Perkembangan Terkini Konspirasi “Liwat” Kedua : Anwar bebas, Nora mungkin terus direman

17 07 2008

Updates:

Norazimah Mohd Nor a.k.a Nora telahpun dibebaskan pada pukul dua petang tadi tanpa sebarang pertuduhan.

Posting asal:

Anwar Ibrahim telahpun dibebaskan oleh polis pada pukul 9.45 pagi tadi dengan jaminan polis. Beliau terus kerumahnya di Bukit Segambut dan dijangka akan memanggil sidang akhbar dirumahnya pada pukul dua petang.

Beliau tidak didakwa oleh polis dalam kes tersebut akan tetapi perlu kembali melapor kepada polis di IPKKL sebulan dari sekarang pada 18 Ogos.

Sementara seorang teman saya, Norazimah Mohd Nor yang merupakan seorang aktivis reformasi dan penulis blog yang ditahan semalam mungkin akan terus direman menurut seorang teman yang menunggu Nora di Mahkamah Jalan Duta.

Menurut teman tersebut, Nora ditahan selepas beliau memaki polis akibat gangguan seksual yang diberikan oleh pegawai polis tersebut.


Tindakan

Informasi

6 gerakbalas-gerakbalas

17 07 2008
Reds

yg DSAI dapat keluar dengan selamat kira janji PM itu dikotakan. kalau sepuluh tahun dulu memang dia akan ditahan secukup-cukupnya selama 24 jam..lepas tu ditangguhkan lagi. tu lah sebabnya saya tak rasa yang kerajaan sekarang adalah dalang di sebaliknya. ada party lain yang lebih sinikal.

17 07 2008
bamboo river

Black, can bloggers do something for Ms Nora?
I don’t mind banking in some cash for her bail.

17 07 2008
littlemuffins

saya tertanya2 juga apakah kesalahan Nora sehingga dia ditahan. Hmm.. kesian Nora :(

17 07 2008
RPK Arrested! « *Enjoying Little Muffins*

[...] famous reformasi blogger Nora has been also detained by police since last night. Amin Iskandar provides some info on why she was [...]

17 07 2008
AnakMudaParlimenBatu

Agak terkejut juga, semasa berhimpun di IPK semalam, terdengar kak Nora kena tahan, aku pun tidak tahu punca penahanan beliau, ini setelah membaca blog kamu, barulah tahu sebabnya, main lucah pulak polis ini. Mengapa tidak tangkap polis yang berkelakuan mcm itu, kalau perempuan lain kena pun pastilah maki juga tak kira siapa kamu.

Rakan2
Jangan Lupa layari blog saya di http://khairilazuar.wordpress.com
bagi komen setiap artikel yang saya tulis. …ada pendapat saya tentang debat …

17 07 2008
belia

kesian kak nora. walaupun aku tak aku tak pernah berjumpa beliau. aku ada baca artikel mengenai beliau dan blog nya. seorang wanita yang kental mempertahankan kebenaran, tidak mudah putus asa, berjiwa besar, banyak berkorban demi mempertahankan hak sesama manusia. aku harap kak nora tidak dikenakan apa-apa tindakan

Tinggalkan komen