Lagi tentang Mu-zakar-kah ooops Muzakarah….

2008 Julai 23
by aminiskandar

Diterima dari seorang teman yang mahu namanya dirahsiakan.

Kebelkangan ini kita terdengar desas desus kemungkinan PAS ( dibawah
kuasa segelintir) bakal bersama UMNO dalam kepimpinan negara.Apa yang
bermula dengan kononnya muzakarah kini semakin menghampiri pintu opis
mewah Putrajaya. Dari mula lagi lengok dan bahasa kepimpinan tertentu
PAS ini mencurigakan dalam menghampiri soal muzakarah.Agak pelik bila
dilihat PAS mula menyuarakan isu isu Ketuanan Melayu yang baru tak
lama dulu digantikan dengan Ketuanan rakyat oleh Anwar Ibrahim dengan
sorak takbir kepimpinan PAS di Kg Baru.Pelik-Mengapa kini PAS mula
mengunakan bahasa politik UMNO yang kita semua sudah lama kenal
sebagai tipu,tipu, tipu dan tipu.Adakah PAS bakal duduk di Putrajaya
dan apakah yang sedang kini berlaku di kalangan kepimpinan PAS.

Jelas.Segelintir pemimpin PAS kini mula dibuai kemabukan kuasa
sehingga lupa erti perjuangan yang sebenar.Seandainya mereka mereka
ini sudah lupa akan erti perjuangan yang sekian lama didukung oleh
penyokong penyokong akar umbi PAS serta rakyat jelata yang berbilang
bangsa. Jika pun kepiminan PAS sudah lupa peristiwa yang lampau , tapi
renung lah sebentar apa yang berlaku 5 bulan yang lalu dimana rakyat
tanpa mengira kaum dan agama keluar berkerja untuk PAS dengan hanya
satu matlamat. Untuk mengasaskan prinsip keadilan kepada semua dan
prinsip pemerintahan yang telus dan beramanah.Namun kini ada
kepimpinan PAS mula dirasuk hantu yang lampau dan mula buta diri
terhadap apa yang didirikan parti tersebut selama ini.

Keinginan kepimpinan PAS untuk mentalak Pakatan Rakyat untuk merasai
kuasa diperingkat persekutuan bakal merugikan aspirasi gerakan
reformasi negara dan mengkuburkan segala usaha serta perjuangan rakyat
yg didirikan dengan pengkorbanan yg tak terhingga.Sia sia sahaja
perjuangan segelintir pemimpin yg terpaksa meringkuk di penjara dan
lokap dan bermacam macam jenis penyiksaan biarpun pada diri sendiri
mahupun keluarga tersayang .

Jika ada pemimpin PAS yg sanggup berkongsi selimut dengan UMNO yg
selama ini dikata punca dan asas segala masalah yg wujud di Malaysia
hanya akan memperkasakan UMNO yang sememangnya rakus dengan kuasa.Agak
melucukan jika PAS hendak berhujuh untuk membuat reformasi dari
dalaman kerana jika PAS merasakan diri nya gagal dikalangan Pakatan
Rakyat yang sehaluan dari segi reformasi dan prinsip keadilan apatak
pulak UMNO yang sememangya sudah 50 tahun berkuasa secara korup dan
kejam.Ini hujah nak tipu rakyat jawabnya.

Ingat Terengannu

Rakyat sudah matang dan mula kenal erti perjuangan sebenar dari
politik kerpartian yang sempit.Rakyat sudah lama mengandaikan risiko
ditipu dan dibelot parti parti politik yang lantang membicarakan
keadilan dan reformasi.Namun, PAS harus sedar akan risiko yang balak
diambil mereka dari segi sokongan rakyat.Ingat sebelum ini PAS gah
memerintah terengganu dan kini mereka hilang Terengannu buat selama
lama nya kepada UMNO atas sebab dosa dosa politik yang diamalkan oleh
segelintir kepimpinan PAS di negeri Darul Iman itu yang dikenali umum.

Jika PAS hendak bersama UMNO, mungkin-2008 adalah kali terakhir dalam
sejarah politik PAS menikmati sokongan padu pelbagai kaum dan dari
warga kota.

Biarapa pun saya tetap menghormati semangat dan perjuangan penyokong
penyokong akar umbi PAS yang selama ini berjuang untuk keadilan dan
kebenaran.Ini mungkin masanya untuk penyokong akar umbi PAS untuk
mengenali wajah sebenar pemimpin yg kini jauh dari akar umbi dan
keperitan politik dimana seorang penyokong itu adalah hanya sekadar
‘vehicle’ politik atau selipar yg digunakan untuk tujuan politik
peribadi.Ini juga kesan buruk politik feudal yang diamalkan oleh PAS.

Ingat.Pemimpin PAS juga seperti mana mana ahli politik diseluruh dunia
boleh menjadi politikus rakus dan membelot perjuangan.Jangan tertipu
dengan manis mulut dan wajah segar semata mata.

Hidup penyokong akar umbi PAS dan teruskan perjuangan. Hidup Tok Guru Nik Aziz.

Berkaitan:

1) Main Belakang, Dollah Dah Sakit Belakang

2) Muqabalah tu menatang apa?

7 Respons leave one →
  1. 2008 Julai 23
    jeffri permalink

    Memang jelas dapat dilihat telah berlaku ketidaksefahaman di dalam parti PAS. Yang pastinya ia bukan disebabkan oleh kenyataan Pak Lah tempohari tapi ia memang dah bermula dari dalam. Oleh itu PAS tiada point untuk menyalahkan Pak Lah dalam isu bermuzakarah. Muzakarah harus diteruskan selagi segala permasalahan tentang Melayu dan Islam belum diselesaikan..

  2. 2008 Julai 23

    Seperti yang kita tahu sekarang, bukan semua kepimpinan PAS bersetuju dengan muzakarah ini. Bagi aku, hentikanlah, walaupun nak berbincang bab orang melayu, takut2 terpengaruh dengan tipu daya orang UMNO. Semua orang tahu akan perkembangan politik Malaysia, banyak orang UMNO telah masuk ke Pakatan Rakyat, sebab mereka tidak mahu terpedaya lagi dengan jerat UMNO jadi ini satu isyarat buat PAS jangan menjadi orang yang kurang cerdik sehingga menjadi ganti kepada bekas-bekas ahli UMNO. Jangan lupa akan perjuangan, jangan lari dari janji-janji yang telah ditaburkan kepada rakyat yang memilih PAS, mereka memilih kerana perjuangan parti dan bencikan UMNO. Sudah-sudahlah …..

    Rakan2
    Jangan Lupa layari blog saya di http://khairilazuar.wordpress.com
    bagi komen setiap artikel yang saya tulis. …ada artikel baru

  3. 2008 Julai 23
    Nik permalink

    Agaknya spesis2 manusia yg seperti inilah yg terus menjadi penghalang kpd penyatuan umat Islam di Iraq, Palestin, Arab Saudi-Iran dll. Tidak hairanla.

    Apabila dua golongan Islam mahu bersatu, perkara pertama yg patut dibuat ialah menyokong.

    Namun sudah pasti ada pihak yg mahu bermuslihat, terutamanya UMNO kerana memang dah ada sejarah. Oleh itu perkara kedua ialah mengkaji segala syarat2 kerjasama. PAStikan adanya situasi menang-menang. Bijaksana dalam kerjasama itu. Tipu muslihat memang tak bole elak dah

    Dulu semasa UMNO kuat, PAS ajak muzakarah, UMNO menolak. PAS kata kat UMNO macam2.

    Sekarang, situasi yg terbalik berlaku. Jika PAS betul2 menganggap mereka lebih baik drpd UMNO maka, mereka tidak patut mengulangi kesalahan UMNO tidak mahu bermuzakarah dulu.

    Memang benar kita tidak patut dipatuk oleh ular yg sama di dalam lubang yg sama. Tetapi kita tahu ular itu ada nilainya (bisanya bole jadi penawar, kulitnya bole buat aksesori), oleh itu kali ini pastikan kita bersedia dgn segala alat untuk menundukkan ular itu dan mendapatkan manfaat daripadanya.

    Semoga umat Islam Malaysia bersatu, Amiin..

  4. 2008 Julai 23

    sesungguhnya, muzakarah ini adalah perangkap besar lagi bahaya! Jika ia diteruskan…dengan artikata penggabungan kuasa…maka kita semua akan melihat sebuah kejatuhan yang sangat dahsyat! kejatuhan Islam itu sendiri…yang mana ia diperjuangkan PAS…maka para ‘jundi’ pasti akan kecewa….rugilah…musnahla…hancurlah segala apa yang diperjuangkan selama ini…. lupakah pimpinan PAS kepada peristiwa berdarah MEMALI!? lupakah kepada peristiwa2 hitam yang lain?

    Maka… akan mengeleng kepalalah para akhi dan ukhti yang menjadi dai’e, menitislah air mata para ‘jundullah’ sekaliannya… jangan benarkan ini berlaku…mu-zakar-kah ini perlu dihentikan demi kepentingan Pakatan, umat Islam, melayu dan Malaysia itu sendiri!

    Kalaulah umno perjuangkan nasib melayu…. kenapa rangking kemiskinan melayu-bumiputera adalah yang tertinggi!? setelah 50 tahun merdeka!? BUTAKAH!? atau dah jadik BAHLOL!??!

    mujurlah ada orang tua ini yang penoh hikmah dan karomah…
    Tuan Guru Nik Aziz! Bravo tok guru!!!!

  5. 2008 Julai 24
    Kawan Black permalink

    Aku sebagai seorang ahli PAS di sebuah cawangan di sebelah kilang Proton Shah Alam, menggesa agar sesiapa sahaja yang gatal nak bermain zakar dengan UMNO, termasuklah Presiden Hj Abdul Hadi Awang DIPECAT dari parti dan tak dibenarkan masuk balik atas sebab degil dan tak dengar kata.

    Juga dicadangkan supaya Media yang setelah ungkapan “lewat” sudah tidak popular, sudah mula gatal menyebut “zakar…ah” setiap kali ada peluang berberita.

    Takkan la jumpa atas bas pun nak dikatakan “ber “zakar…ah” . mabuk ka ini TV3..??

    Habis tu .. apa jadi dgn suami-isteri yg suaminya pas dan bininya umno ? Adakah dikatakan bahawa mereka ber”zakar..” setiap hari ???

    Dolah… cari la modal lain… Hang tidoq lama sangat…

    Maka… saya dengan ini suka mengumumkan WAR-CRY kita yang terbaru .. “PECAT HAJI HADI… BOIKOT TV3 !!!..”

  6. 2008 Julai 25

    ya…. Hj hadi dah lupa kot tentang amanatnya dulu!! sampai sekarang di terengganu ada dua imam….ni sebab diala…. tetiba dengan begitu ajaib sekali dia dan konconya (mustapa ali, harun taib, nasharudim, hasan ali!?)menjadi orang yang nak berbaik2 pulak….kalaulah ini benar2… maka sampai masanya ahli pas sendiri turunkan dia dari tampuk presiden! ayoh semua ahli pas!!!! Jangan biarkan umno dan dalang menjadi kan PR lemah!!!!!

    p/s; mujurlah aku ahli DAP…kalau tak dah lame aku amok!

  7. 2008 Julai 25
    tengkolok permalink

    Salam utk semua.

    Saya tidak paham lansung dengan pendirian segelintir pemimpin PAS yang secara tiba2 mahu berbincang dgn UMNO. Bincang apa? Benarlah kata orang politik itu kotor! Politikus memang pengotor! Terlalu ramai politikus yang sanggup menggadai maruah dan wadah perjuangan hanya kerana KUASA. Benar jugalah bila orang mengatakan politikus tak berhati perut. Orang bawahan dipermainkan untuk mereka mencapai matlamat mereka sendiri, bukan utk memperjuangkan nasib orang bawahan tersebut…

Tinggalkan jawapan

Note: You can use basic XHTML in your comments. Your email address will never be published.

Subscribe to this comment feed via RSS