Banyak pandangan telah dikeluarkan mengenai debat bersejarah diantara Anwar - Shabery malam tadi. Media-media arus perdana kebanyakkannya memuji Shabery “konon”nya Menteri Penerangan tersebut berjaya mempertahankan dasar kerajaan.
Tetapi bagi yang melihat siaran langsung debat malam tadi, sudah pastinya akan mentertawakan gelagat Ahli Parlimen Kemaman tersebut yang tidak mampu memberikan penghujahan yang baik dalam menghadapi Penasihat Parti Keadilan Rakyat, Anwar Ibrahim.
Jika anda melihat debat tersebut berulang kali, anda pasti akan dapat melihat bahawa Shabery sebenarnya datang ke debat tersebut dengan “skrip” yang mungkin diberikan oleh “budak-budak tingkat empat” atau “budak-budak Bukit Aman”.
Cuba anda semak balik video perdebatan Anwar- Shabery yang sudah tersebar luas di Youtube atau klik disini, anda akan dapat melihat bagaimana Shabery bersungguh-sungguh “memprovokasi” Anwar dengan menyerang peribadinya.
Namun ternyata Anwar sudah “matang” berpolitik dan tidak mudah untuk diprovokasi. Anwar tetap fokus kepada isu minyak walaupun Shabery cuba mengheret Anwar untuk berdebat dalam isu peribadi beliau dan mengungkit sejarah silam Anwar yang dikatakan suka “berdemonstrasi”.
Anwar juga berjaya menghuraikan bahawa kerajaan BN hanya membela golongan peniaga dengan memberikan banyak insentif dan perlepasan cukai. Sedangkan apabila berhadapan dengan rakyat bawahan, istilah “subsidi” agar dilihat bahawa rakyat bawahan sering menyusahkan kerajaan.
Berbuih-buih mulut Shabery Cheek untuk menjawab persoalan-persoalan yang dibangkitkan oleh Anwar. Agendanya untuk memalukan Anwar dengan “skrip” yang diberi oleh “budak-budak tingkat empat” atau “budak-budak Bukit Aman” ternyata gagal.
Setelah tamat debat, Shabery kelihatan kaku apabila Anwar meluru kearahnya untuk bersalam. Nampak benar mukanya “marah” kerana gagal melaksanakan misinya.
Apa-apa pun, rakyat Malaysia perlu mengucapkan terima kasih kepada Shabery Cheek. Mengapa?
1) Shabery Cheek adalah tokoh BN yang pertama berani berhadapan dengan Anwar.
2) Kedua, Shabery Cheek telah berjaya membuktikan bahawa sebijak mana pun seseorang itu, apabila menjadi menteri BN, mereka akan bertukar menjadi bodoh. Lihat sahajalah apa yang berlaku kepada Rais Yatim dan Sharir Samad.
3) Lebih lama orang seperti Shabery menjadi menteri BN, lebih cepat BN akan masuk kedalam tong sampah sejarah.
Jadi saya sama sekali menolak usaha-usaha dari dalam dan luar BN yang menyuruh Shabery meletakkan jawatan!
Terima kasih Shabery!!!









Media masih tidak ingin berubah.Kesal melihatkan mereka tetap mengagungkan pihak yang salah.Saya selaku insan yang pernah berkecimpung dalam dunia perdebatan mengakui bahawa Anwar Ibrahim membawakan hujah yang jauh lebih baik.Mungkin Shabery chik ada juga satu dua hujah, namun kedangkalannya dalam menjawab soalan jelas menunjukkan bahawa dasar kerajaan sangat lemah berhubung dengan soal minyak.
P.s: Kenapa menteri penerangan tak jawab soal perkhidmatan awam.????
tahniah kepada shabery chick yang berani berdebat dengan anwar ibrahim. tapi mengapa sejarah lampau perlu diungkit untuk memanjangkan hujahnya. beberapa persoalan juga tidak dijawab oleh menteri penerangan itu. apakah beliau tidak sedar siapa diri beliau sebelum ini (pemimpin semangat 46). dia sepatutnya berasa malu.
soalan daripada editor siasah juga tidak dijawab. sebaliknya merapu tentang tahun 1974 , 1990,1997, norway, finland, iraq dan beberpa perkara yang tidak penting.
*rakyat mahukan jawapan yang bernas dan sahih
sejurus selepas siaran tertunda TV3 melalui nightline terus je putaq-belit kenyataan. baru je broadcasted live… tak belajaq sungguh la TV3 ni… boleh pi cut bhgn jawapan DSAI bila Dato’ Johan tanya… terus je masuk jawapan DSC. what the heck! main kotoq! padan la tak mao debat kat RTM… takut nanti nelayan petani dengaq & tengok!
udah2nye.. rakyat jugak le diperbodohkan!
Syabas kepada DSAI, Jo tu memang kecut, hanya tau menyerang peribadi DSAI, bila tanya pasal cara hadapi harga minyak, hanya tau beri bandingan dengan negara lain, yang kita ni kecik lagi. 62 Billion keuntungan, derma la 0.01% kepada rakyat miskin pun tak boleh. Yang kalangan miskin jugak adenya banyak bumiputra jugak… tak mau hirau la tu. Tu la, BN, dengan berbillion billion ringgit tu, bawak sama la masuk ke neraka, Setan pasti beri tempat khas kepada kamu. Tempat yang paling HANGAT!PANAS! sekali… muahahahhahahahahaha~!
[...] Julai 16, 2008 in Demokrasi, Pilihanraya, Politik, Semasa | 4 comments [...]
Kalau lah saya jadi juri perdebatan semalam saya akan bagi markah sebegini
DSAI - 7 markah
Sabery Cheek - 1 markah
Datuk Johan - 2 markah…
En Amin iskandar berapa markah yang you bagi kepada mereka ni..
Kasihan aku nengok budak mentah DSC tu … terhegeh-hegeh melawan DSAI… Aku ingat lawan anak DSAI yang cute tu pun DSC tak mampu nak menang kalau macam tu … Kasihan.. kasihan.. semalam aku tengok muka dia yang gelap tu jadi putih macam mayat…
sdr amin,
tersengih saya baca entry ni membayangkan debat mlm tadi hehe..
Sini pun ada rakaman video bagi org yg tak tgk atau nak review
http://zsfotovideo.blogspot.com/2008/07/debat-anwar-shabery.html
geli geleman, nak termuntah aku tengok mulut dia berbuih2, melenja2 air liur keluar…
jijik,pengotor sifat menteri penerangan ini… kebodohan terserlah kononya untuk membela nasib ternyata niat serong untuk memalukan pribadi seseorang itu jelas terkena buka sendiri…pergi kumur mulut laa menteri…pengotor air liur berbuih buih…malu aku.Dia sebenarnya bukan org terengganu.salasilahnya org vietnam di pulau bidong dulu…tapi Wan mokhtar bekas menteri besar ambik dia jadi anak angkat…org islam apa mcm ni tidak mencerminkan perfosional langsung….cermin dulu…pergi operate mulut laa woi…berbuih mulut.jijik laa.sapa yg beromeng dengan menatam ni mesti loya hahaha.
johan jaafar nak jadi intelek sangat…cit.Prof agus seharusnya di beri ruang
[...] Terima kasih Shabery Cheek…. Banyak pandangan telah dikeluarkan mengenai debat bersejarah diantara Anwar - Shabery malam tadi. Media-media arus [...] [...]
betol tu! memang shabery suda kasi kredit buat massa rakyat! kekadang dia bercakap melalut… no point! ini memalukan ameno itu sendiri. betol apa yang dikata… sebijak mana seseorang itu… duduk aja di dalam Be End… pasti menjadi bodoh sebodoh shabery dan samdol sesamdol dolah badawi…hahaha lawak!
BOIKOT UTUSAN…BERITA HAIRAN…NST…NI SEMUA PAPER YANG MEMBODOHKAN LAGI KEPALA HOTAK RAKYAT!!! BOIIIKOOOT!
Masing2 mempunyai kebolehan bercakap dan berhujah dengan baik. Tapi sejujurnya, memang tidak dinafikan bahawa Anwar adalah lebih hebat berhujah daripada Ahmad Shabery. Hujah2 beliau memang sukar nak dipatahkan. Tapi Ahmad Shabery juga mampu untuk berhujah sedemikian. Tak kisahlah. Yang penting debat itu sudah pun berlangsung dan keputusannya kita nilaikanlah sendiri…
Salaam. Media utama kita ibarat media barat, sudah dipropagandakan. Lihatlah, Islam pun boleh dilabelkan pengganas oleh mereka, propaganda punya pasal, apa lagi setakat pembangkang dan PAS, lagi2 la boleh mereka propagandakan di media utama tu.
Hakikatnya, tiada demokrasi di media, kerajaan Amerika Syarikat walaupun jahat, tetapi media2 mereka tetap bebas dan tidak dikongkong semuanya.
tetapi media2 kita dikongkong kerajaan, sehinggakan tiada lagi kebebasan media, malah berat sebelah, dengan memuji kerajaan dan mengutuk org yang menegur kerajaan. Itu namanya bukan demokrasi, tetapi MONOPOLI atau KUKU BESi, wallahu a’lam
STRAWBERRY CHEKEDE MANYAK BOLOH PUNYA MENTELI.LU ELOK JADI MC CIRCUS SAJALAH.KASI ITU OLANG CHAMPION PUNYA JADI ITU M.O.I.LU TALA GOSOK GIGI KAH DEBAT SAMA SAYA PUNYA DSAI.BANYAK BUSUK PUNYA,,,,ITU MIKLOPON PUN TALA TAHAN CIUM LU PUNYA NAPAS.
JOHAN JAFFAR–?. POOOOOOOOOOOOOOOOOOOOOOOOOODDDDDDDDDDDDAAAAAAAAAAAAAAAAHHHHHHHHHHHHHHHH.
Satu lagi point penting yang perlu diperkatakan adalah terima kasih kepada PM sekarang di atas dasar terbuka yang secara optimis dan fleksibel mengutarakan jenis program dan ruang perbincangan sebegini. Sudah tentu di masa yang terdahulu tidak mugkin terjadi.
Excellente response and well said I feel:
“I think the both of them did well, Anwar Ibrahim and Shabery Cheek. Without taking away anything from the two debaters…if you ask me the real winner is Pak Lah, without him the debate would never have taken place in the first place. Not when Dr M was PM and not when Anwar was DPM.
There is no point asking who won, as the Anwaristas would say Anwar Ibrahim won and the BN supporters would say Shabery won..I would say both of them did well…so syabas…content wise…they both could have done better…:)”
(can a put a link here? if not you may delete… Quoted stephendoss.blogspot.com)
Asalamualaikum… debat Anuar VS Sabree Chik.. Pertama saya inigin katakan debat nampak sama rata, Sabree lebih kepada isu terbuka bukan hanya isu minyak, anuar hanya tertumpu pada isu minyak.. soalnya …
1. Kenapa tidak dibahaskan peruntukkan perbelanjaan yang akan diberi kepada sektor pertanian secara besar-besaran
2. Bantuan mengurangkan beban kenaikan minyak kepada petani, nelayan dan pemandu teksi,
3. Pembangunan yang semaikin pesat yang memberi kemudahan kepada rakyat.
4. Adakah rakyat hanya tersenyum apabila kesenangan diberi mengutuk bila sedikit kesusahan dan tidak mahu langsung berkongsi dan membantu masalah dengan kerajaan.
5. Kenapa kepincangan Anuar untuk mengheret Malaysia ke dalam genggaman IMF tidak kamu dedahkan kepada rakyat kalau kita bersifat demokrasi.
6. Kenapa apabila pembangkang diheret ke mahkamah terus terlintas difikiran itu adalah agenda Kerajaan, adakah dengan terus menuduh boleh dianggap kamu seorang yang bijak.
7. Kerajaan telah memperuntukkan jumlah yang banyak untuk mengatasi masalah krisis makanan, kenapa ini tidak di dedahkan kepada rakyat kalau kita ini benar, kenapa selalu mendedahkan keburukan adakah tiada langsung kebaikan yang diberi kerajaan kepada rakyat?
8. Jelasnya kita hanya pandai memberi komen, mengata yang itu dan ini salah, seolah kita yang betul, mempertahankan ego, demokrasi hanya untuk kepentingan diri sendiri dan tidak tahu berterima kasih.. sekian wassalam..
SOKONG MIE 300%!!!!!