Lagu lama, kembali didendangkan

2008 Julai 13
by aminiskandar

Semenjak berlakunya “Tsunami 8 Mac”, keadaan politik di Malaysia menjadi semakin menarik.

Kalau dahulu sidang Dewan Rakyat tidak begitu menarik oleh kerana tidak banyak ahli parlimen pembangkang, kini menjadi medan tempur bagi BN dan Pakatan Rakyat.

Tambahan lagi, lima negeri telah berjaya dikuasai oleh Pakatan Rakyat.Selangor yang selama ini menjadi diantara sumber dana utama kepada Umno juga sudah terlepas kepada Pakatan.

Sebab itu, jika anda menonton Buletin Utama di TV3,anda pasti akan lihat bagaimana anjing-anjing kepada BN ini akan cuba sedaya upaya menyerang kerajaan Pakatan Rakyat di Selangor.

Minggu lalu, Dr. Wan Azizah bersama-sama dengan beberapa ahli parlimen Pakatan Rakyat menghantar notis kepada speaker Dewan Rakyat untuk memanggil usul undi tidak percaya kepada kepimpinan Abdullah Badawi.

Maka gemparlah pemerintah Barisan Nasional. Kekuasaan yang telah dipegang selama 50 tahun tidak mungkin akan mereka lepaskan semudah dengan usul “Undi Tidak Percaya”.

Nazri Aziz yang gelabah mengumumkan bahawa esok, rakyat tidak dibenarkan untuk menyaksikan sidang Dewan Rakyat di parlimen.

Semua ahli parlimen juga telah diarahkan agar tidak membawa penyokong mereka.Mengapa ini terjadi?

Mengapa rakyat yang menjadi “Tuan” kepada parlimen tidak dibenarkan untuk menyaksikan sidang dewan rakyat?

Mengapakah tentera dan polis telah berkawal di parlimen semenjak semalam?

Apakah benar akan berlaku huru-hara?

Jawapannya mudah.Tindakan ini tidak lebih daripada untuk “mengolah persetujuan” rakyat agar percaya bahawa negara sedang diambang huru-hara.

Apabila persetujuan rakyat berjaya diolah, maka mudahlah untuk SB membuat kerja-kerja kotor mereka. Sebentar tadi di Buletin Utama, kita dapat lihat bagaimana mereka mempermainkan isu perkauman.

Ini adalah langkah awal untuk menimbulkan kemarahan rakyat berbilang kaum.

Pemain-pemain kerja jahat ini masih sama.Mereka-mereka inilah yang merencanakan Tragedi 13 Mei pada tahun 1969.

Rakyat yang bijak sudah pasti tidak mudah ditipu. Apa pun perancangan jahat “mereka” yang menggunakan polis dan tentera, tidak akan berjaya mengalahkan kekuatan rakyat.

People Power telah menewaskan regim-regim diktator Shah Iran, Soeharto, Marcos dan Chun Doo Hwan.

TV3 satu hari nanti akan menerima nasib seperti MBC di Gwangju pada tahun 1980.

Pada ketika itu, MBC sebuah stesen TV yang menjadi mesin propaganda kepada regim Chun Doo Hwan di Korea Selatan.Mei 18,1980 telah menyaksikan kebangkitan rakyat di Gwangju melawan regim tentera.

Bangunan MBC yang sering menyiarkan berita yang salah telah ditawan oleh rakyat Gwangju.

Apakah TV3 juga akan menerima nasib yang sama?

Ianya boleh berlaku jika anda percaya kepada kekuatan rakyat!

2 Respons leave one →
  1. 2008 Julai 14

    assalamualaikum amin

    aku sokong tindakan kau. Memang mereka mementingkan kekuasaan yang ada ditangan mereka. Mereka boleh menentukan segala-galanya. Tapi diakhirnya nanti mereka akan menerima azab yang seksa dari apa yang telah dia lakukan. PDRM telah dimapulasikan untuk menjaga kepentingan mereka. PDRM bulan lagi badan yang bebas untuk menjaga keselamatan dan kepentingan rakyak tetapi telah dijadikan alat utnuk menjaga kepentingan pihak tertentu.

    kirim salam kat member lama

  2. 2008 Julai 14
    adi permalink

    It was crystal clear that we are having two sets of law. One is for the mustadha’afin and the other side of the coin is for who is in mucky power. Rise up people and reclaim the street !!!

Tinggalkan jawapan

Note: You can use basic XHTML in your comments. Your email address will never be published.

Subscribe to this comment feed via RSS