Di dalam setiap zaman, Si KItol datang dan pergi.
Dalam setiap gerakan, pasti ada talibarut dan petualang.
Didalam setiap persahabatan, pasti ada pembelotan dan pengkhianatan.
Begitu jugalah apa yang berlaku pada hari ini.
Hanya kerana pangkat dan kedudukan, mereka-mereka ini sanggup menggadaikan maruah. Mereka sanggup melupakan pembunuhan yang pernah dilakukan oleh kerajaan Barisan Nasional terhadap ahli parti mereka di Kampung Memali, Baling, Kedah.
Mereka terlupa (atau buat-buat lupa) tentang penangkapan besar-besaran yang pernah dilakukan oleh kerajaan Barisan Nasional terhadap pemimpin-pemimpin mereka dibawah ISA.
Mereka sanggup bersekongkol dengan jahanam-jahanam yang menaikkan harga minyak dan menyebabkan rakyat bawahan hidup dalam kesusahan dan menderita.
Dikala gerakan sedang digilap. mereka bermu-”zakar” oooops bermuzakarah dengan penindas-penindas dengan alasan membela nasib Melayu dan Umat Islam.
Sila baca artikel baru saya di Malaysiakini disini.















Sampai hati saudara Amin mengubah perkataan mulia muzakarah kepada MU-ZAKAR.. ewah ewah.. Ingatlah perasaan orang yang berzakar ni..
zekarang zemua zudah zuzah… muzakarah zadi muzakar…
[...] sini: http://aminiskandar.wordpress.com/2008/07/23/muzakarah-atau-mu-zakar/ Diterbitkan [...]
buang yang keruh ambil yang jernih…. kalau muzakarah membawa kepada kebaikan dan kelebihan kepada rakyat apa salahnya??? kenapa perlu ditekankan sentimen benci terhadap benda baik? Rasulullah sendiri pernah berjalan dalam kota meqah berdepan dengan mereka yang mencaci dan menghina dakwah baginda…. kenapa ego kita perlu ditinggikan???
Tindakan PAS niatnya baik dan bersesuaian dengan ajaran Islam. Barisan Nasional pulak apa pun agenda mereka yang penting mereka sedia mendengar tutur pihak pembangkang. Apa salahnya tinggalkan kisah lama dibelakang kita…. takdak salahnya.. takyah nak besarkan isu perjumpaan.. kalau perjumpaan membawa keberkatan dan persahabatan….
Kenapa perlu membenci mereka… hanya kerana berjumpa…. kawan kamu yang berlainan ideologi tiada??? atau kamu tidak mahu menerima? membuka minda?
Jangan dihina usaha orang… tak elok… jgn dikenang dendam lama.. kan tak baik tu….
kebebasan media jgn di salahgunakn utk menabur fitnah.kalau blog boleh fitnah pemimpin negara(BN),maka tdk salah pihak tertentu(tiada kaitan dgn BN) fitnah Anuar Ibrahim.jgn agungkn manusia seperti dia yg hnya rosakkan agama,bangsa dan negara!