Selamat Jalan buat “Lan Kuchalana”

Hari Rabu yang lalu, jam 10 pagi, aku terima sms dari seorang teman yang memberitahu bahawa seorang sahabat, pemain bass kumpulan Kuchalana berada di Hospital Kuala Lumpur (HKL) keadaan koma kerana dipukul oleh sekumpulan orang yang tidak bertanggungjawab. Terkejut rasanya bila mendengar berita tersebut.
Kuchalana adalah sebuah kumpulan muzik yang berkonsepkan “Raggae Punk”. Aku mula mengenali mereka pada tahun 2001 semasa terlibat menganjurkan demonstrasi Anti Perang di KLCC. Pada ketika itu, kami membantah tindakan Amerika Syarikat menyerang Afghanistan. Aku tak pasti sama ada Kuchalana sudah ditubuhkan atau tidak pada ketika itu, tetapi aku berjumpa dengan ahli-ahli kumpulan tersebut ketika demonstrasi menentang penjajahan Amerika Syarikat terhadap Afghanistan.
Lan atau dalam loghat Terengganunya dipanggil “Lang” adalah diantara yang tidak kedekut untuk memberikan senyuman. Aku rasa senang berbual-bual dengan Lan. Dia seorang yang baik hati dan peramah. Kali terakhir aku berjumpa Lan ialah tahun lalu selepas pulang dari Korea Selatan di rumah Nazri, seorang teman yang sering membantu aku untuk print t-shirt-tshirt cool.
Berbalik kepada cerita tentang Lan tadi. Selepas menerima sms mengenai keadaan Lan. Aku dan dua orang teman terus bergegas ke HKL untuk melawat Lan. Hujan pada ketika itu begitu lebat seakan-akan menangisi kecelakaan yang menimpa Lan.
Di HKL, bertemu dengan Joe Kidd, Hakim, Zemang, Yus dan beberapa orang teman baik Lan yang sudah berada di HKL seawal jam lima pagi. Mereka menceritakan tentang kejadian yang menimpa Lan. Kami diberitahu Lan telah dipukul oleh sekumpulan orang. Selepas dipukul dia dicampakkan dihadapan Hospital Tawakal. Hospital Tawakal yang hanya mementingkan duit dan bukannya nyawa manusia tidak menerima Lan oleh kerana wang deposit tidak mampu dibayar (Inilah kesan dasar penswastaan).
Lan akhirnya dihantar ke HKL dan terus dimasukkan ke wad ICU. Ketika sampai di hospital, doktor mendapati lehernya patah, otak kanan sudah mati, paru-paru tidak berfungsi dan tulang mukanya patah. Cuma jantungnya sahaja yang masih berdegup dan beliau koma.
Mendengar cerita tersebut, tak sanggup rasanya untuk aku masuk melihat Lan. Apalah dosanya sehingga diperlakukan sebegitu rupa. Patutlah alam juga turut bersedih.
Kami dikhabarkan bahawa keluarga Lan sedang dalam perjalanan dari Terengganu ke Kuala Lumpur untuk melawat Lan.
Aku dan dua orang teman meningglkan HKL lebih kurang 45 minit selepas itu.
Pada pukul 1.30 petang sewaktu bersama-sama rakyat berkumpul di IPKKL, kami menerima berita Lan telahpun menghembuskan nafasnya yang terakhir. Sedih rasanya apabila mendengar berita tersebut. Hilang lagi seorang manusia yang baik dimuka bumi ini. Tuhan lebih menyayanginya.
Takziah diucapkan kepada keluarga Lan dan teman-teman baiknya yang sudah pastinya tidak dapat menerima hakikat tentang nasib yang menimpa Lan.
Akan tetapi, bersabarlah, walaupun tuhan memanggilnya dengan begitu cepat, pasti ada rahmat disebalik kejadian ini.
Yang menyebakkan hati lagi ialah, sebelum meninggal dunia, Lan terseksa dan menderita keseorangan dipukul oleh orang-orang yang tidak bertanggungjawab. Tidak dapat bayangkan bagaimana perasaan Lan pada ketika itu.
Al- Fathihah buat Lan. Selamat Jalan. Semoga roh Lan akan aman disana bersama-sama pencipta yang maha kuasa.
Berkaitan:
2) Ricecooker















Takziah buat Lan. Semoga rohnya Dicucuri rahmat. KepadaNya Kita datang KepadaNya Kita kembali. Kuchalana adalah satu band yang menarik kerana mencampuri muzik Reaggea dan Punk. Aku ada menyimpan koleksi kompilasi album dan terdapat band Kuchalana sekali. Diharap pembunuhnya segera ditemui utk balasan yang setimpal. Diharap ini bukan pergaduhan membabitkan idealogi…..
Rakan2
Jangan Lupa layari blog saya di http://khairilazuar.wordpress.com
bagi komen setiap artikel yang saya tulis. …ada artikel baru
al-fatihah…from spupu lang kuchalana…arqief89
Salam,
Pemergian Lang mungkin semakin dilupakan oleh orang lain tapi bukan keluarganya. Kesedihan itu masih payah untuk dirungkaikan. Apatah lagi dengan susulan pemergian ibunda Lang tersayang pada 2 Ramadhan lepas. Kami tak mampu menzahirkan kesayuan hati dengan kata-kata.
Kesihatan ibu Lang mula tergugat semenjak pemergian Lang. Ianya membawa kepada kemurungan yang amat mengharukan. Begitulah hati seorang ibu yang amat mengambil berat, menyayangi anak2nya dengan sepenuh jiwa raganya dan menghambakan dirinya untuk keluarga dan rumah tangganya semata2.
Terlalu banyak perkara yang menghiris perasaan semenjak pemergian Lang.
Tak mengapalah. Harapan cuma satu dari semua yang perihatin . . . sama2laha kita sedekahkan Al-Fatihah buat Lang, ibunda nya yang tersayang dan yang lainnya yang telah kembali menemui Yang Maha Esa.
Wasalam.
Al – Fatihah to Arwah dan Ibunya…
Things happen for reason….semoga arwah dan juga pihak yang ditangkap berada dalam keadaan yang dirahmati…don’t put a blame to one side only…kena selami cerita dari kedua belah pihak…from what i see semua ini terjadi dan berpunca dari kerana seorang perempuan….for a husband..be loyal to your wife…for a lover…be loyal to your partner…..setia lah kepada pasangan masing-masing…jgn diikuti nafsu yang akhirnya membinasakan diri dan akhirnya terlalu banyak keluarga dan sahabat handai yang terluka….. Wasallam
..betul tu Neil Junk..kita jangan menghukum sesuatu tanpa usul periksa atau dengar dari sebelah pihak saje..tiap yang berlaku mesti ada sebab musababnya..justeru marilah aku dan kita semua muhasabah diri..apa pun takziah pada keluarga beliau..