikum,
hafiz,
1. Seni juga tertakluk pada batas-batas agama serta moral masayarakat setempat.
2. Apa yang dianggap “seni” di eropah tidak semestinya boleh dianggap sebagai “seni” di negara ini. Kerana itulah di Malaysia tiada patung-patung yang bogel.
3. Maaf, kebanyakkan komen saudara tentang seni tidak dapat saya terima kerana saya seorang Islam. Mungkin anda harus mengkaji lebih mendalam tentang seni di dalam Islam.
4. Tiada apa pun yang bebas 100% di dunia ini. Semuanya dibataskan oleh Islam dengan sebab-sebab yang kukuh.
Daging lembu jika bercampur dengan daging babi .. masih boleh dimakan ka daging lembu tadi ??
perhimpunan kelmarin kita harapkan perubahan dalam hidup kita .. tapi ape yang penganjur lakukan …?? mencari kemurkaan Allah s.w.t ….
protes protes semua melayu je cina india tak de ke, jo rang tu imigran ke, gaduh je…
Assalamualaikum Bro dan salam PROTES!
Saya nak ambil artikel ini untuk diletakkan dlm portal rasmi mahasiswa malaysia, http://kampusnegara.net.
Sekian. Teruskan perjuangan!
ZAINULFAQAR.wordpress.com
To bro crowler… saya menulis atas dasar penilaian, pemahaman, penghayatan saya kepada seni… seni itu tiada agama kerana ia sebenar-benar fitroh… manusia yang ‘mengagamakannya’. Saya berpegang kpd prinsip kebebasan bersuara…bro boleh cakap apa saja dan saya juga begitu…
To dios berantogis….daging lembu tersebut perlulah disamak terlebih dahulu… manusia hanya suka menghukum tak boleh tak boleh tak boleh… lalu ISLAM yang berasal dari perkataan SALAM yang bermaksud selamat…sejahtera… dirosak oleh orang yang mengaku umat Islam itu sendiri… berlakulah sindrom jumud…fanatik buta tuli dan yang seangkatan dengannya… entahlah pokcik ooooiiii
yang banyak mengamuk aku tgk takder rupa ahli PAS pun, mostly anak2 muda & rambut sepesen (polis kut?
)
Korang yang kononnya “liberal” nie lah yang sebenarnya pemikiran masih tertutup. Asal gaduh jer, terus cop penyokong PAS yang buat. Asal diorang bertakbir jer terus semua cop orang PAS? Kalau camnilah cara pemikiran korang, memang berjayalah agenda BN yg telah tanamkan sifat prasangka dalam diri kita semua rakyat Malaysia sejak dari dulu sampai sekarang. Liberalkan pemikiran korang tu dulu dari prasangka & syak wasangka.
Soory Bro Hafiz,
Apa saja yang kita buat dan lakukan, berpandukan kepada agama Islam dahulu, kerana hilang nilai Islam dalam diri maka kita akan hilang pedoman. Seni atau apa sahaja, mesti dilakukan dalam landasan Islam, jika terkeluar maka takut gugur hidayah kita. Memang betul, bukan hak kita untuk menghukum seseorang tetapi apabila yang halal tetap akan menjadi halal, dan yang haram tetap akan menjadi haram, walaupun ianya dicampur sedikit yang halal tetap menjadi haram. Kalau kita tahu minum arak itu haram lalu kita minum dan orang kata kita berdosa, bukan dia menghukum anda tetapi dia bercakap atas dasar arak itu haram diminum.
Ingat, kalau sudah londeh seluar tunjukkan kepada orang, adakah salah satu seni, anda mengambil contoh seni yang diukir bukan dari golongan orang Islam, kalau bogel itu berdosa kerana tidak menutup aurat.
Anda hafiz, jangan terlampau nak kebebasan bersuara, fikir dulu sebelum cakap takut tergugur imam kita.
Rakan2
Jangan Lupa layari blog saya di http://khairilazuar.wordpress.com
bagi komen setiap artikel yang saya tulis. …ada artikel baru
betul tu bro khairil… yang penting kita sedar dalam apa yang nak dicakapkan…. saya bukan bercakap dalam konteks seni dalam Islam tetapi seni dari perspektif saya sendiri… Aqidah tetap aqidah. cuma jangan terlalu menyempitkan pemikiran. itu saja….
Salam Black,
Nora tak mahu komen panjang…cuma pertama kali dalam hidup g berdemo dalam stadium dan tak pernah di buat orang!!!selalunya orang g stadium nak nengok konsert.Jadikan pengajaran,semoga perkara ini takkan berulang lagi.
Alamak lu ni bro.Sempitnya fikiran lu…gua tahu dalam hati lu dah set UMNO ni jahat sebab tu benda jahat yang jadi kat lu punya protes pun lu cakap UMNO nyer keje…Cubalah berfikiran waras…jangan main tuduh jerk.. Bengong!!!
Asyik-asyik gaduh, tuduh ahli PAS, asyik-asyik gaduh, tuduh ahli PAS. Tolonglah wahai rakan-rakan PR, jangan bersangka buruk dengan kami ahli PAS, kerana kami tidak pernah bersangka buruk kepada rakan2 dari PR.
Asyik-asyik cegah maksiat, kata kami Taliban, asyik-asyik cegah maksiat tuduh kami Taliban. Tolonglah, jangan sempitkan pemikiran, jangan jumudkan pemikiran hanya percaya berita2 barat menghina dan mengfitnah orang Islam Afghanistan.
Sifat kesabaran diukur dari iman seseorang. Lebih kuat iman, lebih kuat kesabarannya. Tetapi, jika kita buat tak tahu sahaja jika ada maksiat berlaku didepan kita, itu bukan sabar namanya, itu dayus! Jika manusia itu bersabar, dia akan lakukan dengan kuasa untuk memastikan maksiat itu tidak terus berlaku di depan mata.
Ini bukan pertembungan dua budaya, ini adalah pertembungan maksiat dengan kebaikan.
Salam Black,
Pelik pulak pasal hari tu depa cakap dah xde konsert. tetiba pulak ada. konsert bawah tanah pulak tu. Rasa2 nya semua org tau, tak semua org dapat terima konsert2 bawah tanah nih. Tu bukan macam saja2 dengan niat ke nak provoke..
Kawang pun tak setuju depa baling air apa semua tu. Tapi, masalahnya yang pergi mengundang bala tu buat apa. Bala pergi dan bala hilang.. mmm…
Tindakan pemuda pas kena pada tempatnya. Memang tak patut hiburan konsert macam tu disajikan kepada orang ramai apatah lagi kepada pejuang pejuang islam. Dalam hal ini pas tidak akan berkompromi. Orang nak tuduh yang bukan bukan kepada pas, lantak dia lah kerana pas tetap berpegang teguh dengan syariat islam. Cacian dan ejekan, ianya sudah menjadi lumrah dalam perjuangan islam malah pas sudah berpuluh puluh mengalaminya. Yang penting biarlah mendapat tentangan daripada manusia asalkan tidak mendapat murka di sisi Allah SWT. Allahuakbar
pas jauh bezanya dari taliban. kalau taliban, perempuan pun diaorang tak bagi sekolah, tv tak boleh tengok… islam diaorang bukan pun sunni maupun syiah. islam taliban adalah islam mullah. Mullaism. ada pro dan kon…tapi banyak negatif dari positif…. Pas sama sekali tidak macam tu…cuma ada la segelintir pendokong pas yang suka dan sokong taliban ni. Perangai pun ada yang ala-ala taliban….apepun, harapan ku pada pas agar dapat membawak sebuah imej yang lebih terbuka dan tak terkongkong dengan islam yang konvensional semata-mata….islam itu universal dan ’salam’ buat semua.
salam,
aku rasa sebagai penganjur korang patut dah letak syarat the do’s and don’t kat kumpulan tu..bukannye korang tak tau ramai press umno yang nak cari kesalahan pr je…sekali pun korang nak ekspresi korang punye emosi cubala bersopan dan kawal sket..kumpulan carburator tu orang melayu ke ape?islam ke?…malu beb.
Kepada rakan tidak usah menunding jari kepada sesiapa takut jadi fitnah pula, yang penting apa yang berlaku ada sebabnya, jadi lain kali jangan ulanginya lagi. Alak bukan dari mana-mana parti, memang gaya dia buat mcm itu di mana-mana gigs cuma dia silap tempat sahaja. Nasihat untuk alak, nak luahkan perasaan pun jangan sampai macam itu sekali, letakkan agama Islam di depan sebagai panduan.
Rakan2
Jangan Lupa layari blog saya di http://khairilazuar.wordpress.com
bagi komen setiap artikel yang saya tulis. …ada artikel baru
Salam
mm masih tak habis2 lagi eh pasal PROTES dalam stadium..
kitorang and the gang datang dari jam 1 pagi sampai jam 12 mlm berikutnya rileks jek..
tapi.. banyak la juga dengar rungutan.. dalam stadium mana nak collect sejuta orang.. lagi kenapa ada konsert nyanyi tah apa2.. tak dengar langsung apa bende dia cakap..
lain kali jangan buat nyanyi yang jerit2.. buat sajak yang menaikkan semangat perjuangan.. tu pun kalau teringin sangat nak PROTES kat stadium..
sebenarnya mengidam nak kene sembur dengan water canon.. mengidam nak jalan berbatu2 tengah panas sambil jerit turun turun turun… baru ade kepuasan.. ni jerit dalam stadium.. burung gagak jek la terkujat.. pak lah ke.. najib ke.. semua bantai gelak jek la..
apa pun.. pihak penganjur.. ingat la.. jangan buat lagi.. jangan ulangi lagi..
ops.. pada yang kata cina tak sokong tue.. jangan pandai2 tabur fitnah tau..sebelah i.. makcik chinese pakai seluar pink color bersama husband.. and bebudak chinese.. lelaki pompuan pakai baju merah.. siap bersila sama2 dengan kitorang atas tanah..
apa pun.. lain kali jangan tunduk pada kerajaan yang cuba nak menakut2kan kita.. dah lama kita menderita.. takkan nak tunduk lagi pada tuntutan mereka..
sekarang tiba masanya MEREKA pulak yang dengar tuntutan kita
Ya Allah.. selamatkan MALAYSIA!!!
gua rock,pakai seluar koyak.pru baru2 ni gua undi pas.bila tengok prasangka orang2 PKR kat pas dalam laman ni ,tuduh taliban la..gua rasa elok lain kali orang pas jangan join perhimpunan yang diorang buat.cuba tengok,berapa ramai diorang boleh kumpul.balik2 tuduh pas.baik kita ramai2 pegi muktamar.mcm ni tak berubah pun takpe..bukannya kearah yang lebih baik.percayalah,tanpa sokongan orang pas, perhimpunan apa pun cuma sebesar pasar malam je.