Husam minta PAS jangan terjerat dengan umpan Abdullah Badawi

21 07 2008

Updates:

1) Petualang-petualang yang mahu PAS masuk Barisan Nasional.

2) PAS confirms meetings with PM, Anwar not worried.

3) PAS temui Umno demi Pakatan di S’gor.

Posting Asal:

Sejak akhir-akhir ini heboh mengenai cerita-cerita tentang perundingan diantara PAS-Umno. Dikatakan perundingan tersebut berkisar mengenai usaha-usaha untuk membawa masuk PAS kedalam Barisan Nasional sekaligus memecahkan Pakatan Rakyat.

Teman-teman saya seperti Penarik Beca dan Kickdefella mempunyai banyak informasi mengenai perkara ini. Mereka dekat dengan pimpinan tertinggi PAS. Jika mereka berbicara mengenai perkara ini, kemungkinan besar perkara ini benar terjadi.

Naib Presiden PAS yang popular, Husam Musa juga ada menulis mengenai perkara ini. Didalam blognya, Exco Kanan Kerajaan Negeri Kelantan itu mengingatkan agar PAS tidak terjerat dengan umpan Abdullah Badawi. Sila klik disini.

Perundingan diantara PAS-Umno tidak mengejutkan saya. Najib mahu mengulangi sejarah bapanya. Tedapat golongan dalam PAS yang mahu menjadi menteri sehinggakan mereka terlupa apa yang pernah dilakukan oleh Umno kepada PAS. Yang paling tragis ialah pembunuhan di Kampung Memali, Baling pada tahun 1985.

Kebaikkan yang boleh kita dapat apabila berlaku perundingan diantara PAS-Umno ini ialah PAS sendiri akan dapat menilai siapakah PETUALANG SEBENAR didalam pasti mereka. Dengan ini, mudah untuk melakukan usaha-usaha untuk membersihkan parti Islam terbesar tersebut daripada unsur-unsur Umno, SB dan orang-orang yang ingin menghancurkan masa depan PAS.

Salut harus diberikan kepada Tuan Guru Nik Aziz kerana teguh mempertahankan maruah PAS daripada dibeli oleh Umno!!!


Tindakan

Informasi

10 gerakbalas-gerakbalas kepada “Husam minta PAS jangan terjerat dengan umpan Abdullah Badawi”

21 07 2008
Amanpeace (12:02:43) :

Bila pertemuan sesi dialog diadakan dengan baik diantara PAS dan UMNO, mereka ini mula bersangka tidak baik. Saya tidak faham kenapa mesti mereka ini semua bersangka buruk terhadap perbuatan tersebut.

Benda yang berlalu biarlah ia berlalu. Kini semua orang mengharapkan perbuhan dan reformasi daripada semua pihak. Janganlah duduk di dalam takuk sendiri. Bukalah mata dan minda dan buatlah keputusan serta pertimbangan yang sewajarnya untuk bangsa, agama dan negara dapat dikekalkan dalam keadaan yang baik, harmoni serta membangun.

Dalam islam itu sendiri mengajar kita untuk bertoleransi, bermaaf-maafan serta tidak mengungkit perkara yang telah berlaku. Ini hanyalah akan mengapi-apikan perasaan untuk berdendam antara satu sama lain yang akhirnya akan mencetuskan pergaduhan dan perusuhan di kalangan kita.

21 07 2008
ivan (16:06:01) :

Islam juga mengajar patuk sekali jangan diulangi…paham?

21 07 2008
Anak Halal (16:18:03) :

Harap harap PAS masuk UMNO aje lah. Biar pemimpin pemimpin PAS seperti Yb Husam yang masih bermaruah buat Parti baru atau masuk PKR.

PAS sememangnya layak duduk dalam UMNO kerana politiknya sama dengan UMNO dengan hanya sekerat kelainan.Cukup lah kita ditipu PAS yg bersandiwara bagai pendukung demokrasi, ketelusan dan keadilan tapi hakikatnya UMNO berwajah Bulan.

Nanti kita lawan aliran politik baru mereka ini sampai terdiri satu politik baru untuk Malaysia.Politik yg dibawa oleh PKR.

21 07 2008
AnakMudaParlimenBatu (19:02:16) :

Nampaknya ada pemimpin-pemimpin tertinggi dalam PAS yang ingin sejarah kembali berulang dimana semasa PAS dalam kerajaan persekutuan telah ditendang keluar. Jangan ini terjadi sekali lagi. Ingat pesan Tok Guru Nik Aziz kalau nak berbincang pasal peribadi teruskan, kalau tentang dalaman parti,minta hentikan.

Kenapa UMNO menolak semasa dahulu PAS ingin mencadangkan permaufakatan ini, adakah ada yang tersirat dikala kebanyakkan orang melayu berada di PAS dan PKR. Kenapa tidak diajak PKR sekali, PKR pun ada orang Islam/Melayu.

Anak halal,
Ingat Tok Guru Nik Aziz berparnah berkata jangan samakan PAS dan UMNO kerana UMNO tidak memasukkan agama Islam ke dalam politik, malah mengasingkannya. Ini tidak betul, biarkan Islam menjadi panduan dalam perjalanan dan arah tuju kita. PAS tidak sama dengan UMNO.

Rakan2
Jangan Lupa layari blog saya di http://khairilazuar.wordpress.com
bagi komen setiap artikel yang saya tulis. …ada artikel baru

21 07 2008
Muda (21:27:19) :

Apakah patut golongan yang mahu memperjuangkan Islam diajak supaya bersekongkol dengan puak-puak yang berperangai seperti Abdullah bin Ubai ; munafik yang tersohor pada zaman Rasulullah SAW .?

21 07 2008
Nasron al-Jauhari (23:02:29) :

pas masuk umno? stupid nyer…

22 07 2008
wongkeban (06:48:58) :
23 07 2008
Nik (21:31:58) :

UMNO memang ular yg licik dan ganas. dan keganasannya kpd PAS mempunyai sejarah yg panjang. Namun, ular ni sudah lemah sekarang.

So, PAS patut ambil peluang. Jika ada perbincangan maka dengan keadaan UMNO yang lemah ini, PAS bole memaksakan perkara-perkara yg biasanya UMNO tidak akan terima jika UMNO kuat.

Pemimpin2 PAS harus melihat ini sebagai satu peluang keemasan untuk menjayakan perjuangan PAS.

28 07 2008
FATIMA AZAHRA (23:42:32) :

SALAM, JANGAN MUDAH MELATAH, HANYA ADA BEBERAPA KERAT AJE PEMIMPIN PAS YANG NAK SUKA SANGAT KAT UMNO TU. YANG JELAS TGNA DAH KELUAR KENYATAAN, JANGAN TERJERAT!!! JANGAN BERPECAH, KUATKAN BARISAN. MEREKA SEDANG MASUK JARUM NAK PUNAHKAN KITA.

31 07 2008
JERIT (16:44:17) :

Muzakarah PAS dan UMNO berbau perkauman .
Bagi pandangan anda di laman web kami http://www. jerit.org

Tinggalkan komen

Anda boleh menggunakan tag ini : <a href="" title=""> <abbr title=""> <acronym title=""> <b> <blockquote cite=""> <cite> <code> <del datetime=""> <em> <i> <q cite=""> <strike> <strong>