MENGELABAH, BERZAKAR DAN BERZAKAR -LAH – Hishamuddin Rais

2008 Julai 28
by aminiskandar

Hari ini telah terbukti semakin ramai rakyat menolak konsep Ketuanan Melayu tetapi tunggul-tunggulnya masih ada. Pelik tetapi benar tunggul-tunggul baru Ketuanan Melayu telah muncul kebelakangan ini. Kali ini bukan datang dari batang tubuh gerombolan United Malays National Organisation - tetapi dari gerombolan kecil – satu kumpulan yang selalu bertempik-tempik mengajukan dasar agama yang tidak memandang kaum, bangsa dan ras. Sewajibnya agama tidak betuankan Melayu tetap bertuankan Tuhan. Inilah yang menjadi pelik tetapi benar.

Gerombolan kecil yang selalu bertempik-tempik di atas dasar agama ini telah berkhutubah ke hulu ke hilir mengatakan agama yang mereka anuti adalah sejagat. Tup tup – apabila dicakar kulitnya maka keluarlah agama barunya yang bernama Ketuanan Melayu. Maka keluarlah retorik ajaran agama ini – untuk perpaduan bangsa dan khutubah-khutubah untuk menjaga keMelayuan dari terhakis. Inilah menjadi lebih pelik dan hampir tidak dipercayai kerana yang yang mejadi juru dongengnya ialah seorang yang amat keras pegangan agamanya.Sehinggakan sanggup pasa satu ketika dahulu ‘mengkafirunkan’ sesiapa sahaja yang tidak berpayung di bawah ketiaknya. Pelik tetapi benar.

Pelik ini bertambah pelik kerana pada awalnya juru dongeng gerombolan kecil ini telah menafikan yang mereka sedang berbincang untuk membuat satu ‘geng baru’ dengan gerombolan United Malays National Organisation. Manafikan sahaja tidak cukup. Juru dongeng gerombolan kecil ini ingin menyaman sesiapa yang cuba ‘menuduh’ mereka sedang bersubahat dengan gerombolan United Malays National Organisation. Hebat. Memang hebat. Malah juru dongeng ini menanggap semua cerita-cerita berzakar ini adalah ‘al-fitnah wal fitnah’.

Wah wah bukan main hebat kenyataan juru dongeng ini. Tup tup bila kain lunginya terbarai kelihatan seluar dalamnya koyak lagi masam lagi haprak. Ternyata apa yang dianggap ‘fitnah’ itu ialah benar – tidak lain dan tidak bukan ialah benar semata-mata. Ke mana hendak disurukkan seluar dalam yang koyak itu? Hanya mereka sahajalah yang dapat mencari sanad dan nas nya. Ini kerana dalam hal mencari-cari sanad dan nas ini mereka memiliki ketrampilan.

Apakah penafian awal dari juru dongeng itu satu pembohongan? Pasti ada nas dan sanad yang bolih mereka cari untuk menunjukkan ada bohong kecil, bohong besar, bohong wajib, bohong sunat dan bohong politik. Dalam kes ini, mengikut nas saya bohong ini adalah bohong yang bohong, tidak besar dan tidak kecil. Bohong adalah bohong.

Siakap senohong

Gelama ikan duri

Pandai cakap bohong

Bolih jadi menteri.

Kalau bukan bohong kenapa pada awalnya ada keinginan untuk menyaman tetapi tidak jadi? Pelik tetapi benar.

Terbukti tunggul-tunggul Ketuanan Mekayu ini masih bersepah-sepah lagi. Mereka datang dalam pelbagai bentuk. Penjaja utama yang menelurkan konsep Ketuanan Melayu ini ialah gerombolan United Malays National Organisation. Gerombolan ini telah lebih 50 tahun menjadi tuan. Hasil darinya, mereka hidup bersenang lenang merampok hasil negara untuk kroni dan suku sakat. Jadi kita tidak hairan jika mereka terus ingin menjadi tunggul – pergi tersepak pulang terlanggar – untuk mempertahankan Ketuanan Melayu.

Yang menjadi pelik tetapi benar ini ialah munculnya tunggul-tunggul baru yang hendak menumpang semangkuk ? Ini menjadi pelik.

Di samping ini ada juga macha-macha dan kumpulan-kumpulan kecil yang turut sama menyokong apa yang mereka tafsirkan sebagai – mu – zakar – rah. Macha-macha dan kumpulan ini mengangkat-angkat tangan dan kaki menyokong muzakar ini. Sebenarnya mereka ini telah mendapat serpihan ekonomi dari gerombolan United Malays National Organisation. Atau mereka diwujudkan sebagai anak syarikat gerombolan United Malays National Organisation. Ada juga diantara kumpulan-kumpulan kecil ini yang memakai jubah kumpulan belia hijau yang berjenamakan agama. Kumpulan dan macha-macha kumpulan belia hijau ini tidak seharusnya menghairankan kita semua. Ini perjuangan macha untuk cari makan.

Untuk kita semua memahami apa yang telah di muzakarkan dan apa yang telah di zakarahkan kita wajib memahami politik hari ini. Gerombolan United Malays National Organisation sedang nazak. Dari luar rakyat telah menolak mereka. Dari dalaman mereka sedang beramuk sesama sendiri untuk merebut ghanimah – harta rompakan perang. Inilah yang menjadi latar timbulnya muzakar dan zakarrah.

Gerombolan kecil yang muncul menjadi tunggul baru Ketuanan Melayu ini sebenarnya bukan orang jahat walau pun mereka membuat kerja-kerja jahat. Ada diantara mereka orang baik. Ada yang memiliki latar belakang agama yang baik. Tetapi baik sahaja tidak mencukupi dalam politik hari ini. Mereka ini gagal memahami apa makna politik. Mereka juga tidak memahami ekonomi sebagai asas politik. Mereka tidak memahami dinamika ekonomi kapitalis yang tidak memiliki agama dan tidak memiliki bangsa.

Ekonomi kapitalis bertuhankan keuntungan maksima.Cita-cita ekonomi kapitalis ialah untuk membolot semua punca-punca ekonomi. Punca ekonomi ialah bahan mentah, tanah dan tenaga buruh. Tidak wujud ketuanan Melayu atau ketuanan Cina atau ketuanan Melanau dalam sistem ekonomi kapitalis. Justeru, Pepsi Cola yang dijual di negara Arab itu adalah sama sahaja dengan yang dijual di Amerika walau pun dalam ejaan Jawi. Tujuan nya sama – untuk mencari untung.

Jika masih ada lagi tunggul-tunggul yang menjadi pengikut mazhab Ketuanan Melayu ini maka sahih yang mereka tidak memahami struktur sistem ekonomi kapitalis yang wujud dalam negara kita ini.

Ketuanan Melayu ini adalah satu konsep bayangan, satu ajenda politik yang digunakan olih gerombolan United Malays National Organisation untuk mencari sokongan orang Melayu. Jika ada Tuan maka pasti akan ada Hamba Abdi. Ketuanan Melayu ertinya akan ada yang menjadi hamba abdi kepada Melayu. Tidak mungkin orang Cina atau India, Kadazan atau sesiapa sahaja hendak menjadi hamba kepada Melayu. Malah orang Melayu sendiri pun tidak mahu menjadi hamba kepada sesiapa pun.

Justeru, lawan terhadap Ketuanan Melayu ialah Ketuanan Rakyat - politik, pemikiran, falsafah baru yang telah dicadangkan oleh Pakatan Rakyat. Ketuanan Rakyat ini bemakna kita warga di negara ini semua adalah sama tetapi tidak serupa. Kita sama sederajat walau pun kita tidak serupa agama, budaya, bahasa ibunda. Inilah falsafah yang diajukan melalui konsep Ketuanan Rakyat. Ketuanan Rakyat akan mementingkan rakyat dahulu bukan mementingkan keuntungan maksima. Rakyat itu iah kita semua – bukan orang Melayu sahaja.

Kenapakah bagitu susah hendak difahami konsep dan falsafah Ketuanan Rakyat ini ? Apa masalah untuk memahaminya? Ketuanan Rakyat ini selari dengan konsep semua agama; kecuali jika ada agama yang mengakui agama mereka mengatasi yang lain, atau agama mereka sahaja yang betul. Justeru Ketuanan Rakyat mengkukuhkan nilai baik sangka antara sesama manusia. Kitab-kitab suci, ajaran-ajaran nabi dan ahli-ahli falsafah semuanya mengajukan kesaksamaan antara manusia dengan manusia tanpa mengira bangsa atau agama.

Untuk tunggul-tunggul baru yang cuba bangun dengan Ketuanan Melayu ini rasa saya mereka harus menilai kembali asas kefahaman politik mereka. Mereka wajib melihat arus politik 2008 dimana rakyat keseluruhan telah menolak konsep dan propaganda Ketuanan Melayu dari gerombolan United Malays National Organisation.

Sesiapa pun bolih bebas untuk menjadi tunggul. Yang hendak bermuzakar ke arah mana pun biarkan mereka bermuzakar. Yang hendak mengelabah biarkan mengelabah. Politik baru Ketuanan Rakyat tetap akan akan muncul kerana ini hukum sejarah. Seperti kata datuk nenek moyang kita – pergi tersepak pulang terlanggar – seratus jong masuk anjing tetap bercawat ekor. END

10 Respons leave one →
  1. 2008 Julai 28
    WAK KANG permalink

    Muqabalah @ Muzakarah: Kenapa PAS Sahaja Yang Terlarang? Ditulis oleh Zukri Aksah Monday, 28 July 2008

    Lama dahulu sebelum Saudara Anwar bebas, Wan Azizah ada bertemu Pak Lah, Saifuddin Nasution juga ada bertemu Pak Lah, selain dari yang dinyatakan kepada umum bahawa pertemuan itu pada ketika itu adalah untuk memohon jasa baik Pak Lah bagi membenarkan Saudara Anwar ke luar negara berubat, buah-butir yang selebihnya tidak pernah diketahui penyokong terbanyak, dengar ceritanya Wan Azizah memanggil Pak Lah dengan panggilan ‘Uncle.’ Saudara Anwar juga selepas bebas ada berjumpa Pak Lah ketika rumah terbuka Hari Rayanya, selain kenyataan umum bahawa pertemuan itu semata-mata adalah untuk merakamkan ucapan terima kasih Saudara Anwar kepada Pak Lah kerana tidak mencampuri urusan penghakiman kesnya, yang lain-lainnya juga tidak pernah diketahui oleh penyokong terbanyak. Kita juga tidak pernah lupa bahawa Saudara Khairy Jamaluddin ada bertemu Saudara Anwar selepas bebasnya, selain alasan menguruskan passport, perbincangan lain antara mereka tidak pernah pula cuba dikorek oleh orang-ramai.

    Seterusnya di http://zukriaksah.com/cms/

  2. 2008 Julai 29

    Bravo bro Isham…tak dinafi masih ramai pimpinan PAS yang semakin liberal… tetapi malangnya PAS juga masih dihinap oleh beberapa kerat manusia yang ber’kasta’ pemimpin yang paranoid selepas tsunami mac lepas. Lalu, umpan melayu dan islam dimakan sikit2… maka yang akan bergelak dan sakan adalah puak rasis umno. Rasis umno ini akan sentiasa menjadi pengacau di kampun2 mahupun di pekan2.

    Masa mereka berkuasa mereka tak tahu pun ber-zakar2 ni tapi bila dah tersepit…mulalah mencari mangsa… Melihat pAS dengan ideologi agamanya.. mereka yakin bahawa pimpinan Pas ini baik2 dan lurus mulus… maka dengan mudah diperangkapnya nasharuddin… malanglah nasibnya berjumpa bapak sial dolah badawi itu….

    Akan hasil pertemuan mereka ‘melayu’ tak pula bersatu malah yang menjadi sedikit retak adalah Pakatan Rakyat….hmmmm… perangkap ameno ini sedikit berjaya menaikkan kemarahan karpal…

    Mujurlah orang tua penuh hikmah lagi karomah tok guru Nik Aziz menyelamatkan keadaan….. harap pimpinan PAS lebih hati-hati demi rakyat dan malaysia!

  3. 2008 Julai 29
    laser007 permalink

    kes harag minyak Petrol & Disel sapa nak highlight???? jangan lupa ..isu ni belum habisss… ayuh timbulkan lagi selagi tak turun kepada RM1.00 sahaja…..APA SEMUA HILANG TELUR KE???

  4. 2008 Julai 29
    laser007 permalink

    kes HARGA minyak Petrol & Disel sapa nak highlight???? jangan lupa ..isu ni belum habisss… ayuh timbulkan lagi selagi tak turun kepada RM1.00 KITA TETAP BANTAH…..APA SEMUA HILANG TELUR KE???. HISHAMUDDIN RAIS NI BAD ORGANIZER..BUANG FIKIRAN HIPPIES TU SEBAB YOU GIVE DR HATTA BAD NAME…SEMANGAT SOLIDARITY PR TU KENALAH TAHU DAN SENSITIF KEPADA AHLI PAS JUGAK….BUANG LA FIKIRAN HIPPIES 50AN TU…..YOU’RE GETTING OLDER MAN..!!!! ….KITA TUMPUKAN PADA ISU ASAS BALIK…HARGA BAHANAPI….

  5. 2008 Julai 29
    Kawan Black permalink

    The whole episode of “muzakarah” and “muqabalah” is yet another “main wayang” by UMNO. What UMNO would want to achieve, IMHO, is to split the Pakatan Rakyat and they know the one side that they could “used” as their co-star is PAS (The vulnerable point that could easily split PR is the ideological differrences between PAS and DAP). More so with certain DAP’s leaders immature and childish acts.

    If you follow the episode closely from the beginning, from the headlines especially Utusan Malaysia, you’ll decipher a script been written to achieve the end result.

    And few days ago you read in the headlines and heard from the TV and radio that “Pakatan Rakyat Telah Berpecah”. That is the end result they want to achieve, that is to create a perception on the general public that PR is shaky and not a solid front as the public wants it to be.

    It got nothing to do with Malay unity whatsoever. PAS knows it very well but accept the offer to act in this “wayang” because they want to check PKR.

    That’s why PAS impose certain conditions and two days ago Tuan Guru Nik Aziz proposed both UMNO and PAS be disbanded and form a new party. It is a proposal to check UMNO’s sincerety and as an escape route for PAS to retire from the “wayang”.

    And UMNO, knowing UMNO, would certainly not going to entertain such proposal (It is out of the question, please read history).

    So, that “muzakarah” or “muqabalah” got nothing to do with Malay unity but an effort to create a perception that PR is breaking up.

    Anyway, PAS being seasoned political party, knows it very well and try to tease the UMNO monkeys.

    Black, kalau kau kat Bangsar, sms aku, leh aku singgah jumpa kawan kau Cina Jalan Hamzah and Melayu Batu Pahat. Ada hal.

  6. 2008 Julai 29

    apa sudah jadi ni black? kamu masih islam kan?

  7. 2008 Julai 30
    Saya permalink

    Anda seperti berhujah lebat, namun tempias lebih….

    Anda ada cadangan bagaimana ingin bawa agama, pada masa yang sama bawa politik?

    Jika ada, anda boleh cuba tubuhkan parti anda yang baru, kita kaji berapa orang yang setuju.

    Saya pantang orang yang menghina perjuangan berbentuk agama.

    Kita berjuang sedaya boleh!

    Sekarang sudah ada landasan untuk tegakkan Islam. Apa usaha anda? mengumpat belakang-belakang?

    Blog paling teruk pernah saya baca..

    Terima Kasih..

  8. 2008 Julai 31

    Salam Liberal

    Hello brother, saya kagumi perjuangan anda dulu bersama rakyat, so sekarang ni anda komen pula tok-tok guru yang ada hak untuk membuat perbincangan bersama puak-puak umnoni ni, so adakah salah kita sebagai muslim membuat pertmuan dengan non muslim, walhal babi pun boleh kita beri makan jika ianya dalam kelaparan, kamon brother , jangan keliberalan anda , akan melencongkan anda dari garis perjuangan yang lurus

Trackback & Pingback

  1. (Amin Iskandar & Susan Loone) Sang Pengkhianat Melayu Menghina Islam, Sang Bukan Melayu Tumpang Sekaki « Suara Sepanjang Jalan
  2. Top Posts « WordPress.com

Tinggalkan jawapan

Note: You can use basic XHTML in your comments. Your email address will never be published.

Subscribe to this comment feed via RSS