PDRM = Gestapo

17 07 2008

Musa Hassan dan Bakri Zinin, tidak boleh kita percayai. Musa Hassan terlibat dalam konspirasi pertama ketika Anwar dijatuhkan pada tahun 1998.

Pada tahun 1998, kedua-dua Musa dan Bakri masih lagi berpangkat rendah sementara Gani Patail belum lagi menjadi peguam negara.

Kini, Musa ialah Ketua Polis Negara, Bakri Zinin pula adalah Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah sementara Gani Patail adalah Peguam Negara. Pendek kata, dengan kuasa yang ada, apa sahaja boleh dilakukan untuk menghancurkan karier politik Anwar Ibrahim.

Lihat gambar diatas, Anwar yang tidak melawan ditangkap oleh anggota polis dari Unit Tindakan Khas (UTK) yang begitu ramai. Mengapa perlu semua ini dilakukan? Mengapa digunakan taktik ala-Gestapo?





Kontra-budaya Punk - Yunus Ali

17 07 2008

Dalam realiti sosial, tidak ada satu bangsa satu budaya. Apatah lagi masyarakat Malaysia yang berbilang bangsa dan yang terbuka kepada pengaruh global, maka berganda-gandalah budaya yang ada.  

Masyarakat bangsa Melayu lama pun boleh dikenalpasti dengan beberapa budaya yang menghiburkan mereka: budaya istana dengan makyong dan bahasa istananya; budaya rakyat dengan joget dan tukang carutnya. 

Justeru, dalam masyarakat mutakhir ini, janganlah hairan dan terkejut pula apabila bersua atau terserempak dengan beberapa budaya pada bangsa Melayu, dan juga pada bangsa-bangsa yang lainnya. 

Kerana tidak memahami realiti sosial ini, maka ramailah yang pening kepala, berang, panik moral dan ada pula yang mengamuk apabila dihadapkan dengan persembahan kumpulan muzik punk ‘Carburator Dung’, dalam perhimpunan PROTES pada 6hb Julai 2008 yang lalu. Isu harga minyak naik ‘dah berubah menjadi naik minyak. 

Sebenarnya, Joe Kidd dan kumpulan ‘Carburator Dung’nya tidak boleh dipersalahkan, meski menayang bontot sekali pun (atau banyak kali!), kerana apa yang mereka lakukan, itulah dia jati diri punk. 

Baca baki entri ini »





Perkembangan Terkini Konspirasi “Liwat” Kedua : Anwar bebas, Nora mungkin terus direman

17 07 2008

Updates:

Norazimah Mohd Nor a.k.a Nora telahpun dibebaskan pada pukul dua petang tadi tanpa sebarang pertuduhan.

Posting asal:

Anwar Ibrahim telahpun dibebaskan oleh polis pada pukul 9.45 pagi tadi dengan jaminan polis. Beliau terus kerumahnya di Bukit Segambut dan dijangka akan memanggil sidang akhbar dirumahnya pada pukul dua petang.

Beliau tidak didakwa oleh polis dalam kes tersebut akan tetapi perlu kembali melapor kepada polis di IPKKL sebulan dari sekarang pada 18 Ogos.

Sementara seorang teman saya, Norazimah Mohd Nor yang merupakan seorang aktivis reformasi dan penulis blog yang ditahan semalam mungkin akan terus direman menurut seorang teman yang menunggu Nora di Mahkamah Jalan Duta.

Menurut teman tersebut, Nora ditahan selepas beliau memaki polis akibat gangguan seksual yang diberikan oleh pegawai polis tersebut.