Husam: Minta semua pihak jangan salahkan Carburetor Dung

2008 Julai 10
by aminiskandar

Naib Presiden PAS, Husam Musa meminta semua pihak agar tidak menyalahkan kumpulan Carburetor Dung dalam insiden yang berlaku pada Perhimpunan PROTES Sejuta Rakyat TURUN pada 6 Julai yang lalu.

Husam : Jangan Salahkan Carburetor Dung

KOTA BHARU : Naib Presiden PAS, Dato’ Husam Musa meminta supaya semua pihak tidak menyalahkan kumpulan underground Carburetor Dung yang mengadakan persembahan nyanyian pada perhimpunan Protes anjuran parti Pakatan Rakyat kerana kumpulan itu berani membawa mesej kepada kerajaan. 

“Saya bukannya pro kepada band rock itu tetapi kalau kita dengar semula senikata lagu (yang dinyanyikan) itu ada mesej tertentu kepada kerajaan,

“Cuma silap budak tu (penyanyi) buka seluar walaupun dalam konsertnya sebelum ini pun dia memang buat begitu, jadi pada malam itu tak baiklah dia buat macam tu,” jelasnya.

Katanya, sekiranya Pakatan Rakyat (PR) mengadakan bantahan dengan cara keluar di jalanan khuatir pelabur berasa takut dan bimbang berlaku kekecohan dan terus menuduh PR sengaja menimbulkan ketidakstabilan kepada negara.  

Beliau berpendapat bagi menyampaikan mesej kepada kerajaan tidak semestinya dengan berkasar sedangkan pendekatan secara ‘gentle’ boleh dilakukan.

“Pada pandangan saya perbuatan (melondehkan seluar) boleh diperbetulkan, janganlah kita hukum dia sampai tinggal mesej lantang kepada mereka,”

Katanya, kumpulan tersebut telah membawa mesej yang bersifat kritikal kepada kerajaan dan jika didengar semula lirik lagunya ibarat terkena pada batang hidung mereka (kerajaan) sendiri.

“Kalau golongan muda seperti itu pun sudah boleh sindir kerajaan, ini menunjukkan sudah ada penyertaan dari pelbagai pihak bagi menyampaikan mesej kepada kerajaan,” katanya.

Beliau menambah perhimpunan itu adalah bukan untuk orang yang warak dan wali sahaja tetapi kepada semua pihak yang ingin suarakan bantahan. Baginya mesej yang cuba disampaikan pada perhimpunan tersebut sudah sampai matlamatnya tidak sebagaimana yang didakwa oleh kerajaan.

Ahad lalu, vokalis kumpulan Carburetor Dung telah melakukan perbuatan tidak sopan dengan melondehkan seluar ketika mengadakan konsert pada Perhimpunan Protes Sejuta Rakyat-Protes Sampai Turun di Stadium Kelana Jaya, Selangor. Lagu yang dinyanyikan ketika itu Mari Nyanyi Menjilat.

Dipetik dari sini.

 

 

 

 

Berbeza dengan kebanykkan pihak yang menuding jari kepada penganjur dan kumpulan Carburetor Dung, Exco kerajaan negeri Kelantan tersebut memberikan pendangan yang lebih adil.

Jika beliau calon bakal Perdana Menteri Malaysia, saya pasti akan memberikan sokongan!

 
 
 

 

 

 

20 Respons leave one →
  1. 2008 Julai 10

    yang rasional adalah yang terbaik,bukan yang emosional..things are happened,tak boleh nak kebelakang untuk betulkan keadaan..just prepare for the next step……….

  2. 2008 Julai 10
    suealeen permalink

    to be frank, if i’ve to choose between DSAI and Husam Musa, my vote will go for Husam Musa. lihat saja aksinya di dalam parlimen. sungguh tenang dan berkaliber tanpa pernah menghina mana-mana pihak.

  3. 2008 Julai 10
    Arumugam permalink

    Hello semua,

    Secara jujurnya artis carburetor dung itu tidak boleh dipersalahkan sepenuhnya kerana itu merupakan aksi-aksi yang dilakukan olehnya semasa nyanyian lagunya.

    Akan tetapi mereka sepatutnya menyedari tentang isu ini yang dianggap sensitif oleh sesetengah pihak. Mereka tidak sepatutnya memperlekehkan isu ini dengan tindakan mereka. Kesannya, mereka dicaci cerca oleh orang ramai.

    Pihak penganjur juga sepatutnya menyedari tindakan serta aksi yang dilakukan oleh artis ini dari awal lagi. Yang peliknya, protes pun mesti ada hiburan ke?

    Walaubagaimanapun, isu ini tidak perlu diperbesar-besarkan lagi. Ia membuang masa dan tenaga sahaja.

  4. 2008 Julai 10
    serikandiislam permalink

    vote for hussam! dengan apa yang dah berlaku kita perlu mengambil iktibar bukannya mencari silap dan bukan pula merasa bangga dengan ‘tindakan’ kita..whatever it is..kita masih dalam proses belajar..so belajar dan belajarlah :)

  5. 2008 Julai 10

    Bravo! tahniah bro Husam. ni ada satu artikel menarik…tribute to carburetor dung…shahnon too… jemput ke situs aku!

  6. 2008 Julai 10
    shamsuleffendey permalink

    bro…aku pun stuju kalau Husam Musa ni jadik PM dari Bung Nuar tuh…cuma stuju aku tu bukan pasal dia pertahankan bebudak Carburator Dung tu.

    http://www.shamsuleffendey.wordpress.com

  7. 2008 Julai 10

    salah penganjur juga sebab tak alert tentang “gaya” pemuzik underground membuat persembahan. tak gitu?

  8. 2008 Julai 10
    muchang permalink

    yang lepas tu jadikan iktibar.. lain kali jangan buat cenggitu lagi.. abang alak.. jangan tunjuk2 bontot lagik.. hodoh gayanya..

    orang yg lempar botol tu.. banyak2 bersabar yek..

  9. 2008 Julai 11
    Irfan Mohd Nor permalink

    Husam Musa is the best PAS candidate for TPM or PM!!
    He is strong in principle and yet very professional when facing different crowds of Malaysians.
    He is pious and quite religious and yet he wears very moderate attire and could fit in any place, be it in the mosque or in the parliment or even at the shopping complex.

  10. 2008 Julai 11
    Irfan Mohd Nor permalink

    One more thing…Husam has definitely got charisma!

  11. 2008 Julai 11
    HermanSamsudeen permalink

    Nampaknya kita dah ada pengganti Anwar…

  12. 2008 Julai 11
    AAAPEDANGANGKASA2008 permalink

    DATO HUSAM memang great , memang tak boleh di salahkan sangat kumpulan Carburatetor Dung tu cuma penganjur yang salah,sepatutnya kena makesure garispanduan kepada setiap peserta supaya jaga tingkahlaku dan imej PAKATAN RAKYAT ,jangan terlalu ghairah sampai lupa tujuan asal PROTES itu diadakan.Walaubagaimanapun saya tetap berpendirian himpunan PROTES sudah lari dari yang sepatutnya.Kita impikan himpunan macam rally BERSIH nampak amarah rakyat dan tentangan terhadap BN ,tapi ini tidak jadi begitu malah ianya memberikan modal kepada BN untuk hentam kita balik.Namun takpalah ayuh kita lupakan saja apa yang sudah berlalu maka mari kita semua penyokong PAKATAN RAKYAT programkan balik satu rally sejuta rakyat yang MESTI diadakan di atas jalanraya sepertimana kata TOKGURU ABDUL HADI AWANG , takperlu takut kepada ugutan polis dan tentera biar kita bertempur demi KEBENARAN dan KEADILAN,AYUH teman temanku LAWAN TETAP LAWAN SEHINGGA BN TUMBANG ,TAKBIR REFORMASI!!!!

  13. 2008 Julai 12
    bamboo river permalink

    Since the actual scenario being clarified. Taking this as a valuable lesson to both the organiser and Carburettor Dung, I hope with Husam’s open minded views will at least help both parties to review and counter this mishap from happening again.
    Less we learn from mistakes , we will not able to move forward .
    Take five Black and Bro Hishamudin Rais. You deserves a good break.

  14. 2008 Julai 13
    rusly_islam permalink

    dah mmg carburetor dung salah knpe pulak nk betulkan perkara yang salah.. tunjuk punggung x salah ke?? mana adat melayu, cina atau india yg benarkan tunjukkan punggung apatah lagi Islam!!!! knape perlu menegakkan benang yang basah semata-mata untuk mencari populariti?????

  15. 2008 Julai 14

    rusly_islam : abis yang baling botol, pukul orang, keji sana sini tu tak salah ke ? adat melayu ke? Islam ajar ke ?

    *sambil tunjuk bontot kat kau*

  16. 2008 Julai 14
    fadeli permalink

    hello everyone,

    saya sangat setuju dengan apa yang Yb Husam cakap, kita tidak boleh untuk hanya menyalahkan sahaja apabila sesuatu telah berlaku tetapi kita perlulah berfikir kenapa perkara ini terjadi serta menjadikan apa yang terjadi sebagai panduan serta peringatan pada masa akan datang agar tidak lagi berulang. sebagai seorang rakayat kelantan yang telah lama mengenali Yb Husam, bagi saya dia merupakan seorang pemimpin PAS yang mempunyai prinsip dan ilmu serta kematangan berpolitik yang melebihi pemimpin-pemimpin PAS yang lain.

  17. 2008 Julai 17
    DIDI KOTA BELUD permalink

    CARBERATOR DUNG PITIH TAKDOK.BUTANG SELUAR JAHIK SMULO.MAAF DEH…..TAKDO SPONSOR…TELAJOK.

  18. 2008 Julai 22
    abdullah_hakim permalink

    salam,
    my opinion..yg salah ttp salah..mmg tidak boleh diterima anak muda menunjukkan bontot mereka sesuka hatii dikhalayak umum!!

    even Carberator Dung menyanyi utk menunjukkan ketidakpuasan hatian mereka terhadap dasar2,langkah2 gov(spt kenaikan harga minyak!),perlakuan yg salah ttp salah.

    setuju dgn saudara rusly_islam,kita x sepatutnya menegakkan benang yg basah..bukan maksud harus terus menghukum mereka(bdk2 C.D)..tetapi haruslah mengambil iktibar,and take it as a lesson.semuanya utk diri sendiri jua..

    moga apa yg khilaf,dapat dielakkan di masa hadapan.insyaAllah…

    wslm~

Trackback & Pingback

  1. Kecek-kecek Tok Mudin 3.0 : Kami tak jilat, kami protes!
  2. Top Posts « WordPress.com

Tinggalkan jawapan

Note: You can use basic XHTML in your comments. Your email address will never be published.

Subscribe to this comment feed via RSS